Berkongsi lagi cerita dan kisah kehidupan yang mungkin ada pernah terjadi dalam hidup kita atau sekeliling kita.
ERTI
SEBENAR KASIH SAYANG
Renungan Buat Kita Semua:
Seseorang kanak-kanak yang secara
lazimnya dibesarkan dalam suasana yang sentiasa dikawal dan dipenuhi apa jua
permintaannya akan terpupuk dengan ‘mentaliti kelayakan’ (entitlement
mentality) dalam hidupnya dan akan sentiasa meletakkan kepentingan peribadi
sebagai keutamaan dalam apa jua yang dilakukannya. Insan seumpama ini selalunya tidak akan
nampak usaha dan sumbangan kedua orang tuanya dalam membesarkannya. Apabila dia mula melangkah ke alam pekerjaan,
dia membawa anggapan bahawa setiap orang mesti mendengar kata-katanya, dan
apabila kerjayanya meningkat ke tahap yang lebih tinggi, misalnya menjadi seorang
pengurus, dia tidak akan mengerti apa-apa penderitaan yang dilalui oleh
pekerjanya, sebaliknya akan sentiasa menyalahkan orang lain.
Orang-orang seperti ini mungkin
mempunyai kelayakan akademik yang baik dan dapat mengecapi kejayaan untuk
seketika, tetapi akhirnya tidak dapat menikmati erti pencapaian dan kejayaan
yang sebenar. Mereka suka merungut dan
dipenuhi rasa kebencian terhadap orang lain dan berterusan mengejar kebendaan
bagi menambah apa yang sudah diperolehi.
Jika kita tergolong dalam kelompok ibu
bapa yang suka mengawal anak-anak, marilah kita berfikir sejenak, adakah kita berbuat
demikian sebagai manifestasi kasih sayang kita yang sebenar-benarnya terhadap
mereka atau adakah kita sebenarnya memusnahkan masa depan mereka?
Kita boleh menyediakan anak-anak
dengan rumah besar yang tersergam indah, menjamu makanan yang lazat-lazat, menghantar
mereka belajar main piano mahupun membelikan untuk mereka set televisyen yang
besar, tetapi apabila kita melakukan kerja rumah seperti memotong rumput, ajaklah
mereka bersama melakukannya bagi merasai sendiri pengalaman ini. Selepas makan pula, ajar mereka basuh pinggan
mangkuk bersama adik-beradik yang lain.
Ini tidak bermakna kita tidak mampu mengupah pembantu rumah, tetapi kita
sebenarnya mahu menzahirkan rasa kasih sayang kepada mereka dengan cara yang
betul. Kita mahu mereka faham hakikat bahawa
betapa kaya ibu bapa mereka sekalipun, suatu hari mereka akan menjadi tua,
rambut beruban serta kekurangan kudrat – perlukan bantuan orang lain, bukan
selama-lamanya mampu melakukan kerja-kerja sepertimana sewaktu zaman muda
mereka dahulu.
Sekian adanya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca kisah tertulis di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.