22 September adalah Hari Tanpa Kereta Sedunia. Oleh kerana dunia sekarang dan penuh sesak dengan kereta dan adakalanya sukar untuk mendapatkan tempat untuk letak kenderaan. Kemungkinan program ini diadakan bertujuan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Ipoh atau juga Kota Bharu. Itulah adalah antara bandar-bandar di Malaysia tidak termasuk bandar-bandar besar di seluruh dunia seperti Taiwan, Kota Jakarta, New York atau kota London.
Kempen ini memanglah amat baik, namun agak sukar mendapatkan maklumat mengenai kempen ini. Secara kebetulan tengahari tadi "terlihat" berita di TV3 mengenai kempen yang dilakukan oleh pihak KTMB dan terbaca berita semalam di Utusan Malaysia Online mengenai program yang dilakukan oleh Syarikat pengangkutan awam, Rapid Penang Sdn. Bhd. (Rapid Penang) pada 21 September 2011. Rapid Penang Sdn Berhad telah mengedarkan sebanyak 500 tiket bas percuma kepada orang ramai sempena sambutan Hari Tanpa Kereta Sedunia.
Semoga kempen yang dilaksanakan oleh pihak-pihak berkenaan mampu memberi kesan positif terhadap pencemaran alam sekitar sekali gus menyumbang kepada suasana dan udara yang segar.
Sekian. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.