10 Pesanan Elak Alpa
Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan. Sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang sekeliling. Namun ada ketika kita alpa dan lupa dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang hakiki.
Berikut ada 10 pesanan buat diri yang alpa dari Imam Hassan Al-Banna:
1- Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Semoga pesanan ini membawa manfaat buat kita semua. Tidak dapat buat satu jangan tinggal semua.
SEMOGA BERMANFAAT 🥰
❤️
BalasPadamTerima kasih.
PadamTerima kasih share. Semoga dijadikan untuk peringatan kita bersama supaya tidak alpa.
BalasPadamPerlahan-lahan, lama-lama boleh dijadikan amalan baik dalam kehidupan.
BalasPadam