gambar hiasan |
Terdapat berbagai acara dan sambutan oleh umat Islam bagi meraikan hari Asyura. Selamat berpuasa juga.
Tak kurang juga hari ini hari memasak bubur Asyura. Terdapat berbagai versi bubur Asyura, antaranya bubur manis campuran berbagai jenis kekacang, bubur manis berempah terdapat di Kg Alor Sipol, Besut Terengganu (ha... bubur terbaik yang pernah dimakan pada zaman budak-budak dulu) dan disesetengah tempat bubur asyura seperti bubur lambuk iaitu campuran beras dan kekacang serta udang dan daging atau ayam seperti yang terdapat di Kampung Makmur Sungai Galah, Tanjung Tualang.
Bubur Asyura Terbaik dari Kg Makmur Sungai Galah. Terima kasih kepada Kak Teh. Belum berani mencuba untuk makannya kerana larangan belum berakhir... |
Sekian.
selamat hari asyura dan selamat berpuasa juga. masih berpantang yer, jamu mata saja dulu...
BalasPadam