Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label psikologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label psikologi. Papar semua catatan

20 Mei 2021

Cara Betul Membandingkan Diri Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cara Betul Membandingkan Diri Kita


Hidup kita memang tidak lari dari segala proses; proses belajar, mengenali diri, menguatkan semangat dan segala-gala yang berkaitan dengannya.  Bila kata proses, kita rasanya selalu membandingkan diri kita dengan orang lain... kenapa dia boleh aku tak boleh, kenapa dia tak buat aku yang kena buat, kenapa dan kenapa dan kenapa...





Membandingkan dengan orang lain


Pakar-pakar psikologi tidak menggalakkan kita membandingkan diri sendiri dengan orang-orang lain, terutama dengan orang-orang yang berada di atas.

1. Jangan bandingkan siapa diri kita dengan orang-orang lain yang kita tengok lebih baik nasibnya. 

2. Jangan bandingkan benda-benda yang kita miliki dengan milik orang lain. 

3. Jangan bandingkan hasil daya usaha kita dengan hasil daya usaha orang lain. 



Kesan membandingkan diri dengan dengan orang lain


Apabila kita membanding-bandingkan diri kita dengan orang-orang lain, kesannya boleh negatif ke atas diri sendiri:

1. Kita boleh rasa kecewa pada kemampuan diri sendiri.

2. Kita boleh rasa kecewa pada orang-orang yang rapat dalam hidup kita, seperti kawan-kawan, ibu bapa, adik-beradik, kaum keluarga, pasangan, dan anak-anak.

3. Kita boleh rasa rendah diri, malu dengan keadaan sendiri, self-esteem jatuh, rasa percaya diri jatuh.

4. Kita boleh lemah semangat, hilang harapan, ghairah hidup padam.

5. Kita boleh murung.


Cara betul bandingkan diri


Cara yang betul adalah kita bandingkan diri kita yang dahulu dengan diri kita yang sekarang.

Lakukan begini:

1. Bandingkan dulu kita di mana, sekarang kita di mana.

Contohnya; Dahulu kita menjahit dengan 1 mesin jahit sahaja. Sekarang kita sudah dapat membeli 3 jenis mesin jahit. Hasil jahitan kita lebih profesional.

2. Bandingkan dulu apa kejayaan kita, sekarang apa kejayaan kita.

Contohnya, dahulu kita cuma lulus SPM, tidak layak pun masuk tingkatan 6, sekarang kita sudah mempunyai diploma perakaunan.

3. Bandingkan dulu apa halangan yang berjaya dilalui, sekarang apa halangan yang kita sudah berjaya dilalui.

Contohnya, dulu permohonan pinjaman membeli kereta pun pun tak lulus, sekarang kita sudah dapat membeli kereta dan van untuk bisnes. 


Penutup


Apabila kita bandingkan diri kita dahulu dengan diri kita sekarang, baru kita nampak sebenarnya kita sudah maju, sudah berjaya. 

Baru semangat kita makin menyala-nyala hendak terus maju.


#salinsemula




05 November 2014

09 Ogos 2010

Hidup ini bukan kita yang menentukan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Maaf, tajuk di atas aye pinjam dari Denaihati.  Tajuknya mungkin sama, tapi sebenarnya secara kebetulan saja kerana isi cerita mungkin berlainan dan memang berlainan sama sekali.

Tersebut suatu kisah tentang sebuah keluarga... Si isteri mendapat tawaran bekerja bagi suatu jawatan yang memang dah lama diidamkan.  Tetapi sayangnya lokasi kerjanya agak jauh dari keluarga.  Walaupun sekarang dengan gaji yang boleh tahan, cuma jawatan biasa-biasa saja, masih bersama keluarga dan susah senang dikongsi bersama suami tersayang... tak kiralah bermasam muka ke... selisih bahu ke... semua tu di depan mata.  Tetapi sekiranya si isteri jawatan baru tersebut, dia terpaksa berjauhan dengan keluarga, iaitu suami dan anak-anak... patutke... kenaikan gaji baru pun taklah seberapa sangat... cuma sekadar naik pangkat jer.

Teringat juga kata-kata pakar (tanpa rujukan) psikologi dan pakar ekonomi, andainya kenaikan gaji tu kurang dari RM1000.00 atau RM2000.00 adalah tidak berbaloi untuk pindah keluar dari tempat sekarang dengan meninggalkan keluarga dan segala 'kesenangan' yang telah sedia ada... hanya kerana tak kerja 'kesenangan' yang belum tentu. 

Kesimpulan:  Dengan meninggalkan keluarga kerana menerima jawatan kerja baru, bermacam-macam perkara yang perlu difikirkan... antaranya:  Rumah Sewa, pengangkutan, ingatan pada anak-anak... dan yang paling penting... suami ... yeeeaahhh.

Semula:  Pasti juga akan kedengaran suatu kisah lain pulak....seakan-akan suatu alasan:
1.  tak cuba mana tau
2.  hidup ini perlu perubahan
3.  hidup perlu berani

dan jawapan untuk itu.... bersediakah untuk menghadapi semua cabaran dan godaan hidup bersendirian di tempat orang... sedangkan dah lama hidup berkeluarga

Rasa-rasanya sesuai tak guna tajuk "hidup ini bukan kita yang menentukan"?

Sendiri pikirlah...

Carian