Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Imam Hassan al-Banna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imam Hassan al-Banna. Papar semua catatan

02 September 2021

10 Pesanan Elak Alpa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Pesanan Elak Alpa


Dalam kehidupan seharian kita banyak perkara yang kita lakukan.  Sama ada untuk diri sendiri atau pun untuk orang sekeliling.  Namun ada ketika kita alpa dan lupa dalam melaksanakan tanggungjawab kita yang hakiki.


(gambar hiasan)


Berikut ada 10 pesanan buat diri yang alpa dari Imam Hassan Al-Banna:


1-  Sekiranya terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

2-  Perbanyakkan tilawah al-Quran, selalu membuka kitab-kitab untuk menambah ilmu, pergi ke majlis-majlis Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

3-  Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul (fushah) kerana Bahasa Arab yang betul adalah lambang (syiar) Islam.

4-  Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

5-  Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

6-  Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7-  Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8-  Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9-  Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan (At Ta'aruf) dan berkasih-sayang (Al Hubb).

10-  Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Semoga pesanan ini membawa manfaat buat kita semua.  Tidak dapat buat satu jangan tinggal semua.


SEMOGA BERMANFAAT 🥰

24 Disember 2017

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian


Masih ingat tak lagi petikan surah Al-Asr, yang pernah kita belajar semasa zaman sekolah dulu?
Satu surah yang ringkas tetapi mempunyai makna yang mendalam.



"Kewajipan yang perlu kita sempurnakan adalah lebih banyak dari masa yang kita ada.
Maka sepatutnya tidak ada satu saatpun yang kita biarkan berlalu tanpa kita menggunakannya untuk lakukan perkara berfaedah".  (Hassan al-Banna)

**Sama-samalah kita manfaatkan masa yang terluang dengan melakukan perkara yang berfaedah.  Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.


Terima kasih atas masa yang diluangkan untuk membaca entri ini, Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian


08 Disember 2017

Kebaikan 2 dalam 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebaikan 2 dalam 1


Apa juga yang kita lakukan pastinya kita ingin yang terbaik.  

Terbaik buat diri kita dan terbaik buat orang yang kita sayang

Terbaik juga buat orang sekeliling kita.





Apabila membasuh pinggan, kita aka memiliki dua benda:

Pertama, pinggan itu bersih
Kedua, tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihkan diri kita pada masa yang sama.

(Imam Hassan al-Banna)


** Serampang dua mata.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Kebaikan 2 dalam 1.
szi 💖💖💖

Carian