Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

25 Januari 2012

Pengalaman cabut gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman cabut gigi.  Gambar sebelah tiada kaitan dengan jalan cerita atau tajuk cerita buat masa ini tetapi ada kaitan dengan penulis cerita ini. 

Semasa kecil gigi dijaga dengan elok, berus gigi rajin paling kurang 2 kali sehari pagi dan malam, lepas makan gula-gula atau aiskrim berkumur-kumur untuk hilangkan gula yang melekat pada gigi.  Sayangnya sketsa ini hanyalah berlaku ketika usia muda.  Bila dah dewasa sikit semakin berat (malas jaga gigi).

Gigi yang cantik memang idaman semua orang tak kira tua atau muda.  Semasa gigi sihat semua benda boleh dimakan tidak kira manis, panas atau sejuk.  Enak sungguh.  Bila gigi dah sakit baru terasa betapa hebatnya nikmat yang indah-indah itu sudah mula diambil semula.  Oleh itu semasa gigi masih elok, jagalah ia sebaiknya.

Cabut gigi.  Tidak semua orang berani jumpa doktor gigi (dentist).  Macamlah doktor gigi tu makan orang tak pun ada gigi taring yang tajam macam dinasour.  Bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga ada yang takut jumpa doktor gigi.

Cabut gigi memang menyakitkan.  Tetapi dengan segala kemudahan yang ada seperti ubat bius dan ubat tahan sakit, kesakitan cabut gigi tidaklah terasa sangat.  Doktor gigi juga manusia biasa yang punya perasaan simpati dan kasihan.  Sudah tentu doktor gigi itu juga pernah merasai sakit gigi.  Rasa sangat mustahil jika ada manusia normal yang tidak pernah sakit gigi.  Cuma tahap kesakitan dan daya tahan saja yang agak berbeza mengikut pengalaman dan usia masing-masing.

Petua ketika sakit gigi
Ketika sakit gigi, Yangbaik hendak berkongsi petua tradisional.  Petua ini kalau tak silap ramai yang dah tahu, jadi Yangbaik sekadar mengingatkan kembali.  Caranya adalah ketika sedang sakit gigi, gigitlah bunga cengkih, sekuntum saja sudah mencukupi.  Memang mujarab, kesakitannya mampu menghilang.  Namun kadar kesakitan tidak semestinya terus hilang sekiranya gigi dah memang perlu dicabut.  Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Sekian saja catatan untuk kali ini.



^-^
.

30 Oktober 2011

Bila baby tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bila baby tumbuh gigi?  Tempoh dan masa atau ketika usia berapa kurang jelas.  Dari pengalaman aye sendiri, dah tiga (3) orang anak, semua-semua tu... masa tumbuh giginya berlainan peringkat usia.  Keadaan bila tumbuh gigi juga berbeza dan lazimnya bila nak tumbuh gigi mereka demam paling lama seminggu... demam biasa lah... baby mungkin rasa tidak selesa sebab ada 'benda' keras dalam mulutnya... Nak cakap dari sudut perubatan tak pandailah la pulak coz belum lagi dan rasanya tak akan sempat kot nak masuk belajar bidang pergigian...

eh melalut pulak.

Inilah gambaran wajah seorang baby yang sedang menanggung kesakitan tumbuh gigi.  Siang harinya asyik dok merengek, badannya 'dedor' tak pun 'cering-cering'... Minum susu sikit lepas tu muak... makan pun tak berapa nak lalu...

Ada petua orang tua-tua moden suruh bagi baby minum air 'ribena' tak pun oren.. Eh berpadalah bukannya pekat atau manis macam orang besar 'tagun'. Rasanya takat manis-manis buah jer.. Oih.. memang lah suka sangat-sangat si baby ni .. habis setengah botol.




Dan...

bila malam menjelang tiba... bila larut malam.... tidurnya tidak nyenyak... justeru bergilirlah umi dan ayahnya berjaga untuk menepuk dan menghayun buaian...


Namun yang pasti itu semua akan menjadi satu kenangan dan antara kenangan dan saat yang sungguh indah, walaupun siang esoknya umi terpaksa tersengguk-sengguk kat ofis kerana tidak berupaya meninggalkan kerja.  Dan yang paling pasti keadaan baby tidaklah panas sangat... keluar sekejap bawa ke klinik dan sambung semula kerja... petang nanti pastikan umi dan ayah balik awal untuk mengikuti perkembangan kesihatan baby..

Semoga baby tabah, umi dan ayah serta abang dan kakak juga pasti bersabar dengan kerenah baby...

Sekian.

16 Oktober 2011

Pokok Kesihatan Mental di Poliklinik Dr Azhar Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pokok Kesihatan Mental dan kisah di Poliklinik Dr. Azhar di Seri Iskandar adalah kisah lama (ada aku kesah!!).  Tak kisah pun tak per, cuma nak cerita sikit... kisah nih tak ada lah lama sangat cuma beberapa minggu lepas pada bulan lepas.  Macam kos melepas pulak.

Kisah pokok kesihatan mental ini diperolehi ketika membawa Inas Insyirah ke Klinik.  Sementara menunggu doktor tiba, ternampak gambar pokok tu... cantik pula...meh kita tengok gambar pokok ni...

Pokok ini seperti biasa sama seperti pokok-pokok yang lain terdiri daripada akar, batang dan buah (termasuklah ranting dan daun juga).  Setiap satunya (akar, batang dan buah) mempunyai fungsinya yang tersendiri. 

Namun kelainan pada pokok kesihatan mental adalah berkaitan dengan keperluan setiap individu dalam melayari kehidupan yang sihat dan sejahtera.  Antaranya:

Akar, mengandungi:
  1. Kasih sayang
  2. Kejujuran
  3. Kemahiran hidup
  4. Tanggungjawab
  5. Penyayang
  6. Sokongan sosial
  7. Persahabatan
  8. Nilai moral & agama
Batang, mengandungi:  Pemikiran positif

Buah, pula mengandungi:
  1. Harga diri
  2. Tegar diri
  3. Matlamat hidup realistik
  4. Kebahagiaan
  5. Motivasi
  6. Penyelesaian masalah
  7. Keharmonian
  8. Penerimaan
  9. Menangani konflik
  10. Tolak ansur
  11. Komunikasi berkesan
  12. Produktiviti
Setiap satu yang tercatat di atas merupakan aspek yang perlu ada pada diri seseorang.

Untuk perhatian juga, poster Pokok Kesihatan Mental ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Namun tidak semua klinik mempunyai poster ini.  Bukankah baik sekiranya semua klinik terutama kesihatan (Kerajaan) mempunyai poster sebegini disamping memberi maklumat dapat juga 'penunggu' (pesakit menunggu giliran berjumpa doktor) menghabiskan masa dengan bahan bacaan yang berfaedah ini.

sekian.

' 

05 Oktober 2011

Kisah wanita dan 10 perkara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Wanita dan kisah hidupnya sering dikaitkan dengan banyak perkara, namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah berkaitan 10 perkara yang sering dicari iaitu wanita dan Ramadhan, kesuburan, lelaki, kerjaya, kesihatan, syurga, pekerjaan, ekonomi, komputer dan neraka.  Perkara-perkara ini sering ditemui dalam pencarian bersama mr google.

Graf hasil carian wanita dan 10 perkara (boleh dibesarkan dengan klik pada gambar)

Daripada graf berkenaan, adakah ia menggambarkan apa-apa situasi berkaitan kisah kehidupan wanita?  Contohnya lihatnya wanita dan kesihatan ianya adalah 'zero' atau 0%. Adakah kerana wanita tidak memberi perhatian atau tidak mengambil berat kesihatannya.

Sebaliknya jika dilihat kepada Wanita dan Pekerjaan dan Wanita dan Komputer, ianya menyumbang sebanyak 22%.  Adakah ia cukup kuat memberi makna bahawa wanita itu sudah mahir dengan komputer dan banyak terlibat dalam pekerjaan.  Wanita dan pekerjaan sebenarnya mempunyai konflik berkaitan dengan peranan wanita sebagai isteri dan juga sebagai pekerja. 

Namun wanita juga masih menguasai ekonomi sehingga memungkinkan wujudnya Dasar Wanita Negara.

Dan pada hakikatnya wanita dan lelaki tidak mungkin dapat dipisahkan sementelahan kejadian adam dan hawa mendahului kewujudan manusia di muka bumi ini.  Kerana itulah jugalah wanita harus ingat bahawa adanya syurga dan neraka tempat penghujung penghitungan pahala dan amalan di dunia.  Justeru wanita dan Ramadhan juga tidak bisa dipisahkan.

Sekian, sekadar renungan.  Wanita tiang negara, Rosak wanita rosaklah negara.

*.*

14 Julai 2011

Khasiat Halba

Assamualaikum dan selamat sejahtera,


Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sangguptukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabibChina untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

31 Mei 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !


KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK....
LARANGAN MEROKOK DAH TAK MENJADI...
HANYA INI SAHAJA SUMBANGAN YANG MAMPU DIBERIKAN SEMPENA HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Segmen ringkas sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA pada setiap 31hb Mei, dianjurkan oleh blogger Ben Ashaari

syarat no. 1 dan 2 dah siap.

nak jawab soalan no. 3 pulak... rasa macam kelakar tetapi pada zaman moden yang serba vasss ni... tiada yang mustahil. 

Biarlah apa pun yang berlaku jawapan skema kepada soalan kenapa saya tidak tidak merokok adalah ... Saya tidak merokok kerana saya seorang wanita.  Merokok itu bahaya untuk kesihatan wanita terutama bagi wanita hamil kerana boleh memberi kecacatan pada janin.


Jom sebarkannya .... penyertaannya sangat mudah ..
  1. Buat satu entri.. letak banner kat atas ni ..
  2. Tajuk : AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! dan linkkan ke entri ni bukan di sini tetapi di link sini http://www.benashaari.com/2011/05/segmen-24-jam.html 
  3. Siap.. tu jer.. tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini berserta kenapa anda tidak merokok ..

sekian.... KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!

27 Mei 2011

MAD - Masa untuk kaum hawa sahaja di Tini Spa

Selamat sejahtera,

Di hari minggu ini apa kata kita rehatkan badan dan minda seketika.  Belailah diri dengan jayanya.  Rehatkan diri.  Kerana diri yang sihat adalah kerana mempunyai rehat yang cukup dan belaian yang manja...

Dengan penjimatan sehingga 88% untuk Rawatan Muka Dermalogica + Urut Aromaterapi + Pengetonan Badan + Rendaman Kaki & Sajian Ringan di Tini's Spa di 2 Lokasi Spa Tini iaitu di Ampang dan Shah Alam Selangor.

MAD Deal of the Day: RM48 instead of RM384 for: Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light refreshments at Tini's Spa, 2 Locations.

It'd been a while since we promoted girlie time haven't we? We got this special deal for you! Not only it is a relaxing session, not only its a facial session but also its a body toning session!

So go on bring your girlfriends along and look good together! Also get rewarded with every purchase they make with your link!

Maaflah entry ni bercampur aduk sikit bahasanya.  Untuk dapatkan maklumat lanjut dalam Bahasa Malaysia, sila rujuk di sini.

12 Mac 2011

Sakit kepala apa ubatnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,



sakit kepala!!!!!
sakit kepala ada macam-macam sakit
ada yang sakit kepala bahagian atas saja... doktor kata itu tanda stressssss
ada yang sakit seluruh kepala sampai kebelakang... itu bahaya... kerana tak cukup tidur dan tak cukup rehat juga tanda-tanda darah tinggi akan tiba...
ada yang sakit kepala sebelah saja... kata kawan-kawan itu tanda migrain....atau kerana resdung atau kerana selsema yang kuat....

apa ubat sakit kepala????

suatu masa dulu (belum berkurun lagi) hubby aye sakit kepala yang teramat sangat... kesian tengoknya... sampai habis sebotol minyak cap kapak dituangnya atas kepala tapi tak juga hilang sakitnya...
lalu dengan sedikit ilmu yang diperolehi dari pembacaan... aye ambilkan ais hancurkan masukkan dalam beg plastik ikat kuat2 kemudian balut dengan tuala 'good morning' dan tuam atas kepala kat kawasan dahi... baru nampak lega....

lagi senang kalau makan panadol takpun apa-apa aje ubat tahan sakit yang ada kat farmasi... tetapi kita taklah boleh bergantung sangat dengan ubat-ubatan nie... nanti hilang pula daya tahan sakit.

eh... cerita sakit kepala ni... puncanya mungkin juga sebab lama sangat mengadap laptop tu... tak hingat dunia...


18 November 2010

Isu Makan Hati

Assalamualaikum buat 1Malaysia dan 1Dunia,

Dah lama tak update blog nih,... tadi dah nampak cam ada 'sawang' dok merayap-rayap.  So sebelum sawang buat sarang kat sini ada baiknya aye update sikit cerita kat sini.

Cerita yang nak ditulis ni aye dapat setelah nak 'mop' kat lantai mailbox... terjumpa artikel nih nak buang sayang so tempekkan je dulu kat sini.  Ada sesuatu yang mungkin boleh dijadikan panduan atau pengajaran... Kalau tidakpun sekadar mengisi masa untuk memenuhkan masa membaca...

Sumbernya... tak dapat dikenalpasti, tetapi mungkin boleh dipercayai...SELAMAT MEMBACA:

~~~~~~~~~~~~~~*****~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertembungan sains dengan Islam, mana nak dipilih?

Assalamualaikum wbh

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi . Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”. Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati

2. Jantung

3. Paru-paru

4. Perut

5. Hempedal

6. Buah pinggang

7. Jantung

8. Buah pinggang

9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam

10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.

2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya

3. Elakkan minuman bergas

4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah

5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.

6. Makan buah delima

7. Makan epal hijau.

Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Ogos akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita. Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Sekian wassalam wallahualam

Emjay

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan aye:  semoga memberi sedikit manfaat untuk kehidupan.

28 Oktober 2010

sehari sebiji epal makan bersama cik epal dan Dr Rozmey

Assalamualaikum dan salam sejahtera

sehari sebiji epal. yang biasa kita jumpa epal hijau dan epal merah. ada sesiapa pernah jumpal epal yang berwarna selain dari hijau ata merah... tunjukkan!... ada satu lagi nih, agak2 aye lah mungkin sebab dia suka makan epal kot maka adalah dok sibuk-sibuk sekarang nih.... sampaikan sharinginfoz pun buat citer tentag dia gak... nak tau siapa?... atau apa?

jom layan dulu gambar2 nih....



adakah ianya epal merah?.... (sumber gambar dari mr google lagik.... tak der lagi gambar koleksi sendiri)
 




atau epal hijau?  (sumber gambar dari en. google jugak)

 
bukan jugak....ia adalah....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaa....
*
*
*
*
*
*


nih.... haaa. cikepal... eh eh cik epal.... huhuhuu.... sori yek... pinjam sat header blog mike...
 
betul aye tak tipu bukan saja2 buat catatan nih... weh betapa berat mata membaca berat lagi tangan nak menaip dan beratlah jugak nak memerah otak cari idea untuk buat catatan ... tiba2 keluar pulak citer nih... tentang Cik Epal...dari Sharinginfoz dan beberapa blog lagik... yang tak sempat aye nak catatkan kat sini... hehehehe sori lagi...

baca juga jawapan dari Cik Epal mengapa lama menghilangkan atau kenapa cik epal privatekan blognye.  suka tak?

....
dah la... nak buat catatan yang paling panjang nih... memang tak pernah dibuat rajin cam ni...
oleh kerana semua orang suka makan epal apa kata hari ni kita cuba pula selusuri pula khasiat epal.  Catatan ni aye dapatkan dari Dr Rozmey.  ala... Datuk Dr Rozmey... pengasas Herba Prima dan sekarang nih nampaknya dah mula bergiat dalam dunia perfileman pulak...okeh okeh itu citer la pulak....

sekarang meh kita layan apa apa kelebihan dan khasiat epal hijau:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

sekian adanya.... terima kasih...



02 Ogos 2010

Ada apa dengan kesakitan, kesukaran, kesulitan dan segala yang berkaitan dengannya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
hari ni dah 21 Syaaban 1431... tinggal lagi 8 hari menjelang Ramadhan... Insya Allah dipanjangkan umur berjumpalah ....

Berbalik kepada tajuk entri...
kesakitan, kesukaran, kesulitan dan yang berkaitan dengannya...
semua itu adalah ujian dari Allah
sebagai hambaNya hendaklah kita sentiasa redha dengan setiap ketentuanNya namun dalam masa yang sama tidaklah sekali-kali berputus asa...

maaflah aye taklah pandai sangat nak bercakap tentang kekuatan iman dan agama...
kerana sebagai insan biasa kekadang kita terleka dan mengeluh juga bila berhadapan dengan setiap kesulitan.... namun kesedaran itu segera hadir lantas beristighfar...

sebagai ingatan untuk diri sendiri... ingin aye kongsikan bersama maksud Surah Ash-Sharh, seperti berikut:

Bismillahhi Rahmanir Rahim
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?, (1) dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu, (2) yang memberatkan punggungmu? (3) Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu, (4) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (6) Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (7) dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (8)

Wallahhu a'lam... Semoga mendapat manfaat

23 Julai 2010

Bila umi nak pandai bawa motor

Assalamualaikum

anak-anak dah pandai bicara
pandai juga bertanya itu ini
bila anak mula bertanya
apa patut umi jawab?
jawablah ikut pemikiran anak
ha... macam mana?
pikir macam kita masa budak-budak dulu
ntah apa-apa

satu petang...
anak bertanya "bila umi nak pandai bawa motor?, macam mak kawan alif...
hm... dalam hati anak dah lupa
atau kerana aku yang dah lama tak naik motor
atau kerana pengaruh ayah, katanya umi sombong tak nak naik motor
heee.... geram betul dengan jawapan si ayah
lantas si umi jawab, sekarang umi tak sihat, bila sihat nanti umi bawaklah...
si anak nampaknya puas hati...

tak tahu dalam hati uminya... debaran semacam
umi yang penakut dan juga fobia kerana pernah jatuh
walau tak parah... namun kesannya amat mendalam...

untuk itu, oleh kerana umi dah janji
maka umi perlulah tunaikan janji
segeralah kuatkan semangat
... dan 'sembuhkan' penyakit
yang entah bila akan sembuh...

~~~~~~~~~~

25 Mei 2010

Beware The Flu - How Do You Protect Your Loved Ones?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Just want to share abou flu disease.
Every year, the flu virus stalks your family.
Your ederley parents and young children are the most likely victims.

~~~~~~
Pesanan ini dibawakan oleh yangbaik.blogspot.com untuk nuffnang ads dan bewaretheflu

30 Jun 2009

Selsema dah pegi


Alhamdulillah, selsema dah pun baik beberapa hari yang lalu tapi belum ada kesempatan nak post citer baru... ada citer lagi .... jeng jeng...tapi tak sempat nak post sebab banyak keje nak buat nih...

tunggu!!!

25 Jun 2009

Selsema??

Dalam dok kecoh pasal H1N1 tetiba aye plak kena selsema, suspen gak... cuma selsema biasa jer sebab perubahan cuaca... ye lah dalam musim panas tetiba hujan... pas tu kat ofis plak dok terperap dalam econd, keluar panas... keje pun kekadang takder rest... makan ubat nanti baik la...

soh seh...soh seh...

13 Mei 2009

Sedikit Mengenai Meningitis

KAITAN ANTARA MENINGITIS DAN SAWAN DI KALANGAN BAYI

Sawan yang berlaku dikalangan bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca-punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis.

Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya. Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak, dan punca - punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium. [i]

Menurut Dr Hamid Arshat lagi, bayi dan kanak-kanak yang mendapat demam sawan untuk pertama kalinya dibawa berjumpa doktor kerana jika ada perasaan khuatir yang mereka mungkin menghidap penyakit meningitis doktor akan mengambil air dari bahagian tulang belakang untuk diperiksa . Ini adalah penting untuk mengenalpasti dengan awal penyakit meningitis , dan untuk membolehkan doktor memulakan rawatan. Penyakit ini adalah serius dan boleh membawa kepada kecacatan fizikal, mental dan kerosakan deria seperti penglihatan dan pendengaran atau juga maut.

Anggapan-anggapan yang salah seperti bayi itu akan lumpuh setelah air tulang belakangnya diambil (lumbar puncture) terlalu menyebabkan ibu bapa tidak membenarkan doktor- doktor menjalankan prosedur ini untuk menentukan atau mengenepikan penyakit meningitis. Yang merungsingkan ialah adakalanya kanak-kanak itu menunjukan tanda -tanda awal penyakit meningitis dan perasaan ini boleh membantu pengenalpasti dengan lebih awal penyakit ini . Jika ibu bapa membantah ini akan merumitkan perawatan dan akan membawa akibat yang buruk bagi kanak -kanak yang memang menunjukkan kemungkinan menghidap penyakit meningitis.[ii]


BILANGAN KES PENYAKIT DAN KEMATIAN DISEBABKAN MENINGOCOCCAL MENINGITIS DI MALAYSIA, 1999 - 2003[iii]

Meningococcal meningitis merupakan masalah kesihatan yang kritikal bagi banyak negara dan merupakan salah satu penyebab kematian yang utama. Penyakit ini berpunca daripada bakteria niesseria meningitides yang menyerang meninges, iaitu lapisan nipis di sekeliling otak dan tulang belakang. Penyakit ini cepat merebak dalam bentuk titisan air melalui batuk, ciuman atau bersin. Tanpa rawatan yang cukup, seseorang pengidap penyakit ini boleh maut dengan kadar 50% lebih cepat, iaitu kira-kira 24 hingga 48 jam selepas ianya dikesan.

Bagi tempoh 1997-2002, bilangan kes meningococcal meningitis di Malaysia didapati meningkat dengan ketara iaitu sebanyak 59 kes pada tahun 2001 berbanding 23 kes pada tahun 1997.

Dalam tempoh yang sama, peningkatan tertinggi ialah antara tahun 1998-1999 dengan kenaikan mencecah 120.83%. Peratus kematian berpunca meningococcal meningitis juga didapati mencatatkan kenaikan tertinggi.

Selepas tempoh tersebut, peratus kematian berpunca meningococcal meningitis menunjukkan pengurangan. Pada tahun 2002, peratus kematian hanya 14.8% daripada 54 kes yang dilaporkan. Ini mungkin disumbangkan oleh kaedah perawatan yang baik terhadap pesakit.


MENINGITIS DI MELAKA TERKAWAL [iv]

MELAKA 9 Mei - Jangkitan radang selaput otak (meningitis) berjaya dibendung daripada merebak selepas ia menyebabkan kematian seorang pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua di sini, baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Chua Keng Hua berkata, tiga lagi pelatih yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka sejak 7 Mei lalu hari ini dilaporkan semakin pulih. 9 daripada 10 pelatih yang mendapat rawatan di wad pengasingan dengan gejala jangkitan saluran pernafasan pula, semakin menunjukkan perkembangan untuk pulih.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, sehingga 9 Mei 2009, penyakit meningitis berjaya dibendung daripada merebak kepada penduduk sekitar akademi berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai dan penduduk sekitar akademi tidak perlu panik kerana segala langkah berjaga-jaga dan kawalan rapi ke atas pelatih dipantau pasukan perubatan.

Mengulas lanjut, Keng Hua berkata, sebanyak 453 pelatih dan kakitangan di akademi berkenaan yang terdedah kepada virus tersebut telah disaring. Pelatih yang terbabit kesemuanya lelaki berusia antara 22 dan 24 tahun. Seorang lagi mangsa masih mendapat rawatan di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kata Keng Hua, kesemua pelatih dan kakitangan dikuarantin dan tidak dibenarkan meninggalkan akademi selain mereka dikawal oleh kakitangan Jabatan Kesihatan negeri. Selain itu, JPJ telah diminta untuk tidak mengambil pelatih baru buat masa ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Othman berkata, semua kes menunjukkan gejala utama iaitu demam disertai dengan salah satu atau lebih daripada tanda-tanda seperti sakit kepala, sakit sendi, keletihan, batuk, loya, kejang perut dan menggigil. Kejadian dikesan pada 7 Mei lalu apabila sembilan pelatih mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka kerana demam dan tanda-tanda penyakit lain.

Susulan itu, satu pasukan siasatan yang diketuai Pegawai Kesihatan Daerah dan unit Kawalan Penyakit Berjangkit telah melakukan siasatan dan saringan ke atas pelatih yang terbabit. Sampel darah, kencing, swab tekak telah dihantar ke makmal Hospital Melaka dan Institut Penyelidikan Perubatan untuk siasatan lanjut.

Siasatan turut dijalankan di tiga tempat terbabit untuk mencari punca serangan bacteria iaitu di Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang. Ini kerana seorang pelatih yang meninggal dunia berasal dari Kelantan manakala seorang lagi sedang dirawat di Hospital Kepala Batas.

[i] http://home.hamidarshat.com/IKKdemam_sawan.htm
[ii] http://home.hamidarshat.com/IKKdemam_sawan.htm
[iii] http://www.statistics.gov.my/eng/images/stories/files/otherlinks/PST-Siri5.pdf
[iv] AMRAN MULUP dan RIZANIZAM ABDUL HAMID, pengarang@utusan.com.my (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0510&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm)

12 Mei 2009

Pencarian makna meningitis

Apa itu meningitis, dalam seminggu ni mungkin hebat diperkatakan selain daripada isu MB Perak. Layan....

Dalam pencarian makna, punca, sebab, risiko dan mengapa meningitis ....

Jumpa lagi....

05 Mei 2009

Jangkitan Kuman di Paru-Paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian
bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara
(air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan
pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah
jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal
pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian
bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius
hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
• Demam panas
• Batuk dengan atau tanpa kahak
• Sakit dada
• Tiada selera makan, tidak mahu makan
• Rasa tidak sihat, sering merengek
• Pernafasan laju atau susah bernafas
• Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat
terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
• Pernafasan laju
• Sukar untuk bernafas
• Bibir menjadi biru
• Batuk berdarah
• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan
badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini
disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
• Paracetamol
• Rehat yang secukupnya
• Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu
dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
  • Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
  • Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
    paru-paru. Contohnya:
    • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua
    kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National
    Childhood Immunization Programme)
    • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah
    pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
    • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya
    kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak
    yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila
dapatkan nasihat doktor.