Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peristiwa. Papar semua catatan

18 Julai 2013

Akan Adakah Peluang Kedua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dengan tulus, aye ingin kongsikan di sini kisah dan teladan yang mungkin anda pernah baca di mana-mana. Sekiranya telah baca jadikan ia sebagai ulangan dan sekiranya belum lagi baca... bacalah kisah ini semoga dapat dijadikan panduan untuk melestarikan hidup di dunia.


AKAN ADAKAH PELUANG KEDUA?

Mereka telah berumahtangga melebihi tiga dekad dan kedua-dua anak mereka telah membina keluarga masing-masing, tinggal berasingan di daerah lain.  Aishah kini melalui empty nest syndrome, hanya tinggal bersama suaminya, Mohd Razif yang masih bekerja, di penghujung kerjayanya.  Saban tahun mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan, hinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka melalui perubahan.  Kerapkali berlaku perselisihan antara mereka walaupun atas perkara remeh sahaja.  Sesungguhnya jauh di sudut hati, mereka tidak suka kepada perubahan dalam hubungan mereka itu.

Pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, Aishah begitu teruja menunggu kepulangan suaminya, Mohd Razif.  Sejak mereka menjadi suami isteri, banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka, namun kali ini Aishah berazam untuk cuba memperbaikinya.  Pasangan itu yang suatu masa dahulu umpama tidak boleh dipisahkan, kini telah semakin ‘hangat’ dek perselisihan antara mereka yang tidak habis-habis.  Seolah-olah sekarang ini mereka hanya nampak kelemahan dan kesilapan pasangan, bukan lagi seperti baru-baru mereka berkahwin dahulu, semuanya baik belaka.  Hari itu Aishah ingin melihat kalau Razif ingat pada tarikh penting dalam hidup mereka suami isteri.

Apabila terdengar bunyi loceng di pintu, Aishah meluru membukanya dan dapat melihat suaminya basah kuyup, sambil tersenyum menggenggam sejambak bunga di tangannya.  Aishah tergamam lalu tanpa banyak bicara kedua-duanya terus ke ruang tamu.  Aishah ternyata sangat gembira dengan ingatan Razif terhadap hari ulang tahun mereka.  Di saat itu mereka seolah-olah dapat melupakan masalah yang dihadapi, pertengkaran yang sering terjadi dan kerenggangan hubungan yang sedang mereka lalui.  Masing-masing meluahkan penyesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan berazam untuk memperbaikinya.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon di bilik tidur berdering.  Aishah menjawabnya dan seorang lelaki di hujung sana berkata, “Assalamualaikum puan, saya membuat panggilan daripada balai polis.  Adakah ini nombor telefon Encik Mohd Razif Osman?”  Jawab Aishah, “Ya” dan lelaki itu berkata lagi, “Maafkan saya puan, ada kemalangan dan seorang lelaki telah meninggal dunia.  Kami dapat nombor ini daripada dompetnya.  Kami perlukan puan datang ke sini untuk mengecam jasadnya”.

Hancur luluh hati Aishah dibuatnya, dia tidak percaya apa yang didengarinya.  “Tapi suami saya ada di sini bersama saya!” katanya bersungguh-sungguh.  “Maaf puan, kejadian itu berlaku pukul 2 petang tadi, semasa dia hendak menaiki keretapi,” lelaki itu meyakinkan.  Aishah hampir hilang pertimbangan mendengar penjelasan lelaki itu.  Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, bisik hatinya kebingungan.  Sebelum ini dia pernah terdengar juga ada cerita mengenai roh yang datang menemui orang tersayang sebelum ia meninggalkannya.

Aishah bergegas semula ke ruang tamu dan mendapati Razif tiada di situ.  Ya, betul! bisiknya hampa.  Razif telah pergi buat selamanya.  Rohnya yang datang tadi ingin mengucapkan selamat tinggal! Aishah tersungkur ke lantai merasai hidupnya begitu kosong seraya berdoa, “Ya Allah, berilah aku peluang sekali lagi bertemu suamiku, ingin ku cium tangannya memohon ampun terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kami.  Ingin ku perbaiki hubungan kami suami isteri.  Berilah aku peluang menjadi penawar dalam hidupnya, penyejuk hatinya dan jadi isteri yang solehah, ya Allah.”  Bercucuran air mata Aishah penuh keinsafan dan pengharapan daripada Allah.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari bilik air dan kelihatan Razif membuka pintu sambil berkata, “Sayang, abang terlupa nak bagitau yang dompet abang dicuri orang tengahari tadi.”

KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT PELUANG KEDUA, JADI JANGAN SIA-SIAKAN SAAT-SAAT YANG TERLUANG UNTUK MEMPERBAIKI APA JUA KESILAPAN KITA.

Jika diizinkan Allah kita akan menemui sekali lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebaikan dalam beberapa hari sahaja lagi, jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah membuat kebaikan, terutamanya kepada kedua orang tua kita, suami atau isteri kita, adik-beradik, rakan taulan dan ramai lagi.

Kita tidak tahu sama ada kita akan ada lagi di hari esok atau tidak, maka eloklah kita menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu apa-apa penyesalan di kemudian hari.





Sekian adanya.  Semoga bermanfaat.

29 Jun 2013

Kisah semalam yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan.  sumber dari sistem komputer ini

Hidup ini memang penuh dengan kejutan.  Walaupun kita dah agak situasi itu akan berlaku.  Tetapi kadang-kadang yang terjadi adalah sebaliknya dan tidak seperti yang kita sangka.  Memang menjadi kejutan!.  Sekali lagi dalam situasi yang lain pula, dia tidak begitu, corak dan cara percakapannya juga berbeza... kan manusia bisa berubah dengan kehendaknya sendiri hanya memerlukan masa.  Kita sendiri tidak sempurna bagaimana pula kita hendak orang lain bersikap sempurna dengan kita.

Sebelum ini aye dikhabarkan mengenai peribadi si pulanah yang begitu dan begini.  Bukan tidak mahu percaya tetapi perkhabaran itu aye jadikan sandaran bila mana aye berhadapan dengan si pulanah.  Memang ternyata benar perkhabaran itu terjadi dan tidak sangka bila berhadapan dengan sikap si pulanah yang tidak profesional dalam suasana formal.

Puas aye memikirkan mengapa dia bersikap demikian.  Kata orang dia dari dulu memang begitu, tak kira masa dan tempat nak tunjuk lagak dan kuasa cuma sesekali bila bersama dengan orang besar-besar sikapnya seperti tikus.  Benarkah begitu?  Cuba selidik mengapa dia bersikap begitu.

Aye berpendapat begini, sebagai seorang ketua yang memegang tampuk jawatan penting seseorang itu perlu bersikap tegas dan profesional.  Namun ada kalanya sebagai ketua sikap cepat melenting di hadapan staf bawahan adalah tidak elok kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang ketua dalam masa yang sama staf bawahan akan lebih membenci bukan taat tetapi tak kuasa nak melayan kerenah bos yang tidak profesional langsung.

Seorang ketua pula sepatutnya perlu memahami kehendak dan keperluan staf bawahannya.  Mengapa staf tidak mengikut arahan adakah kerana tidak pandai buat kerja atau tidak memahami arahan.  Untuk itu staf yang tidak pandai buat kerja dihantar kursus dan diberi pendedahan.  Bagi staf yang suka sangat buat tidak faham arahan ada baiknya diberi penjelasan dan keperluan tugasannya.  Bukan dengan cara mengherdik atau meninggi suara. 

Tidak semua orang suka berhadapan dengan orang lain (bos) yang suka meninggi suara.  Adalah baik bos cakap dengan nada suara yang terkawal.  Kerana jeritan bos yang marah pada stafnya sedikit sebanyak akan memberi kesan yang memalukan kepada staf.  Paling tidak staf berkenaan akan membenci dan mencaci bos di belakang.

Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian kita akan sentiasa berhadapan dengan berbagai kerenah manusia.  Ada yang baik dan berbudi bahasa, ada juga yang tidak ambil kisah dan tidak kurang juga manusia yang ambil kesempatan.  Dalam berhadapan dengan semua itu, kita ambil jalan tengah dan positif iaitu kita dilahirkan oleh manusia bernama ibu yang berbeza, cara didikan dan alam pembesaran juga berbeza.  Terimalah kekurangan atau kelebihan seseorang itu seadanya dan cuba memahami sikap manusia itu.


03 Jun 2013

Tak sangka dan tak sanggup

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada ketika sesuatu yang kita tidak jangka sebenarnya telah berlaku
Sebenarnya tidak terlintas langsung dalam akal fikiran yang dangkal ini bahawa sesuatu kejadian itu telah berlaku
Tanpa kita sedari sebenarnya kejadian itu turut mempengaruhi pendirian kita
Turut juga mempengaruhi pemikiran kita
Juga mempengaruhi pandangan kita

Ambil positif
mungkin ada sesuatu yang tersembunyi yang kita tidak ketahui
kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahNya

Bagaimana ia berlaku
Mengapa ia berlaku
mengapa harus terjadi
Sejauh mana kebenarannya kejadian itu

Hanya mereka saja yang tahu
Kita ... teruskan hidup seperti biasa
walaupun agak sukar untuk terima hakikat itu
kerana kita langsung tidak mahu percaya
kerana kita tidak percaya bahawa ia telah berlaku

Sungguh benar
akal kita ini terhad
pengetahuan kita juga terhad
daya pemikiran kita juga terhad

Justeru anggaplah apa yang terjadi itu bukan dengan sengaja
bukan atas kehendaknya
tetapi itulah.... yang telah berlaku

Bermonolog sendirian lagi... entah mengapa hati ini sukar menerima hakikat itu
enggan menerima berita itu
biarpun tidak sepahit hempedu
tidak juga sepahit jaddam
tidak perlu dipertikaikan
apa yang telah berlalu....

dalam mood terkejut... kaget... dan juga sedikti keliru...
mood itu mengganggu ketenteraman dan keamanan hati ini

..... Tuhan ku songsong masa silamku...

Moga kelam tabir hayat tersingkap sopan

.... tersentap seketika...

terasa diri terawang-awang
tidak sanggup mencecah kaki ke lantai bumi...
mengapa?????

15 Februari 2013

Memori minggu ini

As salam,


Bukan memori daun pisang tetapi memori baju ungu. :D

Mana tidaknya pada penutup minggu ini bersempena pula dengan penghulu hari iaitu hari Jumaat, telah berlansung satu majlis yang sungguh istimewa.  Biarpun sedikit sok sek di sebalik tabir atau di belakang tabir, itu perkara biasa.  Bagi sesetengah orang dah jadi ibarat 'alah bisa tegal biasa'.

30 Ogos 2012

Minggu ke-30 dan kisah MGTT

As salam,


 
Sekarang dah masuk minggu ke-30 usia kandungan dan kenapa pula gambar di atas tidak sama dengan gambaran kedudukan janin di dalam perut @yangbaik seperti yang diceritakan doktor.  Betullah, jangan keliru sebab tidak semua bayi mempunyai perkembangan yang sama.
 
Ini adalah cerita semalam tetapi dicatatkan pada hari ini kerana baru mendapat peluang untuk bercerita di sini.  Seperti lazimnya walaupun mungkin secara kebetulan urusan di klinik kerajaan sering memakan masa yang lama dan agak panjang.  Sebagai salah seorang kakitangan awam memang rasa tidak sesuai nak bercerita di sini kerana ia seolah-olah membuka pekung di dada.  Tetapi seperti semua sedia maklum, memang urusannya lambat dan memakan masa yang panjang. 
 
Sesuatu perlu di lakukan untuk memudahkan proses dan mungkin beberapa prosedur perlu dikaji semula.  Antaranya penyediaan ruang yang selesa dan kakitangan yang mencukupi untuk menguruskan MGTT. 
 
@yangbaik secara peribadi simpati dengan seorang sahabat yang kebetulan mengambil darah kali pertama pada sebelum puasa dahulu, beliau merupakan orang yang pertama mengikuti proses berkenaan tetapi atas sebab yang kurang jelas maka proses yang pertama itu terbatal lalu terpaksa diulang semula untuk kali ini.  Sedangkan @yangbaik menjalani prosedur kedua manakala beliau terpaksa mengulang semula prosedur yang pertama.  Bayangkan betapa ruginya masa yang diambil untuk menjalani prosedur pertama dahulu.  Buang masa, tenaga dan darah juga.  Pembaziran!
 
Cerita panjang lebar memang menyakitkan tetapi itulah hakikat yang terpaksa diharungi.  Semoga prosedur berkaitan MGTT dapat diinovasikan semula bagi memudahkan urusan semua pihak.  Kerana ibu-ibu yang hamil ini bukan sahaja terdiri dari suri rumah tetapi juga ibu-ibu yang berkerja.  Bayangkan bila keluar ke klinik asalnya dari dua jam jadi 4 hingga 5 jam.  Masa kerja terpaksa dikorbankan.  Tidak mengapalah bila dapat bos yang memahami tetapi akan menjadi lebih sukar walaupun bos memahami tetapi terpaksa meninggalkan kerja untuk menunggu dan akhirnya terpaksa cuti.
 
Walau apapun mereka terutama petugas di Klinik Kesihatan itu telah melakukan yang terbaik hingga terpaksa menggadaikan masa rehat demi tugas.
 
Selamat bertugas.
 
'suka duka pentas dunia'
 
 

17 Ogos 2012

Keheningan menjelang Syawal

As salam


Menyelusuri Ramadan kian ke penghujungnya
Sungguh terasa sepinya Ramadan disulami keriuhan kicauan unggas
Adakah bersedih dengan penghujung Ramadan atau juga gembira menyambut kemuliaan Syawal
Hanya mereka yang mengerti apa yang sebenarnya berlaku
Dan.... kita di sini hanyalah pemerhati kehormat dan penunggu setia bagi setiap peristiwa

Nun... di sana di kejauhan kelihatan kelibat Pak Tua mengais helaian daun yang berguguran di tepi laluan nan luas mata memandang
Tersentak dan tersedar betapa luasnya pemandangan kerana dulu terlindung dek keriuhan dan sekumpulan graduan melintas
Siapa tahu apa yang terbuku di hati Pak Tua itu
Sambil tangannya menguis dedauan bersama lidi tua yang kian mereput
apakah persiapan menghadapi Syawal sudah tercapai atau bakal terlaksana seketika nanti
atau sekadar sesuap lemang bersama sekaya tanpa rendang rusa atau rendang itik buat pengalas perut di pagi Syawal nan mulia

Di kejauhan sana kelihatan jentera besar tersadai di pinggir jalan
Betapa mulianya Syawal... semua jentera disimpan rapi bagi memberi laluan memudahkan urusan insan

Dan... di sini layakkah kita terus mencari kesalahan tanpa rasa sedar akan kemuliaan Syawal?

Sunyi

Senyap

Sepi

10 Ogos 2012

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

As salam,


Apa sebenarnya yang berlaku tak siapa yang tahu.  Adakah ianya sebuah kebakaran kecil atau pun besar atau tiada apa-apa yang berlaku hanya mainan perasaan sahaja.

Apa pun yang berlaku ada waktunya orang lain tidak perlu tahu kerana ia bisa merebakkan suasana atau bisa juga mengeruhkan keadaan.  Bila tiba masanya asap tebal itu akan berlalu pergi meninggalkan kesannya yang tersendiri dan hanya pemulanya saja yang mampu mengatasinya.

Apa sebenarnya yang berlaku tak perlu siapa ambil tahu.




"sukia duka pentas dunia"

01 Julai 2012

Hujan petang

As salam,


Satu petang...

alamak kereta ada di luar sana, hujan pulak... macam mana nak keluar nie?









sekian, dulu... hanya gambar pengantar bicara...bukan menggambarkan hati dan perasaan tetapi untuk memenuhkan ruang dan hobi.

30 Jun 2012

Pagi Sabtu Terakhir di Bulan Jun

As salam,


gambar lama ... sekadar hiasan


Satu pagi yang indah dan damai, selesai menguruskan rumahtangga terlintas di hati hendak bersarapan di luar.  Maka bersiaplah seluruh ahli keluarga untuk keluar dengan segala jenis macam persiapan seperti botol susu, air masak, sapu tangan termasuk beg ben-10 diisi dengan kertas dan warna pensil 24 batang (macam nak jalan jauh jer) dan tidak lupa juga 'Big Green Bag', hari ini hari Sabtu.

Hasrat hati nak bersarapan di Warung Lesung Batu, disitu terdapat menu yang menarik kesukaan kami sekeluarga antaranya lontong, soto, nasi dagang sesekali ada nasi kerabu dan banyak lagi.  Sayangnya hari ini warung itu 'tertutup' pula.  Memang dah agak kerana kebiasaannya hari Sabtu warung itu ditutup tetapi pernah juga terjumpa warung itu dibuka.  Tak mengapa masih banyak tempat makan di Seri Iskandar.

Lalu bergerak pula kami ke Cafe Jhintan Manis.  Pernah singgah di situ sekali pada waktu petang.  Menunya menarik ada campuran barat dan tempatan dan yang paling menarik ada menu ubi kayu rebus... sukanya.  Namun agak mengecewakan kerana cafe itu juga ditutup.  Kenapa yer?

Agaknya pagi tadi masa keluar rumah semua orang mula dengan langkah kiri.  Huhuhu... bukan salah mereka ....banyak lagi tempat makan.

Seperti biasanya destinasi terakhir adalah Restoren D'mawi.  Menu biasa-biasa lontong, nasi impit, kuew teow goreng dan nasi lemak.  Boleh lah...

Selesai menjamu selera.... ayuh kita shopping!!!!!
Barang dapur jer.... itupun dah mencecah seratus lebih... belum penuh troli lagi, kalau penuh... mahu tiga ratus kot...

habis shopping.... balik lerrrr.

29 Disember 2011

Ada apa dengan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Ada apa dengan perasaan?
Perasaan itu subjektif
kerana ia bergantung kepada nilai dan didikan individu
ada orang yang perihatin dengan situasi orang lain
ada orang yang tidak kisah dengan keadaan orang lain
kerana dia tiada perasaan simpati atau belas kasihan
sebaliknya yang ada padanya adalah perasan saja...
perasan bahawa dirinya hebat
kerana dikelilingi orang yang 'hebat'
... perasan jer lebih...




tiada pertikaian lagi
semua orang harus ada perasaan
untuk menunjukkan dan meluahkan rasa yang terbuku di hati
namun perasaan itu harus digunakan di tempat yang sesuai
pada masa yang sesuai
dan sesuai dengan orangnya


akhirnya... siapa pun kita
kita berhak ada perasaan
marah
benci
suka
iri hati
kecil hati
simpati
 juga melankolik

ehhh..


itulah kita
siapa pun yang marah kita semalam
atau yang menyebabkan kita marah
lupakan saja
kerana hari ini dan hari esok
pasti ada lagi orang lain yang lebih suka kita
atau yang simpati dengan kita
atau yang sayangkan kita




>_<


23 Disember 2011

Panggilan hangit di waktu pagi | Sebelum pergi kerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar:  google.com

Semua orang ... adakah akan teruja menerima panggilan di waktu pagi sebelum pergi kerja.

Pasti teruja jika panggilan itu sungguh menarik kerana memberi tawaran menarik antaranya "Anda tidak perlu kerja hari ini kerana pejabat tutup", atau "Anda boleh masuk lewat pada hari ini kerana ... bla bla bla".  Ada nak tambah lagi?  Sayangnya itu semua hanyalah khayalan dan impian kosong, kerana hidup kita perlu diteruskan tanpa sebarang gangguan terutama pada waktu pagi.

Waktu pagi adalah waktu yang paling kritikal dalam membina mood untuk sepanjang hari itu.  Andainya waktu pagi anda dimulai dengan suasana gembira dan ceria InsyaAllah hari itu adalah hari yang ceria dan kiranya ada masalah ia tidak bisa menggugat keceriaan anda.

Tetapi sekiranya waktu pagi dimulai dengan menerima panggilan hangit yang memang anda tidak sukai... terimalah hakikat dan bersabar, bertenang dan beristghfar mudah-mudahan hari ini bukanlah hari yang malang buat diri anda. 



Anggaplah apa juga panggilan yang diterima itu hangit atau tidak merupakan sesuatu yang telah tersirat dan memberi kekuatan kepada anda untuk meneruskan perjuangan hidup pada hari ini. 

Janganlah dijadikan sesuatu yang mesti mendatangkan keburukan andainya panggilan itu anda tidak sukai sebaliknya jadikan panggilan itu sebagai pemanas aktiviti harian yang lesu ...

Pandai jer kan Yangbaik, merepek jer.  Tetapi itulah yang sebenarnya terpaksa dilalui oleh Yangbaik pada awal pagi ini.  Panggilan itu adalah sambungan kepada kisah semalam "Buat Baik Biar Berpada".

Stop dulu...nak lunch ... Nesvita 3+1 Original dicampur dengan Goat's Milk Coffea Arabica.  Sedap... cukuplah sampai petang...


.

22 Disember 2011

Buat baik biar berpada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petang tadi atau lebih tepat lewat petang Yangbaik menerima satu pesanan yang rasanya amat mengejutkan dan menghilang segala mood dan perasaan.  Namun sejurus itu Yangbaik terfikir pesanan itu memberi maksud bahawa ada orang yang telah dan mahu berbuat baik serta menolong meringankan tugas di ofis yang berkaitan. 

Seketika Yangbaik merasakan walaupun ia membawa maksud yang baik tetapi kenapa susah untuk diterima kebaikan itu.  Adakah kerana kebaikan itu turut mendatangkan kesusahan? Di mana Yangbaik terpaksa dalam masa yang sama memikirkan kaedah untuk menerima kebaikan itu dengan hati yang terbuka dalam masa yang sukar diramal dan sukar ditentukan kesudahannnya.

Bukanlah bermakna kebaikan itu tidak boleh diterima.  Tetapi ia mengingatkan kepada pepatah lama "Buat Baik Biar Berpada, Buat Jahat Jangan Sekali".  Sungguh tiada kejahatan disebalik kebaikan itu kerana sudah tentu niatnya baik untuk membantu tetapi sukar diterima kerana sebabnya sukar nak digambarkan di sini dan biarlah gambaran itu bersemadi dalam jiwa ini.  Bukan dipendam tetapi untuk dijadikan iktibar.

Kesudahannya tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi adakah ia akan menjejaskan prestasi dan reputasi di mata bos atau bisa menerobos dan menjarakkan jalinan persahabatan yang selama ini terjalin.  Sukar dipercayai dan diramal apa yang bakal terjadi kerana peristiwa ini memang tidak pernah terduga akan terjadi atau bakal terjadi lagi... siapa tahu. 

Semoga segalanya berjalan dengan baik dan tiada hati yang terguris luka...  Luka di jari nampak darahnya, luka di hati tak siapa mengerti.

Sekian.


*

29 November 2011

Bila Ombak Rindu Melanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bersiaran, Ombak Rindu mula melanda.  Rindu kepada blog dan rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan blog.  Walau tidak bersua secara nyata namun perjumpaan di alam maya juga sungguh menarik.

Hampir seminggu lalu Yangbaik tidak bersiaran kerana menguruskan hal keluarga.  Bukan tiada peluang tetapi tiada semangat untuk berbloging.  Namun Ombak Rindu yang melanda telah memberi kekuatan kepada Yangbaik untuk melakarkan sesuatu di kanvas blog ini.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah rasa duka di atas pemergian ibu mertua pada pagi tanggal 23/11/2011.  Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Yang pergi telahpun pergi seperti yang telah dijanjikan olehNya.  Kita yang masih hidup teruskan perjuangan dan bakti kepada negara dan agama. 

Sekian dulu...

23 September 2011

24 September 2011 | Bukan kerana Memey Suhaiza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


(sumber gambar)
Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku pada 24 September 2011, bukan sahaja kerana  majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini tetapi banyak lagi peristiwa berlaku terutama di sekitar Pusat Latihan UiTM. 

Ini adalah antara senarai peristiwa yang berlaku:
  1. Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Salak
  2. *Karnival Tg Tualang
  3. *Majlis Perkahwinan
  4. *Program di Kampar
  5. Konsert Papa Rock di Changkat Tin
  6. dan....yang paling penting sekali pada tarikh yang sama Kursus Induksi Umum UiTM di Pusat Latihan UiTM masih lagi berlangsung dengan topik ; Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam oleh TSJ, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) oleh AA dan Motivasi juga oleh AA.  Dengan itu bertapalah lagi kami di Dewan Bestari 1, 2, 3 & 4.  Harus hadir dengan jayanya bagi mendapatkan pendedahan dan kefahaman untuk Peperiksaan yang dijadualkan pada 29 September 2011.
Fuhh!! Tengok tarikh 24 September tu... memang keramat sungguh sebab selain yang tertulis di atas mungkin juga ada peristiwa-peristiwa lain yang tidak sampai ke pengetahuan aye.  Macam wartawan pulak...

okeh siap dulu... nak study nih...huhuhu...

*-*




'

18 Ogos 2011

Bahtera Merdeka | Lirik Lagu untuk seorang PKHEM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bahtera Merdeka, asal dahulu nyanyian Ahmad Jais dan kemudiannya dinyanyikan oleh Aishah.  Antara lagu yang amat digemari oleh golongan remaja termasuk aye.  Lagu patriotik yang amat membina untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 

Bersempena dengan bulan kemerdekaan dan juga sebagai memenuhi 'permintaan' seorang PKHEM antara peminat setia... ehh... betul laa... Kenapa pula kerana beliau?... Kerana pandangan di sini , sungguh aye terharu lalu mencari ruang untuk menempatkan bahtera itu di sini...

Ingat Hari Raya ingat Merdeka.  Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-54.  Merdeka!  Merdeka!  Merdeka!


Bahtera Merdeka

Bonda senyum riang
Menerima bahtera Merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Pusaka Bangsa

Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman Merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji





Sekian.
*.*

07 Ogos 2011

Perlu cerita ke?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dalam kehidupan seharian kita pasti akan tempuhi bermacam-macam peristiwa yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi idea dan cara kita menulis dalam blog.  Setuju?

Dalam pada itu, adakah perlu semua yang kita tempuhi itu dilakarkan dalam blog?  Okeh kalau kita tulis peristiwa itu atau kejadian itu, apa pula persepsi kita terhadap pembaca atau pengunjung ke blog kita.  Tentu kita juga mengharapkan pengunjung dan terutamanya pembaca itu memberi komen dan ulasan mengenai cerita yang telah kita bawakan itu.

Okey, andaikata komen itu positif kita pasti teruja dan berterima kasih kepada pengomen itew... dan andainya komen itu berunsur negatif yang tidak membina langsung... adakah kita akan marah dan melenting ?  Terpulang... ada orang boleh terima kritikan dan ada orang tidak boleh... kerana kita dilahirkan berbeza masa dan waktu... serta pendirian kita juga berbeza.

Lagi andainya pengalaman dating dengan awek atau 'balak' ditulis dalam blog... amboi-amboi manisnya mengalahkan Mohd Manisnya dalam Boona dan Booni... dan kalau lepas dating itu... tiba-tiba .... hujan dan badai datang melanda lalu memutuskan tali perhubungan itu, adakah kita akan terumbang-ambing umpama layang-layang terputus tali.

So, untuk tidak memudaratkan kesihatan dan semangat yang tidak seteguh cinta adam dan hawa, apa kata mana-mana cerita yang agak secret tu simpan kemaslah dalam diari di dalam realiti bukan di dalam maya...


Last but not least, moral of the story is ... tidak semua cerita boleh diceritakan kepada orang dan tidak semua orang boleh terima cerita kita.


Sekian adanya, salam Ramadhan.

06 Ogos 2011

Puding Karamel Untuk Berbuka Puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Petang ni buat puding karamel gula hangus untuk berbuka puasa.. jeng jeng jeng...... ada cerita di sebalik gula yang hangus itu....



Gula itu memang hangus sungguh sebab lalai seminit jer... macam mana boleh hangus... dah letak gula dalam dulang, hidupkan api ... pi buka blog pulak... ala konon-konon nak tunggu gula hangus... apa lagi penuh asap kat dapur... hehehe tulah akibat nak buat 2 3 kerja dalam satu masa.


Petang ni tak sempat nak capture gambar tu.... malam nanti jika ada kesempatan aye letakkan gambar... puding ajer la... gula yang hangus tu dah buang... rugiiii...

Sekian, selamat berpuasa dan selamat bertarawih... bukan tawarih... ngek


*-*

.

01 November 2010

Cerita tentang November 2010 jugak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sumber gambar:  Mr. Google... thanks

saja nak mengendeng jap, nak buat cerita juga tentang peristiwa yang bakal berlaku dan telah berlaku untuk bulan November 2010.  Apa yang pasti kejadian ini akan dan telah berlaku untuk diri aye sendiri

Jom lihat senarai peristiwa berkenaan:~

1 November 2010:
~  Perhimpunan bulanan peringkat ofis - dah berlaku pagi tadi
~  Penyampian hadiah untuk staf yang akan bertukar ... sedey2 - dah berlaku jugak pagi tadi semasa perhimpunan bulanan
~  Kena buat ucapan jugak sempena majlis perpisahan, simple jer - dah berlaku
~  Jamuan perpisahan, lagi le simple jer...

3 November 2010:
~  Temujanji dengan doktor di Klinik Kesihatan Kg Gajah - kena cuti ker tak yah, selalunya sampai sekerat hari kat situ... minta2 tak yah lah cuti

5 November 2010:
~  Hari Deepavali - ada aku kesah?... ada!!!! dapat cuti panjang sikit... 3 hari

10 November 2010:
~  Hari gaji untuk bulan November - wei awalnya... jimat2 yer

16 November 2010:
~ Lapor diri di tempat kerja baru... nak citer ke tak nak? alah tak yah la...

17 November 2010:
~ Hari Raya Qurban - satu hari jer cutinye... nak mohon cuti tambahan rasa segan pulak sebab baru jer masuk kerja kat tempat baru. Well, kita tengok dulu cam ner dengan suasana tempat baru... amik feel dulu lah
sumber gambar:  Mr. Google
(eh eh November untuk Topaz yek...)

okeh... buat masa nih... itu dulu

Carian