Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali
Baca tajuk macam pelik. Ya, sahabat yang baru dikenali dan rapat baru saja beberapa bulan, belum sampai setahun. Dalam tempoh beberapa bulan yang kenal ni, hanya jumpa beberapa hari saja dalam seminggu disebabkan penggiliran tugas sepanjang PKPP. Nak kata tak sedih tak juga, tapi rasa tak puas lagi mengenali sahabat dengan lebih dekat.
Jala Jelita Viral |
Nak meraikan besar-besaran tak dapat, bersederhana pun tidak. Hanya sekadar yang ada. Hari ini diberikan kesempatan berjumpa dengan sahabat yang tidak berapa hari lagi akan berhenti kerana mengikut suami. Isteri mithali. Kami di pejabat pasti kesunyian dengan ketiadaanmu tetapi memori bersama tetap tersemat di sanubari.
Semoga sahabat kami yang amat disayangi ini berbahagia dengan pilihan yang dibuat dan dimudahkan urusan serta dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup bersama keluarga.
Semoga kia bersua lagi. Good Luck Shiera.
walaupon baru kenal tetap raikan sahabat.. =')
BalasPadam