Perkara yang disukai pada bulan Mei
Mei, bulan ke-5 pada setiap tahun masehi. Selamat datang Mei 2021. Sungguh rasa tak percaya seperti baru saja melangkah masuk ke tahun 2021... dah tiba bulan Mei. Semoga kehadiran bulan Mei pada tahun ini membawa rahmat dan kesejahteraan buat semua. Banyak sebenarnya yang menarik pada bulan Mei ini bukan sahaja kerana ianya adalah bulan rasmi kelahiran saya 😍
Pandangan metafizik mengenai kelahiran bulan Mei
Orang yang lahir pada bulan Mei dipercayai mempunyai sifat keras hati dan degil selain dari itu kuat semangat dan bermotivasi tinggi.
Kelahiran bulan Mei juga mempunyai pendirian yang tetap tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain selain dari mudah dipujuk dan bersikap sistematik (menggunakan otak kiri).
Suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain adalah kelebihan pada insan yang lahir pada bulan Mei.
Sayangnya mereka mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan serta daya khayalannya tinggi
Kehebatannya juga adalah mempunyai pemikiran yang tajam, pandai berdebat. bentuk fizikal yang baik, suka sastera, seni, muzik dan melancong serta tidak berapa suka duduk dirumah dan tidak boleh duduk diam.
Mungkin juga tidak punya ramai anak, namun rajin dan bersemangat tinggi.
Tidak keterlaluan juga, mereka ini agak boros.
#nota: Catatan di atas hanya sebagai sandaran dan tidak seharusnya dipercayai 100%. Mana-mana kekurangan yang kebetulan ada boleh juga dijadikan sebagai sempadan untuk berhadapan dengan situasi sebenar.
Hari Pekerja
Mei juga dimulai dengan sambutan Hari Pekerja. Tahun ini, 1 Mei jatuh pada hari Sabtu....makanya kita bercuti seperti biasa dan tiada cuti gantian pada hari Isnin.
Kerja dengan amanah kerana kita hendak Allah tengok ikhlas dan jujurnya kita dalam mencari rezeki, bukan sebab kita mahukan penghargaan dari majikan semata. Kita buat kerana Allah, kita akan lebih rasa tenang dan seronok dalam suasana bekerja, berbanding kita buat kerana manusia hidup kita akan terus tertekan sepanjang hayat sebab penat dan lelahnya dalam mencari rezeki.
Rezeki bukan untuk di cari tetapi rezeki perlu di jemput.
Peristiwa lain pada bulan Mei akan dikongsikan bila tiba masanya.
Terima kasih. Perkara yang disukai pada bulan Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.