Pageviews

12 Oktober 2011

3 langkah mudah memberi ulasan di blog

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

3 langkah mudah memberi ulasan atau komen di blog.  Bunyi macam mengada-ngada jer entry ni.  Kan senang jer nak bagi komen kat blog.  Zaman blog popular ni, karut lah kalau ada orang tak tau nak bagi komen.  So Why?  Langkah tu memang mudah tetapi kenapa?  masih tiada yang memberi komen?  Tu maknanya ...

Walau apapun alasan, untuk memudahkan semua pihak berikut adalah 3 langkah seperti maksud di atas:


1.  Baca Entry/Catatan. 
Di bawah catatan ada tulisan O Ulasan, Klik pada perkataan berkenaan. 


2.  Tuliskan ulasan anda pada kotak kosong seperti di atas.
Tuliskan pandangan dan idea mengenai isu yang diutarakan.  Perkongsian idea selalunya bukan sahaja untuk penulis blog berkenaan tetapi boleh juga dijadikan panduan kepada pelawat lain yang melawat.  Semoga ulasan yang diberikan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada orang lain.


3.  Pilih identiti.
Tidak semua blog memberi banyak pilihan identiti.  Bagi contoh ini, identiti yang dipilih adalah "Nama/URL".  Taipkan nama pada kotak yang disediakan dan bagi kotak URL adalah terpulang sekiranya ada blog tuliskan alamat blog, jika tiada boleh tuliskan alamat email.
Jika anda memilih "Tanpa Nama", kemungkinan ulasan itu akan masuk ke kotak 'SPAM' dan tidak akan dilayan.
Akhir sekali klik pada kotak "Terbitkan ulasan anda". 
Selesai

Apa pun identiti dan ulasan anda, kebiasaannya amat dihargai oleh blogger. 

Ada pandangan lain?
,

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 | 5 Tahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Peperiksaan Akhir Tahun 2011 bagi pelajar berusia 5 tahun. 
Perhatian! 5 tahun bukan Tahun 5.
Bermula 10 Oktober 2011 hingga 13 Oktober 2011.
Sebanyak 8 matapelajaran, 1 hari 2 subjek
Bermula dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Al-Quran, Tulisan Jawi, Peribadi Muslim, PSSPI dan Matematik.
Terasa seperti mak bapak yang nak ambil exam untuk PTK. (walau PTK dah mansuh)

Semoga Alif berjaya.

Selingan sebentar...

"Tadi ada 3 buku soalan, alif dapat jawab 1 buku jer, maknanya alif boleh dapat nobor satu sebab alif jawab 1 buku"

Cikgu kata alif budak pandai dapat jawab 1 buku jer...

Konfius atau keliru... jangan salahkan anak-anak kalau dia salah tafsir kerana hatinya suci bersih tidak mengerti ejekan atau gurauan...

Sebagai orang dewasa apa pula pandangan anda jika diberikan ganjaran yang tidak setimpal?

???

`

11 Oktober 2011

Bantuan bukan cari susah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Memudahkan urusan orang lain bukan bererti mencari susah.  Memang benar bila kita bantu orang lain, kerja kita akan tergendala tetapi itu bukannya lama sekadar memudahkan kerja orang.  Mana kita tahu dengan memudahkan kerja orang lain, kelak kerja kita juga akan jadi mudah.

Kita harus sedar bahawa bukan semua orang dilahirkan boleh terus berjalan atau boleh makan sendiri.  Perlu bersuap perlu diberi peluang dan tunjuk ajar. 

Namun tidak semua orang juga bila diajar akan cepat memahami atau mudah memahami arahan.  Tambahan pula setiap orang dilahirkan dalam suasana dan latarbelakang keluarga yang berbeza. 

Kita adalah tergolong dalam hamba Allah yang bertuah kerana diberi peluang untuk memilik kefahaman yang tinggi dan kepintaran serta kepandaian dalam memahami sesuatu isu.  Sedar tak kita bahawa ilmu yang kita ada itu hanyalah tidak sampai setitik pun daripada ilmu yang terdapat di lautan luas.  Inikan pula tujuh lautan dari tujuh benua.

Kepintaran dan kepandaian yang kita miliki tidak sama dengan ilmu yang ada pada orang lain.  Hari ini kita bantu dia, ilmu kita akan bertambah lagi dan esok lusa kita pula akan dibantu walau bukan oleh orang itu tetapi orang lain dan dalam bentuk yang berbeza dan tidak sama.

Hidup kita tidak selamanya di situ dan akan sentiasa berubah.  Tidak sekarang esok, ataupun bulan depan ataupun tahun depan ataupun dalam jangkamasa yang kita sendiri tidak terfikir.

Bila memberi bantuan berusahalah sebaik mungkin dan sekuat mungkin seperti mana kepandaian yang kita miliki untuk tidak mengungkit kembali bantuan yang kita berikan.

Ilmu yang kita miliki akan hilang kehebatannya apabila diungkit-ungkit mengenai bantuan yang telah diberikan.

Semoga dalam hidup ini kita sentiasa memberi kemudahan dan bantuan kepada orang lain.  Gunalah kepandaian dan akal yang diberikan Allah untuk jalan kebaikan.  Jangan sentiasa mengharap balasan atau ganjaran dari orang yang kita bantu.  Mungkin dia tidak mampu bantu kita kerana ilmunya tidak sama dengan ilmu kita tetapi kita tidak tahu apa pula ilmu yang dimilikinya atau ilmu yang bakal dimilikinya.

Sekian.

.*.
'

Pujian dan celaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hendak memuji biar bertempat
Hendak mencela biar bertempat


Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.  (Ibnul Qayyim)

Semoga bermanfaat.

Header baru | Suka duka pentas dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



sementara menunggu video 'bunga angkasa 2011' di upload... sempat juga reka header baru untuk blog sendiri.
Ringkas jer...

berbalik semula ke 'bunga angkasa'... rasanya tak dapat la kot nak upload... besar sangat video nye... tengoklah nanti nak upload kat youtube pulak...

*.*

10 Oktober 2011

Bunga angkasa versi 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Dah sekian lama simpan video klip bunga angkasa nih dan buat 'ring tone' juga.  Sampaikan anak2 pun dah terhafal dengan lirik lagu nih... kalau dulu tak berapa layan sangat la... kononnya lagu dalam kategori 'rock keras'.   Tetapi keistimewaan penyanyi itu telah menggugat segalanya.

Hebat sangat ke penyanyi tu... sampaikan boleh menggugat 'yangbaik' dan sehingga dijadikan sebagai ringtone ... yang sebetulnya ''yangbaik'' pun tak lah hebat mana tak glamor pun ... cakap jer tinggi menjulang...cakap banyak tak moh... meh layan






maaf lah... video ni memang berat... kalau agak link sopan santun macam siput sedut  ker.. tak pun miring macam ketam... alamatnya memang lambat tak pun tak dapat ... ini pun sedang 'upload' video tak habis-habis lagi...

Dah pusing keliling merata facebook dan twitter... tinggal lagi tak tahu guna skype... kalu tidak ntah ke mana hala jer...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


dan... akhirnya... setelah hampir setengah jam ... video tu tak juga 'upload' ... maka dibatalkan saja niat...

Sekian..

Ada apa dengan sakit hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ada apa dengan sakit hati
Apa pula bezanya dengan hati sakit

Ada satu istilah lagi, jika hati anda rosak atau sakit dalam ertikata kesihatan, dapatkan tonik al Jabbar.
Bukan nak promosi tetapi itulah biasa yang kita baca di akhbar sekarang .. kan?



"Janganlah Anda duduk-duduk (bermajelis) bersama para pengikut hawa nafsu, karena sesungguhnya duduk-duduk bersama mereka akan membuat hati menjadi sakit".  (Ibnu 'Abbas)

SEKIAN

*.*


09 Oktober 2011

Blogger yang tersesat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Malu bertanya sesat jalan.  Blogger tersesat buat cerita.  Malu ker nak cerita perihal tersesat jalan?  Tidak lah, bukan semua orang kenal aye. Kalau kenal pun, memang orang yang dah tahu aye ni berat mulut (pemalu la sangat... hehehe).  Dalam otak macam-macam berlegar seribu persoalan tetapi tak terkeluar dek mulut ni nak bersuara, sebab tak tahu macam mana nak tanya dan tak tahu apa yang nak ditanya.  Dan sebab paling mungkin adalah kerana 'blurr' tak tahu jalan cerita dan sebab jadi pak turut (or dalam kes ni mak turut).

Kami telah dijemput ke satu majlis kenduri keluarga di Ipoh.  Asalnya ingat di Chemor dekat dengan kawasan perkelahan di Ulu Chepor.  Hari ni baru tahu rupanya bukan di Chemor.  Alamak! tak tahu jalan la sebab tak pernah pergi pun rumah tu.  Nasib baik jugalah bukan pergi sendiri, kalau tidak memang tak sampai.  Kami pergi berlapan (6 + 2). 

Oleh kerana jalan sekarang dah banyak berubah, terutama jalan utama di Ipoh. Tetapi itu tak kisah lagi boleh redah jer...sampai di Jelapang dah pusing 2 kali tak jumpa jalan sebabnya dulu dengar kata boleh lalu kot Tol Jelapang.

Tau kan? Tol Jelapang dah tutup dan pindah lokasi baru. Tau tapi tak tau pulak jalan nak ke tempat tu pun berubah juga.  Sebab isi minyak Ron 95 penuh jer kalau tidak mau sangkut kat tengah jalan... hishh minta simpang malaikat 44 janganlah sampai jadi macam tu.

Bukan lah nak berlagak tapi tak nak menyusahkan orang yang menjemput, so telefon jer lah jadi perantara tetapi tak sampai juga... So akhirnya kami sampai juga tetapi setelah 'mengikut dari belakang'. 

Yang sebenarnya jalan dah jumpa tapi tersilap simpang jer, sepatutnya masuk simpang kiri tapi masuk simpang kanan. Apa lagi, terbabas jauh la jawabnya... parah memang parah kena patah balik dan mula dari awal sebelum masuk simpang... huwaa...

Dah sampai rumah 'kenduri', orang dah tinggal sikit.  Kira bagus jugalah kan tak susah nak rebut-rebut tunggu tempat makan.  Sampai jer makanan dah siap terhidang, lapar punya pasal terlupa nak tangkap gambar makanan yang sedap-sedap tu... antaranya kerabu mangga, sambal tumis udang, masak lemak labu kuning, sambal tempe goreng (betul ke nama nie?), ikan dan ayam goreng.  Kerabu mangga memang feveret la... ratah macam tu jer... dapat pula door gift coklat rose handmade by Kak Hanim (TQ).

Habis cerita , kami balik le..Sekian.

*.*

.

Hati untuk orang istimewa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi berkongsi catatan pada hujung minggu

Tidaklah seorang hamba menghadap (beribadah) kepada Allah dengan menghadirkan hatinya, melainkan Allah akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman kepadanya, hingga mereka mencintainya.(Harom bin Hayyan)

Sekian, semoga bermanfaat

Bajet 2012 | Antara bonus, kenaikan gaji dan kenaikan harga barang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bajet Malaysia 2012 telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2011. 

Banyak kebaikan dan faedah daripada pembentangan bajet berkenaan.  Terutama kepada ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 dapat one-off untuk anak-anak sekolah rendah hingga sekolah menengah. 

Dapat juga pelepasan cukai yang agak tinggi. Dan yang paling amat menggembirakan pastinya kakitangan awam, antaranya dapat tambahan bonus lagi setengah bulan gaji atau RM500.00 dan kenaikan gaji.

Apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kenaikan harga barang.  Sungguh tinggilah harapan kami bukan sahaja kakitangan awam tetapi mewakili juga rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung andainya jadilah harga barang naik sudah tentu menyusahkan.  Baru nak merasa naik gaji boleh hantar ke kampung lebih sikit, nak menabung untuk masa depan... tiba-tiba macam tiada kenaikan gaji pulak... manakan tidak harga barang dah melambung ... harga ayam pun dah mencecah RM9.00 sekilo belum lagi kira harga ikan mambung sekilo jer dah mencecah RM10.00.

Walau apa pun kenaikan harga barang itu pastinya ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi negara dan juga situasi global yang rata-rata menuntut pengorbanan dari semua pihak.

Semoga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa di tanah air Malaysia yang tercinta ini.  Cukuplah dengan segala musibah melanda selama ini... hentikanlah kekejaman sesama makhluk dan janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri. 

Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa, jangan diikutkan hati dan nafsu yang melulu, semuanya tidak berbaloi. 

Sekian. 

*.*