Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hari Raya Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya Aidilfitri. Papar semua catatan

13 Mei 2021

Hari Raya Aidil Fitri | Sambutan sederhana cara kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Raya Aidil Fitri |  Sambutan sederhana cara kita


Tahun 2021, kali kedua sambutan Hari Raya terasa hambar walaupun sederhana untuk meraikan kemenangan dan kerana anak-anak.  Kita yang sudah dewasa sudah lama terasanya hambar hari raya ini semenjak pemergian kedua ayah dan bonda beberapa tahun lepas.


    
Selamat Idul Fitri 1442


Hakikat Hari Raya


Sebahagian salafusolleh menyebutkan;

Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya.

Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah

Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan.

Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi ke mana sahaja tempat yang dia suka
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;
Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Eid Mubarak… Selamat Hari Raya

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.

Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian

Sekian adanya.  Hari Raya Aidil Fitri |  Sambutan sederhana cara kita

20 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Hari ini sudah masih hari ke-4 kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Dan, YangBaik baru berkesempatan menerbitkan entri bersempena hari raya.  Bezanya untuk entri ini tiada gambar ahli keluarga sekitar sambutan hari raya Aidil Fitri bagi tahun 2015.... begitu juga dengan tahun-tahun yang lepas.




Ucapan selamat hari raya ini ditujukan kepada semua pembaca blog YangBaik.  Semoga hari raya tahun ini memberi makna yang terbaik buat kita semua.


Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Malam al-Qadar impian semua
Datangnya hanya sekali setahun
Hari raya menjelang tiba
Salah dan silap sudah bertahun
Harap dimaafi semua cela
Jiwa tulus semua terampun

Sekian.  

31 Julai 2014

Koleksi gambar hari raya 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Koleksi gambar hari raya 2014


Konon-konon cerita nak buat koleksi gambar anak-anak sepanjang hari raya 2014.
Kalau dilihat pada gambar di atas agak-agak boleh ke nak buat koleksi untuk gambar hari raya 2014.
Anak-anak ... nak nangis ada nak suka pun ada jugak.
Puas lah umi nak menyusun anak-anak supaya berdiri atau duduk dengan tertib.
Umi nak tangkap gambar nie... tiba-tiba memasing buat hal sendiri pulak.
Malas sangat nak jerit-jerit di pagi hari raya... makanya umi pun snap sajalah gelagat anak-anak nie.



Nak tengok sangat gambar raya anak-anak.
Nah!! amik kau.
Mana yang sempat saja, dari jangan tiada gambar raya kan.
Esok lusa bila deme dah besar tau lah deme punya gelagat macam mana kan.
Punyalah seksa nak tangkap gambar.


Yang ini pun jadilah
Buat kenangan esok lusa.

Kekadang terfikir bila lah agaknya dapat bergambar dengan sempurna dengan anak-anak untuk hari raya kalau dah macam ni rupanya.

Umi dan ayah tak marah ... cuma geram jer!!

Selamat hari raya semua.








25 Julai 2014

Baju kurung untuk hari raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baju kurung untuk hari raya



Setelah sekian lama tidak jahit sendiri.  Tahun ini Alhamdulillah berbeluang menjahit sendiri baju kurung untuk diri sendiri dan anak-anak.  Walaupun jahitan tidaklah sekemas atau secantik tukang jahit profesional yang buka butik tetapi bolehlah untuk kepuasan sendiri.  Satu lagi kekurangan saya adalah saya belum pandai menjahit baju melayu.  Kalaulah saya pandai kan... tak perlu susah-susah encik suami tempah atau beli.

Tahun ini baju kurung kami adalah dari jenis kain cotton.  Kain tu dibeli untuk raya tahun lepas. Memandangkan mood untuk menjahit tahun lepas agak merudum kerana kehilangan seseorang yang amat disayangi maka baju untuk anak-anak tahun lepas ditempah itupun di saat akhir.  Nasib baik juga kak umi nak terima.  Itu cerita tahun lepas.

Kalau tak silap tahun 2013, tema kain untuk hari raya banyak yang menggunakan kain cotton.  Tahun 2014 ini kurang periksa pulak.  Agaknya ketinggalan jugaklah saya dengan tema kain semasa nie.  Kerana saya tidak berapa suka sangat ikut aliran fesyen semasa.  Tetapi tahulah jugak sedikit sebanyak mengenai perkembangan fesyen semasa.  hehehe lari topik pula ehh.

Berbalik kepada baju untuk hari raya, biasanya baju kurung dipakai pada hari raya pertama.  Hari raya kedua untuk anak-anak saya lebih suka bagi mereka pakai baju kurung tahun lepas jika masih boleh dipakai jika tidak pakai baju yang dibeli dari pasaraya... bukan baju kurung.  Entahlah siapa yang menetapkan begini dan begitu... kita ikut saja sebab dah dari kecil kita dibesarkan begitu kan.

Selamat hari raya Aidilfitri dari saya sekeluarga.  Mohon maaf zahir dan batin.

*p/s:  sedang mencari mood untuk reka kad raya sendiri nie... kalau ada tu adalah dan kalau tiada tu... maknanya memang tak sempat.



22 Julai 2014

Segmen Puasa & Kueh Raya Pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Sementara menantikan idea baru saya nak ajak rakan blogger menyertai segmen puasa & kueh raya pertama yang dianjurkan oleh mummy an.

Duduk tak duduk dah nak raya.  Puasa di bulan Ramadhan ni memang mencabar bukan kerana lapar atau letih tetapi tercabar dengan keadaan kesihatan diri sendiri dan anak-anak.  Cuaca panas sekarang ni ada ketika mencecah sehingga 32 darjah celcius (saya tak jumpa ikon untuk suhu pada keyboard nie).

Bulan puasa memang sibuk dengan macam-macam aktiviti.  Pertama dan hingga ke berapa entah la sibuk dengan persiapan baju untuk anak-anak bercampur dengan kejar masa untuk khatam Quran lagi. Maklumlah orang perempuan kan tempoh puasanya terhad jadi dalam tempoh masa yang ada tu kena pulun betul-betul untuk khatamkan Quran.  Bila dah khatam baru rasa sempurna puasa... betul tak? macam hipokrit jer kan.

Sebelum puasa lagi dah mula mengira nak beli kueh raya.  Tetapi disebabkan kueh raya sekarang boleh dapat pada bila-bila masa jadi tidaklah nak berkira sangat.  Yang pasti untuk raya pertama selalunya makan yang berat-berat seperti lemang, ketupat, rendang seangkatan dengannya.  Jika dikenangkan semasa ada arwah emak dulu... kueh raya yang mesti ada pada pagi hari raya pertama adalah kueh samprit atau biskut dahlia, biskut peanut butter dan biskut buah.

Pemenang akan mendapat Hadiah misteri berupa tshirt atau kemeja untuk wanita atau lelaki yang mempunyai referral tertinggi ke blog Macam² Ann untuk kategori Bonus. 
Pakaian adalah tajaan Surf&Shoppe dan Bundle Bobbi.

Selamat maju jaya!

14 Julai 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 


Sementara itu... sudahkah anda menyahut cabaran Contest Duit Raya 2014 oleh Denaihati?
Klik banner di bawah untuk menyertainya.
Cabaran Duit Raya 2014

09 Julai 2014

Giveaway Memoria Aidilfitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Memoria Aidilfitri


Giveaway Memoria Aidilfitri anjuran blogger Nakhoda Nurani berlangsung mulai 6 hingga 11 Julai 2014.

Berminat?  Klik banner di atas.

Nak cerita memori Aidilfitri pulak neh... nanti sat nak korek gobok ingatan :P



01 September 2013

Jamuan Eidulfitri 2013 lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pada asal rancangan memang umi dan ayah serta adik-adik dan PR akan turut serta dalam majlis Jamuan Eidulfitri PASTI SIDEC.  Sesungguhnya penentuan dariNya lebih pantas dari perancangan manusia yang kerdil ini.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Maaf Zahir dan Batin


Hampir-hampir juga umi merajuk sendiri (tanpa sebab yang munasabah) tidak mahu hadir ke majlis berkenaan.  Sekali lagi semangat untuk mengembirakan anak-anak mengatasi rajuk yang tidak berasas itu.
Pagi itu, agak mendung kelihatan pada mata kasar seperti hujan akan turun pada bila-bila masa... maka sedikit sebanyak melembapkan tindakan umi untuk bersiap.  Anak-anak (Dina dan Inas) dah lama bersiap, sementera tunggu umi siap... mereka bermain di luar... gembira ria hendak menyambut hari raya...

"Umi dah siap ke?  Tiba-tiba soalan itu mengejutkan umi dari lamunan.  Terhenti seketika hasrat hati yang membatu tadi... terus saja menyiapkan diri dengan gaya yang sepatutnya....

Maka kesunyian pagi itu (dah jam 9.00 pagi pun), dipecahkan dengan derungan enjin motor Yamaha EGO. Dua kali berangkut dari rumah ke PASTI SIDEC, mula-mula bawa Dina kemudian bawa Inas pula.  Tak berani umi nak bawa dua-dua sekali.  Bila difikirkan semual memang betulkan ego seorang umi sedikit sebanyak pasti terlerai dengan suara pujukan anak-anak.  Tiada guna mengeraskan hati dan membatukan diri hanya kerana perkara kecil.

Tiba di majlis... belum lagi bermula.  Ambil tempat duduk yang masih lagi kosong walaupun berhimpit tetapi selesa kerana anak-anak pun tak kisah sangat dengan suasana riuh ... dan yang pastinya Inas Insyirah merupakan anak yang paling teruja dengan situasi itu tanpa menyedari bahawa usianya belum lagi layak untuk didaftarkan di PASTI hanya badannya sahaja yang mendahului usia.


Inas Insyirah, seperti biasa tidak suka dirakam wajahnya.


Muram kerana tak dapat belon atau kena tolak?


Inas tak kisah walaupun kena tolak... yang dikisahkannya adalah belon!!!


belon idaman yang menjadi rebutan.  Syukur masih makan pujuk...
janji nanti ayah belikan belon banyak2 yer... 


Majlis Jamuan Eidulfitri berkenaan juga dipenuhi dengan acara pemberian hadiah kepada anak-anak PASTI yang berpuasa penuh sepanjang Ramadhan (29 hari).  Tiga orang semuanya.  Tak dapat nak rakam gambar mereka sebab pemberian hadiah di ruang depan... umi pula duduk makan di dalam.

Sementara itu, majlis berkenaan juga dihiasi dengan acara cabutan nombor bertuah.  Suka kan?

Tiba masa untuk pulang.. Inas dah buat projek senyap-senyap.  Makan sudah, minum pun sudah apa lagi. Sementara mencari selipar Inas dan kasut umi yang terpelanting entah ke mana... tiba-tiba terdengar panggilan 019... antara sedar dengan tidak Dina menunjukkan nombor pada kertasnya kepada pengacara... eh..... betullah, hadiah tu untuk Dina.

Okey... tinggal dulu Dina pada ustazah kat PASTI, masih ramai lagi orang.  Umi nak hantar Inas balik.

Dah hantar Inas balik rumah... datang semula ke PASTI untuk ambil Dina.  Ustaz Ismi sedang memberi ceramah/tazkirah ringkas mengenai keperluan pendidikan anak-anak.  Pesanan ringkas yang padat dan bernas sekali.


Irdina Huda bergambar bersama HUDA (maskot PASTI) dan hadiah cabutan bertuah.  Eh... ada gangguan pulak.


sampai senget-senget mata dan mulut Dina menahan panas.


Irdina Huda, umurnya bakal mencecah 6 tahun pada Disember nanti...lambat lagi.  Nak buat majlis hari jadi kat PASTI memang tak dapatlah sebab musim cuti sekolah... tapi tak per nanti umi dan ayah usahakan juga ... demimu wahai anakku.


Sekian adanya...untuk renungan dan ingatan diri ini... "apa yang kita tidak suka ada kebaikan disebaliknya"... ikhtiar dan tawakkal semoga bergembira dengan ketentuan dariNya.

Terima kasih.

29 Ogos 2013

Sekitar Majlis Potluck Aidilfitri HEA 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dan terus berbahang.  Sana sana di rumah atau di pejabat ada saja jemputan untuk jamuan sempena Aidilfitri.

Berikut adalah gambar dan cerita sekitar majlis Potluck jamuan Aidilfitri 1434 / 2013 di pejabat.

Seperti biasalah kalau namapun Potluck... sudah tentu banyak juadah yang dihidangkan.  Jika tidak silap perkiraan terdapat lebih daripada 20 menu untuk majlis Potluck kali ini.  Puas jugaklah AJK hiasan dan AJK hidangan nak menyiapkan tempat dan tagging nama menu.


Antara dereten menu potluck.  Kenal ke kek depan sekali nie???


Kueh raya, kerepek dan buah-buahan pun ada.


nasi lemak daun pisang + nasi lemak ayam

Ala... tak sempat pula nak letak gambar nasi maglubah.... bos yang buat tau... sekejap jer dah habis (bos buat sikit sangat, tak sempat aye nak rasa...)


puding (coklat la sangat kan) dan tart keju serta agar-agar laici antara pemanis mulut


tidak ketinggalan Pavlova... antara menu pertama yang dihabiskan.  
Ada rezeki... dapatlah sesuap... sedap!!!

Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan antara menu yang tidak kelihatan (tak sempat nak rakam) adalah bihun goreng, dadih puding koktel, nasih impit bersama rendang hitam, pulut kuning (ganti lemang) bersama rendah ayam, roti jala bersama kuah durian, spagheti, macaroni, kek, sambal goreng jawa, talam sagu banjar, laksa buyung dan sirap laici berserta teh o panas.




Majlis Potluck jika tiada hiasan... memang tidak meriah.



Antara hiasan wajib ada untuk potluck Hari Raya... ketupat.  
Walaupun tiada isi dapat tengok warna pun jadilah...
Aye jadi tukang ikat jer lah...



Nak menghias memang suka sangat... Ramai yang datang membantu.
Tiba nak mengemas.... tinggal lah berapa kerat jer

Lepas makan jangan lupa mengemas yer...


Walau apapun majlis Potluck kali ini cukup meriah.  Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK terlibat dan juga kehadiran tetamu jemputan.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Seperti biasa lagi... jangan ditanya kenapa tiada gambar tetamu atau AJK... atau gambar penulis ini.  Kerania cerita ini adalah cerita berkaitan makanan dan persiapan sahaja... nak letak gambar orang kena maklum tuan punya badan jer.

Sekian adanya.







23 Ogos 2012

Masih dalam mood hari raya | Sesekali teringat Puasa Enam

As salam,


 
Memang lah masih dalam mood hari raya sekarang ni kan, sebabnya hari ni baru masuk hari raya ke-5.  Semalam hari raya ke-4 dah mula kerja.  Amboi! dah mula kerja? tak der sedara mara ke? tak beraya ket kampung ker? ko memang tak suka raya?  Macam-macam andaian dan tekaan yang cuba mencecah ke telinga namun semuanya di tepis.  Entah-entah orang tak cakap apa pun sendiri jer yang perasana.  Hahahaha...
 
Dan, semalam juga merupaka satu detik yang sukar dilupakan, walaupun macam-macam detik yang berlangsung dan salah satu detik itu seolahnya seperti biasa berulang dan seperti sudah dijangka akan berlaku... tetapi tak upaya nak tepis kerana ia terjadi juga... tak kuasa lah nak menepisnya.  Hidup mesti diteruskan.  Kesukaran dan kesusahan hati yang dialami kita tidak sama kan?  Ada yang lebih susah lagi... hanya kesanggupan kita saja yang menguatkan semangat dan tekad hidup kita.
 
 

 
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri sering berkumandang dan kelihatan di mana-mana.  Namun di blog ini... huish... macam berat sangat nak tulis nyer.  Bukan apa kononnya tak nak buat entry skema... ala konon-konon tak nak sama dengan blog yang lain... tapi kan tak boleh blahhh la... sebabnya dah memang kita hidupnya begini.  Bak kata encik suami kalau nak buat lain pun janganlah lain sangat dari orang lain, nanti nampak pelik sangat... eh eh... encik suami pun pandai juga nak cari kelainan.
 

 
Dah tamat sebulan puasa, tibalah masa hari raya.  Raya tu tetap juga raya tetapi Puasa Enam tiba-nya hanya sekali saje dalam setahun, bila nak mula nie... alkisah jemputan rumah terbuka tu... terimalah seadanya.... yang penting nak dapatkan pahala puasa enam tu....
 
Jom Puasa Enam.  Kita kutip pahala dan sambung pahala tambahan untuk menampung Puasa Ramadan.
 
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

17 Ogos 2012

Keheningan menjelang Syawal

As salam


Menyelusuri Ramadan kian ke penghujungnya
Sungguh terasa sepinya Ramadan disulami keriuhan kicauan unggas
Adakah bersedih dengan penghujung Ramadan atau juga gembira menyambut kemuliaan Syawal
Hanya mereka yang mengerti apa yang sebenarnya berlaku
Dan.... kita di sini hanyalah pemerhati kehormat dan penunggu setia bagi setiap peristiwa

Nun... di sana di kejauhan kelihatan kelibat Pak Tua mengais helaian daun yang berguguran di tepi laluan nan luas mata memandang
Tersentak dan tersedar betapa luasnya pemandangan kerana dulu terlindung dek keriuhan dan sekumpulan graduan melintas
Siapa tahu apa yang terbuku di hati Pak Tua itu
Sambil tangannya menguis dedauan bersama lidi tua yang kian mereput
apakah persiapan menghadapi Syawal sudah tercapai atau bakal terlaksana seketika nanti
atau sekadar sesuap lemang bersama sekaya tanpa rendang rusa atau rendang itik buat pengalas perut di pagi Syawal nan mulia

Di kejauhan sana kelihatan jentera besar tersadai di pinggir jalan
Betapa mulianya Syawal... semua jentera disimpan rapi bagi memberi laluan memudahkan urusan insan

Dan... di sini layakkah kita terus mencari kesalahan tanpa rasa sedar akan kemuliaan Syawal?

Sunyi

Senyap

Sepi

09 Ogos 2012

Ada apa dengan Iklan Raya Petronas 2012

As salam,




Ada apa dengan iklan raya Petronas tahun 2012.  Baru malam tadi berpeluang menontonnya di kaca tv di rumah.  Sebelum ini hanya baca cerita dari top blogger dan blogger popular sahaja.  Tetapi kurang penghayatan kerana sekadar membaca.... bila dah lihat sendiri baru rasa terkesan.  Nak lebih berkesan bila merasai sendiri pengalaman beraya di perantauan yang jauh beribu batu dari keluarga. Kan?





@yangbaik tidak dapatlah nak mengulas lebih panjang lebar kerana buat masa ini belum lagi berjauhan dengan keluarga ketika hari raya.  Termasuklah masa zaman sebelum kahwin dulu.  Sebabnya tak pernah keluar merantau jauh dari keluarga.  Paling jauh hanyalah Keramat Kuala Lumpur. ... seronok dapat shopping raya... window shopping jer duit tak cukup nak beli tiket bas.  Kena tipu pulak dengan ulat tiket dapat bas tambahan... yang ntah apa-apa.... sampai juga kat rumah cuma laluan nyer ... menakutkan... heeee


Sekian.


'suka duka pentas dunia'

31 Ogos 2011

Kerana sibuk berhari raya dan sambut Hari Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Hari ini adalah 31 Ogos 2011 dan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54.  Hari ini juga masih lagi panas dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ke-2.

Oleh kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan hari raya maka secara tidak langsung aktiviti di blog juga turut terjejas.  Simpati?  Memang kasihan.



Sungguh agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apa yang diduga itu rupanya benar-benar terjadi.  Blog picisan ini yang perasan konon-kononnya top blogger Malaysia 2011, akan mendapat kunjungan ramai sebenarnya tidak menjadi.  Bagaimana nak dapat kunjungan yang ramai kalau tidak diupdate dengan cerita yang terbaik tentang suasana hari raya atau juga suasana sambutan merdeka seperti kibarkan jalur gemilang. 

Kerana itulah blog yang perasan nak jadi top blogger Malaysia 2011 seharusnya dengan rajin dan gigih mengemaskini blog bukan sahaja dengan cerita-cerita kosong tetapi harus diisi dengan berita dan cerita yang mendatangkan faedah kepada pengunjung.



Namun begitu kata kunci yang paling menarik adalah berkaitan 'gambar back ground rumah kosaong'.... tukar kepada 'rumah kosong'.  Apa yang dicari dengan rumah kosong itu? Hanya pencarinya sahaja yang memahami apa yang dicari.  Carian itu mencecah sehingga ke angka 4.  Ini bermakna seramai 4 orang telah mencari 'rumah kosong'.

Walau apapun kata kunci yang tidak pernah dilupakan dan tidak perlu diperkenalkan lagi adalah berkaitan 'nelydia senrose' dan 'jari/jejari runcing'.  Kata kunci ini sememangnya tidak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.  Pasti ada peminat anak gadis Pak Nik (Nik Zaris Nelydia Senrose) dan penyokong Alia (ex-fiancee pemain bola sepak negara) yang terkenal dengan blognya jejari runcing. 

Paling tidak dilupakan juga adalah berkaitan dengan 'ubat gigi yang menjadi punca perceraian'.  Pesanan aye kepada diri sendiri dan kepada semua yang berkaitan dengannya... jangan kerana perkara yang kecil dan remeh temeh itu diperbesarkan dan dijadikan isu atau punca untuk berpecah.  Masih ada jalan penyelesaian dan orang yang hebat adalah orang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cubaan (pesanan ini untuk diri sendiri juga ... yes!)


Sekali lagi, setelah diteliti, page view untuk hari ini (31 Ogos 2011) amatlah sedikit tidak sampai 50 orang.  Bagaimana ini harus terjadi?  Atau bagaimana untuk mengatasi kejadian ini daripada berulang.  Walaupun tidak lama dahulu kejadian ini sering terjadi namun atas beberapa usaha gigih dan dengan semangat yang kental maka peningkatan pengunjung dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

Walau apapun yang terjadi, sebagai bakal top blogger Malaysia 2011 (ehehehe... ) harus tidak menjadikan ini semua sebagai halangan untuk memajukan diri dalam dunia blog.

Sekian adanya. 

*-*
 .

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selamat Hari Raya Eidul Fitri
mohon maaf zahir dan batin

Wordless Wednesday | Makaroni Rusa di Pagi Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Macaroni Rusa di pagi Hari Raya

30 Ogos 2011

Aksi Dua Beradik di Pagi Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alif dan Irdina di Pagi Hari Raya

Aksi spontan dua beradik di suatu pagi di Hari Raya.  Tanpa disuruh mereka terus beraksi sedemikian. 

Gambar ini dirakam di satu pagi di hari raya pada tahun 2009 menggunakan kamera hp Nokia N95.  Pada asalnya mereka berdua tidak mahu bergambar, tetapi bila dipujuk dan diminta berdiri saja, terus mereka beraksi sedemikian.  Alif dan Irdina Huda.

Untuk gambar pagi raya tahun ini pula mereka adik beradik telah menjadi tiga orang ditambah dengan Inas Insyirah. Tak sabar rasanya nak letakkan gambar mereka itu di sini.  Gambar ummi dan ayah tu tunggu lah lain ketika, bila dah bersedia untuk dipublishkan.  Buat masa ni biarkan dulu mereka adik beradik menghiasi blog ini yang tak berapa nak popular ni.

29 Ogos 2011

Chocolate Brownie | Terbaikkah untuk Hari Raya 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Brownies with chocolate chunks
Brownies coklat, dataran rata dan bakar atau bar yang diperkenalkan di Amerika Syarikat pada akhir abad kesembilan belas dan dipopularkan dalam kedua-dua Amerika Syarikat dan Kanada pada separuh pertama abad kedua puluh. Brownies ini dihiris dari jenis tebal, coklat kek yang kaya dengan tekstur, dan rasanya pertengahan antara kek dan biskut. [1] Brownies datang dalam pelbagai bentuk. Mereka sama ada fudgy atau cakey, bergantung kepada kepadatan mereka, dan mereka boleh termasuk kacang, pembekuan, lalu disebat di khalayak krim, cip coklat, atau bahan-bahan lain. Satu perubahan yang dibuat dengan gula perang dan coklat tidak dipanggil blondie.

Brownies adalah tambang lunchbox biasa, biasanya dimakan dengan tangan, dan sering disertai dengan susu atau kopi. Mereka kadang-kadang disajikan hangat dengan ais krim (à la mode), mendahului dengan susu kental yg dikocok, atau ditaburi dengan gula tepung, terutama di restoran.

dipetik dari en. Wiki

Kejap lagi nak sambung gambar sendiri dan cerita alkisah sebuah brownies... Terbaik!

26 Ogos 2011

Ramadhan kian ke penghujung | Syawal pula mula menggamit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sungguh kian terasa bila Ramadhan kini sudah mencecah 26 hari dan berbaki 3 atau 4 hari lagi Syawal pula akan muncul. 
Cukupkah bekalan dari Ramadhan ini untuk dibawa ke Syawal kelak atau juga untuk Ramadhan akan datang. 
Terasa sayu kian membara mengenang Ramadhan yang akan pergi. 
Lalu teringat cerita Majalah Solusi Isu 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal; Andai ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya.

Sebagai bekalan dan ingatan bersama untuk berjumpa dengan Syawal nanti... selusuri bersama maksud tersirat di sebalik Tazkirah ini yang dipinjam dari CITU UiTM Perak.

~~~~~~~~~~
‘Idu Fitri – Hari Kemenangan Umat Islam
Aidul fitri atau Idul fitri adalah hari raya atau hari kemenangan bagi umat Islam. Setelah sebulan berpuasa, menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa, menundukkan nafsu ammarah sepanjang bulan Ramadan, melalui latihan-latihan fizikal dan mental, melaksanakan amalan-amalan baik siang dan malam Ramadan sehingga akhirnya berjaya sampai ke penghujung Ramadan masuk ke bulan syawal disambut kejayaan tersebut setelah menempuhi latihan dan ujian maka kemenangan dan kejayaannya disambut dengan Hari Raya, hari kemenangan bagi seluruh umat Islam.

Idul fitri bermaksud- Hari kembali kepada fitrah. Maksudnya umat Islam yang menjalani ibadah Ramadan dengan penuh keinsafan melaksanakan pelbagai ibadah siang dan malam seperti solat sunat tarawih, bertadarrus al-Quran, qiamullail, berzikir dan berdoa, bersedekah dan sebagainya, seolah-olah telah kembali fitrah dengan rahmah dan maghfirah-yakni keampunan daripada Allah SWT. Menjelangnya syawal, mereka yang menjalani ibadah tersebut seolah-olah telah bersih daripada dosa dan mereka menjadi orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah. Demikianlah juga hasrat dan tuntutan kepada puasa secara khusus iaitu mencapai tahap ketaqwaan yang sebenar-sebagaimana yang dinayatakan di dalam al-Quran bermaksud: ‘…..mudah-mudahan kamu bertaqwa’.

Maka sebab itulah di hari raya, kita umat Islam diminta untuk merayakannya sehingga diharamkan berpuasa pada hari pertama syawal (tidak ada siapa yang dibenarkan berpuasa) demi merayakan hari kemenangan ini. Namun hari kemenangan ini mestilah disambut atau dirayakan dengan pengisian-pengisian yang wajar berlandaskan Islam. Sebagaimana firman Allah SWT., bermaksud:
Dan hendaklah kamu sempurnakan bilangan hari puasamu dan hendaklah kamu besarkan (muliakan) Allah atas sekalian yang telah ditunjukkinya, mudah-mudahan kamu bersyukur (berterima kasih).
(al-Baqarah ; 185)

Daripada ayat tersebut, kita fahami bahawa pengisian penting pada merayakan hari kemenangan ini ialah membesarkan/memuliakan/mengagungkan Allah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Banyakkan bertakbir menyebut Allahu Akbar, banyakkan bertahmid menyebut al-hamdulillah serta kalimah-kalimah mulia yang lain semata-mata mengagungkan Allah bagi menunjukkan rasa bersyukur dan berterima kasih.

Namun begitu tidak cukup dengan ucapan kalimah tersebut, kita juga mestilah merayakannya dengan membiasakan dan meneruskan amalan-amalan baik sebagaimana yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu. Inilah natijah kejayaan yang hendak disambut pada hari kemenangan ini.

Sebab itulah pada hari raya kita dituntut supaya melakukan amalan-amalan baik, antaranya:

Carian