Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Rakan Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rakan Blogger. Papar semua catatan

12 Disember 2023

Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com


Pencarian disambut baik.  Semoga dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan blogger.

Kepada rakan blogger yang nak join, klik link pada poster 



Kepada rakan blogger yang nak join, klik link pada poster di atas.

Jom sama-sama kita meriahkan Pencarian Bloglist 2024 Rodiahamir.com




08 Disember 2023

Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com



Setelah sekian lama Sis tidak aktif dengan blog, hasrat hati nak aktif semula.   Alhamdulillah, kali ini terjumpa dengan rakan blogger Mamapipie yang anjurkan Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com.


Pencarian Bloglist 2024 Mamapipie.com


Syarat penyertaan tidak susah, rakan blogger yang beminat nak join sama boleh klik pada poster di atas.

Semoga semakin bersemangat dan bertambah rakan blogger baru.

Terima kasih Mamapipie.

28 September 2021

Giveaway by Shida Radzuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Giveaway by Shida Radzuan



Bestnya, rakan blogger Shida Radzuan organize Giveaway lagi. Kesempatan yang yang tidak harus dilepaskan. Ada beberapa kali dah akak terlepas join giveway Shida Radzuan, sebab masa tu tak berapa aktif dengan blog. Kali ini tak boleh lepaskan lagi.

Ada apa dengan Giveaway By Shida Radzuan pada kali ini?


Giveaway by Shida Radzuan

Nak tau... klik banner di atas. atau klik pada caption.


Apa yang saya suka dengan blog Shida?


Banyak yang saya suka dengan blog Shida. Antaranya:
1. Paparan blog yang ringkas. Tak banyak warna dan corak.
2. Cepat loading. Tak perlu tunggu lama, klik jer pada link blog shida di Best Blog 2021... dengan pantas terus keluar paparan blog Shida.
3. Content yang menarik, ada info dan maklumat. Entri santai pun menarik dan terselit juga info.


Demikian serba ringkas dari akak. Korang jom join... klik link pada banner di atas.








26 Julai 2021

Giveaway Road To 3M Mamapp


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Giveaway Road To 3M Mamapp


Hari pertama minggu baru, hari Isnin.  Hari yang dahulunya popular dengan monday blues tetapi kini tidak lagi, kerana ramai yang bekerja dari rumah dan pastinya tidak berebut bersiap ke tempat kerja.  Yang pasti tetap juga perlu bersiap untuk sesi pdpr anak-anak.  Kerja dari rumah juga tidak kurang persiapannya, bezanya tidak di pejabat.

Okaylah panjang pula cerita,  Akak nak kongsi entri ini dengan korang.  Kali ini akak join Giveaway Road To 3M Mamapp.  Rakan blogger yang telah lama rasanya akak kenal.  Hanya baru jumpa semula melalui blog rakan blogger Oyen.


Giveaway Road to 3M Mamapp
Giveaway Road to 3M Mamapp


Giveaway berlangsung mulai 6 Julai 2021 dan dijangka tamat pada 6 Ogos 2021. 
Dah tak berapa hari lagi nak tamat nie.



Giveaway Road to 3M Mamapp

Antara hadiah yang bakal diterima.



Terima kasih semua.  Jom join Giveaway Road To 3M Mamapp

💖

22 Julai 2021

Segmen Wanna Be My GFF by AO

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Wanna Be My GFF by AO


Setelah sekian lamanya menunggu masa untuk berbloging semula... tibalah saat dan masanya untuk akak buat entri segmen.  Siapa sangka dah la dok kering idea tiba-tiba dapat idea pula.  Bukan sebarangan idea nie,  Idea join Segmen Wanna Be My GFF by AO.

Segmen anjuran Alien Oren sempena kemunculan Kepada Sesiapa.  Nak tahu apa maksud Kepada Sesiapa tu... klik banner di bawah.


Segmen Wanna Be My GFF by AO

Kelebihan menyertai segmen ni;


Kelebihan yang ke-4 paling menarik.  Korang kena join baru tau apa perasaannya 
  1. 3 Peserta terawal akan mendapat hadiah HEADER BLOG
  2. Setiap peserta akan menjadi Featured Blogger di Podcast Kepada Sesiapa
  3. Untuk peserta yang berada di sekitar Shah Alam, AO akan bagi hadiah special untuk korang. (terhad kepada 2 peserta sahaja, jika lebih pemilihan akan dibuat secara undian di Random Name Winner)
  4. Korang akan dipilih untuk ditemu bual bersama AO bagi sesi perkongsian di dalam podcast Kepada Sesiapa.

Segmen ni akan berlangsung selama TIGA MINGGU bermula 21 Julai sehingga 11 Ogos 2021.
Tempohnya masih panjang, adabaiknya korang join sekarang sebelum terlupa atau sebelum tempohnya tamat.


Terima kasih.  Jom join Segmen Wanna Be My GFF by AO.

20 Mei 2021

NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Sesi sokongan kepada rakan blogger.

Kali ni kita bagi sokongan kepada rakan blogger Siti, yang berhajat sangat buat giveaway istimewa.

Apa yang istimewa?

Jom tengok yang istimewanya dengan giveaway ini.


NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip
NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip


Klik banner di atas untuk sama-sama bagi sokongan.  

Kita pilih kategori 2.
korang pilih kategori mana?

Jangan lupa klik banner di atas dan ikut arahan yang diberikan... mudah jer




19 Mei 2021

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Happy Birthday Giveaway by Abam Kie



Happy birthday Abe Kie. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Wah sama pula bulan kelahiran kita yer.  Sama-sama lahir bulan Mei, beza tahun dan tarikh ajer kan?  Birthday Abe Kie ke berapa nie?  Korang nak tahu kenalah baca entri ni sampai habis.  Jangan risau entri ni pun tak panjang mana... seciput jer dah sampai ke ending.  

Jom tengok banner Happy Birthday Giveaway by Abam Kie



Klik banner di atas untuk join giveaway Abe Kie.  Nanti korang tahulah berapa umur Abe Kie.  Sebenarnya kita nak bagi tahu juga nie... kebetulan sama pula umur kita dengan Abe Kie. hehehe

Okey.  Jom sama-sama raikan birthday Abe Kie.  Mana tahu ada rezeki boleh dapat hadiah topup.




28 April 2021

Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka


Satu perkara yang menarik bila tiada idea nak menulis adalah kemunculan giveaway.  Cukup mudah nak buat entri.  Namun bila berlawan dengan masa dan malas, tengok pada nasib juga lah... jadi ke tidak entri giveaway tu.  

Entri Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka dah lama jumpa.  Masa jumpa tu, memang tak sempat nak copy buat entri,... bila dibiarkan terus terlupa dan hari ni jumpa semula melalui entri rakan blogger.  Dah nak jadi rezeki setakat ini untuk buat entri.  Rezeki dapat buku belum tentu lagi nie.  Apa pun doakan akak berjaya perolehinya.  Terima kasih didahulukan.


Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka
Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka


Giveaway ini anjuran rakan blogger Fairusmamat 'blogger suam-suam kuku' katanya, bersempena sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April 2021 yang lepas. 


Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka
Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Ada sejarah tersendiri rupanya buku ni.  Hebat!.

Jom korang boleh join lagi giveaway ini yang dijangka tamat pada 29 April 2021.


Terima kasih seadanya,  Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka




26 April 2021

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM


Jumpa lagi giveaway.  Sekarang ni dah jarang jumpa giveaway kat blog.  Rasa beruntung sangat dapat join giveaway.



GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR


Nak cerita sikit impian raya, agak cliche dan sama dengan semua orang... walaupun nasib dan rezeki kita berbeza, masih juga impikan hari raya yang indah dan gembira, dapat berjumpa saudara mara dan rakan taulan yang dah lama tak jumpa.  Paling indah dah bersalaman dan saling mengeratkan persaudaraan.

Namun dalam keadaan pandemik Covid19, berserah saja mana yang terbaik buat kita.

Semoga kita semua dapat menyambut hari raya dalam keadaan paling baik.


Korang nak join giveway ni... klik banner di atas.


Terima kasih.  GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM


08 April 2021

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog


Ramadan kian menghampiri,  tempoh Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog juga dah semakin tamat.  Hari ni baru ada kesempatan dan idea untuk join.  Idea pun sebenarnya tak berapa nak datang... mungkin sebab dah banyak ditumpahkan ke tugasan lain makanya ornag Perak kata "udoh tumpo'.  Walau apapun terima kasih juga kepada Cik Yatie yang telah tag akak dalam entrinya.


Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog
Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog


Perasaan nak sambut Ramadan 


Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan kesihatan mental dan fizikal yang baik untuk menempuh Ramadan.  Semoga dipanjangkan umur dapat bertemu Ramadan dan dapat melaksanakan ibadahyang paling sempurna sepanjang Ramadan.

Perasaan sebenarnya bercampur baur namun sentiasa mengharapkan yang terbaik.  Berbeza pada zaman kita kecil dulu ... tidak kesah sangat dengan Ramadan.... ikut saja oran dewasa puasa.  Bila kita dah dewasa semakin banyak yang kita ketahui dan semakin banyak pula yang perlu kita dalami.  Barulah kita sedar sebenarnya puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga malahan lebih dari itu, yang penting berbuat baik sesama makhluk. 

Namun dalam masa yang sama tidaklah semestinya kita berduka cita dengan kehadiran Ramadan.  Pesanan ahli hikmah, Rasulullah SAW selalu memberi khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan.  Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan kerana bulan yang membawa penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Betul, perasaan gembira itu sebenarny ada kerana pada bulan Ramadan ini selain dari makanan kita juga diberi peluang untnk mengutip pahala sebanyak-banyaknya kerana peluang itu jarang atau hampir tiada pada bulan-bulan Islam yang lain.




"Hendaklah anda memperbanyak amalan-amalan yang baik terutama pada bulan Ramadhan, kerana pahala yang sunat pada bulan ini sama dengan pahala yang fardhu. Selain itu pada bulan Ramadhan, kerap berlaku kemudahan dan kecergasan untuk membuat amalan amalan yang baik yang jarang jarang berlaku pada bulan bulan yang lain. Sebab jiwa yang malas untuk membuat kebajikan itu telah terpenjara disebabkan lapar dan dahaga, syaitan yang suka menghalang dari perbuatan yang baik sedang terantai, pintu pintu neraka sedang tertutup padahal, pintu pintu syurga sedang terbuka luas."
[Imam Habib Abdullah Ibn Alwi Al-Haddad رحمه الله تعالى]


Perasaan menyambut Syawal 


Sekarang pun dah terasa perasaan gembira, tetapi masih juga menyimpan rasa duka memandangkan kedua orang tersayang telah tiada.  Persiapan Syawal untuk anak-anak itu yang penting kerana mereka juga ada hak untuk meraikan Syawal bersama kita.  Bagi kami pula, tiada lagi suasana balik kampung, tiada lagi kesibukan menyiapkan kelengkapan dan keperluan keluarga di kampung.  Ya, yang pergi telahpun pergi.  Kita yang ada tidak semestinya terus berdukacita.  Masih ada anak-anak dan saudara-mara untuk diraikan Syawal.  Biarpun suasananya berbeza namun itulah hakikat yang harus kita hadapi.

Syawal bulan mulia bulan meraikan kemenangan kita setelah sebulan berjaya menahan lapar dahaga dan nafsu buruk.

Yang penting bulan eratkan silaturrahim sesama kita.  Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan.


Akhir kata untuk posting ini, saya tag Sis Hawa, Sis Sarah dan awak semua rakan blogger untuk join giveaway ini.


Terima kasih kepada semua yang bersama mengikut  Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog



Peserta Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Peserta Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M


Sambutan penyertaan yang agak luar biasa.  Akak sama sekali tidak menyangka akan terima penyertaan yang begini ramai.  Bersyukur sangat kerana ada rakan blogger yang mengikuti perkembangan blog ini.


Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M


Berikut disenaraikan rakan blogger yang telah menyertai Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M.  

Senarai peserta


Senarai ini akan diupdate sehingga lah ke tarikh tutup segmen pada 12 April 2021.  Senarai blog yang tersenarai ini akan dimasukkan dalam senarai blog Rakan Blogger Ramadan szi.


Terima kasih kepada semua atas kesudian menyertai segmen ini.   Peserta Segmen Bloglist Ramadan 1442H/2021M

05 April 2021

Giveaway Sampul Raya Hipster

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway  Sampul Raya Hipster


Sampul raya.  Menarik.  Sampul untuk masukkan duit raya.  Memori terindah setiap kanak-kanak setiap kali tibanya hari raya.  Zaman kita kanak-kanak dulu jarang sangat nak dapat sampul raya, selalunya dapat duit terus jer dari tangan pakcik dan makcik.  Kita pun boleh terus nampak berapa banyak yang kita dapat... 20 sen atau 50 sen tu dah kira banyak.  Seringgit tu kadang-kadang, lebih dari tu... sikit-sikit.  Apa pun memang seronok dapat duit raya boleh buat menabung.  Itu cerita zaman kita dulu-dulu lah... sekarang ni dah berubah, seiring dengan perubahan masa dan zaman.  

Sekarang dah ada macam-macam jenis sampul raya.  Boleh beli di mana-mana pasaraya, kedai atau tempah khas.  Tempah pula boleh ikut selera kita nak design macam mana yang berkenan di hati.  Yang terkini ada Sampul Raya Hipster.  Hebat sungguh raya sekarang.


Giveaway  Sampul Raya Hipster
Giveaway  Sampul Raya Hipster


Intro panjang dari biasa


Korang jangan lah pening pula... akak buat intro panjang sikit dari biasa.  Sebab dah terkesan dengan jauhnya beza zaman raya kita dulu dan raya sekarang.  Dan intro ini pun sebenarnya nak cerita berkenaan Giveaway Sampul Raya Hipster  yang dianjurkan oleh rakan blogger Azhafizah.

Jika nak cerita pasal pengalaman raya zaman kanak-kanak kita dulu dengan zaman anak-anak sekarang memang jauh beza.  Beza sangat-sangat... sebabnya sekarang ni kita yang keluarkan duit raya 😅  Dulu kita yang dapat duit raya.

Korang jom la join Giveaway Sampul Raya Hipster  yang dianjurkan oleh rakan blogger Azhafizah.  Boleh kongsi pengalaman kumpul duit raya sambil tambah kenalan blogger.  Mana tau ada rezeki kita dapat la pula hadiah sampul raya hipster ... bonus terindah untuk raya tahun nie.

Nak join klik banner di atas.  Mudah jer.  Cepat tau... giveaway berlangsung seminggu dan akan tamat pada 12 April 2021.


Terima kasih support entri kita Giveaway Sampul Raya Hipster.





30 Mac 2021

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....

11 Mac 2021

Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6.

Lagi lagi join giveaway. 
Akak suka join giveaway nie, selain dari support kepada rakan blogger dapat juga tambah kenalan blogger baru.  

Kali ini akak join Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6.  Mudah jer nak join giveaway nie.


Giveaway SUKA-SUKA by anakomak6

Yang penting klik banner atas nie dan follow jer syarat yang simple.

Giveaway ini dijangka tamat pda 20 Mac 2021.

Jom support rakan blogger.  Terima kasih.



Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera |  Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah


Akak join giveaway ni pula.  Giveaway pertama katanya, bersempena dengan pembukaan blog baru. 

Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah

Jom la korang join sama.  Klik banner di atas untuk join.
Mana tau rezeki, boleh dapat Mouthgasm crunchy.

Tarikh tutup penyertaan 31 Mac 2021.

Terima kasih.

25 Februari 2021

SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kita join segmen lagi.  Kali ni SEGMEN BLOGWALKING BY SI HATI BERBOLAK-BALIK.  Kita pun sama juga baru lepas tukar baju blog.



Segmen tamat pada 28/02/2021

15 orang perserta yang bertuah akan masuk dalam bloglist.  

Semoga tercapailah hasrat masuk bloglist.

💖

Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hari ni akak join Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources.




Segmen ini dijangka tamat pada 8 Mac 2021 (Isnin).

Untungnya join segmen ini Om mencari 5 orang peserta untuk menjadi bloglist Ombak Bergigi dan 1 orang pemenang akan menerima sehelai tudung FAREHA.

Calling #Farehalovers

💖


08 Februari 2021

Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



  

Masa berlalu begitu pantas, semakin ramai rakan blogger yang kita kenali namun tiada satu pun yang kita pernah bersua.  Sejak memulakan blog, hanya berkenalan di alam maya.  Bukannya tiada perhimpunan Blogger Semalaysia, tetapi tiada kesempatan nak menghadiri.  Apatah lagi dalam keadaan pandemik yang dah hampir setahun... memang tidaklah nak berjumpa.  Kalau ada pun mungkin sekumpulan kecil rakan-rakan blogger yang tegar.

Okey, kita kembali kepada jalan cerita bagi tajuk entri ini.  Rakan blogger Nanie yang baru dikenali melalui blogger Shida Radzuan... rupanya dah lama mulakan blog.  Tetapi baru jumpa.  Itulah untungnya  ada segmen nie.

Nanie anjurkan segmen mencari rakan blogger untuk bloglist di blog.  Mudah sangat join segmen ni... segalanya tertakluk kepada kreativiti dan semangat juang koran yang tinggi dalam membuat entri.  Tak susah mana ... tapi kalau sesaja nak buat susah tak apa.  Ikutlah yang mana sesuai dengan jiwa memasing.

Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey



  Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey


Segmen ini berlangsung sehingga 5 Mac 2021.  Masih jauh perjalanan masa untuk mengutip seramai mungkin rakan blogger.

Jom kita semarakkan Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey


Terima kasih tau, sudi singgah baca dan komen kat entri kita yang tidak berapa nak viral macam JnT.

💞

13 Januari 2021

My First Giveaway by Blog Sal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Teruja sungguh hari ni, dah lah work from home dapat pula macam-macam ilmu online.  Tapi yang paling teruja berpeluang buat entri untuk join giveaway ni.


My First Giveaway by Blog Sal 


My First Giveaway by Blog Sal


Giveaway ini dijangka tamat pada 8 Februari 2021.
Jom join giveaway ringkas ni, dapat tambah kenalan baru.

Terima kasih.

.



 


11 Ogos 2020

Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari


Entri segmen pertama bagi sempena template baru.  Bila dah template baru, kena panjang banyak sikit pengisiannya... seperti yang dinasihatkan oleh sifu.  Kalau ikut kita nak tempek banner dan letak link saja, senang kerja.  Nampak sangat sibuk ke malas?

Eh... kita ni nak cerita pasal Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari.  Segmeni ini dianjurkan oleh rakan blogger Nadia Jamhari.  Rakan blogger ini meraikan followernya... jadi kita pun diraikan sama. Terima kasih juga kepadan rakan blogger Mialiana kerana kongsi entri segmen.



Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari


Sebab saya join segmen ini

1.  Kerana meraikan rakan blogger, mengembirakan rakan blogger bagi menambahkan senarai peserta
2.  Kerana saya suka join segmen, selain dari buat entri baru segmen juga dapat bagi idea buat entri blog.
3.  Kerana dapat berkenalan dengan blogger baru dan mengekalkan persahabatan dengan blogger yang telah lama kenal.
4.  Kerana segmen ini dapat menambah trafik dari rakan blogger yang menyertai segmen ini.
5. Kerana segmen ini menawarkan bodymist 250ml jenama victoria secret dan bloglist


Jom klik banner di atas dan kita raikan bersama Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari.


.



Carian