Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Peluang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peluang. Papar semua catatan

10 Januari 2014

Cabaran atau peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran atau peluang

Masih terkesan lagi dengan ungkapan yang tertera pada banner satu majlis dan kemudiannya diungkapkan pula oleh seorang ahli akademik pada bulan lepas.  Ungkapan yang cukup memberi makna dan rasanya inilah peluang yang aye perolehi setelah berjaya melepasi cabaran untuk hadir ke program berkenaan.  Nama program yang diringkaskan dengan CHAD2013.

18 Julai 2013

Masih belum terlaksana lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Persoalan demi persoalan bermain di kotak fikiran.  Namun tiada satupun yang dapat dijawab dengan jelas. Sambil menunggu peluang dan masa yang sesuai, urusan lain yang penting disiapkan dahulu.  Tetapi persoalan ini juga penting.

Sukar sebenarnya hendak dinyatakan apa yang dimaksudkan dengan persoalan di atas.  Sebenarnya ia ada kaitan dengan catatan ini

Sungguh tak sampai hati nak nyatakan perkara ini.  Walaupun ia memang patut dilakukan segera.

Mungkin juga petang ini atau pagi esok persoalan itu akan terlerai.

Semoga dengan terzahirnya catatan ini dapat memberi kekuatan dan semangat untuk selesaikan segera persoalan ini.

Sekian.  *-*

Akan Adakah Peluang Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dengan tulus, aye ingin kongsikan di sini kisah dan teladan yang mungkin anda pernah baca di mana-mana. Sekiranya telah baca jadikan ia sebagai ulangan dan sekiranya belum lagi baca... bacalah kisah ini semoga dapat dijadikan panduan untuk melestarikan hidup di dunia.


AKAN ADAKAH PELUANG KEDUA?

Mereka telah berumahtangga melebihi tiga dekad dan kedua-dua anak mereka telah membina keluarga masing-masing, tinggal berasingan di daerah lain.  Aishah kini melalui empty nest syndrome, hanya tinggal bersama suaminya, Mohd Razif yang masih bekerja, di penghujung kerjayanya.  Saban tahun mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan, hinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka melalui perubahan.  Kerapkali berlaku perselisihan antara mereka walaupun atas perkara remeh sahaja.  Sesungguhnya jauh di sudut hati, mereka tidak suka kepada perubahan dalam hubungan mereka itu.

Pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, Aishah begitu teruja menunggu kepulangan suaminya, Mohd Razif.  Sejak mereka menjadi suami isteri, banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka, namun kali ini Aishah berazam untuk cuba memperbaikinya.  Pasangan itu yang suatu masa dahulu umpama tidak boleh dipisahkan, kini telah semakin ‘hangat’ dek perselisihan antara mereka yang tidak habis-habis.  Seolah-olah sekarang ini mereka hanya nampak kelemahan dan kesilapan pasangan, bukan lagi seperti baru-baru mereka berkahwin dahulu, semuanya baik belaka.  Hari itu Aishah ingin melihat kalau Razif ingat pada tarikh penting dalam hidup mereka suami isteri.

Apabila terdengar bunyi loceng di pintu, Aishah meluru membukanya dan dapat melihat suaminya basah kuyup, sambil tersenyum menggenggam sejambak bunga di tangannya.  Aishah tergamam lalu tanpa banyak bicara kedua-duanya terus ke ruang tamu.  Aishah ternyata sangat gembira dengan ingatan Razif terhadap hari ulang tahun mereka.  Di saat itu mereka seolah-olah dapat melupakan masalah yang dihadapi, pertengkaran yang sering terjadi dan kerenggangan hubungan yang sedang mereka lalui.  Masing-masing meluahkan penyesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan berazam untuk memperbaikinya.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon di bilik tidur berdering.  Aishah menjawabnya dan seorang lelaki di hujung sana berkata, “Assalamualaikum puan, saya membuat panggilan daripada balai polis.  Adakah ini nombor telefon Encik Mohd Razif Osman?”  Jawab Aishah, “Ya” dan lelaki itu berkata lagi, “Maafkan saya puan, ada kemalangan dan seorang lelaki telah meninggal dunia.  Kami dapat nombor ini daripada dompetnya.  Kami perlukan puan datang ke sini untuk mengecam jasadnya”.

Hancur luluh hati Aishah dibuatnya, dia tidak percaya apa yang didengarinya.  “Tapi suami saya ada di sini bersama saya!” katanya bersungguh-sungguh.  “Maaf puan, kejadian itu berlaku pukul 2 petang tadi, semasa dia hendak menaiki keretapi,” lelaki itu meyakinkan.  Aishah hampir hilang pertimbangan mendengar penjelasan lelaki itu.  Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, bisik hatinya kebingungan.  Sebelum ini dia pernah terdengar juga ada cerita mengenai roh yang datang menemui orang tersayang sebelum ia meninggalkannya.

Aishah bergegas semula ke ruang tamu dan mendapati Razif tiada di situ.  Ya, betul! bisiknya hampa.  Razif telah pergi buat selamanya.  Rohnya yang datang tadi ingin mengucapkan selamat tinggal! Aishah tersungkur ke lantai merasai hidupnya begitu kosong seraya berdoa, “Ya Allah, berilah aku peluang sekali lagi bertemu suamiku, ingin ku cium tangannya memohon ampun terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kami.  Ingin ku perbaiki hubungan kami suami isteri.  Berilah aku peluang menjadi penawar dalam hidupnya, penyejuk hatinya dan jadi isteri yang solehah, ya Allah.”  Bercucuran air mata Aishah penuh keinsafan dan pengharapan daripada Allah.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari bilik air dan kelihatan Razif membuka pintu sambil berkata, “Sayang, abang terlupa nak bagitau yang dompet abang dicuri orang tengahari tadi.”

KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT PELUANG KEDUA, JADI JANGAN SIA-SIAKAN SAAT-SAAT YANG TERLUANG UNTUK MEMPERBAIKI APA JUA KESILAPAN KITA.

Jika diizinkan Allah kita akan menemui sekali lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebaikan dalam beberapa hari sahaja lagi, jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah membuat kebaikan, terutamanya kepada kedua orang tua kita, suami atau isteri kita, adik-beradik, rakan taulan dan ramai lagi.

Kita tidak tahu sama ada kita akan ada lagi di hari esok atau tidak, maka eloklah kita menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu apa-apa penyesalan di kemudian hari.





Sekian adanya.  Semoga bermanfaat.

26 November 2012

Peluang memajukan diri

As salam,





1. Tidak mudah mendapat peluang untuk memajukan diri.


2. Tidak semua orang berpeluang memajukan diri dan tidak juga semua mampu menggunakan peluang memajukan diri dengan sebaiknya.


3. Peluang yang diberikan bukan percuma sebaliknya harus dibayar dengan usaha dan pengorbanan.


4. Bila dah dapat peluang jangan salah guna dan jangan sesekali merendahkan orang lain yang tidak dapat peluang atau tidak guna peluang yang diberikan.


5. Kita biasa dengar atau baca peluang yang diberikan bukan selalu tetapi bila datangnya kadang-kadang tanpa disedari hanya setelah peluang itu pergi baru perasan.


6. Peluang juga seringkali tidak datang bergolek sebaliknya harus dicari dan dikejar.


7. Namun tidak semestinya peluang yang dihulur itu sesuai dengan keupayaan kita dan dengan itu harus teliti dalam setiap peluang yang tiba.

Sekian.

03 Februari 2012

Budaya Kejutan dan Teguran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


 
Kejutan dan emosi

Berbagai emosi dan reaksi yang terhasil apabila menerima kejutan iaitu berita yang mengejutkan dan tidak disangka-sangka, tidak termasuk dalam kategori ini adalah kejutan elektrik. 

Kejutan budaya suatu masa dahulu merupakan satu istilah baru dan jarang-jarang didengar, namun sejak kebelakangan ini (lately) kejutan budaya ini seakan sudah serasi dengan gaya hidup kita sehinggakan kita seperti sudah muak dan jelak dengan berita mengejut mengenai sesuatu kejadian atau individu tertentu. 

Kejutan perkara biasa

Mengapa begini?  Yangbaik berpendapat oleh kerana kita sering menerima kejutan kita akan menganggap bahawa kejutan itu seperti perkara biasa.  Menggapa terjadi juga perkara yang sama sedangkan seringkali ditegur dan disindir, berbalik kepada soal hati dan perasaan serta tahap integriti individu.

Mantap spiritual mental dan fizikal

Pernah kedengaran juga, tidak perlu terkejut dengan kejutan arahan tugas kerana zaman sekarang semua arahan boleh tiba pada bila-bila masa dan dateline juga boleh jadi dalam sekelip mata. 

Oleh itu sebagai individu yang berkerjaya dan telah menerima tawaran tugas, maka perlu sentiasa mantap dari segi spiritual dan mental serta fizikal.

Teguran dan ingatan

Teguran tidak bermakna tidak disukai tetapi sebagai ingatan agar kesilapan yang sama tidak berulang dan dijadikan pengajaran untuk meneruskan hidup bagi tugasan lain pula. Sentiasalah bersedia untuk menerima apa juga kejutan.  Kuatkan semangat dan teguhkan iman

Sekian.

^-^
.

Carian