Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koleksi. Papar semua catatan

08 Mei 2015

15 koleksi ucapan bergambar hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


15 koleksi ucapan hari Jumaat


Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup kita dunia dan akhirat.

Teruja sebenarnya nak keluarkan entri ini.  Saban hari ada saja yang singgah bertanya mengenai mutiara kata atau hikmah berkaitan hari Jumaat.  Justeru, dengan gigihnya YangBaik kumpul semua mesej yang diterima dan terbitkan semula untuk tontotan bersama.  Semoga ada sedikit kebaikan dari apa yang telah diusahakan.

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah


13 Februari 2015

Jumaat yang kudus

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat yang kudus


Apa juga yang berlaku banyakkan istighfar dan berdoa semoga dimudahkan urusan.
Semoga dikurniakan kekuatan dalam mengharungi ujian kehidupan.





Sekian.

07 Oktober 2013

Koleksi buku lama | Ada yang berminat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beberapa hari yang menyertai gotong royong 5S di pejabat.  Antara tempat utama yang di gotong royongkan adalah stor dan beberapa buah rak lama.  Suka sangat...

Dalam aktiviti berkenaan bermacam-macam benda yang dijumpai.  Antaranya adalah buku-buku lama yang tidak diketahui siapakah pemiliknya.  Banyak jugalah buku yang dijumpai.  Ada buku yang tertulis nama pemiliknya dan ada juga yang tidak ditulis.  Bagi buku yang ada nama dan tuannya masih ada kenalah tanya empunya badan untuk dipulangkan buku itu.  Bagi buku yang tiada nama pemiliknya, maka boleh ke kita ambil?  Sayangkan buku buku ilmiah sebegini terbiar begitu saja.

Jadi sebagai kesimpulannya aye ambil buku-buku yang tanda pemilikan.  Boleh tambah koleksi bahan bacaan.  Walaupun buku lama tetapi ilmu di dalamnya masih memberi makna kepada kehidupan.

Berikut adalah antara koleksi buku lama yang sempat aye sambar.


Insan dan Manhaj Ketuhanan (rasanya modul untuk pelajar), Cempaka (buku sastera, tak sempat nak belek apa isi kandungannya) dan TITAS (juga modul pengajian pendidikan Islam).


Tuju Cintai (himpunan puisi), Chambers Anagrams (himpunan perkataan untuk permainan shahibba, words puzzle dan yang seangkatan dengannya), Suara Anak Merdeka (himpunan puisi juga) dan Hanya sampai di sini (antara buku lama bertulis jawi yang menarik minat dan perhatian, kalau tak silap buku itu adalah novel atau cerpen)




Agak-agaknya bila boleh habiskan baca buku-buku ini semua ya.   Dapat baca satu hal nak hadam satu hal lain pulak...


suka duka pentas dunia


06 Julai 2013

Koleksi Mutiara Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Perkara yang paling banyak mengantarkan orang masuk ke neraka adalah mulut dan kemaluan.
(HR Tirmidzi)

Rencana jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri.
(QS Faathir: 43)

Diantara amalan sunnah yang paling agung yang dapat mendekatkan seorang hamba kepada Allah adalah membaca al-Qur'an, mendengarkannya, mentadabburinya dan memahami maknanya.

(Ibnu Rajab)

06 Mei 2013

Koleksi Kad Ucapan Elektronik | Hari Ulang Tahun Kelahiran

Assalamualaikum dan selamat hari ulang tahun kelahiran,


Hari ini, Isnin 6 Mei 2013 bersamaan 25 jamadil Akhir 1434 merupakan hari ulang tahun kelahiran aye yang ke-....

Biarpun umur itu menjadi rahsia tetapi yang pasti tarikh ini merupakan tarikh rasmi meningkatnya usia pada setiap tahun.

Agak terlewat sedikit mengeluarkan ucapan ini dan juga catatan ini.  Tetapi masih belum terlewat untuk terus menerima ucapan dari rakan-rakan terutama dari rakan FB yang terus menerus memberi ucapan.

Berikut adalah koleksi kad ucapan elektronik, antara yang terawal diterima pada awal pagi ini.

terima kasih Dato' atas ingatan

terima kasih Prof di atas ingatan dan petikan ungkapan
yang sungguh bermakna

Sekian sahaja buat kali ini.  Semoga dengan bertambahnya usia akan lebih mematangkan fikiran.  Semoga dikurniakan keberkatan dalam rezeki dan umur.


18 Februari 2013

Corak | Ada apa dengan Bayu Cinta Luna

As salam,

Hari ini, tidak mungkin bersempena dengan hari mengingati kekasih atau 'Valentine Day' tetapi dengan sengaja aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan cinta.  Susahlah macam ni, kalau tidak boleh nak buat corak cinta jika corak ini dikaitkan bersempena dengan hari 'itu'.  

Corak-corak ini adalah hasil kerja tangan aye sendiri dan sekiranya ada Rakan Blogger yang hendak jadikannya sebagai latar belakang untuk blog atau sebagai wallpaper di screen pc boleh saja... ambillah.  Cuma sebaiknya dimaklumkan di ruangan komen/ulasan.  Paling tidak aye tahu ada orang yang sudi menerima hasil kerja tangan aye yang tidak seberapanya ini.  




abstrak cinta

11 Februari 2013

Corak | Merah tanda berani

As salam,


Hari ini bersempena dengan tahun baru Cina yang masih lagi hangat dan meriahnya, aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan merah.  

Corak-corak yang simple dan ringkas ini adalah hasil kerja tangan aye sepenuhnya direka ketika sedang sibuk dan kalut dengan anak-anak maklumlah cuti sekolah.  


kipas kebahagiaan

kemboja lapan

intan merah delima

merah kemboja

bintang merah lapan

bulatan keemasan

Nama bagi setiap corak tu saja la nak letak macam-macam ikut tema merah.


suka duka pentas dunia

.

28 Januari 2013

Corak | Siri Kemboja untuk semua

As salam,


Hari ini aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan kemboja.  Corak-corak yang simple dan ringkas ini adalah hasil kerja tangan aye sepenuhnya dan ada sebahagian kecil adalah sumbangan idea oleh Alif... ikut warna kesukaannya.

Corak-corak ini untuk anda semua yang sudi singgah di blog picisan ini.  Sudi-sudikan.

birunya kemboja 

kemboja di bintang

enam kemboja

kelopak kemboja

tersurat merah kemboja

Hanya ini dulu yang sempat dipamirkan buat kali kali ini.  Gambar corak di atas molek juga dijadikan sebagai wallpaper di desktop komputer atau mana-mana yang berkenan seperti gambar kulit untuk facebook.

Sudilah kiranya meninggalkan pesan di kotak komen sekiranya corak di atas menarik minat.  


'suka duka pentas dunia'

23 Julai 2011

Nak cari apa lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Nak cari apa lagi?  Ingat tadi nak buat Wordless Saturday... ada ker? Mana ada, kalau ada setiap hari pun jadi wordless... apa citer...

cer citer cer citer... kome cari apa nak baut dengan 'benda' yang kome cari tu...

yang banyaknya ... suka cari alasan..
.
.
.
.
.
~
di sebalik yang baik .... terselindung seribu makna


macam-macam

*.*

16 Julai 2011

Ketahui nombor tarikh lahir anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 Sekadar suka-suka untuk release tension jap... terpulang pada penerimaan.  Cuma jangan dipercayai 100% kerana apa saja yang berlaku adalah kerana ketentuan Ilahi.


contoh kiraan:

hari+bulan+tahun=?
17 + 12 + 1980 = 2009
2 + 0 + 0 + 9 = 11
1 + 1 = 2
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :2


1. Ketulenan Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
Mereka suka seni musik.
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

saja suka-suka untuk menambah bahan bacaan dan koleksi artikel... hehehe

14 Julai 2011

Khasiat Halba

Assamualaikum dan selamat sejahtera,


Rasulullah saw bersabda :

' Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sangguptukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yangsedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah
datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makanHalba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

' Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb � Ahad Qodamah-Mesir)

KEGUNAAN Halba

1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabibChina untuk rawatan mati pucuk.Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan olehAl-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

13 Julai 2011

Khasiat biji sawi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Khasiat Biji Sawi

Kenalkah anda biji sawi?
Tahukah anda akan khasiatnya?







Biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh

Sekian, semoga bermanfaat


12 Julai 2011

6 Pesanan untuk Mujahidah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Andai Syahid yang diimpikan... mungkin pesanan ini juga ada manfaatnya


1.  Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal(kan) solat.

2.
Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3.
Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4.
Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5.
Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6.
Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Mudah-mudahan hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.


Sekian adanya. 

07 April 2011

Kerana Keychain Melaka dari Eyriqazz

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kerana keychain Melaka dari Eyriqazz.com.  Gambar keychain tu seperti di atas... Kredit to Bro Eyriqazz.com, izinkan aye guna gambar ni yer... tak der repair kat mana2 fresh from your blog bro!

Macam mana nak mula cerita aye pun malas nak pikir lah... sementelahan peristiwa 2 3 hari lepas banyak menggugat pemikiran dan daya ingatan untuk berfikir perkara-perkara lain.  Namun kerana kengkawan kat blog dan demi penghargaan dikuatkan semangat dan tekad untuk buat catatan ni... kalau ayat atau jalan cerita agak kabur tu mohon maaf yer... (perasan pulak macam lah catatan sebelum ni hebat sangat... hu3)

Sebenarnya aye nak ceritakan tentang gambar kat bawah nih...
nampak tak?  bilangan pengunjung dari blog bro eyriqazz mencecah sehingga 14 orang untuk hari ini sahaja.  Terkejut juga sebab sebelum ni tak pernah dibuat pengunjung dari blog yang sama datang menjengah ke blog aye sampai 14 orang dalam satu-satu hari.  Sebetulnya juga, aye dah 2 hari tak lepak2 kat blog bro eyriqazz... sebabnya?  seperti yang dinyatakan di perenggan kat atas... Tadi jalan2 kat nuffnang.. ternampak (macam tak sengaja pulak) no. 14 tu... oh wow.. pasal apa ada cerita apa ... tertanya2 sendirian.

So!!! jawapannya ada pada gambar atas sekali dan ceritanya boleh baca kat entry bertajuk Pemenang Komen Terbaik.  Dan cerita di sebalik komen tu adalah berkaitan gula ...

akhir kalam... terima kasih...
"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa"

Budi bahasa budaya kita!

21 September 2010

Ulasan dari Rusia / Terima kasih sudi singgah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Agak lama juga tidak create entry... cuti panjang neh....
dah ada masa nih... curik masa sekejap nak buat entry baru
dalam masa tu semak juga komen dan ulasan bagi entry yang terdahulu...
nak kata apa lagi... kita dah mudahkan pengunjung untuk buat komen...
tetiba ada juga komen yang tak berapa berkenan di hati...

dalam entry Mood hari raya punya lah banyak komen...
suka sangat... tapi tak berapa faham sebab tak buleh nak reply, kenape
sebab aye tak paham bahasa Rusia... agak2 la..

berikut antara petikannya...
nak tengok lebih jelas... klik kat gambar tu... banyak lagi... malas nak layan.
akhir kalam, terima kasih juga kepada teman-teman yang sudi singgah dan tinggalkan jejak... tak sempat nak merayau balik... tapi akan cuba juga pi beraya dalam masa terdekat....

sekian, adanya...

07 Mei 2010

Kejayaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

"Tuntutlah kejayaan akhirat dengan penuh Taqwa kerana kejayaan itu mempunyai 4 perkara iaitu; Kekekalan, Kekayaan, Kehormatan & Ilmu (Keilmuan)"

Carian