Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Biru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biru. Papar semua catatan

19 Julai 2013

Sesi bergambar kenangan | Photoshoot time!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alkisah disebutkan setelah disepakati oleh sekaliannya, maka pada hari ini terciptalah sejarah pertama bagi warga pejabat untuk bergambar kenangan bagi tahun 2013.

Nak diringkaskan cerita begini lah....Hari ini merupakan hari bersejarah buat kami semua kerana dapat berkumpul semuanya untuk bergambar kenangan.  Bukan senang sebenarnya nak berkumpul semua orang dalam satu masa, tambahan pula hari ini Jumaat dan banyak agenda penting yang harus diselesaikan segera.




Awal pagi lagi cameraman dah bersedia, cari sudut yang sesuai dan menarik.

Bukan senang tau nak dapat sudut yang menarik tambah dengan pencahayaan pagi yang matahari tidak berapa menampakkan sinarnya lagi..  Tidak lah gelap sangat dah pukul 8.00 pagi pun, tetapi cuaca agak mendung sikit... Rahmat di bulan Ramadhan.

Lokasi adalah di  kawasan lanskap sekitar tiang bendera depan bangunan pentadbiran.  ngeeee... ayat tu copy paste dari ayat bos dalam email, korang tak kisah kan...




Berbalik kepada cameraman tadi, berubah-ubah tempatnya... dari tingkat bawah naik ke tingkat atas kemudian tu turun ke bawah balik... nak dapat posisi yang sesuai dengan bilangan ahli yang ramai, mana tidaknya staf bahagian kami memang ramai cuma lokasi tempat bertugas saja yang berasingan... kat Pejabat Am ni adalah beberapa 'kerat' jer... :D

Tunggu punya tunggu.... jenuh jugak lah mana nak cari kedudukan lagi nak susun ikut ketinggian lagi (cuma lebar jer tak kesah.... :P).

Sebelum kedudukan disusun sempat lagi berborak isu semasa... berkaitan isu semasa di pejabat le... dunia luar lain ... tak kuasa nak layan.

Bila cameraman dah sedia... model pula tak siap lagi.  

Berpeluh jugak lah ... nak dapatkan kedudukan yang sesuai.

Gambar beramai-ramai tu tak dapatlah nak letak di sisi sebab tak siap lagi.  Kalau dah siap pun belum tentu lagi nak letak kat sini... sapa nak tengok?

Sekian adanya.

15 Mac 2011

Biru !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



You Are Blue
Anda yang biru


You are a philosophical and often inspired person. You are the master of ideas.
Anda mempunyai falsafah sendiri dan sering jadi idola.  Anda mempunyai idea bernas


You are open to many points of view. You believe that it's important to communicate and not judge.
Anda berfikiran terbuka (pandangan yang pelbagai).  Anda percaya yang penting adalah komunikasi bukan hukuman


You have a worldly perspective, and you're always looking to broaden it.
Anda berfikiran luas, dan anda sering berusaha untuk meluaskan lagi pemikiran itu.


You are a true people person, but you also value your solitude and personal space.
Anda adalah diri anda, tetapi anda juga suka bersendirian dan memeluarkan ruang untuk hal peribadi.



Siapa Anda itu?







adakah ubat gigi biru?


Tidak!!!!



atau



atau seperti pelabuhan ini?




Tidak juga....


adakah anda berbaju biru hari ini?



siapa pun anda.... jadilah diri sendiri dan yakin dengan kebolehan anda.

.