Pageviews

Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan

25 September 2011

Nak juga

Assalamualaikum



Nak juga update blog... maaf yer, sebab sekarang ni sedang penuh sesak dengan maklumat dan info... Kursus Induksi... dalam masa yang sama sedang memproses menghadam dan menyisih maklumat untuk peperiksaan pada 29 September 2011.

23 September 2011

24 September 2011 | Bukan kerana Memey Suhaiza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


(sumber gambar)
Banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku pada 24 September 2011, bukan sahaja kerana  majlis perkahwinan yang dikhabarkan mencecah RM12 juta, pasangan kontroversi, Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang bakal diijabkabulkan 24 September ini tetapi banyak lagi peristiwa berlaku terutama di sekitar Pusat Latihan UiTM. 

Ini adalah antara senarai peristiwa yang berlaku:
  1. Majlis Jamuan Terbuka Aidilfitri Parlimen Pasir Salak
  2. *Karnival Tg Tualang
  3. *Majlis Perkahwinan
  4. *Program di Kampar
  5. Konsert Papa Rock di Changkat Tin
  6. dan....yang paling penting sekali pada tarikh yang sama Kursus Induksi Umum UiTM di Pusat Latihan UiTM masih lagi berlangsung dengan topik ; Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam oleh TSJ, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) oleh AA dan Motivasi juga oleh AA.  Dengan itu bertapalah lagi kami di Dewan Bestari 1, 2, 3 & 4.  Harus hadir dengan jayanya bagi mendapatkan pendedahan dan kefahaman untuk Peperiksaan yang dijadualkan pada 29 September 2011.
Fuhh!! Tengok tarikh 24 September tu... memang keramat sungguh sebab selain yang tertulis di atas mungkin juga ada peristiwa-peristiwa lain yang tidak sampai ke pengetahuan aye.  Macam wartawan pulak...

okeh siap dulu... nak study nih...huhuhu...

*-*




'

22 September 2011

22 September | Hari Tanpa Kereta Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat 1Malaysia dan 1Dunia semoga anda semua sihat.  (Skema jer!!!)



22 September adalah Hari Tanpa Kereta Sedunia.  Oleh kerana dunia sekarang dan penuh sesak dengan kereta dan adakalanya sukar untuk mendapatkan tempat untuk letak kenderaan.  Kemungkinan program ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Ipoh atau juga Kota Bharu.  Itulah adalah antara bandar-bandar di Malaysia tidak termasuk bandar-bandar besar di seluruh dunia seperti Taiwan, Kota Jakarta, New York atau kota London. 

Kempen ini memanglah amat baik, namun agak sukar mendapatkan maklumat mengenai kempen ini.  Secara kebetulan tengahari tadi "terlihat" berita di TV3 mengenai kempen yang dilakukan oleh pihak KTMB dan terbaca berita semalam di Utusan Malaysia Online mengenai program yang dilakukan oleh Syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) pada 21 September 2011.  Rapid Penang Sdn Berhad telah mengedarkan sebanyak 500 tiket bas percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Tanpa Kereta Sedunia.  


Semoga kempen yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan mampu memberi kesan positif terhadap pencemaran alam sekitar sekali gus menyumbang kepada suasana dan udara yang segar.

Sekian.  Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

16 September 2011

16 September Cuti Umum Malaysia | Pendaftaran Kursus Induksi Khusus UiTM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Selamat menyambut Hari Malaysia.  Hari ini adalah juga hari pendaftaran peserta Kursus Induksi Khusus UiTM bagi kumpulan pengurusan dan sokongan 1 di Pusat Latihan UiTM.  Berkenalan dengan 2 orang peserta dari INTEC dan UiTM Sabah.  Namanya.... dah tak ingat... memory power dah loose... dah hilang 15%...

Seperti biasa catatan ini tidak bergambar kerana tiada mood nak bergambar sebab tidak dapat beli lagi hajat hati iaitu iPad2.  Lepas pendaftaran tadi tinjua jap kat TESCO Kampar, dah jumpa harganya RM1600 ++ tetapi tiada pilihan, salesboy kat situ buat tak tau jer.... blah lah... tunggu apa lagi dah orang tak sudi nak layan kita kan sibuk dengan awek baju hitam seluar pendek jer... tak sesuai langsunglah nak layan makcik yang bertudung ni...  so sad..

Kembali semula ke cerita di Pusat Latihan UiTM, hari ini juga merupakan kali pertama aye menjejakkan kaki ke Dewan Makan baru di Pusat Latihan UiTM.  Sedih? Tidaklah tetapi rasa teruja yang teramat sangat macam hotel pulak, sebab dewannya besar.  Satu yang perlu diubah adalah hiasan dan pemakluman di dalam Dewan Makan itu serta kedudukan petugas di Dewan Makan.  Sesuatu perlu difikirkan oleh pengusaha dan juga mungkin pengurusan...

Maaf lah cerita ni lompat-lompat sikit, balik dari TESCO Kampar singgah pula kat D Manis Boutique... ejaannya tak berapa tepat tetapi sebutannya lebih kurang gitula, hajat hati nak cari blazer untuk pakai esok, blazer yang dah ada ni tak berapa sesuai la.  Sayangnya sales girl kat situ tak faham apa itu 'blazer' ... ??? Bila disebut jaket ditunjukkan pula blouse hitam berbunga hitam yang kelihatan seperti blazer lebih kurang... tak sesuai lah 'yang'... kita nak pakai untuk urusan rasmi bukan untuk pi sosial hanging... so bad... baliklah... tunggu apa lagi. 

Ingat nak beli 'twister' edisi terbaru di KFC sebelah... dah lah penuh orang pulak... waktu dah menunjukkan jam 7.00 mlm.... tak jadi juga... Balik rumah terus...

Sekian, sahaja sebahagian daripada detik-detik bersejarah yang dilalui oleh seorang 'yangbaik' pada 16 September 2011.

"*.*"

.

15 September 2011

16 September Hari Malaysia Cuti Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


16 September 2011 (Jumaat) adalah Hari Malaysia.  Tahun ini merupakan tahun ke-2 sambutan Hari Malaysia dijadikan Cuti Umum.  Dan buat julung-julung kalinya sambutan Hari Malaysia pada tahun ini (2011) dirayakan bersama Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54.  Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.


Selamat Menyambut Hari Malaysia.

AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA!

13 September 2011

Malaysia's Next Top Female Blogger 2011

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


 


1) Mengenai Blog ini (yangbaik.blogspot.com)
Blog ini mula dibangunkan sekitar tahun 2008 dan pada awal pembabitan blog ini adalah sekadar untuk mengisi ceritera berkaitan kisah suka dan duka dalam kehidupan harian selain daripada berkongsi pendapat dan pandangan dalam kehidupan untuk manfaat dan kebaikan bersama. Kurang pasti pula siapa pengunjung tetap blog ini, kerana blog ini tidak mempunyai niche yang khusus seperti fesyen, remaja, sukan, gossip atau hiburan. Mungkin juga sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia fesyen seperti remaja perempuan atau remaja lelaki yang gemarkan sukan dan bidang permotoran pernah mengunjungi blog ini. Namun aye mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke blog ini untuk berkongsi rasa dan naluri dalam hidup bernegara.

Blog ini hanya akan dikemaskini setelah mendapat idea secara spontan atau apabila sesuatu kes telah siap dibuat siasatan.  Masa untuk mengemaskini blog ini tertakluk kepada mood pemilik blog ini iaitu paling kurang 1 hari sekali dan pernah juga mencapai 9 kali sehari (entah angin apa yang menyerang tak tahulah, mungkin dah terlebih idea).

2) What is your personal style?
Gaya saya adalah santai dan bebas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat seorang isteri solehah dan ibu mithali (hanya setelah bergelar ibu).  Contohnya bila keluar untuk bersiar-siar wajib dibawa bersama beg besar yang boleh mengisi keperluan anak seperti botol susu dan lampin atau 'wet tissue'.  Namun saya juga tidak mempunyai gaya berfesyen yang tetap kadang-kadang terikut-ikut juga aliran fesyen semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri seorang muslimah dan mudah bergerak serta selesa.


3) A picture of you in one of your favorite outfits:
Inilah antara 'outfit' kesukaan ketika keluar bersiar-siar bersama keluarga.  Saya jarang sangat keluar dengan kawan-kawan sepejabat melainkan ketika berkursus.

4) Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?

Nak jadi next Malaysia's Top Female Blogger untuk tahun 2011 belum tentu lagi, tetapi kalau termasuk dalam golongan itu amatlah berterima kasih.  Mengapa saya termasuk dalam golongan itu saya sendiri kurang pasti mungkin juga kerana setelah memasuki contest ini makanya secara tidak langsung Sandra Azwan telah mempromosikan blog saya.  Tq.


5) I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?
Saya suka mengunjungi blog 'Life with Sandra....' kerana dari blog ini saya dapat pendedahan dan pengetahuan mengenai dunia fesyen terkini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga mungkin dunia fesyen keseluruhannya.  Namun saya mengharapkan Sandra Azwan akan turut memaparkan 'architect' fesyen untuk dunia muslimah sebenar bukan sekadar untuk berfesyen kerana mengikuti aliran semasa tetapi kerana sunnah untuk menutup aurat. 


Sekian adanya.  terima kasih

11 September 2011

Aktiviti 11 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Aktiviti hari ini 11/9/2011, selain daripada kerja lebih masa adalah mengemas rumah.  Seperti biasalah kan dah jadi tanggungjawab terhadap anak-anak juga.  Oleh kerana semalam dengan tegar dan gigihnya selepas membeli juadah untuk berbuka puasa yang ke-6, berkejar pula ke kedai perabut yang konon-kononnya nak tengok saja.  Tetapi hati dah terpaut dan tertawan dek harganya yang berbaloi kebetulan duit pula cukup di tangan. Apa lagi beli lah almari pakaian untuk mereka berdua seperti digambar tu... Alif dan Diena... suka kemain lagi.

Semalam tak sempat nak kemas sebab lepas buka puasa terus ke rumah jiran tetangga menghadiri majlis rumah terbuka.  Bila balik anak-anak nak tidur macam pula nak punggah kain baju tu.. Tu yang dijadikan cerita pagi tadi sebelum ke tempat kerja angkat almari tu letak di bilik... dan tinggalkan mereka untuk mengemas di rumah.  Petang ni, tengok dulu apa yang sempat nak buat.

Itulah sebahagian cerita dan aktiviti pada 11/9/2011. 
Tiada kaitan langsung kan dengan apa yang sedang heboh diperkatakan sekarang ni... hehehe.... tak moh cari publisiti murahan la...
Sekian.

*.*

10 September 2011

Yang naik lagi adalah harga top up

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harga top up pula naik 6%.  Khabarnya ia adalah untuk caj perkhidmatan.  Dengan itu secara tidak langsung nilai top up juga akan bertambah.  Tiada lagi prepaid bernilain RM30.00 tetapi akan jadi RM31.80.  Boleh jadi juga akan jadi RM28.20.

Heboh di pejabat pasal harga top up pula naik.  Apa nak buat kan sekarang semua barang dah naik harga.  Adakah kenaikan harga ini ada kaitan dengan kenaikan harga minyak atau harga barangan lain seperti caj elektrik atau harga gula?


Mengapa mesti dinaikkan harga sampai 6%.  Jika dinaikkan juga, apa pula mekanisma kawalan yang dilakukan oleh pihak berkenaan bagi penjualan prepaid di kampung-kampung atau kawasan pendalaman.  Pernah terjadi bila beli prepaid RM10.00, "caj perkhidmatan" yang dikenakan adalah 50 sen.  Kalau beli RM5.00 dikenakan tambahan 20 sen.  Apa kes? Antara mahu dengan tidak terpaksa juga beli kalau tidak dalam dunia handphone yang serba maju ini kita akan terputus hubungan dan dengan kata lain hilang punca untuk berhubung.

Di Pejabat sekarang ni heboh nak beli top up banyak-banyak nak jimat sementara menunggu kenaikan 6%. Adakah cara ini berbaloi? Bagi sesetengah orang lagi kenaikan ini memang membebankan. 

Memang tidak dinafikan bila tiba masa kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai kenaikan harga.  Cuma tak sangka pula harga prepaid akan naik secepat ini atau sehingga 6%.  Adakah selepas ini akan tumbuh semula pondok-pondok telefon awam bagi cendawan lepas hujan. 

Sedang berfikir sejenak.....


$*.*$


.

09 September 2011

Hantu Bonceng 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


 sumber gambar
Hantu Bonceng ditayangkan di pawagam serentak pada 31 Ogos lalu di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei, lebih 500,000 penonton telah menyaksikan filem lakonan Zizan Razak dan Juliana Evans ini di pawagam berdasarkan perkiraan tiket yang bermula daripada tarikh filem ini ditayangkan sehingga 4 September lalu.

Menurut Ahmad Idham pengarah filem berkenaan, "Hantu Bonceng" adalah sebuah komedi ringan yang mempunyai mesej.

Best sangat ker tengok filem Hantu Bonceng ni.  Daripada review yang sempat aye jenguk kat youtube, nampak macam bagus jer.

Maaflah aye tak dapat nak review panjang-panjang filem ni, sebab tak tengok sepenuhnya.  Seperti yang lepas-lepas juga ayat skema aye ... tak pergi panggung.  So, tunggu ajelah CD keluar baru beli kalau tidak pun tunggu keluar di TV. 

Nak buat cerita pasal Hantu Bonceng la sangat... konon.  Tapi tak tau nak bercerita sebab tak tengok lagi.  Apa pun kisahnya filem Hantu Bonceng, telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam tempoh lima hari tayangan, sekaligus mencipta sejarah dengan kutipan tiket tertinggi ketika musim perayaan.

Hm... agaknya berapa kutipan keseluruhan nya yer?  Kita tunggu jer lah...

SAYA ANAK MALAYSIA MERDEKA.

.

04 September 2011

Hasil carian hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hasil carian untuk hari ini... bukan carian di google atau yahoo tetapi carian ini didapati di TESCO.
Percaya atau tidak belum penuh pun beg besar tu... nilainya dah melebihi RM50.00.  Hanya barang-barang dapur sahaja. 

Esok dah mula kerja, oleh itu hari ini kenalah siap sedia barangan dapur mana yang patut... borong juga mana yang sempat di rembat... bila dah mula kerja memang tak hengat nak shopping dah... dok kerja aje... ngadap komputer dan meja kerja tu...

apa pula hasil carian korang untuk hari ni yerk... hehehe

*.*


01 September 2011

Suka duka Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Suka duka sebuah perjalanan blog picisan sepanjang Ogos 2011.  Bermula dengan 1422 paparan dan 752 pengunjung yang unik untuk minggu pertama merupakan satu permulaan yang amat membanggakan bagi blog picisan ini yang baru nak menapak dan mencari jalan untuk meneruskan perjalanan dalam dunia blog.  Pada pertengahan bulan Ogos jumlah paparan dan pengunjung yang unik pula mula menurun sedikit demi sedikit sehingga ke penghujung bulan Ogos 2011, paparannya telah menurun kepada 215 dan 121 pengunjung unik. 

Daripada statistik berkenaan memang dapat dirasai oleh penulis ini bahawa idea dan catatan yang telah dikeluarkan tidak menarik minat pengunjung atau terdapat beberapa isu semasa dan isu dalam serta pengurusan blog yang semakin tidak teratur. 

Penulis dalam masa yang sama sedang dan akan terus berusaha untuk menghasilkan tulisan dan karya yang terbaik yang mampu menarik minat pembaca. 

Paling kurang perlu ada info yang bermanfaat bukan sekadar catatan syok sendiri yang akhirnya memakan idea hingga kering kontang lantas melahirkan catatan merapu yang langsung tidak menarik minat. 


Daripada graf dapat juga dijelaskan di sini bahawa pengunjung yang paling ramai berkunjung ke blog ini adalah sudah tentu rakyat Malaysia.  Saya sayang Malaysia.  Diikuti dengan pengunjung dari Amerika Syarikat yang menyumbang peratusan trafik sebanyak 6.03. 

Kurang pasti pula atas dasar apa mereka singgah di blog ini memandangkan seratus peratus bahasa adalah dalam bahasa Melayu kalau ada bahasa Inggeris adalah sekali dua yang menggunakan bahasa rojak. 

Seterusnya diikuti pula dengan pengunjung dari Indonesia dan Singapura.  Pengunjung yang paling rendah adalah dari negara Poland dan Georgia yang masing-masing menyumbang trafik sebanyak 0.07%.  Terdapat juga pengunjung yang tidak dapat dikenalpasti negaranya.


Namun yang paling menarik perhatian adalah berkaitan dengan kata kunci yang turut menyumbang trafik ke blog yangbaik. 

Antara kata kunci yang paling banyak adalah berkaitan jejari runcing.  Ingin dinyatakan di sini bahawa tiada cerita peribadi atau isu-isu yang berkaitan peribadi jejari runcing tetapi semua cerita adalah meminjam istilah berkenaan sahaja. 

Biarpun tiada cerita peribadi tetapi jejari runcing atau blog jejari runcing merupakan kata kunci yang paling top di bulan Ogos.  Mungkin juga ada kaitan dengan kisah peribadi seseorang atau juga yang ada kaitan dengan hubungan seseorang.  Atau mungkin juga akan terus menjadi kata kunci pencarian utama untuk bulan-bulan yang akan datang.

Sedikit sahaja pencarian berkaitan kueh raya atau nama yang dikatakan ada kaitan dengan Makcik Hajja Sitt AlWuzara.  Sedikit juga pencarian berkaitan kebaikan iaitu maksud taqarrub.

Sehingga itu dulu sebuah cerita suka duka perjalanan blog yangbaik untuk bulan Ogos 2011.  Penulis ini dalam kekeringan idea, mungkin juga kerana dah penuh dengan ketupat, lemang, rendang rusa dan kopo O. 

Jangan lupa selepas ini untuk meneruskan amalan Puasa Enam sebaik-baiknya buatlah di awal bulan Syawal dan janganlah tunggu sehingga ke penghujung.  Semoga tidak terlewat dan tidak terlepas untuk melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal 1432 / September 2011.

31 Ogos 2011

Kerana sibuk berhari raya dan sambut Hari Malaysia Merdeka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Hari ini adalah 31 Ogos 2011 dan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-54.  Hari ini juga masih lagi panas dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri hari ke-2.

Oleh kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan sambutan hari raya maka secara tidak langsung aktiviti di blog juga turut terjejas.  Simpati?  Memang kasihan.



Sungguh agak memeranjatkan dan tidak disangka-sangka apa yang diduga itu rupanya benar-benar terjadi.  Blog picisan ini yang perasan konon-kononnya top blogger Malaysia 2011, akan mendapat kunjungan ramai sebenarnya tidak menjadi.  Bagaimana nak dapat kunjungan yang ramai kalau tidak diupdate dengan cerita yang terbaik tentang suasana hari raya atau juga suasana sambutan merdeka seperti kibarkan jalur gemilang. 

Kerana itulah blog yang perasan nak jadi top blogger Malaysia 2011 seharusnya dengan rajin dan gigih mengemaskini blog bukan sahaja dengan cerita-cerita kosong tetapi harus diisi dengan berita dan cerita yang mendatangkan faedah kepada pengunjung.



Namun begitu kata kunci yang paling menarik adalah berkaitan 'gambar back ground rumah kosaong'.... tukar kepada 'rumah kosong'.  Apa yang dicari dengan rumah kosong itu? Hanya pencarinya sahaja yang memahami apa yang dicari.  Carian itu mencecah sehingga ke angka 4.  Ini bermakna seramai 4 orang telah mencari 'rumah kosong'.

Walau apapun kata kunci yang tidak pernah dilupakan dan tidak perlu diperkenalkan lagi adalah berkaitan 'nelydia senrose' dan 'jari/jejari runcing'.  Kata kunci ini sememangnya tidak pernah terlepas walaupun untuk satu hari.  Pasti ada peminat anak gadis Pak Nik (Nik Zaris Nelydia Senrose) dan penyokong Alia (ex-fiancee pemain bola sepak negara) yang terkenal dengan blognya jejari runcing. 

Paling tidak dilupakan juga adalah berkaitan dengan 'ubat gigi yang menjadi punca perceraian'.  Pesanan aye kepada diri sendiri dan kepada semua yang berkaitan dengannya... jangan kerana perkara yang kecil dan remeh temeh itu diperbesarkan dan dijadikan isu atau punca untuk berpecah.  Masih ada jalan penyelesaian dan orang yang hebat adalah orang yang mampu berhadapan dengan pelbagai cubaan (pesanan ini untuk diri sendiri juga ... yes!)


Sekali lagi, setelah diteliti, page view untuk hari ini (31 Ogos 2011) amatlah sedikit tidak sampai 50 orang.  Bagaimana ini harus terjadi?  Atau bagaimana untuk mengatasi kejadian ini daripada berulang.  Walaupun tidak lama dahulu kejadian ini sering terjadi namun atas beberapa usaha gigih dan dengan semangat yang kental maka peningkatan pengunjung dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

Walau apapun yang terjadi, sebagai bakal top blogger Malaysia 2011 (ehehehe... ) harus tidak menjadikan ini semua sebagai halangan untuk memajukan diri dalam dunia blog.

Sekian adanya. 

*-*
 .

29 Ogos 2011

Rendang Rusa lauk berbuka di penghujung Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambaran rendang rusa di dalam kuali yang sedang menggelegak...

Rendang Rusa?  Biar betul. Betul la.  Daging Rusa satu kg RM28.00 mana nak dapat.  Hanya di Seri Iskandar saja.  Kalau ada di tempat lain dengan harga yang sama baguslah tetapi ia hanya satu kebetulan saja. Dah survey di tempat lain yang berdekatan dengan Seri Iskandar rasanya tak dapat harga yang sama.

Oleh kerana hari ini kerja half day, balik jam 1.00 terus tumb print.  Mula-mula cari bahan-bahan untuk buat rendang.  Nak tau bahannya?  Ala biasa jer antaranya serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, cili giling Cap Puteri jer, daun kunyit (kena beli juga sebab dah tanam daunnya masih kecil lagi), santan (kotak) dan gula kabung.  Hehehe bahan terakhir tu ada kakak kat kedai tu terkejut ? Boleh ke masukkan gula kabung dalam rendang? Mengapa pula tidak, gula kabung ni memberi rasa lemak dan manis pada masakan seperti rendang bukan saja untuk buat kueh buah melaka atau buat pengat pisang.

Cara buatnya seperti biasa saja... campak2 jer dalam kuali.  Api kecil sahaja, kacau sampai kering. Dah siap... hasilnya sedap di makan dengan lemang pemberian jiran sebelah dan juga makan dengan nasi panas semasa berbuka puasa. perghhh... lembut jer daging rusa nie..

Eh eh, macam ada orang tanya pulak. Tak per lah... entry bakal top blogger yang syok sendiri memang macam tu kan.  Perasan sendiri... hahahaha

27 Ogos 2011

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Duit Raya sebanyak RM1000.00 dari blog Denaihati bagi tahun 2011 untuk rakan blogger.  Lumayan kan?  Biarpun bukan RM1000.00 yang menjadi taruhan tetapi yang penting adalah semangat untuk menyertai contest ini.  Bagi aye contest ini merupakan contest yang berprestij dan berprofail tinggi. 

Kerana ia terbuka kepada 1Dunia blog.  Bermakna dari pelusuk manapun blogger berada sekiranya terbuka pintu hati untuk menyertai contest ini... peluang tetap ada.  Bukankan itu suatu prestij dan profail contest yang tinggi.  Sementelahan lagi blog Denaihati telah mencapai ranking yang tersendiri dalam kelasnya.  Hebat!


Tanpa banyak bicara... kerana bateri laptop ni pun semakin kurang, maka dipendekkan cerita aye senaraikan entry 'Related Post' yang berjaya dikenalpasti bermula dengan

1.  Rakan Denaihati Network

Hanya sehingga itu yang dapat dikejar... selebihnya kalau diberi masa sehingga esok mungkin boleh dapat lebih lagi... itupun masa yang diambil tak masuk masa rehat ... Fuhhh memang semangat sungguh nak buat ni... mana nak kejar masa nak masak lagi... dah tu sibuk pulak dengan nak layan anak2...sabar ajer lah..

20 Ogos 2011

Bazar Raya 2011 di Hotel UiTM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi nak menyemak jap kat sini, sementara masih dok hot dengan item top blogger di bulan Ramadhan.

Catatan ini adalah sambungan kepada kisah Buffet Ramadhan dan Sahur Hotel UiTM 2011.

Bazaar Raya di Meranti Grill Hotel UiTM bermula 1:00 petang hingga 9:00 malam,
02 Ogos 2011 sehingga 26 Ogos 2011

Bazaar Raya 1: Aneka Corak Tas tangan dan kain pasang dari harga RM 30 - RM 49

Bazaar Raya 2: Aneka Corak selandang Pashima dan tiga segi serta make up dari Miss Rose dan kain kotton dari harga RM 10 - RM 75
 
Biskut Chocolate Almond Pudina, Biskut Keju, Tart Nenas, Biskut Hawaian Coconut, Biskut Red Ruby, Nestum Roll, Dahlia, Conflakes Madu, Kek Kukus Pelangi/Mocha/Blueberry, Kek Sarang Lebah dan Aneka kerepek. Dari harga RM 3 - RM 25
Bazaar Raya 3: Aneka corak tudung dari harga RM 10 - RM 30
Biskut Marble Cappucino,Bangkit Kacang hijau,Tier Drops,Almond London, Tart Nenas,Choc. Stick,Mazola,Peanut Butter,Makmur, Hazelnut Cruncy,Red Pearls dan Conflakes dari harga RM 18 - RM 23
Bazaar Raya 4: Pekasam,Seruding, Baju Kanak - kanak, English home decor (Alas kaki, table runner & Single carpet), Aneka Kerosang. Dari harga RM 3.50 - 50

Bazaar Raya 5: Maruku,Kuih Kapet,popia kecil,Biskut Tart nenas,Almond london.almond mama carey,kristal,biskut gajus, biskut samprit,choc.chips,bangkit sagu, mazola dari harga RM 15 - RM 28
 Aneka baju kurung kanak2 dari harga RM 40



05 Ogos 2011

Target Pageview Bulan Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pageviews bulan Julai 2011 4,892

Hajat hati nak sasarkan pageviews untuk bulan Ogos 2011 sebanyak 5,500 

Kenapa 5,500?
Sebab ini blog aye dan itu sasaran awal.  Kalau tercapai dah cukup bagus tapi kalu lebih lagi sangatlah bagusnyer... kalau tak tercapai?... Tak per tunggu sasaran bulan September 2011 pulak... amacam boleh? 

Hidup Luar Biasa.

02 Ogos 2011

Aktiviti senggang di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

apa lagi aktiviti masa lapang di bulan Ramadhan kalau bukan tidur.... tapi kan dalam banyak2 aktiviti kenapa mesti tidur? sebab ada orang kata kador balik tidur malam tadi yang tak cukup kerana solat tarawikh campur dengan bangun sahur... kalau tidak ngantuknyaaa... macam mana nak drive.

sebenarnya selain dari tidur ada lagi aktiviti yang sangatlah berfaedah dan mendatangkan pahala...

tak tau earkkkkkk....


bukan sahaja berbloging join segmen-segmen... hehehe... terkejut ehhh... tu la banyak sangat dah gambar dia kat sini... so tambahkan kebanyakan itu lagi... nak membebel... sebab join teka-teka mummy ayu tadi... nun kat bawah tu... dah salah...

eh... aktiviti apa nie... bukan tu la maksudnya....


ini ha...

tadarus al quran... hari ni dah masuk hari kedua... group aye kena baca juzuk 6 sampai juzuk 12, mesti habiskan sebelum 20 Ramadhan 1432 sebabnya lepas tu ada majlis khatam quran... teringat pulak zaman bebudak dulu...

aye kalau janji nak upload gambar sendiri memang tak pernah tepati ... sebabnya ... malas nak layan nokia N95 tu, memori dah hampir penuh nak delete yang mana tak tau.. so tak nak lah janji tapi kalau ada tu ada lah gambar.. Pusat Islam pun oke kan sebab aye susah sikit nak interframe muka sendiri... kalau awal-awal dulu ada la tersesat sekeping dua... tapi rasanya nak delete lah...

Sekian selamat menyambut Ramadhan 1432


01 Ogos 2011

Jurnal sang Julai 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambaran analisa nuffnang bagi bulan Julai 2011.  Sesuatu yang agak mengejutkan dan agak luar biasa juga, kerana sepanjang perkenalan dengan nuffang tidak pernah lagi analisa bilangan pengunjung bulanan mencecah sehingga 1100 apatah lagi sehingga 1600.  Ada imporovement di situ dan suatu peningkatan yang agak membanggakan.  (bangga diri erhhh... subhanallah!)

ini pula gambaran analisa bagi kata kunci aau keywords yang sempat menyinggah di blog.  lihatlah yang paling top sekali adalah jejari runcing dan telah mengalahkan nik zaris nelydia... untuk bulan Julai 2011.  mungkin juga kerana kisah pertunangan mereka atau juga kisah perhubungan mereka.  Aye tak mau komen lah pasal hubungan mereka tu... kerana aye tak tahu menahu dan memang tiada kaitan lansung dengan mereka... mereka?... siapa mereka?.... hanya jauhari yang mengenal manikam...

ini lagi gambaran kata kunci yang diperolehi dari blogger... blogpsot... kelihatannya hampir sama dengan nuffnang... ehhh, memang lah sama kan sebab ini blog yang sama... perghhhh.

dan... tidak dilupakan beberapa blog daripada 10 link utama yang telah menyumbangkan trafik ke sini.  Antaranya lailyqaisyirah.com (54) dan bulanjatuhkeriba.blogspot.com (16) tak ketinggalan juga yang paling tinggi sekali adalah mr google Malaysia, Indonesia dan Singapura.  Lain-lain tu bukan tiada cuma tak termasuk dalam top ten aje.

Diringkaskan cerita, terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi sumbangan idea dan juga perkongsian maklumat.  Secara jujurnya aye akui, memang tak banyak improvement yang dapat dilakukan dalam masa yang singkat ini memandangkan hambatan masa kerja dan masa untuk keluarga, sehingga ada ketikanya aye terbebel sekejap di sini dan adakalanya wordless dan sesekali idea membeku. Namun hidup seorang blogger macam tu lah ada pasang surut, tak kira masa.  Bila ada idea banyaklah nak dicatatkan tetapi bila tiada senyap jer... tak pun merapu... heh



Sekianlah adanya... Selamat berpuasa


1 Ramadan 1432 | 1 Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432

Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak.  Semoga dikurniakan kerahmatan dan kesejahteraan di sepanjang bulan Ramadhan ini.  Semoga Ramadhan ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita.  Semoga Ramadhan ini memberi penuh makna dalam kehidupan kita.  Semoga Ramadhan ini dapat kita lalui dengan sempurna.

#Cerita bersahur ahli keluarga pula:
Jam 4.00 pagi, semua ahli keluarga bangun, mula dari Inas Insyirah yang berusia 7 bulan sehingga lah Alif yang berusia 5 tahun.  Cukup jam 6.00 pagi, tidur semula.... Ujian pertama di bulan Ramadhan 1432...


Sekian, salam Ramadhan.

31 Julai 2011

Senarai Kueh Raya 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Maaf entri ini tiada gambar untuk diutarakan... Then, bila terbaca nama kueh tu... gambarkan sendirilah macam mana rupanya, seperti juga gambaran rasanya yang pasti enak dan disukai ramai.

Entry ni juga nak tumpang glamor Hotel UiTM, sebab dicedok bulat-bulat dari email yang diterima dari Hotel UiTM.  Adalah ubahsuai sedikit jenis tulisan dan saiznya agar bersesuaian dengan blog yang baik nih...

layan la ehhhh

.
.
.
.
.

Promosi Kuih Raya Hotel UiTM Kembali Lagi !!!
 Semua harga bagi kebanyakan kuih dikekal seperti tahun lepas serta kualiti kuih dipertingkatkan.
Senarai Kuih Raya 2011
 · Biskut Makmur RM 18 / 50 Biji
· Biskut Mazola RM 15 / 50 Biji
 · Biskut Bangkit Sago RM 18 / 50 Biji
 · Biskut Gajus RM 18 / 50 Biji
 · Biskut Sampret RM 18 / 50 Biji
 · London Almond RM 20 / 50 Biji
 · Tart Nenas RM 20 / 50 Biji
 · Choc. Chips RM 20 / 50 Biji
 · Maruku RM 15 (1/2 kg)
 · Kuih Kapit RM 17 (1 Balang)
Kepada sesiapa yang berminat boleh berkunjung ke Meranti Grill, Hotel UiTM. 

Bermula 02 Ogos hingga 26 Ogos. Jam 12.00 tgh hingga 09.00 mlm.
 Hubungi Zaini 017 2300545 / Hotel UiTM Shah Alam
Amy 019 3178483 (Hotel UiTM)
 Tempahan juga boleh dibuat secara email ke

Seperti biasa tempahan tuan puan boleh dihantar terus ke pejabat atau mengambilnya di Hotel UiTM.

Pesanan Khas daripada Penaja:  Semua urusan tempahan dan pengambilan adalah tanggungjawab individu yang sangat-sangat berminat untuk mendapatkan keenakan kueh raya buatan Hotel UiTM.
 Terima Kasih &Selamat Menjalani Ibadah Puasa