Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat
Setiap kali tibanya hari Jumaat kita akan sentiasa diingatkan untuk melakukan beberapa perkara Sunat terutama membaca surah al-Kahfi. Rupanya ada banyak sebab dan manfaatnya kepada kita. Jadi tidak salah untuk kita jadikan amalan. Semoga mendapat pahala dan keberkatan di dunia dan di akhirat.
Berikut adalah antara sebab kenapa kita sentiasa diingatkan untuk membaca surah al-Kahfi.
Berikut adalah antara petikan dan perkongsian dari Telegram Nasihat Kehidupan.
- Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa : Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal” (HR. Muslim no. 809).
- Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi” (HR. Muslim no. 2937)
- Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 6: 446).
Dan di antara waktu yang baik untuk membaca surah Al Kahfi adalah pada hari Jumaat.
- Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah” (HR. Ad Darimi 2: 546).
- Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR. Al Baihaqi)
Sekian adanya. Semoga bermanfaat. Terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.