Hari Raya Aidil Fitri | Sambutan sederhana cara kita
Tahun 2021, kali kedua sambutan Hari Raya terasa hambar walaupun sederhana untuk meraikan kemenangan dan kerana anak-anak. Kita yang sudah dewasa sudah lama terasanya hambar hari raya ini semenjak pemergian kedua ayah dan bonda beberapa tahun lepas.
Hakikat Hari Raya
Sebahagian salafusolleh menyebutkan;
Hari raya bukanlah bagi orang yang memakai pakaian baru
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah ketaatannya.
Hari raya bukanlah bagi orang yang indah pakaian dan kenderaannya
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang telah diampuni kesalahan dan dosanya.
Hari raya bukanlah bagi orang yang memiliki wang ringgit
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang mendapatkan rahmat Allah
Hari raya bukanlah bagi orang yang banyak makan dan minum
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang benar amalnya dan berterusan.
Hari raya bukanlah bagi orang yang boleh pergi ke mana sahaja tempat yang dia suka
Sesungguhnya hari raya adalah bagi orang yang bertambah keimanannya.
Imam Hasan Al-Basri rahimahullah berkata;
Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.
Eid Mubarak… Selamat Hari Raya
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kalian.
Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian
Sekian adanya. Hari Raya Aidil Fitri | Sambutan sederhana cara kita
Sekian adanya. Hari Raya Aidil Fitri | Sambutan sederhana cara kita
Selamat hari raya kak zarida dan keluarga!
BalasPadamAmpun dan maaf dipinta andai kata ada terlanjur bicara :)
Selamat hari raya. Sama2 kita mohon maaf zahir dan batin.
Padamselamat hari raya kak.
BalasPadamKalau akak or blogger lain nak borong barang dari China boleh guna perkhidmatan MFAZ.
air freight
borong china
beli barang dari china
air freight malaysia
shipping company in malaysia