gambaran rendang rusa di dalam kuali yang sedang menggelegak...
Rendang Rusa? Biar betul. Betul la. Daging Rusa satu kg RM28.00 mana nak dapat. Hanya di Seri Iskandar saja. Kalau ada di tempat lain dengan harga yang sama baguslah tetapi ia hanya satu kebetulan saja. Dah survey di tempat lain yang berdekatan dengan Seri Iskandar rasanya tak dapat harga yang sama.
Oleh kerana hari ini kerja half day, balik jam 1.00 terus tumb print. Mula-mula cari bahan-bahan untuk buat rendang. Nak tau bahannya? Ala biasa jer antaranya serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, cili giling Cap Puteri jer, daun kunyit (kena beli juga sebab dah tanam daunnya masih kecil lagi), santan (kotak) dan gula kabung. Hehehe bahan terakhir tu ada kakak kat kedai tu terkejut ? Boleh ke masukkan gula kabung dalam rendang? Mengapa pula tidak, gula kabung ni memberi rasa lemak dan manis pada masakan seperti rendang bukan saja untuk buat kueh buah melaka atau buat pengat pisang.
Cara buatnya seperti biasa saja... campak2 jer dalam kuali. Api kecil sahaja, kacau sampai kering. Dah siap... hasilnya sedap di makan dengan lemang pemberian jiran sebelah dan juga makan dengan nasi panas semasa berbuka puasa. perghhh... lembut jer daging rusa nie..
Eh eh, macam ada orang tanya pulak. Tak per lah... entry bakal top blogger yang syok sendiri memang macam tu kan. Perasan sendiri... hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.