Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pokok Kesihatan Mental dan kisah di Poliklinik Dr. Azhar di Seri Iskandar adalah kisah lama (ada aku kesah!!). Tak kisah pun tak per, cuma nak cerita sikit... kisah nih tak ada lah lama sangat cuma beberapa minggu lepas pada bulan lepas. Macam kos melepas pulak.
Kisah pokok kesihatan mental ini diperolehi ketika membawa Inas Insyirah ke Klinik. Sementara menunggu doktor tiba, ternampak gambar pokok tu... cantik pula...meh kita tengok gambar pokok ni...
Pokok ini seperti biasa sama seperti pokok-pokok yang lain terdiri daripada akar, batang dan buah (termasuklah ranting dan daun juga). Setiap satunya (akar, batang dan buah) mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Namun kelainan pada pokok kesihatan mental adalah berkaitan dengan keperluan setiap individu dalam melayari kehidupan yang sihat dan sejahtera. Antaranya:
Akar, mengandungi:
- Kasih sayang
- Kejujuran
- Kemahiran hidup
- Tanggungjawab
- Penyayang
- Sokongan sosial
- Persahabatan
- Nilai moral & agama
Batang, mengandungi: Pemikiran positif
Buah, pula mengandungi:
- Harga diri
- Tegar diri
- Matlamat hidup realistik
- Kebahagiaan
- Motivasi
- Penyelesaian masalah
- Keharmonian
- Penerimaan
- Menangani konflik
- Tolak ansur
- Komunikasi berkesan
- Produktiviti
Setiap satu yang tercatat di atas merupakan aspek yang perlu ada pada diri seseorang.
Untuk perhatian juga, poster Pokok Kesihatan Mental ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun tidak semua klinik mempunyai poster ini. Bukankah baik sekiranya semua klinik terutama kesihatan (Kerajaan) mempunyai poster sebegini disamping memberi maklumat dapat juga 'penunggu' (pesakit menunggu giliran berjumpa doktor) menghabiskan masa dengan bahan bacaan yang berfaedah ini.
sekian.
'