Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Ubat gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ubat gigi. Papar semua catatan

28 April 2013

Baru guna ubat gigi Colgate Optic White

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Colgate Optic White

Baru guna ubat gigi Colgate Optic White.  Jenuh juga menunggu ketibaannya.  2 minggu lepas baru ternampak di TESCO Seri Iskandar.  Dengan pantas encik suami membelinya.  Terima kasih kepada encik suami di atas keperihatinan serta memahami keperluan si isterinya.



Walaupun sudah beli 2 minggu lepas, baru saja guna minggu lepas disebabkan ubat gigi terdahulu masih ada lagi, kena tunggulah ubat gigi lama habis dulu jika tidak nanti membazir pula.

Baru guna ubat gigi Colgate Optic White minggu lepas.  Kesannya?  Adalah nampak sikit perubahannya.  Memandangkan aye ini antara penggemar kopi itu sebab kot lambat nampak kesannya.  Tunggu lagi seminggu mungkin baru ketara perubahannya.  Agak-agak boleh setanding tak dengan gigi Fazura kita tunggu dan lihat sajalah.

Jom putihkan gigi dan maniskan senyuman! :D

"Biar putih gigi jangan putih mata"


25 Januari 2012

Pengalaman cabut gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman cabut gigi.  Gambar sebelah tiada kaitan dengan jalan cerita atau tajuk cerita buat masa ini tetapi ada kaitan dengan penulis cerita ini. 

Semasa kecil gigi dijaga dengan elok, berus gigi rajin paling kurang 2 kali sehari pagi dan malam, lepas makan gula-gula atau aiskrim berkumur-kumur untuk hilangkan gula yang melekat pada gigi.  Sayangnya sketsa ini hanyalah berlaku ketika usia muda.  Bila dah dewasa sikit semakin berat (malas jaga gigi).

Gigi yang cantik memang idaman semua orang tak kira tua atau muda.  Semasa gigi sihat semua benda boleh dimakan tidak kira manis, panas atau sejuk.  Enak sungguh.  Bila gigi dah sakit baru terasa betapa hebatnya nikmat yang indah-indah itu sudah mula diambil semula.  Oleh itu semasa gigi masih elok, jagalah ia sebaiknya.

Cabut gigi.  Tidak semua orang berani jumpa doktor gigi (dentist).  Macamlah doktor gigi tu makan orang tak pun ada gigi taring yang tajam macam dinasour.  Bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga ada yang takut jumpa doktor gigi.

Cabut gigi memang menyakitkan.  Tetapi dengan segala kemudahan yang ada seperti ubat bius dan ubat tahan sakit, kesakitan cabut gigi tidaklah terasa sangat.  Doktor gigi juga manusia biasa yang punya perasaan simpati dan kasihan.  Sudah tentu doktor gigi itu juga pernah merasai sakit gigi.  Rasa sangat mustahil jika ada manusia normal yang tidak pernah sakit gigi.  Cuma tahap kesakitan dan daya tahan saja yang agak berbeza mengikut pengalaman dan usia masing-masing.

Petua ketika sakit gigi
Ketika sakit gigi, Yangbaik hendak berkongsi petua tradisional.  Petua ini kalau tak silap ramai yang dah tahu, jadi Yangbaik sekadar mengingatkan kembali.  Caranya adalah ketika sedang sakit gigi, gigitlah bunga cengkih, sekuntum saja sudah mencukupi.  Memang mujarab, kesakitannya mampu menghilang.  Namun kadar kesakitan tidak semestinya terus hilang sekiranya gigi dah memang perlu dicabut.  Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Sekian saja catatan untuk kali ini.



^-^
.

25 Ogos 2011

Tips selepas berus gigi | Pelik eh?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pernah baca cerita tentang ubat gigi?  Kalau belum pi baca dulu kemudian baru datang semula ke sini untuk baca tips ini pula, bagaimana untuk mengelak muntah semasa atau selepas berus gigi. 
 
Bunyi macam pelik tetapi boleh cuba kalau nak cuba seandainya anda memang mempunyai komplikasi selalu muntah terutama selepas berus gigi... memang tak suka kan? Sebab mengganggu jiran tetangga bukan sahaja sebelah rumah tetapi jiran di belakang juga.

Sungguh! tidak semua orang mengalami komplikasi yang sama iaitu muntah.  Tetapi bagi ibu-ibu yang hamil memang tidak dapat dielakkan.  Dah nak buat macam mana lagi tiap kali hamil jer kalau berus gigi pasti nak muntah... ada rasa macam geli kan. 

Tips ini mungkin dapat membantu sedikit untuk mengurangkan rasa geli dan muntah.  Jika tidak berjaya bukanlah salah tips ini tetapi ia bergantung kepada tahap pengguna dan keserasian. 

Okey2 kaedahnya begini, selepas berus gigi jangan terus berkumur tetapi basuh dan bersihkan dahulu berus gigi.  Bila berus gigi dah bersih barulah berkumur perlahan-lahan. Dan jika boleh elakkan berkumur sambil mendongakkan kepala.  Bila dah selesai akhir sekali baru berkumur sambil dongakkan kepala.  Itu saja.

Sekian adanya.  Selamat mencuba... terima kasih.


*=*

10 Mac 2011

Aduhai! Hanya kerana ubat gigi jer...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber gambar:  google.com)

Aduhai! hanya kerana ubat gigi sahaja rumah tangga boleh jadi pecah belah.  Opss! tolong yer... bukan rumah tangga aye, sebab rumah aye memang dari dulu tidak bertangga, cuma guna tangga untuk cuci kipas atau betulkan lampu kalimantang yang sering berkelip kelip macam lampu disco... tak kuasa lah.  Heh.. dah lari tajuk pulak... kejar balik dan tangkap semula. Hm... kenapa ada yang tak percaya ker hanya kerana ubat gigi (ulang lagi sekali yer kawan2) sesebuah rumah tangga boleh jadi goyah.  Manakan tidak semasa dok asyik masyuk bercinta memadu asrama ketika bulan cinta, mana pernah terpikir pasal ubat gigi...


(sumber gambar:  google.com)

Kalian tau tak bagaimana pasangan wang kalian guna, I mean picit ubat gigi? Tak tau kan.  Melainkan yang sudah sah berumahtangga of course le depa tahu macam mana partner depa picit ubat gigi.  Ada yang picit macam gambar kat atas (abaikan jenama kerana apa-apa jenama pun boleh jadi jugak!!!)... Eeee.... mesti geramkan... terutama kaum wanita yang sering dikaitkan dengan cermat dalam memicit ubat gigi...

Jangan terkejut andai ada punca perceraian hanya disebabkan oleh sebab cara memicit ubat gigi.  Namun bagi kita yang masih berakal dan punyai tahap kesabaran perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku, biarlah bagaimana sekalipun pasangan kita memicit ubat giginya... lantaklah... asalkan kau bahagia, tak perlulah kita susah payah memikirkan mengapa begini jadinya.

(sumber gambar:  mr. google.com lagi...)

Okeylah, kepada pengeluar ubat gigi di Malaysia, tak kiralah apa jenama sekalipun apa kata kali ini jadikan pemegang ubat gigi (seperti gambar di atas) sebagai hadiah percuma.  Selama ini kita sering diberikan hadiah seperti mug, gelas, piring, pinggan dan mangkuk.... yang aye rasa kurang berkaitan dengan ubat gigi.  Aye tak pernah jumpa lagi benda tu (pemegang ubat gigi) di mana-mana atau sebagai hadiah dari ubat gigi.  Tak tau pulak kalau-kalau pernah ada, mungkin aye tak perasan dan tau guna...

Sekian.

p/s:  apa pula ubat gigi yang anda semua guna.  Adakah ianya Zaitun, Mukmin, Raiya, Colgate, Darlie, Oral B, Sensodyne atau apa saja pastikan ianya suci dan halal.... yang penting ia juga bebas dari bahan yang memudaratkan.

....

Carian