Hujung minggu memang dinanti-nantikan oleh anak-anak terutama mak anak-anak... hehehe. Kerana pada hari inilah dapat peluang makan satu keluarga tanpa tergesa-gesa dengan kata lain santai giteww...
Oleh kerana nak masak-masak pun mood tak berapa nak datang... so siap-siap jom kita makan kat kedai mamak sajalah... Alif memang suka sangatlah dapat makan di kedai mamak... tambahan dapat makan roti canai mamak.
Sementara menunggu roti canai tiba apa kata makan nasi lemak bungkus dulu... nampak macam sedap jer. Itulah Alif, semuanya sedap... tak sabar-sabar nak makan.
Sudahnya... sejurus saja tiba roti canai, nasi lemak tolak tepi tinggal Inas Insyirah menikmatinya seorang... tak layan dah nasi lemak. Eh! korang nampak tak apa yang Inas pakai tu. Ha!! jangan tak tahu itulah muffler, tak tahulah betul atau tidak ejaannya. Inas memang suka pakai muffler tapi tak suka pakai tudung... heee... entah apa la pulak bezanya... tapi disebut tudung gak. Boleh lah...
Meh tengok dekat sikit... inilah rupanya. Bukan rupa muffler tetapi si pemakainya... rupa muffler nanti nantilah upload yer.. hari ini nak cerita mengenai roti canai dan hujung minggu jer.
Eh! kau ... dah makan dah... tak tunggu orang lain yer... nampaknya kurus kering tapi kuat makan la si Dina Huda nih... boleh tahan.
Gambar Alif dan Ummi tak der eh... saja tak dilekatkan di sini... gambar atas sekali tu lah tangan Alif. Selalunya nak makan roti canai banjir, entah mengapa pulak hari ini nak makan cicah. Gambar Ummi pulak... emm tak yah lagi lah, jadi tukang tangkap gambar dan tukang karut pun dah cukup dan gambar ayah pulak... dah nampakkan tangan pegang sudu dengan Inas tadi... itulah ayah... nak letak gambar mukanya, tak berapa gemar pulak dia... cukuplah gambar anak-anak dulu.
Itulah antara cerita roti canai di hujung minggu. Macam tak berapa kena jer antara tajuk dan jalan cerita, tapi isi ada kan? Layan jer.
'suka duka pentas dunia'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.