Pageviews

Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

23 Oktober 2013

Nasi Lemak Milo Panas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




segelas milo panas



sebungkus nasi lemak



suka duka pentas dunia



05 Oktober 2013

Jauhi sifat tamak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang kita ada berilah sedikit kepada orang lain semoga dengan pemberian itu dapat membantu orang lain dan kita pasti akan dapat semula apa yang kita beri tetapi tidak semestinya dalam bentuk yang sama atau dari orang yang sama.  Betul ke?



Tamak bukan sahaja pada makanan tetapi juga boleh termasuk dalam perkara yang lain seperti ilmu pengetahuan dan wang ringgit.  Gambar hiasan.


Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat kita semua.


Jauhilah sifat tamak, karena sifat itulah yang mengeluarkan Adam dari Surga, padahal Allah telah menempatkan Adam di Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, ia makan dari berbagai macam tumbuhan yang ada di Surga kecuali satu pohon yang Allah melarang untuk memakan buahnya, akan tetapi karena tamak, maka Adam memakan buah dari pohon terlarang itu, maka Allah mengeluarkannya dari Surga.  (Aun bin Abdullah)


Terima kasih atas perhatian yang diberikan.


27 September 2013

Biskut dan kopi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petang-petang begini... kerja pun tak berapa nak selesai jugak walaupun dah jenoh dok berteleku depan komputer... sampai mata pun naik juling...rehat sekejap.


Biskut dan kopi memang sahabat sejati

So... dalam mata dok terbedik bedik tengok komputer yang tak faham faham nak buat kerja sendiri...rehat sekejap ... sambil menikmati kerangupan biskut dicicah kopi... Syukur Alhamdulillah.

Bukan tak nak balik lagi... tapi nak siapkan dulu mana yang patut.

Selesai minum kopi dah habis sekampit sepaket biskut... basuh cawan dan tangan.

Apa lagi... tak reti reti nak update kat blog.... hahahahha

dah sambung buat kerja ...

:P


29 Ogos 2013

Sekitar Majlis Potluck Aidilfitri HEA 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa dan terus berbahang.  Sana sana di rumah atau di pejabat ada saja jemputan untuk jamuan sempena Aidilfitri.

Berikut adalah gambar dan cerita sekitar majlis Potluck jamuan Aidilfitri 1434 / 2013 di pejabat.

Seperti biasalah kalau namapun Potluck... sudah tentu banyak juadah yang dihidangkan.  Jika tidak silap perkiraan terdapat lebih daripada 20 menu untuk majlis Potluck kali ini.  Puas jugaklah AJK hiasan dan AJK hidangan nak menyiapkan tempat dan tagging nama menu.


Antara dereten menu potluck.  Kenal ke kek depan sekali nie???


Kueh raya, kerepek dan buah-buahan pun ada.


nasi lemak daun pisang + nasi lemak ayam

Ala... tak sempat pula nak letak gambar nasi maglubah.... bos yang buat tau... sekejap jer dah habis (bos buat sikit sangat, tak sempat aye nak rasa...)


puding (coklat la sangat kan) dan tart keju serta agar-agar laici antara pemanis mulut


tidak ketinggalan Pavlova... antara menu pertama yang dihabiskan.  
Ada rezeki... dapatlah sesuap... sedap!!!

Sebenarnya banyak lagi menu yang dihidangkan antara menu yang tidak kelihatan (tak sempat nak rakam) adalah bihun goreng, dadih puding koktel, nasih impit bersama rendang hitam, pulut kuning (ganti lemang) bersama rendah ayam, roti jala bersama kuah durian, spagheti, macaroni, kek, sambal goreng jawa, talam sagu banjar, laksa buyung dan sirap laici berserta teh o panas.




Majlis Potluck jika tiada hiasan... memang tidak meriah.



Antara hiasan wajib ada untuk potluck Hari Raya... ketupat.  
Walaupun tiada isi dapat tengok warna pun jadilah...
Aye jadi tukang ikat jer lah...



Nak menghias memang suka sangat... Ramai yang datang membantu.
Tiba nak mengemas.... tinggal lah berapa kerat jer

Lepas makan jangan lupa mengemas yer...


Walau apapun majlis Potluck kali ini cukup meriah.  Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua AJK terlibat dan juga kehadiran tetamu jemputan.  Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Seperti biasa lagi... jangan ditanya kenapa tiada gambar tetamu atau AJK... atau gambar penulis ini.  Kerania cerita ini adalah cerita berkaitan makanan dan persiapan sahaja... nak letak gambar orang kena maklum tuan punya badan jer.

Sekian adanya.







30 Julai 2013

Tempat Berbuka Puasa Paling Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah bulan Ramadhan ni memang sinonim dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar.  Lokasi Iftar berlambak-lambak dan merata-merata di hotel, restoren atau di gerai tepi jalan.

Temenung sweet sour boleh digantikan dengan kerapu atau siakap
Goreng kunyit pun sedap!!

Bermacam-macam iklan di sana-sini mewar-warkan kelebihan Iftar di tempat masing-masing dengan harga dan promosi yang paling istimewa.  Dan seolahnya sudah menjadi suatu hal yang wajib atau kemestian untuk berbuka puasa di tempat yang paling istimewa untuk meraikan ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan atan rakan bisnes.

Bagi #yangbaik pula tempat berbuka puasa paling istimewa adalah dirumah.  Berbuka puasa bersama suami dan anak-anak yang masih kecil (yang tak puasa kata puasa! :P).  Melayan kerenah anak-anak semasa berbuka puasa mengingatkan kembali zaman semasa kecil dulu.  Tak kurang juga tempat yang paling istimewa untuk berbuka puasa adalah di rumah mak.  Berbuka puasa dengan masakan mak adalah pengalaman yang paling indah.  Hanya setelah kau pergi... kenangan itu akan tetap bersatu dalam ingatan ini.

Ayat di atas tu skema sangat. bukan tak nak berbuka di luar... zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni elok lah berjimat cermat... kalau dah satu kepala dicaj sampai RM40.00 seorang dua tak per lagi... dibuatnya empat orang tambah dengan anak2 lagi... kopak duit belanja dapur untuk sebulan... baik mengalah makan kat rumah jer... sayur ulam pucuk paku pun sedap :D

Sambil itu layan jugaklah menu atau juadah berbuka puasa tahun lepas.  Tahun ni tak sempat nak snap gambar bagai... sibuk tak bertempat!  ngeeee


Kurma udang.  tahun ni baru sempat makan kurma daging.
Udang mahal sikit.


Nasi beriani abang belanja.
simbolik di sebalik abang belanja... cari sendiri
Baru beberapa hari lepas makan nasi karot.. kak hanim buat


kueh cara berlauk rusa.  memang sedap tapi anak-anak pula tak makan
buat makan sendiri sudah.

Layan jugak lah ...

26 Julai 2013

Tujuan hidup bukan untuk makan semata-mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa yang tujuannya hanyalah apa yang akan masuk ke dalam perutnya, maka nilainya tidak lebih dari apa yang keluar dari perutnya.
(Imam asy-Syafi'i)

30 Jun 2013

Menu Sarapan Hari Ahad | Ketayap Emas Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa lagi setiap hari Ahad adalah hari untuk mereka resepi istimewa untuk sarapan sekeluarga.  Tidak seperti biasa minggu-minggu yang lepas di mana menu sarapan pagi adalah di luar rumah.  Hari ini, ala-ala ibu mithali pagi-pagi lepas solat subuh dah mereka cipta menu untuk keluarga.

Teringat dalam peti ais masih ada baki sambal udang pemberian Kak Intan dari Sungal Galah.  Sambal udang berkelapa bukan sambal tumis udang.  Sambal udang berkenaan adalah untuk dibuat pulut udang.  Nak buat apa dengan sambal tu.  Oleh kerana beras pulut dah habis maka ingat nak buat roti jala tapi macam tak sesuai je dengan sambal udang.  Nak buat lempeng tak kena juga.  Ingat punyat ingat, fikir punya fikir terus terlintas nak buat ketayap.  Tepung gandum  pun ada lagi.

Apa lagi mulalah operasi membuat ketayap emas.  Nama Ketayap Emas ni adalah bersempena dengan warnanya yang kekuningan.  Teringat juga nak buat hijau, tapi tak berapa kena juga sebab kalau kulit hijau kena inti manis, disebabkan intinya pedas maka adalah molek kulitnya dikuningkan baru sesuai... andaian sendiri lah tu... tak pernah baca kat mana-mana pun peraturannya mesti begitu.



Resepinya memang mudah sangat pakai campak-campak bahan dalam besen kecil dan pakai agak-agak jer.  Oleh kerana tidak mahu menghampakan pembaca maka aye catatkan di sini bahan dan kaedah membuat ketayap emas.

Bahan-bahan seperti tepung gandum dalam anggaran 1/2 kati, telur sebiji, satu sudu teh garam, serbuk kunyit, sedikit baking powder (tak taulah apa fungsinya, tapi menjadi juga) dan 1 jag air masak.  Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.  Panaskan kuali, sapu sedikit minyak masak agak-agak melekat pada kuali sudahlah.  Ambil kira-kira setengah senduk adunan tepung tadi tuang ke atas kuali dan leperkan.  Tak perlu kalih (terbalikkan).  Angkat letak atas pinggan leper yang besar, letakkan sambal udang dan gulung.

Ketayap emas ini sedap juga dimakan waktu petang bersama secara kopi 'Che Nah'.  Tidak sesuai dibuat berbuka puasa sebab pedas, nanti sakit perut pula.

Sekian adanya.  Selamat menjamu selera di hujung minggu.

17 Jun 2013

Sambutan Hari Bapa di Restoran Nasi Ayam Fuziah Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak lama juga tidak ke restoran Nasi Ayam Fuziah (Bazar Bulat) di Bandar U, Seri Iskandar.  Semasa awal pembukaannya sering juga ke sana pekena nasi goreng ayam, sedap!!!  Bila dah berpindah berhampiran restoran resepi rahsia... agak lama juga tunggu momentum untuk singgah.

Hanya beberapa hari lepas teringin pula nak makan di sana, tambahan pula kini restoran berkenaan buka dari pagi dengan menu biasa seperti Nasi Lemak, Mee Rebus, Pasembor, Mee Goreng Mamak dan roti canai.  Nasi ayam mula beroperasi mulai jam 12.00 tengahari.  Jadilah dulu untuk sarapan pagi terutama di hujung minggu yang sentiasa menjanjikan periuk belanga dan senduk segala galanya disimpan bersih.

Bila ke Restoran Nasi Ayam Fuziah, tidak sah bawa satu keluarga.  Memang kena bawa.  Harus ada pesanan makan dan minum untuk semua orang.  Didahului dengan anak-anak dan diikuti dengan umi dan ayah.

Setelah pesanan dibuat, sementara menantikan makanan di bawa ke meja apa kata kita bergambar dulu. Cheese.


Selamat Hari Ayah.  Tiga hero dalam keluarga  -  Ayah, Alif dan Abid.

Giliran Dina pula nak bergambar.  Eh... kenapa senyum macam tu?  Apa-apa aje lah

Yang ini satu.  Dah elok-elok senyum tiba-tiba melarikan muka pula.  Tak mahu tangkap gambar katanya.

Dan, yang ini adalah penulis blog ini.  Gambar ini ditangkap oleh anak lelakinya bernama Alif.  Mengapa hitam putih pula.  Biarlah lain sikit.... kan?

Dah selesai berposing, air minuman pun sampai.  Jom minum dulu.

Eh... tiada pula gambar minuman.  Kenapa tak tangkap?  Tak sempat sampai jer, memasing lepas baca Bismillah terus minum.  Tak sempat umi nak tangkap gambar.  

Tak apalah nanti kita kongsi gambar makanan pula, itupun yang sempat ditangkap.

Mee Rebus untuk umi berkongsi dengan Inas.  Gambar ni blurr skit berebut hp dengan Alif.

Pasembor untuk ayah.

Makanan lain ... roti canai dan mee goreng tak sempat nak tangkap gambarnya umi nak makan dan berebut pula dengan ayah nak jaga Abid.

Lepas ni nak datang tengahari atau petang sikit nak makan nasi goreng ayam... adakah rasanya masih sama.

Restoran Nasi Ayam Fuziah tetap di hati
Nasi ayam terbaik sedap tak terperi
Kekalkan kualiti dan kuantiti


Pelanggan datang pasti puas hati
.

03 Mei 2013

Akibat terlalu banyak makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar hiasan


Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah.

(Umar bin al-Khattab)

11 Februari 2013

Jangan makan tangan kiri

As salam,


Hairan? atau pernah jumpa orang makan tangan kiri?

Jangan salah faham dengan tajuk di atas.  Mana ada orang makan tangan sendiri.  Eh eh macam nak buat lawak basi takpun macam lawak bodoh pulak.

Macam ni lah... bila makan disunatkan bahkan diwajibkan menggunakan tangan kanan dan seboleh-bolehnya elakkan makan dan minum dengan tangan kiri.

Contohnya beginilah, bila kita makan dengan tangan kanan tiba-tiba nak minum sebab dahaga atau pedas atau apa saja alasan yang boleh diterima.  Macam mana nak pegang gelas dengan tangan kanan kalau tangan kanan kita dah ada kesan makanan nanti comot pula gelas kita melainkan kita makan dengan sudu atau garfu menggunakan tangan kanan.

Sudah tentu kita perlu gunakan tangan kiri untuk memegang gelas kan? Dengan itu, gunalah tangan kiri untuk pegang gelas dan diampu dengan belakang tangan kanan.  Sebagai isyarat kita gunakan tangan kanan juga.


gambar hiasan

Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri.
(HR Muslim)

So... sendiri mau ingatlah ...

suka duka pentas dunia

13 Disember 2012

Naiknya harga makanan

As salam,


Bukan gambar ini yang menyebabkan naiknya harga makanan sebaliknya ada sebab-sebab lain.

Antara penyebab kenaikan harga makanan adalah kerana kenaikan harga minyak, kenaikan bahan mentah, kenaikan kos sara hidup dan semuanya ada kaitan antara satu sama lain.

Walaupun bukan kehendak kita (pembeli/pengguna) tetapi semuanya adalah kerana kehendak peniaga.


Aku tidak suka menjadi seorang pedagang budak. Akan tetapi, menjadi pedagang budak lebih aku sukai daripada aku menimbun bahan makanan sambil menunggu naiknya harga yang memberatkan sesama muslim.
(Yazid bin Maisaroh)

04 Disember 2012

Akibat banyak makan

As salam,




Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah.
(Umar bin al-Khattab)

24 November 2012

Asyura datang lagi

As salam,


gambar hiasan
Hari Asyura datang lagi.  Hari ini 10 Muharam 1433 merupakan hari Asyura.  Selamat menyambut Hari Asyura.

Terdapat berbagai acara dan sambutan oleh umat Islam bagi meraikan hari Asyura.  Selamat berpuasa juga. 

Tak kurang juga hari ini hari memasak bubur Asyura.  Terdapat berbagai versi bubur Asyura, antaranya bubur manis campuran berbagai jenis kekacang, bubur manis berempah terdapat di Kg Alor Sipol, Besut Terengganu (ha... bubur terbaik yang pernah dimakan pada zaman budak-budak dulu) dan disesetengah tempat bubur asyura seperti bubur lambuk iaitu campuran beras dan kekacang serta udang dan daging atau ayam seperti yang terdapat di Kampung Makmur Sungai Galah, Tanjung Tualang.


Bubur Asyura Terbaik dari Kg Makmur Sungai Galah.  Terima kasih kepada Kak Teh.  Belum berani mencuba untuk makannya kerana larangan belum berakhir...

Durian Crepe in the making?... oh belum lagi... ini adalah persediaan untuk membuat pengat durian.  juga masih belum berani mencuba kerana tidak tahu akan kesan sampingannya kerana larangan yang tidak diketahui.  Sabar lah hati...

Sekian.

30 September 2012

Cara menikmati keenakan roti canai di hujung minggu

As salam


Hujung minggu memang dinanti-nantikan oleh anak-anak terutama mak anak-anak... hehehe.  Kerana pada hari inilah dapat peluang makan satu keluarga tanpa tergesa-gesa dengan kata lain santai giteww...

Oleh kerana nak masak-masak pun mood tak berapa nak datang... so siap-siap jom kita makan kat kedai mamak sajalah... Alif memang suka sangatlah dapat makan di kedai mamak... tambahan dapat makan roti canai mamak.


Sementara menunggu roti canai tiba apa kata makan nasi lemak bungkus dulu... nampak macam sedap jer.  Itulah Alif, semuanya sedap... tak sabar-sabar nak makan.


Sudahnya... sejurus saja tiba roti canai, nasi lemak tolak tepi tinggal Inas Insyirah menikmatinya seorang... tak layan dah nasi lemak.  Eh! korang nampak tak apa yang Inas pakai tu.  Ha!! jangan tak tahu itulah muffler,  tak tahulah betul atau tidak ejaannya.  Inas memang suka pakai muffler tapi tak suka pakai tudung... heee... entah apa la pulak bezanya... tapi disebut tudung gak.  Boleh lah...



Meh tengok dekat sikit... inilah rupanya.  Bukan rupa muffler tetapi si pemakainya... rupa muffler nanti nantilah upload yer.. hari ini nak cerita mengenai roti canai dan hujung minggu jer.




Eh! kau ... dah makan dah... tak tunggu orang lain yer... nampaknya kurus kering tapi kuat makan la si Dina Huda nih... boleh tahan.

Gambar Alif dan Ummi tak der eh... saja tak dilekatkan di sini... gambar atas sekali tu lah tangan Alif.  Selalunya nak makan roti canai banjir, entah mengapa pulak hari ini nak makan cicah.  Gambar Ummi pulak... emm tak yah lagi lah, jadi tukang tangkap gambar dan tukang karut pun dah cukup dan gambar ayah pulak... dah nampakkan tangan pegang sudu dengan Inas tadi... itulah ayah... nak letak gambar mukanya, tak berapa gemar pulak dia... cukuplah gambar anak-anak dulu.

Itulah antara cerita roti canai di hujung minggu.  Macam tak berapa kena jer antara tajuk dan jalan cerita, tapi isi ada kan?  Layan jer.


'suka duka pentas dunia'

08 September 2012

Kueh cara berlauk bukan anak rusa nani

As salam



Tiba-tiba la pulak teringin nak makan kueh cara.  Tak ingat tengok iklan apa kah yang menyebab keinginan itu datang membuak-buak.  Dah lama sangat tak buat kueh cara.  Setiap kali buka kabinet dapur terlihat acuan kueh cara tak pula terasa nak buat.  Teringat juga bulan puasa lepas beli kueh cara manis untuk berbuka ... tapi rasanya kurang memuaskan.  Mulalah rasa baik buat sendiri jer kalau tak sedap pun memang air tangan sendiri tetapi bila beli... rasanya tak sedap dan kurang memuaskan memang tak puas hati.  Malam tadi minta tolong encik suami belikan tepung gandum.  Encik suami memang tak berapa suka nak susahkan orang rumahnya tambah bila dah sarat macam ni.  Katanya 'kesian' kena buat kerja rumah dah lah kat ofispun banyak kerja.  Tak per lah bang... kerja tetap kerja tetapi bab makan bila dah nak buat kena buat ler... nanti meleleh plak air liur.

Panjang lebar pula ceritanya.  Berbalik kepada cerita kueh cara berlauk... bangun pagi ingat nak buat lauk sardin jer tapi dah daging rusa balance bulan puasa hari tu ada sikit lagi... buat lauk daging rusa pulak lah... lain sikit kan.  Jom kita layan resepinya.

Bahan untuk kueh:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
3 mangkuk air
secubit garam (secukup rasa sebenarnya)
serbuk kunyit

cara buat:  yangbaik bukan derhaka yer tetapi saja nak cuba.  Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender (hadiah kahwin. hehehe) dan blend sampai sebati... senang kan? lepas blend masukkan dalam besen atau jug kecil untuk mudah tuang ke dalam acuan.

setelah lauk siap. panaskan acuan sapu minyak sebaiknya guna daun pandan yang diikat.  setelah acuan benar-benar panas tuang bancuhan kueh dan diikuti dengan lauk. tutup acuan.

kueh akan mudah dikeluarkan dari acuan sekiranya ia telah masak.

Bahan untuk lauk:
1 mangkuk daging rusa di cincang halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji kentang (sederhana) dipotong dadu kecil - jika suka boleh tukar dengan karot
1 sudu besar rempah kari daging
garam
air
minyak untuk menumis

cara membuat:
1.  panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2.  masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau.
3.  masukkan daging rusa dan ubi kentang, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga air daging kering.
4.  masukkan air ~ anggaran 3 cawan, diikuti dengan garam. 
5.  masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.  angkat




'suka duka pentas dunia'

31 Ogos 2012

Makan

As salam


 
Jemput makan jemput-jemput.  Cuti-cuti ni baru ada peluang nak masak-masak sarapan untuk ahli keluarga.  Walaupun ringkas tetapi penuh makna kan.  Sayangnya pokok kucai dah mati... terlebih siram air.  Orang kata 'carak' air.  Daun kucai tu beli jer kat kedai runcit depan sana.  Berselera sungguh tengok anak-anak makan.  Tambah semangat lagi umi nak memasak... hikhikhik
 
 
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Wahai anak muda, bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan apa yang ada di sekitarmu.
(HR Muttafaq Alaihi)

04 Ogos 2012

Menu Istimewa Juadah Berbuka Puasa

As salam,


Hari-hari sebenarnya menghadap menu istimewa, namun begitu keistimewaan bagi setiap hari adalah berbeza mengikut mood tukang masak dan juga pembantunya....

Menu hari ini sungguh istimewa kerana memang dah lama mengidam nak makan nasi beriani abang belanja.  Oleh kerana hari ini hari cuti makanya Encik abang telah sudi turun ke dapur belanja nasi beriani.  Bukan belanja makan tau... tapi belanja masak... hahahaha... puan isteri sekadar membantu kerana memang tidak mahir lagi walaupun dah mencecah 18 tahun turun ke dapur bersama encik suami.  Sebenarnya masak memasak nasi beriani dan seangkatan dengannya memanglah kesukaan dan kepakaran encik suami.  Tetapi bab masak laksam atau solok lada memang tak boleh blah.... sebab itu sedikit kepandaian yang ada pada puan isteri... hehehe

Okey berbalik kepada menu istimewa hari ini, berikut puan isteri (tiba-tiba lah pulak) sertakan gambar dulu... nak dapatkan resepi kena tunggulah encik suami pulang dari rumah ibu puan isterinya ... boleh?  Insya Allah tak malam ni pagi esok puan isteri turunkan resepinya di sini.





mula dengan lauk dulu, kurma udang.  Asalnya nak buat kurma kambing, tak adalah pulak kena tempah kat Ikhwan Seri Iskandar petang esok baru ada sekilo RM18.00 RM33.00 boleh tahan juga harganya... kira boleh la... daging segar kan memang mahal skit berbanding daging kotak.




inilah dia nasi beriani abang belanja... okeh.  Semua encik suami yang buat puan isteri tolong goreng gajus dan kismis sajo. :)



ini pula jelatah aussie... kenapa?  sebab resepi tu dapat dari seseorang yang baru pulang dari Australia.  Bukan tak der jelatah cam tu kat Malaysia... tetapi ada bahan istimewa yang dibawa dari Australia.



dan.... menu paling penting sekali adalah jus oren... serta kurma...

erk... alamak gambar kurma tak masuk pulak...

Sekian dahulu menu istimewa berbuka puasa hari ini...



"Suka Duka Pentas Dunia"


Menu ringkas yang biasa-biasa

As salam,


Seperti biasa, biar pun peristiwanya baru semalam berlaku tidak bermakna ianya dah basi.  Semalam dan seperti hari-hari sebelumnya pada hari bekerja memang balik lewat sampai rumah hampir jam 6.30 petang.  Jadi menu untuk berbuka adalah sangat ringkas sahaja.

Tidak berhasrat nak tulis resepi lauk berkenaan di sini kerana ianya sangat ringkas, tetapi cukuplah sekadar tatapan gambar sahaja.


Layan sajalah.  Oleh kerana sampai rumah pun dah lambat, masak pun pakai campak-campak jer.


tempe goreng berkunyit


gayam bercili bunga kantan

temenung goreng masam manis


Itu cerita menu semalam, hari bekerja.  Hari ni.... cam ner nak masak baru tengahari jer dah tak der air.  Tanpa notis !!!
 Ingatkan kat Lembah Kelang jer...


'suka duka pentas dunia'