Sayur special air tangan encik suami
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sayur special air tangan encik suami, untunglah kalau setiao hari encik suami merajinkan diri masuk dapur. Lega sikit tak perlu kelam-kabut berebut di dapur, mana nak solat nak masak, anak-anak lagi. Kebetulan pula petang ini encik suami goreng sayur sawi bersama karot dan udang. Bahannya puan isteri beli tengahari tadi... tak tahu nak masak apa beli jer apa yang terlintas di fikiran, bila masuk dapur nanti tahulah apa yang nak jadi. Oleh kerana encik suami banyak masa lapang petang nie, jadi kita biarkan saja dia bekerja di dapur.
Inilah rupa sayur yang telah dimasak oleh encik suami untuk juadah berbuka puasa. Makan dengan nasi panas menyelerakan. Yang penting anak-anak pun suka makan sayur. Walaupun kadang-kadang mereka tak makan.
Encik suami YB bukanlah househusband tetapi dia memang pandai memasak. Kerana hobi dia memasak.
Sekianlah saja bebelan untuk malam ini.
Terima kasih kerana sudi singgah baca entri Sayur special air tangan encik suami.