Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Memaparkan catatan dengan label Bantuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bantuan. Papar semua catatan
31 Disember 2014
21 Julai 2013
Erti Sebenar kasih sayang dan kejayaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.
Perkara pokok yang sangat penting kita
beri tumpuan ialah supaya anak kita belajar untuk menghargai usaha dan
sumbangan orang lain dalam kehidupan mereka, menghayati kesusahan yang mereka itu
lalui dan menghargai usaha-usaha kerja berpasukan bagi mencapai apa yang
diimpikan. Kita mahu anak-anak faham
bahawa kejayaan tidak datang begitu sahaja tanpa usaha dan tawakkal yang
seikhlasnya.
Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.
ERTI
SEBENAR KASIH SAYANG
Renungan Buat Kita Semua:
Seseorang kanak-kanak yang secara
lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua
permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement
mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi
sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya. Insan seumpama ini selalunya tidak akan
nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya. Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan,
dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan
apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang
pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh
pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.
Orang-orang seperti ini mungkin
mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk
seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan
yang sebenar. Mereka suka merungut dan
dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan
bagi menambah apa yang sudah diperolehi.
Jika kita tergolong dalam kelompok ibu
bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat
demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap
mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?
Kita boleh menyediakan anak-anak
dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar
mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang
besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah
mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini. Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan
mangkuk bersama adik-beradik yang lain.
Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita
sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang
betul. Kita mahu mereka faham hakikat bahawa
betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua,
rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan
selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda
mereka dahulu.
Sekian adanya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.
11 Oktober 2011
Bantuan bukan cari susah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kita harus sedar bahawa bukan semua orang dilahirkan boleh terus berjalan atau boleh makan sendiri. Perlu bersuap perlu diberi peluang dan tunjuk ajar.
Namun tidak semua orang juga bila diajar akan cepat memahami atau mudah memahami arahan. Tambahan pula setiap orang dilahirkan dalam suasana dan latarbelakang keluarga yang berbeza.
Kita adalah tergolong dalam hamba Allah yang bertuah kerana diberi peluang untuk memilik kefahaman yang tinggi dan kepintaran serta kepandaian dalam memahami sesuatu isu. Sedar tak kita bahawa ilmu yang kita ada itu hanyalah tidak sampai setitik pun daripada ilmu yang terdapat di lautan luas. Inikan pula tujuh lautan dari tujuh benua.
Kepintaran dan kepandaian yang kita miliki tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain. Hari ini kita bantu dia, ilmu kita akan bertambah lagi dan esok lusa kita pula akan dibantu walau bukan oleh orang itu tetapi orang lain dan dalam bentuk yang berbeza dan tidak sama.
Hidup kita tidak selamanya di situ dan akan sentiasa berubah. Tidak sekarang esok, ataupun bulan depan ataupun tahun depan ataupun dalam jangkamasa yang kita sendiri tidak terfikir.
Bila memberi bantuan berusahalah sebaik mungkin dan sekuat mungkin seperti mana kepandaian yang kita miliki untuk tidak mengungkit kembali bantuan yang kita berikan.
Ilmu yang kita miliki akan hilang kehebatannya apabila diungkit-ungkit mengenai bantuan yang telah diberikan.
Semoga dalam hidup ini kita sentiasa memberi kemudahan dan bantuan kepada orang lain. Gunalah kepandaian dan akal yang diberikan Allah untuk jalan kebaikan. Jangan sentiasa mengharap balasan atau ganjaran dari orang yang kita bantu. Mungkin dia tidak mampu bantu kita kerana ilmunya tidak sama dengan ilmu kita tetapi kita tidak tahu apa pula ilmu yang dimilikinya atau ilmu yang bakal dimilikinya.
Sekian.
.*.
'
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA