Seperti biasalah bulan Ramadhan ni memang sinonim dengan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar. Lokasi Iftar berlambak-lambak dan merata-merata di hotel, restoren atau di gerai tepi jalan.
Temenung sweet sour boleh digantikan dengan kerapu atau siakap Goreng kunyit pun sedap!! |
Bermacam-macam iklan di sana-sini mewar-warkan kelebihan Iftar di tempat masing-masing dengan harga dan promosi yang paling istimewa. Dan seolahnya sudah menjadi suatu hal yang wajib atau kemestian untuk berbuka puasa di tempat yang paling istimewa untuk meraikan ahli keluarga, saudara mara, rakan taulan atan rakan bisnes.
Bagi #yangbaik pula tempat berbuka puasa paling istimewa adalah dirumah. Berbuka puasa bersama suami dan anak-anak yang masih kecil (yang tak puasa kata puasa! :P). Melayan kerenah anak-anak semasa berbuka puasa mengingatkan kembali zaman semasa kecil dulu. Tak kurang juga tempat yang paling istimewa untuk berbuka puasa adalah di rumah mak. Berbuka puasa dengan masakan mak adalah pengalaman yang paling indah. Hanya setelah kau pergi... kenangan itu akan tetap bersatu dalam ingatan ini.
Ayat di atas tu skema sangat. bukan tak nak berbuka di luar... zaman ekonomi tak berapa nak stabil ni elok lah berjimat cermat... kalau dah satu kepala dicaj sampai RM40.00 seorang dua tak per lagi... dibuatnya empat orang tambah dengan anak2 lagi... kopak duit belanja dapur untuk sebulan... baik mengalah makan kat rumah jer... sayur ulam pucuk paku pun sedap :D
Sambil itu layan jugaklah menu atau juadah berbuka puasa tahun lepas. Tahun ni tak sempat nak snap gambar bagai... sibuk tak bertempat! ngeeee
Kurma udang. tahun ni baru sempat makan kurma daging. Udang mahal sikit. |
Nasi beriani abang belanja. simbolik di sebalik abang belanja... cari sendiri Baru beberapa hari lepas makan nasi karot.. kak hanim buat |
kueh cara berlauk rusa. memang sedap tapi anak-anak pula tak makan buat makan sendiri sudah. |
Layan jugak lah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.