Sungguh benar rasa sedih dan terharu
Bukan kerana tiada pilihan
tetapi kerana pilihan yang ada membuatkan 'dia' keliru
keliru antara jalan yang dihadapan, kiri atau kanan
Wahai!
Tiada apa yang dapat dikatakan lagi
bila kerisauan itu menjadi nyata
biarpun orang berkata pilihan di tangan kita
namun mengapa mesti kita tersalah buat pilihan
adakah kerana banyak pilihan
atau kerana sukar membuat pilihan
lalu jalan yang gelap itu dipilih?
Aduhai!
Jalan gelap itu biarpun telah terpilih
Ia bisa diselusuri
biarpun dengan merangkak atau berjengket
kerana pasti di hujung jalan sana akan terjumpa sinar cahaya
namun bagaimana pula jika tersesat di jalan yang lurus?
Itu semua suratan
ada hikmah tersembunyi
biarpun terpalit seribu calar hitam
bersihkan ia dengan nur keinsafan
biarkan ia berlalu dan pergi
usah diulang sejarah silam
bangkit semula bersihkan nama
~~~~~~~~~~~~~~~~
entah mengapa hari ini tiba-tiba @yangbaik terasa begini sekali
sungguh sukar diungkapkan dengan erti yang sebenar
hanya monolog ini mampu berbicara
entah bila akan diingat semula peristiwa hari ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.