Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga
8 JAMADIL AWAL 1445H | 12 DISEMBER 2023 | SELASA |
Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya
KITA PERLU BELAJAR HANYA IKHLAS
Hiduplah dengan rendah hati, walaupun seberapa banyak kekayaan kita.
Berfikirlah positif, sekali pun begitu keras kehidupan sedang kita lalui.
Berikanlah banyak, meski pun menerima sedikit.
Jangan membenci sesiapa pun, tak peduli seberapa banyak kesalahan yang mereka lakukan kepada kita.
Tetaplah menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah melupakan kita, dan jangan lupa mendoakan yang terbaik buat orang yang kita sayangi.
Ketika hanya melihat satu sisi dari manusia, kadang2 kita memuliakannya, atau di lain sisi kita menghinanya.
Tetapi jika kita melihat dari dua sisi, maka kita akan mengasihinya, seperti mengasihi diri sendiri.
Manusia selalu ada sisi baik dan sisi buruk.
Terkumpulnya keburukan dalam diri kita banyak disebabkan oleh seiringnya kita memandang buruk kepada orang lain.
Pandanglah selalu orang lain dari sisi baiknya.
Maka kebaikan akan terkumpul pada diri kita.
Setiap kebaikan yang kita berikan pada setiap orang, akan mendatangkan berkat dan keselamatan pada hidup kita.
SEMOGA BERMANFAAT.
Allahuakar,,betul sgt sis..terima kasih atas peringatan...semoga terus istiqamah menjadi orang yg berfikiran positif..aamin
BalasPadamAamiin. Alhamdulillah. semoga sama2 terus iqtiqamah
Padamsetiap hari mengajar kita sesuatu, dan kita memang belajar sesuatu hingga akhir hayat kita
BalasPadamYa betul... kita sentiasa istiqamah untuk buat baik.
PadamIkhlas mudah disebut, besar cabaran nak fahami Ikhlas. moga kita tergolong dalam mereka yang ikhlas
BalasPadam