Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label positif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label positif. Papar semua catatan

20 Oktober 2017

BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Pertama kali berhadapan dengan situasi agak mengejutkan.  Walaupun seringkali diterapkan agar sentiasa positif tetapi naluri ini sukar digambarkan... Istighfar seketika, tarik nafas dan ambil masa untuk fikir sejenak tindakan seterusnya.

Dalam membentu minda positif ke atas sesuatu situasi seringkali kita akan berhadapan dengan satu tindakan dan keputusan yang tegas dan berani.  Berani kerana benar dan tegas tanpa perlu meninggi suara.  Kerana situasi setiap manusia ketika berada dalam kesempitan ini agak berbeza.  Bahkan cara pemikiran dan penerimaan ke atas penerangan kita juga berbeza.

Apapun yang kita harungi semalam adalah laluan mematangkan kita dalam bertindak untuk hari ini dan hari esok.  In shaa Allah dimudahkan urusan kita demi kebaikan semua pihak.


Akaroa, New Zealand .
The radiance of the sunset.
Credits : @expectional_pictures @PhotoliciousWorld


Berikut adalah petikan yang dipinjam dari Master Adi Nurrafie Bin Sapieh, Founder & Master Trainer @ Alpha Genius Centre.

Minda positif adalah minda syukur. 

Bersyukur adalah tanda pemiliknya positif.  Cara mahu bersyukur?

1. Fokus pada apa yang kita miliki.

2. Elakkan dari bandingkan diri dengan orang lain. Hidup dalam lorong dan laluan masing-masing.

Usah mengejar dari belakang. Bersaing dari tepi. Ikut trek sendiri.

3. Senaraikan 5 perkara baik yang kita punya. Atau 5 perkara baik yang berlaku semalam atau pagi ini.

4. Tarik nafas dalam-dalam. Ucapkan terima kasih. Ucapkan Alhamdulillah.

5. Cipta perkara perkara baik. Beri kebaikan. Kebaikan akan kembali pada kita.


Saya masih belajar dan terus belajar untuk mengekalkan minda positif dalam diri.  Semoga petikan ini bermanfaat buat semua.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


23 September 2014

Mencari Aura Positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari aura positif


Permulaan hari yang indah, selain mulakan bangun pagi dengan doa, setiap gerak langkah juga hendaklah dimulakan dengan Bismillah semoga mendapat keberkatan.

Penting juga bagi kita untuk menjaga tutur kata dan hentikan bercerita apa saja yang tidak manis kepada orang lain.

Biarkan hidup orang lain dengan aman.

Positifkan minda hentikan fitnah.

Semoga aura positif sentiasa mengiringi setiap langkap kehidupan.

(*-*)


20 Julai 2013

Ada Beri Dapat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini telah masuk Ramadhan ke-11. Masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadhan.

"Kita sudah berada di fasa ke dua Ramadan iaitu sepuluh hari ke dua Ramadan yang merupakan fasa pengampunan maka marilah kita memohon sebanyak mungkin pengampunan dari ALLAH SWT untuk diri kita, ibubapa, keluarga dan seluruh umat Islam yg hidup dan yg telah meninggal." Denaihati Ilhamku

Nak segarkan kembali dan untuk peringatan kepada diri sendiri mengenai kata-kata ini yang didengar dari Prof. Dr. Muhaya iaitu 'Ada Beri Dapat'.  Konsep ini mungkin sudah biasa kita dengar atau dapat di mana-mana tetapi kadang-kadang kita alpa dan tidak sedar bahawa ia sebenarnya sedang berlaku di sekitar kehidupan kita.


Ada Beri Dapat

Apa yang kita ada berikan kepada orang dan kita akan dapat semula.

Semua orang pastinya mahukan yang terbaik dan elok-elok.  Untuk itu berikan yang terbaik kepada orang.  Tidak semestinya kita akan dapat dari orang sama yang kita beri tetapi kita sendiri tidak sedar. 

Bagaimana kita nak beri kebaikan?  Ha... untuk itu lah kita perlu wujudkan kebaikan dalam diri kita supaya kita dapat berikan kepada orang lain dan kita akan dapat banyak kebaikan.

Contoh yang paling senang seperti yang telah dikatakan oleh Prof. Dr. Muhaya dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 pagi tadi adalah senyuman.  Tidak susah hendak mengukir senyuman.  Berikan senyuman kepada orang lain dan insyaAllah kita akan rasa bahagia.

Seandainya kita mendapat keburukan dari orang lain kemungkinan adalah kerana kita pernah 'memberi' keburukan kepada orang lain.  Nau'zubillah.

Ada senyuman Beri Senyuman Dapat Senyuman.  Hindari dari memberikan sesuatu yang negatif kepada orang lain.

Sekian.  Suka Duka Pentas Dunia.

Ramadan Karim!

(*-*)

27 Jun 2013

Ubah ke arah kutub positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ubah ke arah kutub positif.

Selalu jumpa manusia lain dan mungkin juga ada dalam diri ini kutub negatif.

Tidak sukar nak ubah kedudukan dari negatif ke positif.  Tiada yang sukar andainya timbul kesedaran dalam diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.  Rasanya tak perlu ada suatu kejadian atau peristiwa khusus yang menimpa baru nak bertukar ke arah positif.

Bukan nak mengungkit tetapi nak mengingatkan diri sendiri agar sentiasa positif dengan setiap kejadian.

Berita dan peristiwa pagi ini betul-betul menjengkelkan tetapi ambil positif.

Saya harap saya sedar dan ingat sampai bila-bila... fikir positif dan tak usahlah diperbesarkan perkara negatif...

Jom kita kurangkan negatif tingkatkan positif.

04 Mei 2013

7 perkara positif

As salam,


corak hiasan mewakili 7 warna

Sekali lagi berkongsi kata-kata hikmah dari Prof Dr Muhaya.

7 perkara positif setiap hari


1. Cakap positif pada diri

2. Imej positif tentang diri


3. Orang positif


4. Makanan minda positif dengan ilmu bukan berita


5. Perkembangan diri positif dengan seminar dan latihan

6. Tabiat kesihatan positif

7. Jangkaan positif



Sekian.  Semoga beroleh menafaat dan dapat memotivasikan diri yang sedang lemau...

31 Mac 2013

Positif disebalik kebetulan

As salam,


Secara kebetulan dan aye akui mungkin agar sukar bagi sesetengah orang untuk mencari positif disebalik apa yang terjadi.  Walaupun aye sendiri positif dan yakin apa yang dilalui ini adalah ujian dariNya untuk menguji kesabaran dan kekuatan akal untuk bertindak serta lain-lain hikmah yang tersembunyi.


24 Februari 2012

Fikir positif yakin diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber:  google.com)

Bila dilema datang menjelma
Terasa berat segala rasa
Hati mula cuak
Akal juga
mati

Entah
Mengapa terasa
Seolah tidak diperlukan
Kerana kesilapan yang tidak sengaja
Tiada daya tiada rasa
mengorak langkah
meneruskan
hidup

Bukan Sendiri
Terasa sebegini amat menyakitkan
Hampir membunuh seluruh harapan juga perasaan
Andai masa bisa diulang semula
Mustahil buat keputusan
Kerana takdir
menentukan
Reda
Pasrah

Terima kenyataan
Fikir positif yakin diri
keupayaan sebenar
dalam diri
sendiri
(^-^)
||



07 Januari 2012

Gangguan menyentap emosi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Gangguan itu tidak disukai kerana ia bisa menganggu emosi. Terutamanya jika gangguan datangnya di awal pagi.  Memang menyakitkan untuk difikirkan.

Kesedaran untuk menepis gangguan itu perlu kerana kita punya perasaan dan jiwa yang perlu dihargai.

Kekuatan jati diri mampu menepis gangguan, namun dalam masa yang sama jangan perkecilkan gangguan itu.  Jika dibiarkan ia berulang, akan memudaratkan komunikasi juga perhubungan.

Atasi gangguan dengan memikirkan perkara yang baik selain dari gangguan itu.  Fikirkan juga kemungkinan kebaikan atau perkara lain yang tersembunyi disebalik gangguan itu.

Positif...

Carian