Ada isi tapi kosong?
Ya, itulah yang dimaksudkan dengan blog ini. Ada isi tapi kosong, jika ada isi pun terasa seperti kosong. Mendapatkan idea pada masa yang sesuai bergantung kepada semangat juang yang tinggi. Masa tiada blog nak buat blog.. berkobar-kobar. Bila dah ada blog... pengisiannya kosong. Betul?
Kadang-kadang terasa seperti entri syok sendiri. Masih mencari arah dan keserasian walaupun sudah hampir 15 tahun berbloging. Ada ketika blog ini hampir satu tahun kosong tanpa sebarang pengisian. Semuanya kerana mood dah kedaung dek kerana silap percaturan dalam memilih template.
Dahulu blog ini pernah mencapai PR 2. Tidak mudah sebenarnya nak dapatkan PR2, perlu banyak menulis dan menghasilkan penulisan yang baik selain dari rajin meninggalkan jejak dan komen pada blog organik.... masih juga keliru.
Namun setelah lama tidak kemaskini posting dan kemungkinan juga kerana pertukaran nama blog, makanya dari PR2 kini telah menjadi KOSONG. Setelah itu jiwa menulis terus sentap.... ceshhh malu sendiri.
Masih mencari arah dan semangat yang hilang... sedikit demi sedikit.
Terima kasih.
Semoga mood blogging akan kembali. Menulis kalau takde mood memang tak jadi. Sekarang saya pun tak berapa ada mood blogging sebab selama ni tulis pasal travel. Dah takde travel, takde isi blog
BalasPadamsemoga kita sama2 dapat meneruskan minat menulis. Saya travel dalam rumah jer :)
PadamSemoga terus bersemangat untuk menulis dan aktif berblogging :)
BalasPadam