Pageviews

Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perasaan. Papar semua catatan

22 Jun 2013

Perasaan misteri pergilah segera menjauh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Perasaan misteri ini sukar dirungkaikan bagaimana berlaku dan mengapa berlaku
(Sedar mengapa perasaan itu timbul)
Sukar percaya juga kerana ia terjadi di luar kawalan 
Keliru memikirkan bakal terjadi
Menjadikan diri terasa amat kerdil

La Tahzan
Lalu segera mengharap kepada yang Satu
Semoga perasaan misteri ini segera menjauh dan tidak akan pernah muncul lagi
Semoga kekalutan yang melanda segera menjauh juga tidak akan pernah muncul lagi
Semoga segala perasaan buruk yang menghantui diri segera menjauh dan tidak akan pernah muncul lagi

La Tahzan
Semoga perasaan yang tidak menentu ini segera menjauh tidak akan pernah mendekat
Semoga kebimbangan ini segera menjauh tidak akan pernah mendekat serta mengganggu keharmonian hidup ini...


Sekian untuk kali ini
Semoga berbahagia untuk selamatnya

  • Untuk rekod:  Hari ini 22 Jun 2013, Sabtu adalah Hari Keluarga HEA di Taman Herba Negeri Perak.  Ketidakhadiran ini bukan dirancang tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan.


14 Jun 2013

Ada apa dengan rasa takut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Sesungguhnya rasa takut yang paling utama adalah rasa takut kepada Allah yang dapat menghalangi Anda dari perbuatan maksiat dan mendorong Anda untuk berbuat ketaatan; Dan dzikir merupakan (bagian dari) ketaatan kepada Allah. Maka barangsiapa yang mentaati Allah maka sesungguhnya ia telah berdzikir.  Sebaliknya, barangsiapa yang tidak mentaati-Nya, maka sesungguhnya ia telah lalai dari dzikir kepada-Nya walaupun ia banyak bertasbih dan membaca al-Qur'an.

(Sa'id bin Jubair)

25 April 2013

Sahabat yang terbaik

Assalamulaikum dan selamat sejahtera buat semua sahabat yang terbaik


corak dan motif hiasan di atas boleh juga
digambarkan sebagai ingatan buat sahabat terbaik

Tiba-tiba teringat salah seorang sahabat terbaik.  Jom kita tambah sahabat dan jadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita. 

Dalam masa-masa tertentu kita memang memerlukan sahabat untuk bercerita dan berkongsi kisah suka dan duka.  Bukan untuk mengadu tetapi sebagai 'tempat' untuk kita berkongsi seribu rasa.  Kita sebenarnya tidak mampu menyimpan seribu rasa yang terbuku di ruang hati atau lubuk minda.  Sahabat yang terbaik pasti akan sentiasa sudi mendengar luahan seribu malahan sejuta rasa yang terpendam.

Sahabat yang terbaik bukan sahaja mendengar malahan mampu juga memahami situasi yang sedang kita alami.  Biarpun tidak mampu membantu dalam bentuk wang ringgit atau lain-lain kesenangan duniawi, sahabat terbaik sebenarnya mampu mengubat sejuta rasa dan sentiasa bersedia membantu sama ada memberi kata semangat ataupun nasihat dan panduan.

Sahabat yang terbaik tidak akan mengambil kesempatan di atas sahabatnye tetapi akan terus memberi semangat untuk memajukan diri.  Walaupun sebenarnya dia berupaya mengambil kesempatan.

Nasib dan kisah setiap individu memang berbeza tetapi sahabat yang terbaik mampu memahami dan menyelami masalah sahabatnya itu.

Mungkin juga pernah ada perselisihan pendapat atau pandangan, bermasam muka atau tidak bertegur sapa tetapi itu sekadar rencah dan pemanis dalam dunia sahabat.

Sukar sebenarnya nak bercerita mengenai perasaan dan rasa yang tersimpan di lubuk hati semenjak sahabat yang terbaik tiada lagi berhampiran. 

Kita sebenarnya mampu menjadi sahabat yang terbaik buat sahabat kita.  Kita juga sebenarnya sahabat yang terbaik buat semua orang.  Cuba memahami situasi sahabat dan usah sesekali menjual nama sahabat kita walaupun sesekali kita tidak sefahaman dengannya.

Bagi aye anda semua blogger yang sudi menjengok blog picisan ini adalah sahabat yang terbaik.

Semoga sahabat yang terbaik sentiasa berbahagia dengan setiap gerak langkah hidupnya dan dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan dalam hidupnya.


22 April 2013

Semoga yang terbaik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tak tahu nak letak gambar apa untuk memberi gambar mengenai peristiwa dan perasaan pada hari ini.  Cari punya cari terjumpa corak di atas dengan tajuk 'kesilapan yang tersembunyi'.  Tak ingat pula kenapa diberi tajuk sedemikian tetapi boleh lah letak untuk penyeri cerita pada hari ini.

Seperti biasa tema warna pakaian pada hari Isnin adalah putih.  Nak cerita kenapa putih rasanya tidak perlulah banyak lagi blog yang bercerita mengenai tema warna.  Cari saja di google akan jumpa macam-macam cerita ada.

Kita biasa terjumpa dan aye sendiri pun selalu 'publish' cerita berkaitan perasaan yang kita tidak suka dan kaitan dengan sesuatu peristiwa.  Begitulah kita akan hadapi selalunya bila rasa tidak suka kita akan mengharapkan sesuatu kejadian itu tidak berlaku.  Namun kita sebenarnya perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.  

Walaupun kita tidak suka kita perlu bersedia untuk hadapi situasi itu.  Justeru kita harus berdoa dan tawakkal agar kejadian yang bakal kita tempuhi berlangsung dengan baik dan selesai dengan baik juga.

Begitulah yang terjadi.... kita terpaksa tempuhi juga walaupun kita tidak suka.  Ironinya bila mengharapkan ia  berlangsung dengan baik maka itulah yang terjadi.  Biarpun ada juga secebis perkara yang tidak berapa diingini berlaku pastinya ia berakhir dengan baik.  Sekiranya ia tidak berakhir dengan baik sesungguhnya ia adalah kerana kita sendiri yang tidak cukup bersedia.  



Semoga yang terbaik di hadapanku
Semoga yang terbaik di belakangku
Semoga yang terbaik dari kananku
Semoga yang terbaik dari kiriku
Semoga yang terbaik dari atasku
Semoga yang terbaik dari bawahku
Semoga yang terbaik dari dalam diriku sendiri, dan
Semoga yang terbaik dalam setiap mula dan kesudahan perbuatanku

.


05 Mac 2013

Tak suka perasaan itu | Dengki

As salam,


Sekali sekali tersemat jua perasaan itu
Perasaan dengki dengan kelebihan orang lain
Namun hati tidak suka dengan perasaan itu
Biarkan saja kejayaan dan kelebihan orang lain
Kelebihan dan kejayaannya adalah atas usaha dia
Ingin punya kelebihan dan kejayaan?
Usahalah dengan tenaga sendiri tulang empat kerat

21 November 2012

Kerasnya hati mereka

As salam,
 
 
 
Pada dasarnya sekali lihat, semua orang pun akan mengatakan bahawa mereka ini berhati batu atau keras hati.
 
Manakan tidak keras hati:-
Pertama:  mereka sanggup memberi suntikan kepada bayi yang baru lahir. 
Kedua:  Mereka tegar berjaga malam menjaga dan memantau keadaan bayi yang diletakkan di bawah jagaan mereka... mengikut kategori kesihatan bayi.
Ketiga:  Mereka dengan selamba mendengar tangisan bayi dan kelihatan tidak berbuat apa-apa.
Keempat:  mereka juga tegar meninggalkan keluarga untuk bertugas pada waktu malam.
 
Namun, disebalik kerasnya hati mereka itu tahukah kita mengapa mereka jadi begitu:
Kerana mereka telah dididik untuk menjalankan tugas dan itulah tugas mereka serta mereka tahu apa yang mereka buat adalah untuk kebaikan dan kesihatan pesakit mereka tak kira bayi atau orang tua.
Semoga apa yang mereka belajar dan laksanakan bukanlah semata-mata kerana pekerjaan mereka tetapi juga kerana sifat kemanusiaan dan kasih sayang.
 
Hanya segelintir dari mereka yang seringkali memberikan imej yang buruk dan memberikan pandangan yang serong.  Iaitu:
1.  percakapan mereka seperti bercakap dengan pesakit seolah pesakit itu tiada perasaan.
2.  layanan mereka terhadap pesakit sepertinya pesakit itu tidak sakit - bukan manja tetapi berilah sedikit perhatian.
3.  Kedekut dengan senyuman.  Dah lah bercakap dengan nada yang tidak sesuai senyum pun tak nak. 
  
 Layan sekejap apa ubat yang sesuai untuk hati;-
 
Sekian.
 
.

23 Ogos 2012

Masih dalam mood hari raya | Sesekali teringat Puasa Enam

As salam,


 
Memang lah masih dalam mood hari raya sekarang ni kan, sebabnya hari ni baru masuk hari raya ke-5.  Semalam hari raya ke-4 dah mula kerja.  Amboi! dah mula kerja? tak der sedara mara ke? tak beraya ket kampung ker? ko memang tak suka raya?  Macam-macam andaian dan tekaan yang cuba mencecah ke telinga namun semuanya di tepis.  Entah-entah orang tak cakap apa pun sendiri jer yang perasana.  Hahahaha...
 
Dan, semalam juga merupaka satu detik yang sukar dilupakan, walaupun macam-macam detik yang berlangsung dan salah satu detik itu seolahnya seperti biasa berulang dan seperti sudah dijangka akan berlaku... tetapi tak upaya nak tepis kerana ia terjadi juga... tak kuasa lah nak menepisnya.  Hidup mesti diteruskan.  Kesukaran dan kesusahan hati yang dialami kita tidak sama kan?  Ada yang lebih susah lagi... hanya kesanggupan kita saja yang menguatkan semangat dan tekad hidup kita.
 
 

 
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sering berkumandang dan kelihatan di mana-mana.  Namun di blog ini... huish... macam berat sangat nak tulis nyer.  Bukan apa kononnya tak nak buat entry skema... ala konon-konon tak nak sama dengan blog yang lain... tapi kan tak boleh blahhh la... sebabnya dah memang kita hidupnya begini.  Bak kata encik suami kalau nak buat lain pun janganlah lain sangat dari orang lain, nanti nampak pelik sangat... eh eh... encik suami pun pandai juga nak cari kelainan.
 

 
Dah tamat sebulan puasa, tibalah masa hari raya.  Raya tu tetap juga raya tetapi Puasa Enam tiba-nya hanya sekali saje dalam setahun, bila nak mula nie... alkisah jemputan rumah terbuka tu... terimalah seadanya.... yang penting nak dapatkan pahala puasa enam tu....
 
Jom Puasa Enam.  Kita kutip pahala dan sambung pahala tambahan untuk menampung Puasa Ramadan.
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

Tiada kata mampu diucapkan

As salam,


Memang benar! tiada kata yang mampu diucapkan lagi. 
Sementelahan telah jenuh hati ini bersuara mengungkap kata-kata sendirian.
Mengharap ada yang mengerti setiap bait-bait kata yang telah dilafazkan.
Namun entah di mana silapnya masih nanar mencari kesilapan
lalu dibiarkan membisu menguasai diri
Semoga apa yang terbuku di hati segera terlerai
'suka duka pentas dunia'

09 Ogos 2012

Ada apa dengan Iklan Raya Petronas 2012

As salam,




Ada apa dengan iklan raya Petronas tahun 2012.  Baru malam tadi berpeluang menontonnya di kaca tv di rumah.  Sebelum ini hanya baca cerita dari top blogger dan blogger popular sahaja.  Tetapi kurang penghayatan kerana sekadar membaca.... bila dah lihat sendiri baru rasa terkesan.  Nak lebih berkesan bila merasai sendiri pengalaman beraya di perantauan yang jauh beribu batu dari keluarga. Kan?





@yangbaik tidak dapatlah nak mengulas lebih panjang lebar kerana buat masa ini belum lagi berjauhan dengan keluarga ketika hari raya.  Termasuklah masa zaman sebelum kahwin dulu.  Sebabnya tak pernah keluar merantau jauh dari keluarga.  Paling jauh hanyalah Keramat Kuala Lumpur. ... seronok dapat shopping raya... window shopping jer duit tak cukup nak beli tiket bas.  Kena tipu pulak dengan ulat tiket dapat bas tambahan... yang ntah apa-apa.... sampai juga kat rumah cuma laluan nyer ... menakutkan... heeee


Sekian.


'suka duka pentas dunia'

29 Jun 2012

Ada apa dengan pilihan

As salam,



Sungguh benar rasa sedih dan terharu
Bukan kerana tiada pilihan
tetapi kerana pilihan yang ada membuatkan 'dia' keliru
keliru antara jalan yang dihadapan, kiri atau kanan

Wahai!
Tiada apa yang dapat dikatakan lagi
bila kerisauan itu menjadi nyata
biarpun orang berkata pilihan di tangan kita
namun mengapa mesti kita tersalah buat pilihan
adakah kerana banyak pilihan
atau kerana sukar membuat pilihan
lalu jalan yang gelap itu dipilih?

Aduhai!
Jalan gelap itu biarpun telah terpilih
Ia bisa diselusuri
biarpun dengan merangkak atau berjengket
kerana pasti di hujung jalan sana akan terjumpa sinar cahaya
namun bagaimana pula jika tersesat di jalan yang lurus?

Itu semua suratan
ada hikmah tersembunyi
biarpun terpalit seribu calar hitam
bersihkan ia dengan nur keinsafan
biarkan ia berlalu dan pergi
usah diulang sejarah silam
bangkit semula bersihkan nama

~~~~~~~~~~~~~~~~

entah mengapa hari ini tiba-tiba @yangbaik terasa begini sekali
sungguh sukar diungkapkan dengan erti yang sebenar
hanya monolog ini mampu berbicara
entah bila akan diingat semula peristiwa hari ini...

26 Jun 2012

Entah apa lah perasaannya

As salam,



Entah lah... tak pasti dari mana nak dimulakan
Adakah bermula dengan rasa gembira atau teruja
pertengahannya ada rasa geram, risau, nak marah, hairan, pelik atau bimbang
adakah ianya harus atau akan berakhir dengan rasa sedih atau kecewa

Walau apa pun situasi yang dihadapi
seharus kita bersedia dengan setiap kemungkinan
dan yang paling pasti reda dan pasrah dengan seadanya
dan menerima apa yang berlaku itu dengan berlapang dada dan hati yang terbuka

Setiap kejadian ada hikmahnya yang tersembunyi.

.....


18 Mac 2012

Belajar terima kenyataan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Baru tadi dapat teguran berkenaan perasaan yang tidak menentu.

Bukan tidak menerima kenyataan tetapi sesekali apabila perasaan yang tidak selesa itu dilakarkan ia akan sedikit bahkan banyak juga membantu.

Masalah yang kita hadapi sesekali perlu diluahkan walaupun tidak secara total tetapi sedikit sebanyak ia membantu meleraikan kekusutan yang terbuku di hati.

Belajar terima kenyataan.  Kita sering merasakan hidup kita susah tetapi tidak pula fikirkan apa yang ada pada kita itu sebenarnya lebih baik dari apa yang dimiliki oleh orang lain.

Kenyataan bukan untuk meletakkan kesalahan kepada orang lain tetapi untuk menilai jati diri.


(^_^)


.

Perasaan tidak keharuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Tidak pasti tajuk di atas sama atau tidak dengan gambaran perasaan penulis sekarang.  Memandangkan memang perasaan ini rasa tidak menentu, biarkan seketika cuba menerima hakikat dan kenyataan.


Perasaan itu bukan kerana orang lain tetapi bermain dalam diri dan perasaan itu amat merimaskan dan menyesakkan nafas.


Perasaan itu bukan sekali ini tiba bahkan berkali-kali namun telah lama hilang dan timbul semula sejak Jumaat lepas.  Mengapa ini terjadi?  Ini semua sudah tersurat dan harus menerima hakikat.  Penulis harus bersabar dan menghadapi semua ini dengan penuh kesabaran.


Sebenarnya kejadian ini menjadikan penulis malas berfikir kerana rasa dah penat dan bosan hendak memikirkan kaedah mengatasinya.  Rasa seperti terpaksa berfikir seorang ... tetapi tidak itu semua perasaan saja.


Wajib segera sedar dan insaf, kepada Allah kita berserah dan meletakkan seribu pengharapan agar perasaan ini tidak lama bertamu dan segera pergi.


Apapun punca semua perasaan ini biarkan ia segera menghilang.....


....

22 Februari 2012

Panggilan hangit menyakitkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan






Panggilan telefon bukan sahaja hangit malahan menyakitkan hati
bilamana deringannya mengusir kedamaian
pemanggilnya tidak sabar bercerita
Seolah sudah tiada esok
Segalanya harus diceritakan segera

Walau bukan kerana benci
Bisa juga membangkitkan kemarahan
hanya sekadar mengadu kisah kasih
seolah tiada lain tempat mengadu
mengadulah saja kepada teman wanita mu
itupun jika ada

atau

biarkan saja
simpan saja perasaan juga rasa hati
tak usah serah segala
ada hati harus dijaga
seperti hati mu juga mahu dipelihara

.....

01 Februari 2012

Tanda Cinta | Ingatan dan Sebutan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



(gambar hiasan)

Tanda cinta!.  Seringkali tanda cinta itu dikaitkan dengan penyerahan jiwa dan raga sepenuhnya kepada orang yang dicintai.  Sehingga melupakan batas-batas adat, hukum dan maruah diri.

Bila cinta kan seseorang amalan biasa adalah sentiasa sebut nama dan kebaikan individu itu serta diingati selalu.

Kita sering disogokkan dengan perasaan dan nilai cinta kepada manusia, harta dan juga diri sendiri hingga terlupa cinta hakiki kepada Pencipta.

~~~~~~~~~~~~~~

Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.  (Ar Rabi' bin Anas)

~~~~~~~~~~~~~~~

Apa pula pandangan anda mengenai cinta... sekadar berkongsi pandangan
*.*


.

12 Januari 2012

Apa sebenarnya hipokrit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Apa sebenarnya yang dikatakan hipokrit?  Menurut kamus dewan pelajar edisi dua, hipokrit adalah orang yang berpura-pura berperangai baik atau munafik.  Adakah ini bermakna perkataan hipokrit itu sesuai digunakan untuk menggambarkan hubungan antara individu dengan individu lain.  Yangbaik agak keliru juga maksud perkataan hipokrit. 

Kadang-kadang perkataan hipokrit itu digunakan untuk menggambarkan seseorang yang berpura-pura baik dengan individu yang lain sedangkan dalam masa yang sama dia tidak menyukai orang itu.  Okey, bagi Yangbaik tidaklah salah jika kita nak berbuat baik sesama manusia walaupun pada satu masa yang lain dia tidak sukakan kita kerana boleh jadi dalam satu masa yang lain kita juga pernah tidak menyukainya. 

So, untuk win-win situation, bila orang buat baik kita pun terimalah kebaikannya walaupun baiknya itu ada makna.  Dan, walaupun pada ketika yang lain pula dia tidak pedulikan kita. 

Okey, itu kira adil lah kan.  Bila dia buat baik dengan kita kerana ada sebab tertentu bermakna kita termasuk dalam senarai sahabatnya.  Dan bila dia tidak pedulikan kita, tak perlulah kita berkecil hati.  Dalam satu masa lain dia pasti akan cari kita juga kan?... 

Sendiri fikirlah, apa pun yang kita buat tidak semestinya orang suka dan ada juga ketika tertentu kita tidak suka dengan perbuatan orang lain.  Itu semua adalah alasan dan sebab-sebab tertentu untuk menjadikan kita seorang yang matang dan dewasa dalam membuat pilihan dan bertindak.

p/s:  Catatan ini dibuat sempena Seminar NKRA SPRM di Dewan Al-Khawarizmi pada 12/1/2012.  Ada sesuatu yang istimewa di situ.... 


.

29 Disember 2011

Ada apa dengan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ada apa dengan perasaan?
Perasaan itu subjektif
kerana ia bergantung kepada nilai dan didikan individu
ada orang yang perihatin dengan situasi orang lain
ada orang yang tidak kisah dengan keadaan orang lain
kerana dia tiada perasaan simpati atau belas kasihan
sebaliknya yang ada padanya adalah perasan saja...
perasan bahawa dirinya hebat
kerana dikelilingi orang yang 'hebat'
... perasan jer lebih...




tiada pertikaian lagi
semua orang harus ada perasaan
untuk menunjukkan dan meluahkan rasa yang terbuku di hati
namun perasaan itu harus digunakan di tempat yang sesuai
pada masa yang sesuai
dan sesuai dengan orangnya


akhirnya... siapa pun kita
kita berhak ada perasaan
marah
benci
suka
iri hati
kecil hati
simpati
 juga melankolik

ehhh..


itulah kita
siapa pun yang marah kita semalam
atau yang menyebabkan kita marah
lupakan saja
kerana hari ini dan hari esok
pasti ada lagi orang lain yang lebih suka kita
atau yang simpati dengan kita
atau yang sayangkan kita




>_<


25 Disember 2011

Impian hidup mendahului segalanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


(sumber gambar:  google.com, carian:  imej impian)

Impian hidup mendahului segalanya.  Entah mengapa tajuk ini yang dipilih tetapi kata dasar yang ingin diutarakan adalah berkaitan impian.  Seperti gambar di atas, sebut saja impian pasti yang berlegar di ingatan dan minda adalah berkaitan wang ringgit iaitu kekayaan dan kemewahan.  Sehinggakan yang tergambar dalam carian imej di google adalah berkaitan rumah besar dan cantik, kereta mewah dan wang ringgit. 

Sukar juga mendapatkan imej bagi carian impian adalah masjid, mekah atau kaabah atau juga Bank Islam manatah lagi nak jumpa Tabung Haji.  Carian itu sebenarnya tidak habis Yangbaik selusuri tetapi sehingga yang dijumpai ... memang tiada.

Tidak bermaksud di sini Yangbaik hendak menidakkan carian yang pernah terjumpa gambaran Mekah atau mana-mana lokasi bersifat keIslaman seperti di bawah ini.  Memang ada tetapi tidak banyak.



Berbalik kepada tujuan catatan ini, Yangbaik teringat mengenai panggilan telefon yang diterima pada satu hari (dirahsiakan tarikhnya serta pemanggilnya).  Panggilan adalah berkaitan tawaran insuran.  Sungguh menarik tawaran itu dan sempurna sungguh perancangannya dan pelan yang disediakan termasuk sistem bayaran secara Islam seperti yang kita impikan.  Walaupun Yangbaik sendiri terasanya tidak pernah impikan punyai insuran. 

Secara kebetulan semasa panggilan telefon berkenaan diterima situasi kerja Yangbaik tidaklah sibuk atau kelam kabut sangat cuma sedang dalam persediaan dokumen untuk mesyuarat sahaja.  Yangbaik tidak berniat pula nak menyusahkan pemanggil itu dengan membiarkan dia menjelaskan segalanya tetapi ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran yang disediakan dan jika sesuai boleh turut serta. 

Terasa sungguh beruntung menjadi orang yang terpilih di antara jutaan rakyat Malaysia.  Namun hanya satu Yangbaik tidak dapat ikuti bagi memenuhi perjanjian itu adalah kerana sebelum sesuatu perjanjian dilaksanakan Yangbaik selaku isteri perlu mendapat keizinan suami.  Dari situ kedengaran perubahan nada suara pemanggil.  Sudahlah Yangbaik tidak mempunyai Kad Kredit dan tidak juga mempunyai akaun di bank yang diperlukan untuk bayaran premium insuran.  Tempoh masa yang diperlukan adalah singkat dan perlu buat keputusan segera.  Yangbaik terus terang padanya perlu mendapat izin suami dan perbualan kami terputus di situ.  Membuatkan apa saja perancangan menarik yang diceritakan tadi hilang begitu saja.

Kejadian ini juga mengingatkan Yangbaik agar membuat keputusan segera untuk satu urusan lain, perlu juga dapatkan keizinan suami walaupun ia adalah berkaitan kehidupan Yangbaik sendiri.

Setiap keputusan yang kita buat adakalanya memang terasa sungguh merugikan sehinggakan terasa seperti membuat satu kesilapan, namun apabila keputusan itu dibuat disertai dengan niat kerana Allah, Insya Allah kita tidak akan terasa menyesal yang amat sangat.  Anggap saja peluang itu bukan untuk kita dan akan ada peluang yang lebih baik.

Sekian.

14 Disember 2011

Ceritera 1005 - perasaan, harapan dan impian

Assalamualaikum dan selamat sejahtra,



Kisah ombak rindu masih belum berakhir dan tidak akan berakhir selaginya adanya perasaan, harapan dan impian.
ceritera ini tidak menggambarkan filem ombak rindu jauh sekali review filem ombak rindu
ceritera ini berkisar kehidupan manusia ketika berhadapan dengan situasi mendesak dan terdesak atau ketika terjebak

setiap dari kita punya perasaan
perasaan itu unik serta berbeza bergantung kepada cara didikan, pemikiran dan alam sekitar kita

adakala kita cepat melenting dengan sesuatu kejutan
lantas menjadikan kita tewas dan malas berfikir
tanpa fikir panjang terus melulu mengherdik dan mencebik kepada pembawa murka

acapkali kita tewas untuk berfikir
tentang perasaan orang lain
lalu menggadai maruah diri
hanya kerana lemas dalam lautan kemarahan

siapalah kita


kita punya harapan
harapan untuk menjadi insan terbaik
menjadi hamba Allah yang terbaik

impian itu jangan ditewaskan
harus digapai walau ia setinggi gunung hatta mencapai awan

impian itu harus bertapak kukuh
sematkan di hati sanubari
kita punya harapan dan impian

menjadi insan terbaik untuk semua orang
walau kita tidak mampu jadi baik
usah jadi penghalang kepada kebaikan


sekian adanya... ratapan dan rintihan dari hati yang tersentap...

... * ...

.

29 November 2011

Bila Ombak Rindu Melanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bersiaran, Ombak Rindu mula melanda.  Rindu kepada blog dan rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan blog.  Walau tidak bersua secara nyata namun perjumpaan di alam maya juga sungguh menarik.

Hampir seminggu lalu Yangbaik tidak bersiaran kerana menguruskan hal keluarga.  Bukan tiada peluang tetapi tiada semangat untuk berbloging.  Namun Ombak Rindu yang melanda telah memberi kekuatan kepada Yangbaik untuk melakarkan sesuatu di kanvas blog ini.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah rasa duka di atas pemergian ibu mertua pada pagi tanggal 23/11/2011.  Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Yang pergi telahpun pergi seperti yang telah dijanjikan olehNya.  Kita yang masih hidup teruskan perjuangan dan bakti kepada negara dan agama. 

Sekian dulu...