Suka duka sebuah perjalanan blog picisan sepanjang Ogos 2011. Bermula dengan 1422 paparan dan 752 pengunjung yang unik untuk minggu pertama merupakan satu permulaan yang amat membanggakan bagi blog picisan ini yang baru nak menapak dan mencari jalan untuk meneruskan perjalanan dalam dunia blog. Pada pertengahan bulan Ogos jumlah paparan dan pengunjung yang unik pula mula menurun sedikit demi sedikit sehingga ke penghujung bulan Ogos 2011, paparannya telah menurun kepada 215 dan 121 pengunjung unik.
Daripada statistik berkenaan memang dapat dirasai oleh penulis ini bahawa idea dan catatan yang telah dikeluarkan tidak menarik minat pengunjung atau terdapat beberapa isu semasa dan isu dalam serta pengurusan blog yang semakin tidak teratur.
Penulis dalam masa yang sama sedang dan akan terus berusaha untuk menghasilkan tulisan dan karya yang terbaik yang mampu menarik minat pembaca.
Paling kurang perlu ada info yang bermanfaat bukan sekadar catatan syok sendiri yang akhirnya memakan idea hingga kering kontang lantas melahirkan catatan merapu yang langsung tidak menarik minat.
Daripada graf dapat juga dijelaskan di sini bahawa pengunjung yang paling ramai berkunjung ke blog ini adalah sudah tentu rakyat Malaysia. Saya sayang Malaysia. Diikuti dengan pengunjung dari Amerika Syarikat yang menyumbang peratusan trafik sebanyak 6.03.
Kurang pasti pula atas dasar apa mereka singgah di blog ini memandangkan seratus peratus bahasa adalah dalam bahasa Melayu kalau ada bahasa Inggeris adalah sekali dua yang menggunakan bahasa rojak.
Seterusnya diikuti pula dengan pengunjung dari Indonesia dan Singapura. Pengunjung yang paling rendah adalah dari negara Poland dan Georgia yang masing-masing menyumbang trafik sebanyak 0.07%. Terdapat juga pengunjung yang tidak dapat dikenalpasti negaranya.
Namun yang paling menarik perhatian adalah berkaitan dengan kata kunci yang turut menyumbang trafik ke blog yangbaik.
Antara kata kunci yang paling banyak adalah berkaitan jejari runcing. Ingin dinyatakan di sini bahawa tiada cerita peribadi atau isu-isu yang berkaitan peribadi jejari runcing tetapi semua cerita adalah meminjam istilah berkenaan sahaja.
Biarpun tiada cerita peribadi tetapi jejari runcing atau blog jejari runcing merupakan kata kunci yang paling top di bulan Ogos. Mungkin juga ada kaitan dengan kisah peribadi seseorang atau juga yang ada kaitan dengan hubungan seseorang. Atau mungkin juga akan terus menjadi kata kunci pencarian utama untuk bulan-bulan yang akan datang.
Sedikit sahaja pencarian berkaitan kueh raya atau nama yang dikatakan ada kaitan dengan Makcik Hajja Sitt AlWuzara. Sedikit juga pencarian berkaitan kebaikan iaitu maksud taqarrub.
Sehingga itu dulu sebuah cerita suka duka perjalanan blog yangbaik untuk bulan Ogos 2011. Penulis ini dalam kekeringan idea, mungkin juga kerana dah penuh dengan ketupat, lemang, rendang rusa dan kopo O.
Jangan lupa selepas ini untuk meneruskan amalan Puasa Enam sebaik-baiknya buatlah di awal bulan Syawal dan janganlah tunggu sehingga ke penghujung. Semoga tidak terlewat dan tidak terlepas untuk melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal 1432 / September 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.