Pengikut

22 September 2021

Hidup ini penuh kata laluan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini penuh kata laluan


Setiap hari terpaksa hadap kata laluan
Terlupa kata laluan hidup jadi tak keruan
Setiap aplikasi perlu kata laluan
Nak transfer payment perlu kata laluan



Hari ini terlupa lagi kata laluan lagi.
Entah kenapa sistem clock-in buat onar pulak hari ini, kena login semula.
Dah lah akak ni malas nak ingat kata laluan... berulang kali cuba kata laluan masih tak dapat.  Makanya terpaksa reset kata laluan sebab terlupa kata laluan.
Ni.. dah tukar kata laluan baru harapnya boleh ingat lah ehh.

Bab lupa kata laluan ni tak kan habis.... dah tulis tapi lupa letak kat mana.  Sudahnya kena reset juga.

Korang mesti ada juga kan pengalaman lupa kata laluan.







4 ulasan:

  1. leceh kalau terlupa password kan

    BalasPadam
  2. adoi la.. jenuh nak reset balik. Ayu memang ada 2,3 fav pasword, guna yg sama je kebanyakannya.. he he he.

    BalasPadam
  3. Sebab tu ammi guna cuma 2 kata laluan. Kalau tak A maka B la jawapannya. Tp tetap ammi save kan dekat one note yg sync dgn telephone husband supaya mana lah tau umur tak panjang.. Adalah yg boleh buka dan buat apa2 yg patut

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Powered By Blogger