Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Harga top up pula naik 6%. Khabarnya ia adalah untuk caj perkhidmatan. Dengan itu secara tidak langsung nilai top up juga akan bertambah. Tiada lagi prepaid bernilain RM30.00 tetapi akan jadi RM31.80. Boleh jadi juga akan jadi RM28.20.
Heboh di pejabat pasal harga top up pula naik. Apa nak buat kan sekarang semua barang dah naik harga. Adakah kenaikan harga ini ada kaitan dengan kenaikan harga minyak atau harga barangan lain seperti caj elektrik atau harga gula?
Mengapa mesti dinaikkan harga sampai 6%. Jika dinaikkan juga, apa pula mekanisma kawalan yang dilakukan oleh pihak berkenaan bagi penjualan prepaid di kampung-kampung atau kawasan pendalaman. Pernah terjadi bila beli prepaid RM10.00, "caj perkhidmatan" yang dikenakan adalah 50 sen. Kalau beli RM5.00 dikenakan tambahan 20 sen. Apa kes? Antara mahu dengan tidak terpaksa juga beli kalau tidak dalam dunia handphone yang serba maju ini kita akan terputus hubungan dan dengan kata lain hilang punca untuk berhubung.
Di Pejabat sekarang ni heboh nak beli top up banyak-banyak nak jimat sementara menunggu kenaikan 6%. Adakah cara ini berbaloi? Bagi sesetengah orang lagi kenaikan ini memang membebankan.
Memang tidak dinafikan bila tiba masa kita akan berhadapan dengan berbagai-bagai kenaikan harga. Cuma tak sangka pula harga prepaid akan naik secepat ini atau sehingga 6%. Adakah selepas ini akan tumbuh semula pondok-pondok telefon awam bagi cendawan lepas hujan.
Sedang berfikir sejenak.....
$*.*$
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.