Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menu. Papar semua catatan

04 Februari 2015

Lagi Menu Sihat Untuk Mesyuarat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menu sihat untuk mesyuarat


Alhamdulillah, selesai untuk hari ini


o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Menu sihat semasa mesyuarat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menu sihat semasa mesyuarat


Contoh menu sihat



~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

02 Julai 2014

Rabu Tanpa Kata | Ayam goreng kunyit di kebun sayur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ayam goreng bersayur




Ayam sembunyi di kebun sayur :P


Menu ringkas berbuka puasa.


24 Jun 2014

Lempeng Oat cicah sambal tumis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lempeng cicah sambal tumis


Lempeng atau penkek kampung cicah sambal tumis memang sedap dimakan tidak kira masa.  Lempeng untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam... juga sedap.  Kandungannya memang sesuai sangat dengan selera 'anak tekak' orang Melayu menyebabkan ianya boleh di makan pada bila-bila masa.  Janji buat dengan penuh kasih sayang rasanya pasti lebih memikat selera ahli keluarga... kan?? :D

Lempeng oat di dalam piring coca-cola. :P

Lempeng boleh juga dijadikan menu untuk berbuka puasa atau bersahur.  Tetapi rasanya jarang sangatlah lempeng dijadikan menu untuk berbuka puasa memandangkan banyak lagi menu luar biasa yang boleh diperolehi di mana-mana bazar Ramadhan.


Lempeng, sambal tumis ikan bilis berkentang (comot nya) dan teh o panas. Sedap!!!

Ketika di kampung dulu atau ketika kecil dulu, lazimnya adunan utama lempeng adalah kelapa muda.  Tetapi sekarang kan dah duduk di pekan, mana nak dapatkan kelapa muda.  Yang ada air kelapa muda banyak lah itupun isinya tak berapa ada.

Kita sekarang dah moden jadi tidak salah kita modenkan sikit resepi lempeng.  Bak kata orang tua-tua "tiada rotan akar pun jadi".  Jadi sekarang ... daripada kepada muda kita tukar kepada 'quaker oat'.

Ada sesiapa nak resepi lempeng quaker oat?



20 Mac 2014

Roti dan sekaya menu sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Roti dan sekaya memang tidak boleh dipisahkan.  Umpama lagu dan irama, enak bersatu dalam aroma, enak dimulut kenyang di perut.


Roti dan sekaya pilihan

Roti dan sekaya merupakan makanan kesukaan anak-anak.  Mereka tidak akan makan yang lain selain dari roti dan sekaya setiap pagi.  Sekiranya hidangan selain dari roti dan sekaya... kurang sangat dijamah.  Anak-anak kan...

Pernah satu hari, ayahnya menukar menu dari roti sekaya kepada roti telur.  Sikit sangat mereka jamah.  Hanya cubit dihujung saja.

Nak kata terkilan, tak perlulah ... anak-anak masa sekarang memang begitu agaknya selera mereka.  Cuma mungkin sedikit menyukarkan kerana perlu mengikut selera mereka sahaja.  Walau apapun semoga umi dan ayah mampu mengikut rentak mereka.  Atau kelak mereka akan mampu mengikut rentak umi dan ayah pula.

Roti dan sekaya memang sedap terutama bila dibakar bersama mentega... harumannya memang membuka selera.  Agaknya itulah yang menyebabkan anak-anak terpikat.

Di mana dan bagaimana nak susun ayat ni... perenggan dah berterabur.  Tulisan pun dah tunggang langgang.  Nak kata banyak sangat mengarang tak juga.

Cukuplah dulu cerita caca marba pagi ini.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 


04 Ogos 2012

Menu Istimewa Juadah Berbuka Puasa

As salam,


Hari-hari sebenarnya menghadap menu istimewa, namun begitu keistimewaan bagi setiap hari adalah berbeza mengikut mood tukang masak dan juga pembantunya....

Menu hari ini sungguh istimewa kerana memang dah lama mengidam nak makan nasi beriani abang belanja.  Oleh kerana hari ini hari cuti makanya Encik abang telah sudi turun ke dapur belanja nasi beriani.  Bukan belanja makan tau... tapi belanja masak... hahahaha... puan isteri sekadar membantu kerana memang tidak mahir lagi walaupun dah mencecah 18 tahun turun ke dapur bersama encik suami.  Sebenarnya masak memasak nasi beriani dan seangkatan dengannya memanglah kesukaan dan kepakaran encik suami.  Tetapi bab masak laksam atau solok lada memang tak boleh blah.... sebab itu sedikit kepandaian yang ada pada puan isteri... hehehe

Okey berbalik kepada menu istimewa hari ini, berikut puan isteri (tiba-tiba lah pulak) sertakan gambar dulu... nak dapatkan resepi kena tunggulah encik suami pulang dari rumah ibu puan isterinya ... boleh?  Insya Allah tak malam ni pagi esok puan isteri turunkan resepinya di sini.





mula dengan lauk dulu, kurma udang.  Asalnya nak buat kurma kambing, tak adalah pulak kena tempah kat Ikhwan Seri Iskandar petang esok baru ada sekilo RM18.00 RM33.00 boleh tahan juga harganya... kira boleh la... daging segar kan memang mahal skit berbanding daging kotak.




inilah dia nasi beriani abang belanja... okeh.  Semua encik suami yang buat puan isteri tolong goreng gajus dan kismis sajo. :)



ini pula jelatah aussie... kenapa?  sebab resepi tu dapat dari seseorang yang baru pulang dari Australia.  Bukan tak der jelatah cam tu kat Malaysia... tetapi ada bahan istimewa yang dibawa dari Australia.



dan.... menu paling penting sekali adalah jus oren... serta kurma...

erk... alamak gambar kurma tak masuk pulak...

Sekian dahulu menu istimewa berbuka puasa hari ini...



"Suka Duka Pentas Dunia"


Menu ringkas yang biasa-biasa

As salam,


Seperti biasa, biar pun peristiwanya baru semalam berlaku tidak bermakna ianya dah basi.  Semalam dan seperti hari-hari sebelumnya pada hari bekerja memang balik lewat sampai rumah hampir jam 6.30 petang.  Jadi menu untuk berbuka adalah sangat ringkas sahaja.

Tidak berhasrat nak tulis resepi lauk berkenaan di sini kerana ianya sangat ringkas, tetapi cukuplah sekadar tatapan gambar sahaja.


Layan sajalah.  Oleh kerana sampai rumah pun dah lambat, masak pun pakai campak-campak jer.


tempe goreng berkunyit


gayam bercili bunga kantan

temenung goreng masam manis


Itu cerita menu semalam, hari bekerja.  Hari ni.... cam ner nak masak baru tengahari jer dah tak der air.  Tanpa notis !!!
 Ingatkan kat Lembah Kelang jer...


'suka duka pentas dunia'

29 Julai 2012

Menu berbuka: Pengat pisang nangka berganda abang belanja

As salam,


Menu lagi!  Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa hari ini, @yangbaik ambil kesempatan untuk mencatatkan satu lagi menu berbuka puasa.  Mengapa abang belanja?  Ha... sebabnya hari ni pengat pisang nangka ini disediakan oleh encik abang.  Menu nya memang dia yang buat.  @yangbaik hanya tolong potong buah nangka sahaja. Selebihnya encik abang yang sediakan mula dengan ambil daun pandan hinggalah masukkan santan dan gula.  Memang dari pagi tadi encik abang mengidam nak makan pengat pisang.  Asalnya nak cari pisang tanduk tapi tak jumpa yang jumpa cuma pisang nangka jer.

Pisang nangka pun boleh juga bercampur dengan nangka pula tu sebab jadi berganda nangkanye.... hehehe.  Jom lah kita tengok resepi pulak.... itupun kalau sudi ... kalau tidak tengok gambar jer lah.


Bahan:
1 mangkuk buah nangka dipotong kecil
3 biji pisang nangka dipotong melintang
1 kotak santan segera
1/2 tin susu cair
1 cawan gula (secukup rasa)
air secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1.  Campurkan pisang dan nangka di dalam satu periuk, masukkan santan dan sedikit air.  Kacau rata dan tunggu sehingga mendidih.
2.  Masukkan susu cair, gula, garam dan daun pandan (diikat), Kacau sehingga rata dan tunggu sehingga mendidih.
3.  Sedia untuk diangkat dan hidangkan.

Sekian,selamat mencuba.



"Suka duka pentas dunia"


(@-@)
.




28 Julai 2012

Kerisi goreng bersos tomato

As salam,



Bila bercakap mengenai resepi dan menu makan memang tak kan habis.  Ada saja yang nak diceritakan walaupun masakannya ringkas dan mudah.  Namun tidak semua kita berkesempatan dan berpeluang memasak makanan yang ringkas seringkas ikan kerisi goreng bersos tomato.

Bagi @yangbaik hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja berpeluang sepenuhnya untuk memasak istimewa sikit bagi berbuka puasa dan bersahur untuk keluarga.  Pada hari bekerja, kebiasaannya lauk ringkas dan kueh pun tengok mood kalau rasa nak beli beli yang manis sikit kalau tak makan jer apa yang ada nasi dan lauk pun sudah cukup dan disulam dengan 'air hijau' atau sirap buatan sendiri.  Senang jer. 
Berbalik kepada tajuk cerita, di sini diperturunkan resepi untuk dikongsikan bersama iaitu menu berbuka puasa hari ini dan mungkin juga akan sampai sahur pagi esok.

Bahan-bahan
4 ekor ikan kerisi di goreng
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah - hiris halus
1 tangkai daun bawang - hiris
1 tangkai daun sup - hiris
minyak untuk menumis
sedikit garam
1/2 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
1/2 cawan air

Cara membuat:
1.  Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan, masukkan sos tomato dan sos cili gaul rata.
2.  Masukkan 1/2 cawan air dan garam biar hingga mendidih.
3.  Masukkan ikan cili merah dan bawang besar diikuti dengan ikan kerisi, gaul hingga rata dan angkat untuk dihidangkan.
4.  Tabur hirisan daun sup dan daun bawang.  Siap

Mudah saja.  Selamat mencuba!


"suka duka pentas dunia"

*-*

22 Julai 2012

Menu Berbuka Puasa Hari ini

As salam,


Sup Kepala Ikan Siakap

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri

Selingan jer tu.  Tentu kita dah biasa dengar pantun dua kerat seperti di atas.  Terutama zaman kanak-kanak dulu.  Tetapi sejauh mana anak-anak zaman sekarang memahaminya entahlah.  Manakan tidak, anak-anak @yangbaik sendiri pun tak pernah didendangkan dengan pantun tu.  Bila cakap mesti 'direct to the point' tiada kiasan atau pantun pantun bagai lagi.  Begitu juga dengan anak-anak muda zaman sekarang, bila bercakap tak boleh berkias nanti diadunya kepada pihak pengurusan katanya kita permainkan mereka.  Kan ke naya... Cakap biar terang!!

Eh, melalut pulak.  Sebenarnya kan... percaya atau tidak @yangbaik baru saja lepas masak sup kepala ikan siakap.  Sebelum dicedok masuk dalam pinggan cepat-cepat masuk dalam gambar dulu.  Kepala ikan tu 'seketul' jer.  Nanti kita tengok siapa yang nak berebut.  Sup macam ni sedap dimakan dengan sambal belacan.. buat cair sikit ala-ala kuah asam... ha....

Nak buat sup ni senang jer, tak sampai 30 minit, tetapi disebabkan nak buat kerja lain pulak.  Cepat2 masak.  Sesapa yang sempat salin resepi ni sat lagi jam 7.00 malam pun sempat lagi nak masak janji bahannnya cukup kat dapur.

Bahan:
1  ketul kepala ikan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 bili cili merah untuk hiasan
sedikit jintan manis, kulit kayu manis, bunga cengkih
sekeping asam keping
garam
1 gelas air

Cara membuat:
1.  Bersihkan kepala ikan.
2.  Bawang merah, putih, cili merah dan halia dihiris nipis
3.  Panaskan minyak,tumis bawang bersama halia, jintan, kulit kayu manis dan bunga cengkih
4.  Setelah naik bau, masukkan segelas air atau secukupnya.  Masukkan kepala ikan, asam keping dan cili merah diikuti dengan garam.
5.  Biarkan hingga mendidih.  Angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba.

Lihat menu lain:  Menu 1,   Menu 2


'suka duka pentas dunia'

Carian