Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Bajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet. Papar semua catatan

30 Julai 2013

Tempat Berbuka Puasa Paling Istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah bulan Ramadhan ni memang sinonim dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar.  Lokasi Iftar berlambak-lambak dan merata-merata di hotel, restoren atau di gerai tepi jalan.

Temenung sweet sour boleh digantikan dengan kerapu atau siakap
Goreng kunyit pun sedap!!

Bermacam-macam iklan di sana-sini mewar-warkan kelebihan Iftar di tempat masing-masing dengan harga dan promosi yang paling istimewa.  Dan seolahnya sudah menjadi suatu hal yang wajib atau kemestian untuk berbuka puasa di tempat yang paling istimewa untuk meraikan ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan atan rakan bisnes.

Bagi #yangbaik pula tempat berbuka puasa paling istimewa adalah dirumah.  Berbuka puasa bersama suami dan anak-anak yang masih kecil (yang tak puasa kata puasa! :P).  Melayan kerenah anak-anak semasa berbuka puasa mengingatkan kembali zaman semasa kecil dulu.  Tak kurang juga tempat yang paling istimewa untuk berbuka puasa adalah di rumah mak.  Berbuka puasa dengan masakan mak adalah pengalaman yang paling indah.  Hanya setelah kau pergi... kenangan itu akan tetap bersatu dalam ingatan ini.

Ayat di atas tu skema sangat. bukan tak nak berbuka di luar... zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni elok lah berjimat cermat... kalau dah satu kepala dicaj sampai RM40.00 seorang dua tak per lagi... dibuatnya empat orang tambah dengan anak2 lagi... kopak duit belanja dapur untuk sebulan... baik mengalah makan kat rumah jer... sayur ulam pucuk paku pun sedap :D

Sambil itu layan jugaklah menu atau juadah berbuka puasa tahun lepas.  Tahun ni tak sempat nak snap gambar bagai... sibuk tak bertempat!  ngeeee


Kurma udang.  tahun ni baru sempat makan kurma daging.
Udang mahal sikit.


Nasi beriani abang belanja.
simbolik di sebalik abang belanja... cari sendiri
Baru beberapa hari lepas makan nasi karot.. kak hanim buat


kueh cara berlauk rusa.  memang sedap tapi anak-anak pula tak makan
buat makan sendiri sudah.

Layan jugak lah ...

09 Ogos 2012

Bonus hari raya dan 20 Ramadan

As salam,


Baru teringat hari ini dapat bonus sempena hari raya.  Alhamdulillah, dapatlah tampung mana yang tak cukup.  Perancangan memang dah ada tetapi menyimpan lebih baik kan.  Hari ini pagi-pagi lagi dah berkenalan dengan seseorang dari Agro Bank. 

Hmmm... ada tawaran menarik?

Apa pun bonus ini rasanya akan masuk dalam bajet 2013 dan bukan bajet 2012.  Oleh kerana lakaran bajet 2013 belum buat letak jer dulu lakaran bajet 2012... ciptaan sendiri ... ni jer yang hado...


 

Dan jangan lupa hari ni juga merupakan Ramadan ke-20 dan kita berada dalam Fasa ke-3 di bulan Ramadan.  Sungguh cepat masa berlalu.  Alhamdulillah dikurniakan kekuatan untuk meneruskan Ramadan ini tanpa ponteng walaupun kandungan ini dah masuk minggu ke-28.


~~~~~~~~~

Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara yaitu masa muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati
(HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

'suka duka pentas dunia'

19 Mac 2012

Indahnya bila top-up berganda

Assalamualaikum



Nak kata tiada kaitan dengan gambar tak boleh sebab ia berkaitan dengan bajet maka diringkaskan cerita memang ada kaitan dengan bajet 2012.

Mengapa?  Entah kebaikan apa Celcom xpax hari ini... top-up RM30 dapat sekali ganda... meriah2..

Terima kasih Celcom!  Memang berbaloi guna Celcom.

07 Januari 2012

Baucer Buku 1Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Catatan ini dipetik dari laman web MOHE

GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)

1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.


2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.


3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:

a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).


4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.


5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.


6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;


7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.




Edited:
Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar UiTM (Perak) akan dilaksanakan pada 9 Januari 2012 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Seri Iskandar. 

Agihan dibuat kepada semua pelajar UiTM (Perak) iaitu pelajar sepenuh masa, e-PJJ, PLK, DBA dan EMBA yang masih aktif sahaja dalam sistem SIMs.

Urusan agihan dilaksanakan oleh staf Pejabat Bendahari.

04 Disember 2011

Menunggu hari esok - tersilap pilih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Nak tunggu esok
Tapi kalau ikut masa dah 'esok' dah
So katalah nak tunggu pagi esok pulak



Esok nak tukar barang
Bukan buat sistem barter
Tetapi sistem beli lain
Sebab hari ini (kelmarin) dah tersilap beli
Tersalah pilih
Sebab tak fokus semasa buat penilaian dan pilihan

Jangan sesekali nak salahkan orang yang beri pandangan
Kerana kita mampu mengubahnya
Kita ada pandangan sendiri
Tetapi bila keyakinan tak cukup tinggi
Maka terpengaruhlah dengan pandangan orang lain

Maka hasilnya...
lari bajet..

.....


21 Oktober 2011

Bajet 2012 | Dapat bonus tidak boleh boros atau kedekut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Bajet 2012 telahpun dibentangkan.  Sama ada sedang dibahaskan atau sesetengahnya telah mula digerakkan dan ada sebahagiannya 'ditutup buku'.

Berita yang paling mendatangkan kegembiraan dikalangan penjawat awam adalah berkaitan pemmberian bonus dan kenaikan gaji.  Namun di sebaliknya berita berkenaan turut mendatangkan keresahan kerana harga barang sudah mula menjengah pintu untuk meningkat naik.

Sekadar ingatan buat diri sendiri, pemberian dan penerimaan bonus serta kenaikan gaji adalah semuanya rezeki yang dikurniakan Ilahi.  Mulai sekarang sediakan akaun untuk berjimat cermat dan elakkan berbelanja pada perkara yang kurang penting.

"Harta memiliki tiga tabiat. Jika seseorang selamat dari satu tabiat, maka belum tentu ia selamat dari dua tabiat lainnya. Dan jika ia selamat dari dua tabiat, maka belum tentu ia selamat dari tabiat ke tiga. Harta haruslah berasal dari sumber yang baik. Siapa diantara kalian yang pekerjaannya selamat dari dosa, sehingga ia tidak mendapatkan penghasilan selain dari yang baik? Apabila seseorang selamat dari tabiat ini, maka ia harus menunaikan hak-hak yang ada di dalam harta. Dan apabila ia juga selamat dari tabiat ini, maka ia tidak boleh membelanjakanya dengan boros ataupun terlalu kikir".  (Maimun bin Mahran)

Memang agak sukar untuk berjimat cermat, tetapi jika niat baik dan berkat kekuatan semangat kita akan berjaya.

Sekian.
"."

09 Oktober 2011

Bajet 2012 | Antara bonus, kenaikan gaji dan kenaikan harga barang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bajet Malaysia 2012 telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2011. 

Banyak kebaikan dan faedah daripada pembentangan bajet berkenaan.  Terutama kepada ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 dapat one-off untuk anak-anak sekolah rendah hingga sekolah menengah. 

Dapat juga pelepasan cukai yang agak tinggi. Dan yang paling amat menggembirakan pastinya kakitangan awam, antaranya dapat tambahan bonus lagi setengah bulan gaji atau RM500.00 dan kenaikan gaji.

Apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kenaikan harga barang.  Sungguh tinggilah harapan kami bukan sahaja kakitangan awam tetapi mewakili juga rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung andainya jadilah harga barang naik sudah tentu menyusahkan.  Baru nak merasa naik gaji boleh hantar ke kampung lebih sikit, nak menabung untuk masa depan... tiba-tiba macam tiada kenaikan gaji pulak... manakan tidak harga barang dah melambung ... harga ayam pun dah mencecah RM9.00 sekilo belum lagi kira harga ikan mambung sekilo jer dah mencecah RM10.00.

Walau apa pun kenaikan harga barang itu pastinya ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi negara dan juga situasi global yang rata-rata menuntut pengorbanan dari semua pihak.

Semoga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa di tanah air Malaysia yang tercinta ini.  Cukuplah dengan segala musibah melanda selama ini... hentikanlah kekejaman sesama makhluk dan janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri. 

Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa, jangan diikutkan hati dan nafsu yang melulu, semuanya tidak berbaloi. 

Sekian. 

*.*

07 Oktober 2011

Belanjawan 2012 | Dasar Transformasi Nasional

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


7/10/2011. 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, dasar itu yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah 2020. Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Ahli Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya, pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.


~~~~~

Terkejut atau tidak perlu terkejut kerana bukan semua rakyat Malaysia berminat nak ikuti perkembangan belanjawan 2012. 

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi lalu di hadapan kedai makan dan terdapat skrin besar di kebanyakan kedai makan, namun tidak kelihatan satu pun skrin yang memaparkan ucapan bajet 2012 yang sedang berlangsung.  Sebaliknya yang ditayangkan adalah perlawanan bola sepak, ... hiduplah sukan untuk negara!

Sedangkan kita dalam kekalutan nak cepat balik dan sampai rumah untung-untung sempat juga tengok kesudahan ucapan bajet 2012.  Paling tidak dapat juga tahu perkembangan terkini ekonomi negara.

Aku anak Malaysia Merdeka!

Sekian.

*.*


22 Oktober 2010

Akibat menunda - Proton Inspira atau Bajet 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

nak buat catatan mengenai apa yer
tentang Proton Inspira atau tentang Bajet 2011?

Proton Inspira
Proton Inspira adalah nama baru bagi Proton Waja 2 yang diadaptasi dari Mitsubishi Lancer, dengan sedikit ubahsuai.  Sebenarnya aye tak berapa selesa jugak nak buat cerita tentang Proton Inspira, sebabnya memang bukan line aye nak buat cerita tentang automotive... saja nak menyibuk sebab orang sekarang dok sibuk cari maklumat tentang Proton Inspira.  Walau apa pun nak cerita sedikit tentang harga Proton Inspira yang dikatakan agak tinggi memandangkan ia adalah kereta 'Malaysia' walaupun bukanlah ciptaan Malaysia sepenuhnya.  Harganya mengikut CC (enjin) adalah seperti berikut; 1.8 Manual (RM79,999), 1.8 CVT Auto (RM87,000) dan 2.0 CVT Auto Premium (RM94,000).  Harap-harap tu bila dah keluar nanti jangan pulak terjumpa Proton Inspira kena tunda.  Jadi, kenalah pastikan bayar yang mana patut dan parking di tempat yang betul yer?

Bajet 2011
Baru dibentangkan oleh PM merangkap Menteri Kewangan pada 15 Oktober 2010 untuk bacaan kali pertama.  Macam2 isu berbangkit terutama tentang ketiadaan bonus untuk kakitangan awam.  Yang pastinya menurut pakar ekonomi negara bajet kali ini adalah bajet 1Malaysia... dan kata wakil beberapa parti politik pula ia merupakan bajet pilihanraya.  Mana tidaknya pada bulan November akan berlangsung 2 pilihanraya kecil.  Namun yang pasti pada setiap tahun pelbagai perancangan dan kajian dibuat untuk melaksanakan Bajet negara.  Semoga ekonomi negara bertambah kukuh dan negara bertambah maju dengan rakyatnya yang berbudi mulia.

~~~~~~~~~~~~
Menunda-nunda perbuatan baik adalah salah satu tentara diantara bala tentara Iblis yang telah berhasil membinasakan orang banyak.  (Abu al-Jald)

Carian