As salam
Boleh tak kita samakan Cabaran hidup ini sama dengan Cabaran SEO? Eh... gurau jer. Sebenarnya banyak cabaran dalam kehidupan kita seharian antaranya cabaran ketika berada di jalan raya. Yang penting cabaran ketika memandu.
Banyak kerenah yang harus kita hadapi. Antaranya kita perlu berhadapan dengan keadaan jalan raya, sikap pemandu kenderaan lain (kereta, lori, motorsikal), sikap pejalan kaki termasuk juga sikap anak-anak ketika berada dalam kereta (bagi yang berkereta).
1. Keadaan Jalan Raya
Jalan raya yang baru dibuat memanglah cantik, rata dan elok. Terutama di kawasan perumahan yang penduduknya belum ramai lagi. Bila dah lama sikit, macam-macam sampah ada atas jalan dan tepi jalan yang mengganggu laluan. Dibuat pula selepas lori sampah mengangkut sampah, dibiarnya tong sampah berselerak tepi jalan. Dan, tuan rumah tak pula perasan dan tak pula ada perasaan nak betulkan semula kedudukan tong sampah. Bukankah memudahkan dan memberi laluan kepada orang ramai boleh dapat pahala?
Itu belum kira keadaan jalan raya yang atau lebuh raya besar. Kadang-kadang jalannya berlopak dan berlubang sana sini. Mungkin tak sempat nak turap...
Sebagai pemandu kenderaan bermotor dalam apa jua situasi jalan raya hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada supaya cara pemanduan tidak mengundang bahaya kepada orang dalam kenderaan mahupun yang berada di luar.
2. Sikap Pemandu
Sikap pemandu turut menyumbang kepada cabaran bagi pemandu yang lain. Memandang tidak semua pemandu (sama ada berlesen atau tidak) mempunyai sikap memandu yang baik. ada yang suka belok ke kiri tanpa memberi 'signal' sampaikan kita kat simpang ni dok tertunggu-tunggu.
Tidak kurang juga ada sebilangan pemandu yang suka memandu perlahan di laluan sebelah kanan. Macam tak pergi sekolah pulak. Kita nak potong sebelah kiri tak kena. Ada pulak yang suka berhenti tiba-tiba (terutama) bila nampak simpang atau lorong yang nak dimasuk. Geram jer... Tak boleh ke lajak ke depan sikit.
Kita juga yang kena berhati-hati dan beralah. Mudah-mudahan tiada yang mendatangkan mudarat.
3. Sikap Pejalan Kaki
Sikap pejalan kaki satu hal lain pulak. Tak kira tempat dan masa kira nak berkepit saja. Hoi... ini jalan raya la bukan taman bunga. Ada pula yang berdedai-dedai dan berdoyon-doyon melintas jalan beramai-ramai (berjemaah la konon). Wahai, memang la pemandu tak akan langgar. Kan ke lebih baik jika berjalan ikut tertib, ingat sama orang lain dan pengguna jalan raya yang lain mereka juga ada hak dan nak kejar masa. Bukannya nak tunggu kome ajer.
Kalau tak kena langgar tak per lah... kalau terkena... sapa nak jawab. Kita boleh kata ini jalan kita kita ada kuasa untuk guna jalan ni... tetapi kalau dah jadi apa-apa (nauzubillah) sapa yang tanggung deritanya.
Sama-samalah kita berwaspada dan berhati-hati. Semoga dipermudahkan laluan kita.
4. Sikap anak-anak dalam kereta
Sikap anak-anak. Jika tidak ditegur dengan baik maka lagi lah mereka buat perangai. Seelok-eloknya sebelum keluar dan sebelum memulakan perjalanan berilah pesanan kepada anak-anak supaya tidak berbuat bising di dalam kereta. Kadang-kadang kebisingan anak-anak di dalam kereta terutama ketika memandu di jalan yang sibuk boleh mengganggu tumpuan. Nak tekan brek tertekan minyak... nak belok kiri pi belok kanan ntah mana jer sampainya.
Anak-anak perlu ditegur dengan cara yang baik dan berhemah agar mereka mampu berinteraksi dengan baik dan mendengar cakap.
Banyak lagi sebenarnya cabaran yang harus dihadapi oleh pemandu. Biar apapun cabaran yang mendatang yang pentingnya setiap pemandu haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dan mempunyai hati dan perasan untuk turut sama menjaga keselamatan diri sendiri, orang tersayang dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Berhati-hati ketika memandu semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
"suka duka pentas dunia"