Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Seperti biasa lagi setiap hari Ahad adalah hari untuk mereka resepi istimewa untuk sarapan sekeluarga. Tidak seperti biasa minggu-minggu yang lepas di mana menu sarapan pagi adalah di luar rumah. Hari ini, ala-ala ibu mithali pagi-pagi lepas solat subuh dah mereka cipta menu untuk keluarga.
Teringat dalam peti ais masih ada baki sambal udang pemberian Kak Intan dari Sungal Galah. Sambal udang berkelapa bukan sambal tumis udang. Sambal udang berkenaan adalah untuk dibuat pulut udang. Nak buat apa dengan sambal tu. Oleh kerana beras pulut dah habis maka ingat nak buat roti jala tapi macam tak sesuai je dengan sambal udang. Nak buat lempeng tak kena juga. Ingat punyat ingat, fikir punya fikir terus terlintas nak buat ketayap. Tepung gandum pun ada lagi.
Apa lagi mulalah operasi membuat ketayap emas. Nama Ketayap Emas ni adalah bersempena dengan warnanya yang kekuningan. Teringat juga nak buat hijau, tapi tak berapa kena juga sebab kalau kulit hijau kena inti manis, disebabkan intinya pedas maka adalah molek kulitnya dikuningkan baru sesuai... andaian sendiri lah tu... tak pernah baca kat mana-mana pun peraturannya mesti begitu.
Resepinya memang mudah sangat pakai campak-campak bahan dalam besen kecil dan pakai agak-agak jer. Oleh kerana tidak mahu menghampakan pembaca maka aye catatkan di sini bahan dan kaedah membuat ketayap emas.
Bahan-bahan seperti tepung gandum dalam anggaran 1/2 kati, telur sebiji, satu sudu teh garam, serbuk kunyit, sedikit baking powder (tak taulah apa fungsinya, tapi menjadi juga) dan 1 jag air masak. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak masak agak-agak melekat pada kuali sudahlah. Ambil kira-kira setengah senduk adunan tepung tadi tuang ke atas kuali dan leperkan. Tak perlu kalih (terbalikkan). Angkat letak atas pinggan leper yang besar, letakkan sambal udang dan gulung.
Ketayap emas ini sedap juga dimakan waktu petang bersama secara kopi 'Che Nah'. Tidak sesuai dibuat berbuka puasa sebab pedas, nanti sakit perut pula.
Sekian adanya. Selamat menjamu selera di hujung minggu.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
Super special ketayap ni dengan inti udang sambal, mesti laris.
BalasPadam