Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label pekerjaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pekerjaan. Papar semua catatan

13 Mac 2014

Bukan kerana saya seorang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bukan kerana saya seorang yang menyebabkan terjadinya isu ini.

Sudut ini sudahpun terabai.  Tiada lagi bunga-bungaan
yang menghiasi.  Gambar hiasan

Banyak sebab mengapa terjadinya sesuatu perkara.  
Bukan kerana seorang dua tetapi ianya turut berkait antara satu sama lain.

Rasa seperti nak bercerita tetapi bimbang ia disalahtafsir.

Lalu izinkan aye nyatakan di sini, oleh kerana hari ini aye cuti tidak semestinya kerja-kerja lain boleh tertangguh kerana masih ada lagi insan lain yang bijak dan mampu menyiapkan tugasan itu.  Aye bercuti bukan kerana lari dari lambakan atau timbunan kerja sebaliknya ada urusan peribadi yang mendesak.  

Memang betul setiap tugasan yang diberikan hendaklah dipantau dan disiapkan oleh siapa yang menjadi pemiliknya (PTJ).  Dalam suasana kerja sekarang yang kebanyakan mengutamakan 'multi-skilling' seharusnya mana-mana orang paling tidak mampu memberi penjelasan untuk apa yang berlaku.



Pasti akan ada orang akan berkata:

"Kalau dia cuti... habislah kerja tak siap"

"Kalau dia cuti... tiada orang nak ganti kerja dia"

"Kalau dia cuti... susahnya!!!"

Tiada siapa yang harus dipersalahkan.  Kerana bukan saya seorang yang boleh buat kerja.  Ramai lagi yang mampu menjadi pekerja yang baik jika itu yang dikehendakinya.  Kerana apa juga yang kita buat atau apa juga yang terjadinya ada kaitannya dengan apa yang ada dalam diri kita.

Hmm... boleh ke buat kenyataan macam ni??? Tak baguskan.

Banyaknya alasan yang diberikan bukan bermakna lari dari tugasan.  Tetapi alasan itu lebih kepada memberi penjelasan semoga ada yang mengerti.

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia



$$$

11 Mac 2014

Sibuk sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sibuk sangat. Sampai bila pun ayat- ni memang tak boleh dipisahkan.


Kesibukan sentiasa ada.  Datang dan pergi bersilih ganti.
Walau apapun tanggapan orang memang itulah kesibukan kita... tidak sama.
Mungkin sekarang sempat lagi update blog walaupun pun sibuk sangat... kononnya.

Dah lepas waktu pejabat... meja masih tak boleh nak kemas lagi.
Tunggu masa kejap lagi kenderaan sampai.
Barulah kelam kelibu nak tutup komputer dan nak kemas meja.

Hati ini masih tertunggu apa sebenarnya yang terjadi dengan pesawat MH370.
Memikirkan keadaan keluarga mereka... hati menjadi sayu.
Semoga mereka semua selamat.

#pray4mh370

suka duka pentas dunia



$$$






10 Mac 2014

Bila langgar prosedur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Peraturan dan prosedur dibuat untuk memudahkan sesuatu urusan.  Supaya dapat dilaksanakan dengan teliti dan teratur.  Walaupun nampak seperti menyusahkan tetapi lebih susah lagi jika tidak ikut prosedur yang telah ditentukan


Gambar hiasan.


07 Mac 2014

Terlepas tidak bermakna selamat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Terlepas tidak bermakna selamat.

Perasaan tak entri aye pagi tadi... konon-konon entri baru tetapi auto-publish.


Setiap hari pun sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemandangan pagi yang mendamaikan.  Gambar hiasan

Setiap hari pun sama dan sesekali ada perbezaan walaupun tidak ketara.  Kita biasa dengar dan seringkali didedahkan bahawa dalam kehidupan kita perlu ada peningkatan sama ada dari segi ilmu atau pengetahuan.  Paling tidak adalah peningkatan dari segi iman.

19 Februari 2014

Menilai semula hati dan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



kesibukan tugas yang kadang-kadang membosankan

Sudah lewat malam begini baru berkesempatan update blog.  Memang agak lewat berbanding sebelum ini masa untuk untuk menulis dalam blog memang awal.  Paling lewatpun biasanya sekitar jam 9.00 malam.  Hampir-hampir juga tadi tidak jadi nak menulis kerana menantikan anak-anak tidur.  Selagi mereka tidak lelap mata jarang sangat dapat menulis dengan tenang.  Bukan kerana gangguan ...

18 Februari 2014

Tugas mendesak yang tidak menentu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sibuk dengan anak-anak
memang tidak boleh dielakkan.
Sibuk macam mana sekalipun
kerenah anak-anak tetap kena layan.  Gambar hiasan

Hari yang sibuk.  Macamlah tiada hari yang tidak sibuk.  Dalam sibuk pun masih sempat lagi berblogging.  
Ambil masa sekejap.

06 Januari 2014

Dapat surat tunjuk sebab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


petikan surat tunjuk sebab

Hari ini YB dapat surat tunjuk sebab pertama untuk tahun 2014.  Surat ini YB terima bagi ketidakhadiran ke satu seminar yang dianjurkan oleh jabatan penghujung tahun lepas.

Seminar yang dimaksudkan ialah Seminar Inspirasi Hawa:  Kenali Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya dan Kebahagiaan Hidup pada 19 Disember 2013.  Nak cerita panjang lebar kandungan seminar berkenaan tidak dapatlah sebab YB memang tidak hadir sepenuhnya.

Nampaknya siapa yang tidak menghadiri seminar tersebut dengan sendirinya tidak bahagia pada hari ini kerana mendapat surat tunjuk sebab.

Walaupun tidak suka tetapi terpaksa redha dan pasrah kerana kecuaian YB sendiri.  Namun YB ada alasan yang munasabah dan tersendiri mengapa tidak hadir ke seminar berkenaan.  Tetapi... masih ada tetapi juga tu.. Betul YB harap alasan ini boleh diterima kerana bukanlah kesilapan YB sepenuhnya... kan? :D

Antara alasan mengapa YB dengan sengaja tidak hadir ke seminar berkenaan adalah pertama 3 hari sebelum seminar berkenaan iaitu pada 16 hingga 18 Disember 2013 YB telah diarahkan menghadiri satu program di Shah Alam yang dikenali dengan CHAD2013.  Oleh kerana 3 hari tidak berada di ofis maka terdapat longgokan tugas dan tidak kurang juga tugas baru.

Alasan kedua adalah YB perlu memantau persiapan keperluan dan peralatan untuk program besar yang akan diadakan pada 20 Disember 2013.  Dalam tidak ke mana-mana pada 19hb tu pun masih lagi ada backlock kerja...

Apapun tindakan yang pihak pengurusan kenakan YB perlu akur kerana semua yang dirancang perlu dilaksanakan dengan jayanya.

Okey... berhenti dulu sehingga di sini YB nak siapkan surat penjelasan secara bertulis.  Semoga semuanya selamat...


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com



10 Oktober 2013

Semoga yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak frame yang tak berapa nak menjadi

Semoga yang terbaik adalah untuk kita semua.

Senangkan nak cakap dan nak tulis... semuanya dihujung jari dan dihujung lidah yang tidak bertulang.

Namun kita berhak berusaha dan berdoa semoga kita sentiada perolehi kebaikan dari setiap kerja buat yang kita lakukan.  Semoga juga kerja buat kita itu tidak mendatangkan kesusahan dan kepayahan kepada orang lain.  Dalam erti kata yang lain sama-sama bertanggungjawab dan melakukan tuga sehabis baik.

hm... payah jugak nak faham nie.

Aye nak cerita macam nie... supaya kita dapat sama-sama memahaminya.

Setiap dari kita diberi garis panduan untuk melakukan sesuatu tugasan.  Tidak kiralah secara bertulis atau melalui kefahaman semula jadi.  Garis panduan secara bertulis itu adalah satu bentuk dokumen yang kasar atau 'hard copy' kita semua nampak, boleh baca dan boleh pegang.  Seperti peraturan dan undang-undang.  Manakala peraturan yang tidak bertulis itu adalah konvensyen di mana cara melaksanakannya sejak dari dahulu telah dipersetuji ramai dan ramai orang melakukannya dengan cara yang betul...

Boleh faham tak nih?

Okey macam inilah... kalau dah ramai orang tahu nak buat sesuatu perlukan kelulusan begini dan begini... tiba-tiba ada pula hamba Allah yang dengan sukahati buat peraturan sendiri yang mana memberi kesan dan mendatangkan kesukaran kepada  orang yang hendak melaksanakannya nanti.

Penat kan fikir orang yang suka hati buat kerja tak fikir orang dan tak nak fikir apa sebenarnya yang bakal berlaku bila dia buat macam tu...

Lagi penat nak fikir adalah macam mana nak buat cerita bagi orang faham dalam masa yang sama tidak memberi aib kepada orang yang menjadi punca semuanya ini tertulis di sini.

Semoga kita tidaklah termasuk dalam kategori orang yang suka menyusahkan orang lain demi kepentingan diri sendiri.


suka duka pentas dunia

13 September 2013

Manusia yang efektif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak35 sekadar hiasan,  corak ini tiada nama.  


Manusia yang efektif.  Tidak tahulah apa kaitannya Manusia yang efektif dengan gambar corak di atas.  Yang pastinya corak padanan warna nama macam serasi. eh eh... puji sendiri pulak.

Nak memulakan cerita memang sesuatu yang sukar.  Tambahan pula dengan tajuk yang macamlah 'killer' sangat.  Pandai-pandai jer buat tajuk macam tu.  Dah dapat tajuk tak tahu pula nak tulis apa.

Bagaimana tajuk Manusia yang efektif diperolehi?

Sudah agak lama sebenarnya kedengaran tajuk sebegitu... selalunya ahli motivasi sering menggunakan petikan perkataan berkenaan.  Dan dalam sebulan dua ini kedengaran lagi ungkapan itu sehinggalah ke hari ini.  Kalau dahulunya memang suka dengan ungkapan itu.  Tetapi sekarang tidak berapa suka dengan perkaitan antara ungkapan itu dengan suasana kerja sekarang.

Pernah ditanya kepada seseorang yang turut seringkali mengeluarkan kata-kata dan ungkapan itu.  Mengapa dikatakan manusia itu manusia yang efektif?

Jawabnya ringkas saja.  Manusia yang efektif adalah manusia yang bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa membawa kerja balik ke rumah dan tidak balik ke rumah lewat dari jam 5.00 petang.

Kalian setuju ke dengan penerangan di atas?  Kalau setuju memang respect habislah.  Boleh kasi tabik spring gitu... nak bagi tabik search tak boleh la sebab tak jumpa lagi kat mana-mana.



gambar kasut sekolah Alif yang dibeli pada awal tahun 2013.  Motif?  Jom ke sekolah!!!


Layan lah sekejap zaman sekolah dulu-dulu.  Boleh jer balik awal waktu.  Cukup masa balik... semua balik.  Kalau tak sempat buat kerja kat sekolah sambung pula di rumah... efektif ke masa zaman sekolah dulu?

Alam pekerjaan sekarang tidak tahulah sejauh mana efektifnya ungkapan sedemikian.  Ungkapan apa?  Manusia yang efektif adalah manusia yang mampu balik rumah sebaik saja jam 5.00 petang (selepas tamat waktu kerja rasmi).

Boleh la balik jam 5.00 petang kalau semua dah siap.  Habis kita yang kerja datang berjela-jela tak henti-henti ni. Boleh balik jam 5.00 petang?  Alamatnya esok bertimbun semula la.

Kalau sesekali balik kerja awal (ikut waktu kerja sebenar) memang cukup bagus janji longgokan kerja atas meja sudah siap.  Jadinya!!! Tolonglah tidak semua orang boleh bekerja 8 jam saja sehari... kadang-kadang kena lebih sejam setengah... supaya tiada backdate.  Betulke istilah ni.

Saja la kan nak lepas tension jap.  Bukan apa jeles juga bila tengok ofismate balik ikut waktunya.

Sesekali mengukir rasa di kanvas maya ini lega sikit.  Tiada orang bacapun tidak mengapa asalkan aye bahagia. :P


gambar hiasan lagi... hasil kerjatangan Alif.


Suka duka pentas dunia.

21 Ogos 2013

Peraturan dibuat untuk memudahkan urusan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar dari google

Pada hari Rabu yang biasanya ramai orang tidak berkata-kata sebaliknya hanya memberi gambaran sahaja, aye terasa nak tulis panjang lebar... bukan berkata tetapi menulis apa yang terbuku dalam hati.  Bila menulis begini paling tidak dapat mengurangkan rasa hati yang membekam.  Nak bercakap atau bercerita pada orang bimbang mengganggu emosi dan perasaan mereka mula... jadi tulis di sini dan sesiapa yang sudi membaca tulisan ini tidak berhasrat mengganggu perasaan tetapi sekadar luahan sahaja.

Perghhh... (ayat apa ni aye tak tau) pengenalan punya la panjang belum masuk isi cerita lagi.

sekadar hiasan

Seperti biasa kita akan berhadapan dengan situasi tertentu di mana kita perlu akur dengan peraturan. Sekadar nak berkongsi bukan senang sebenarnya nak mencipta arahan atau peraturan... perlu diteliti satu persatu agar ayat yang dibuat tidak menyukarkan mana-mana pihak untuk memahaminya.  Dan... untuk membuat pindaan pada mana-mana senarai peraturan perlu juga melalui kelulusan dan perbincangan bersama dan bukan keputusan seorang.

Seringkali juga peraturan yang senang akan nampak susah bila tidak dibaca dengan teliti.  Hal ini akan membawa pula kepada kerenah birokrasi yang seterusnya akan memburukkan keadaan.

Birokrasi dicipta bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memudahkan.

Baca dengan teliti arahan dan syarat yang dikenakan.  Ikutlah kenyataan yang dibuat supaya dapat memudahkan semua pihak termasuk diri sendiri.

Tidak susah sebenarnya nak ikut peraturan atau syarat yang dikenakan.  Sekiranya tidak faham boleh bertanya... begitulah yang sering dikatakan oleh cikgu-cikgu ketika kita disekolah.  Tetapi sekiranya cikgu sendiripun malas nak bertanya... macam mana anak murid nak memahaminya.

Tiada siapa yang hendak susah termasuk juga orang yang tergolong dalam pembuat peraturan dan keputusan.  Tetapi bila bersendirian... nak tukar peraturan dan syarat akan memakan diri... kerana ditegaskan sekali lagi... peraturan yang dibuat secara bersama perlu dipinda secara bersama juga.

Semoga memahami.

Sekian adanya, terima kasih kerana sudi membaca dan memberi pandangan.

(*-*)

22 Julai 2013

Jangan jadikan Isnin anda menyeramkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Isnin, entah mengapa seringkali dikaitkan dengan kemalasan atau kelemasan.

sumber gambar dari facebook

Bukan hendak lari dari pemahaman skema tetapi ingin mengajak hati supaya tegar dengan kemunculan Isnin.

Hari Isnin tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu lemah semangat kerana pada hari Isninlah kita sepatutnya memulakan minggu pekerjaan kita dengan ceria dan gembira.

Kenyataan maut yang berani kan?

Aye tau ramai di luar sana yang marah atau tidak suka dengan kenyataan ini.  Memang simpati sebabnya bagi aye sendiri hari Isnin... sejak dari bangku sekolah lagi merupakan hari yang paling .... sambung lah sendiri.

Teringat pesan arwah mak, semasa mula-mula masuk kerja.   Setiap kali bila tiba hari Isnin arwah mak akan berpesan supaya memakai pakaian yang bersih kerana hari Isnin adalah permulaan untuk bekerja, baru bersemangat.  Antaranya adalah sarung kaki mesti telah dibasuh termasuk juga semua jenis pakaian luar dan dalam (ngeeee).  Menurut arwah mak lagi, pakaian baru (dibasuh dan bersih) bukan sahaja dipakai pada hari raya atau Jumaat sahaja sebaliknya hari Isnin juga.  Masa tu memang tak terfikir pun cuma ikut jer pesanan tu.

Selain dari itu arwah mak juga berpesan bila pergi kerja jangan suka cari gaduh dengan orang, cakap dengan orang lemah lembut, kalau nak bantuan ke apa-apa minta dengan baik, jangan berat tulang rajin-rajin bantu orang lain, buat kerja baik-baik kalau ada yang tak faham tanya jangan sampai ketua (bos) marah.

Pesanan itu akan terus kekal sampai bila-bila, Insya Allah.  Semoga anak mak ini akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian adanya.  Suka duka pentas dunia.



18 Julai 2013

Andainya sudah terlaksana, senangkah hati?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Berkali-kali tertangguh hendak melaksanakan amanat yang satu ini.  Bukan satu tetapi mungkin juga banyak lagi akan datang atau yang telah diamanahkan.

Setelah dikumpul segala kekuatan dan pencerahan maka terlaksana juga amanat itu.  Petang tadi dengan rasa rendah diri bersemuka dengannya untuk menyerahkan amanat.  Berbicara harus manis agar tidak terluka hati dan perasaan.

Biarpun pedih untuk menyatakan hasrat tetapi harus dilaksanakan juga agar pedih tidak berpanjangan.  Setelah selesai segalanya, menjadi harapan yang tinggi menggunung agar kesilapan dan kekhilafan lalu tidak berulang lagi.  Kerana terlalu sukar sebenarnya untuk menjatuhkan hukuman biarpun memang itu yang harus dilakukan.  Sesekali terasa ingin beban itu ditanggung sendiri agar tiada hati yang terluka serta persahabatan yang terjalin tidak terlerai.

Syukur Alhamdulillah, nampaknya dia memahami. Semoga begitulah juga di dalam hatinya.  Memang asam garam dalam kehidupan kita tidak pernah lari dari sifat alpa.  Tetapi sifat itu tidaklah seharusnya dijadikan alasan untuk mengulangi kesilapan yang sama.

Sekian, selesai sudah satu perkara.

Masih belum terlaksana lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Persoalan demi persoalan bermain di kotak fikiran.  Namun tiada satupun yang dapat dijawab dengan jelas. Sambil menunggu peluang dan masa yang sesuai, urusan lain yang penting disiapkan dahulu.  Tetapi persoalan ini juga penting.

Sukar sebenarnya hendak dinyatakan apa yang dimaksudkan dengan persoalan di atas.  Sebenarnya ia ada kaitan dengan catatan ini

Sungguh tak sampai hati nak nyatakan perkara ini.  Walaupun ia memang patut dilakukan segera.

Mungkin juga petang ini atau pagi esok persoalan itu akan terlerai.

Semoga dengan terzahirnya catatan ini dapat memberi kekuatan dan semangat untuk selesaikan segera persoalan ini.

Sekian.  *-*

16 Julai 2013

Tidak suka tetapi terpaksa buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tidak suka tetapi terpaksa buat juga.

Dalam sesetengah situasi kita memang tidak suka memberi amaran atau arahan kepada seseorang tetapi bila perjalanan urusan itu kelihatan seperti pincang dan tergendala, maka memang terpaksa bagi arahan dan amaran.

Kita andaikan bahawa kita juga tidak suka terima arahan atau amaran tambahan lagi surat amaran atau surat peringatan.  Memang tidak suka langsung.  Begitulah juga kita andaikan orang lain juga begitu. 

Kita andaikan bahawa senarai tugas yang diberikan sudah jelas bila diikuti dengan pertemuan dan perbincangan 'face to face'.  

Kita harap penjelasan yang diberikan tidak memerlukan kita mengeluarkan surat arahan atau surat peringatan.  Kerana semua orang sudah tahu dan mahir dengan tugasnya.  Sedikit kesilapan sesekali boleh dimaafkan.  

Tetapi untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya bukanlah semudah membuat perjumpaan atau perbincangan.  Ia lebih dari itu, menuntut kesabaran, kekuatan semangat dan kecekalan hati.  

Bahkan lebih dari itu, kita memerlukan semangat dan kejujuran yang tinggi dalam membuat penilaian ke atas perlaksanaan sesuatu tanggungjawab.

Semoga apa yang dilakukan pada hari ini adalah yang terbaik untuk semua pihak dan tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian.

Sabarlah hati...


(*-*)

29 Jun 2013

Kisah semalam yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan.  sumber dari sistem komputer ini

Hidup ini memang penuh dengan kejutan.  Walaupun kita dah agak situasi itu akan berlaku.  Tetapi kadang-kadang yang terjadi adalah sebaliknya dan tidak seperti yang kita sangka.  Memang menjadi kejutan!.  Sekali lagi dalam situasi yang lain pula, dia tidak begitu, corak dan cara percakapannya juga berbeza... kan manusia bisa berubah dengan kehendaknya sendiri hanya memerlukan masa.  Kita sendiri tidak sempurna bagaimana pula kita hendak orang lain bersikap sempurna dengan kita.

Sebelum ini aye dikhabarkan mengenai peribadi si pulanah yang begitu dan begini.  Bukan tidak mahu percaya tetapi perkhabaran itu aye jadikan sandaran bila mana aye berhadapan dengan si pulanah.  Memang ternyata benar perkhabaran itu terjadi dan tidak sangka bila berhadapan dengan sikap si pulanah yang tidak profesional dalam suasana formal.

Puas aye memikirkan mengapa dia bersikap demikian.  Kata orang dia dari dulu memang begitu, tak kira masa dan tempat nak tunjuk lagak dan kuasa cuma sesekali bila bersama dengan orang besar-besar sikapnya seperti tikus.  Benarkah begitu?  Cuba selidik mengapa dia bersikap begitu.

Aye berpendapat begini, sebagai seorang ketua yang memegang tampuk jawatan penting seseorang itu perlu bersikap tegas dan profesional.  Namun ada kalanya sebagai ketua sikap cepat melenting di hadapan staf bawahan adalah tidak elok kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang ketua dalam masa yang sama staf bawahan akan lebih membenci bukan taat tetapi tak kuasa nak melayan kerenah bos yang tidak profesional langsung.

Seorang ketua pula sepatutnya perlu memahami kehendak dan keperluan staf bawahannya.  Mengapa staf tidak mengikut arahan adakah kerana tidak pandai buat kerja atau tidak memahami arahan.  Untuk itu staf yang tidak pandai buat kerja dihantar kursus dan diberi pendedahan.  Bagi staf yang suka sangat buat tidak faham arahan ada baiknya diberi penjelasan dan keperluan tugasannya.  Bukan dengan cara mengherdik atau meninggi suara. 

Tidak semua orang suka berhadapan dengan orang lain (bos) yang suka meninggi suara.  Adalah baik bos cakap dengan nada suara yang terkawal.  Kerana jeritan bos yang marah pada stafnya sedikit sebanyak akan memberi kesan yang memalukan kepada staf.  Paling tidak staf berkenaan akan membenci dan mencaci bos di belakang.

Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian kita akan sentiasa berhadapan dengan berbagai kerenah manusia.  Ada yang baik dan berbudi bahasa, ada juga yang tidak ambil kisah dan tidak kurang juga manusia yang ambil kesempatan.  Dalam berhadapan dengan semua itu, kita ambil jalan tengah dan positif iaitu kita dilahirkan oleh manusia bernama ibu yang berbeza, cara didikan dan alam pembesaran juga berbeza.  Terimalah kekurangan atau kelebihan seseorang itu seadanya dan cuba memahami sikap manusia itu.


13 Jun 2013

Terlerai sudah satu beban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selesai sudah satu perkara
Terlerai juga serabut yang bergelegar di seputar alam
Walau selesai satu perkara masih ada lagi perkara lain yang menunggu
Termasuk juga lain-lain perkara yang bakal tiba tanpa diketahui

Nak dijadikan cerita ofis aye sedang dalam proses audit 5S
Maka banyak perkara yang kena buat
Kena semak semula dokumen yang dah lama tak diusik
Perlu juga pantau kerja-kerja sisih susun dan sapu
Tidak ketinggalan juga papan notis turut diambil kira, maklumat perlu terkini
Selain dari itu mana-mana lokasi bilik dalam jajahan takluk kena juga perhati

Selesai audit memang lega
tetapi kena tunggu pula apa keputusan bakal menjelma serta tindakan penambahbaikan yang bakal diambil

Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan


26 Januari 2013

Hari Sabtu dan kisah sebaliknya

As salam,



bunga misteri

Hari ini Sabtu, 26 Januari 2012.  Dah tengahari baru nak mula menulis.  Sepatutnya hari ini sekeluarga lepak-lepak kat rumah buat aktiviti gotong royong perdana 5S.  Maklumlah rumah pun dah tak berapa nak kemas... sibuk memanjang. 

Paling tidak pun berkebun.  Dah lama sangat tak buat aktiviti tu.  Sekadar tengok saja pokok di rumah mak cantik-cantik banyak pula tu.  Memang sejuk tangan mak.  Apa saja yang dicucuk semuanya tumbuh subur menghijau termasuk juga yang menumpang teduh.  Apa lagi rumput lah.  Tetapi sekarang mak sudah tidak berapa sihat.  Pokok-pokok yang ditanam oleh mak dulu semakin layu dan kekuningan persis merindukan belaian sejuk tangan mak.

Tangan aye tak berapa nak sejuk.  Tanam pokok bunga tak berapa hari, tak sempat sampai sebulan dah mati.  Tak terjaga.  Bukan malas tapi tak sempat.  Termasuk pokok bunga misteri seperti di dalam gambar di atas.  Cerita mengenai dah tersiar tak lama dulu.

Tanaman kucai pemberian mak dalam pasu dulu pun dah mati.  Ada yang kena cabut dek anak-anak, tangan yang montel... geramnya.  Sekarang cuba tanak pokok cili pula.  Mudah-mudahan menjadi.


rindukan saat ini
Hari Sabtu juga biasanya tetapi tidaklah selalu, makan roti canai atau tosei di kedai mamak.  Tetapi hari Sabtu ni aye bekerja, encik suami juga bekerja.

Tengoklah perancangan petang nanti menjadi atau tidak.  Kasihan kepada anak-anak terpaksa memerap di rumah lagi.  Tetapi mereka dah biasa sebenarnya... perlu dibiasakan? 

bubur biji nangka
Jika ada kelapangan petang Sabtu ni buat bubur biji nangka.  Kalau menjadi lah, kalau tak jadi buat jer buah melaka atau onde-onde tak pun lepat tikam.  Hmmm... ketayap pun boleh juga.

Sementara itu di ofis ini pada hari Sabtu ini buat kerja dengan sebaik-baiknya.  Walaupun masih dalam mood terkejut tetapi pekerjaan mesti diteruskan.

Semoga yang terbaik untuk anak bangsa ku.

'suka duka pentas dunia'


16 Januari 2013

Bagaimana jika tiba-tiba

As salam,




 
Bagaimana nak berjaya jika...
Tiba-tiba mesin fotostat meragam buat hal.
Tiba-tiba mesin faksimili pulak masa tu la... nak offline tak pun toner habis... lambatlah cam nie...
Tiba-tiba pula mesin cetak meragam la pulak... sangkut sana sini... panggil technician tak sampai-sampai, kalau setakat toner yang habis boleh leh ganti sendiri
Tiba-tiba black-out... habis padam lampu dan semua peralatan tak berfungsi
Tiba-tiba komputer atau PC blurr... hanging semacam

Kerja tetap kerja ...
aka hidup mesti diteruskan

Bagaimana pula jika tiba-tiba
kita yang sakit....
agak-agak ada tak orang nak tolong siapkan kerja kita?
Bertimbun la kat situ... sampai korang dah masuk kerja pulak baru nak sambung
nak set-up semula mana yang telah tertinggal
.... kan sakit semula...

fikir-fikirkan....

11 Januari 2013

10 perkara berkaitan semangat di tempat kerja.

As salam,




siku kelawar?? 

1.  Mulakan tugas dengan mood atau semangat yang baik dan ceria.

2.  Tugas akan jadi tidak menyeronokkan andainya ada masalah seperti masalah rumahtangga, masalah keluarga atau masalah peribadi.

3.  Jangan jadikan masalah sendiri membelenggu semangat orang lain.

4.  Kerana masalah boleh mengganggu perancangan tugas dan banyak urusan akan tergendala.

5.  Orang akan kata tiada tindakan yang diambil kerana mereka tidak nampak tindakan yang telah diambil.  Lagipun buat apa heboh sekampung macam ayam bertelur sebiji.  Diam-diam sudahlah.

6.  Orang tidak tahu ada tindakan yang telah diambil kerana masalah yang sama berulang dan terus berulang seolah tiada kesudahan.

7.  Letakkan diri anda ke tempat orang lain, tempat orang yang bermasalah atau tempat orang yang tiada masalah atau tempat orang yang menegur anda.  Bagaimana rasanya terpaksa selalu memberi teguran.

8.  Kita dah cukup dewasa untuk selalu diberi teguran atas perkara yang remeh temeh dan sama sering berulang. 

9.  Bukan tidak boleh ditegur tetapi seharusnya teguran itu bukanlah kerana peribadi kita yang tidak disenangi atau tingkahlaku kita yang menjengkelkan banyak pihak.

10.  Kesimpulan, jadilah diri kita yang sebenar dan ikutlah contoh teladan yang baik semoga dapat mengubah presepsi buruk orang lain terhadap kita.


Carian