Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2012. Papar semua catatan
26 Disember 2012
12 Mac 2012
World Sleep Day 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia
World Sleep Day 2012
Tarikh: 17-18 Mac 2012
Masa: 10:00am - 10:00pm
Tempat: Berjaya Time Square (LG Concourse)
07 Januari 2012
Baucer Buku 1Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Catatan ini dipetik dari laman web MOHE
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1. PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.
2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a) Warganegara Malaysia;
b) Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c) Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d) Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f) Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g) Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h) Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.
6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a) Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g) Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h) Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. PENUTUP
a) Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b) Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c) Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.
Sumber rujukan: http://www.mohe.gov.my/portal/component/content/article/34-slide-banner/535-baucar-buku-1malaysia.html
Edited:
Agihan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar UiTM (Perak) akan dilaksanakan pada 9 Januari 2012 (Isnin) mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Dewan Seri Iskandar.
Agihan dibuat kepada semua pelajar UiTM (Perak) iaitu pelajar sepenuh masa, e-PJJ, PLK, DBA dan EMBA yang masih aktif sahaja dalam sistem SIMs.
Urusan agihan dilaksanakan oleh staf Pejabat Bendahari.
05 Januari 2012
Majalah Nur | Januari 2012 | Dilema Bajet 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Nur Januari 2012 | Dilema Bajet 2012
Masih belum terlewat rasanya untuk berkongsi kandungan maklumat di dalam Majalah Nur keluaran Januari 2012. Majalah ini adalah antara majalah kesukaan Yangbaik bermula dari keluaran yang pertama hingga kini dan selamanya (selagi ada di pasaran).
Sayangnya tahun 2011 tak banyak koleksi yang dapat dikumpul. Tak perlu cerita lah kot kenapa tak sempat kumpul, kerana alasan itu pasti menjemukan dan meloyakan walaupun bukan kerana hamil.
Terdapat banyak maklumat dan info dimuatkan di dalam majalah Nur yang terbahagi kepada 6 segmen atau bahagian utama. Paling istimewa untuk bulan Januari 2012 adalah adanya booklet "Gaya Busana 2012". Memang menarik kerana didalamnya mengandungi kelainan dalam dunia fesyen muslimah untuk tahun 2012.
Segmen lain yang dimaksudkan adalah :
* Gaya Cantik dan Sihat
- Kenali Finalis Cover NUR dan Penghijrahan Artis Nieyl
- Pesona Pearl Haya
- Gaya Radiusite Cetus Kelainan
- Ekspresi Diri
- Info Diet
- dan banyak lagi
* Kerjaya, Bisnes & Bijak Wang
- Rahsia Sukses
- Pejabat ke Pejabat
- Kerjaya
- dan banyak lagi
* Mom's Corner (mungkin boleh juga ditukar kepada Sudut Famili)
- Pilihan Mama
- Ibu Bapa Alami
- Hujung Minggu
- Suami Isteri
- dan banyak lagi
* Citra Muslimah
- Personaliti Berinspirasi (Yangbaik amat suka topik ini)
- Muslimah Bestari
- Pose Cantik
- dan ada lagi
* Saffiya Untuk Bujang
- Nur Pilihan
- Isu Orang Bujang
- Jejaka Pilihan (ehhhh... ada jugak)
- Tip Untuk Orang Bujang (menarik neh..)
* Air Tangan & Deko
- Cepat Sedap (macam tak sesuai jer tajuk nye...)
- Enak Rasa
- Ayuh Kreatif
- Buat Sendiri
- dan... ada lagi (bukan tajuk tapi bermaksud dan lain-lain)
Fokus utama keluaran pada kali ini adalah berkaitan kawalan perbelanjaan. Terdapat 15 tip elak duit melayang..
Sekian, selamat membaca dan dapatkan Majalah Nur di pasaran sekarang... (pengiklan tak bertauliah la...)
>_<
.
03 Januari 2012
WBB tahun 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Opsss... masa dah time....
tiba-tiba berlari berkejaran ke thumb-print or e-jari
masa dah tiba...
alamak dah jam 8.15 la...
lewat la pulak hari ni...
dah la hari pertama kerja di tahun 2012
tiba-tiba terlewat pulak... bukan sikit sampai 15 minit tu...
*
*
*
*
*
*
*
*
selingan jap
*
*
*
*
aisey....
baru teringat
memang tadi keluar lambat dari rumah
sebab dah tahu dah hari masuk kerja jam 8.30 pagi... WP3
hehehhe buat-buat lupa la pulak...
>
01 Januari 2012
Kisah malam pertama tahun 2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Ini bukan kisah bajet 2012 seperti yang tertera di gambar tetapi kisah kehidupan di jalan raya pada malam pertama tahun 2012 dan mungkin juga ada sedikit kaitan dengan bajet 2012 juga.
Bagaimana kisah ini bermula dan berakhir terpulang kepada penilaian peribadi masing-masing. Yang pasti ia bermula agak mengejutkan kerana remaja Malaysia sungguh berani tak kira remaja lelaki atau remaja perempuan. Sayangnya keberanian mereka tidak bertempat dan tidak pada masa yang sesuai. Simpati pada nasib dan masa depan mereka. Semoga mereka segera sedar dan tidak menjangkitkan 'keberanian' mereka itu kepada remaja lain.
Keberanian pertama bermula sejurus melepasi lampu trafik. Sungguh mengejutkan kerana ketika baru melepasi lampur trafik tiba-tiba muncul sebuah motorsikal memecut laju sambil 'wheeli' di hadapan kenderaan Yangbaik. Terasa tersentap jantung. Ya Allah, kenapa buat depan kenderaan kami. Tak sanggup memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka tadi. Lalu terfikir kalau mereka nak wheeli atau memecut laju macam kilat ker... buatlah tetapi bukan di depan kenderaan kami buat di tempat lain. Tak sanggup...
Kisah kedua tak sempat di rakam gambarnya tetapi ada terakam sebahagiannya di dalam berita TV 9 tengahari tadi.
Kemalangan ngeri yang berlaku sejurus sebelum kenderaan kami tiba di tempat kejadian. Kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Dalam keadaan ini Yangbaik terfikir sebuah petikan yang boleh difahami antaranya 'lewat seminit' lebih baik daripada langsung tidak sampai.
Begitulah sudahnya kehidupan kita, bukan kita yang menentukan, kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan.
Sehingga itu ucapan takziah buat keluarga mangsa. Semoga bersabar atas ujian besar ini.
Sekian.
.
31 Disember 2011
Selamat Datang 2012 | Terima kasih 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Selamat datang 2012
semoga kehadiran 2012 pada kali ini memberi lebih kekuatan dan kejayaan
selamat jalan 2011
semoga cabaran dan rintangan yang dihadapi di tahun 2011 menjadi iktibar dan panduan untuk hidup lebih bererti
terima kasih 2011
di atas pengorbanan dan harapan
2012
datangmu bersana kejayaan untuk dunia dan akhirat
terima kasih.
p/s; malam ni ada pertunjukan bunga api ke?
Biasanya di pekan Lumut ada, tapi kalau nak pergi sana ke pergi awal-awal supaya tidak tersekat dalam jam...
.
21 Oktober 2011
Bajet 2012 | Dapat bonus tidak boleh boros atau kedekut
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bajet 2012 telahpun dibentangkan. Sama ada sedang dibahaskan atau sesetengahnya telah mula digerakkan dan ada sebahagiannya 'ditutup buku'.
Berita yang paling mendatangkan kegembiraan dikalangan penjawat awam adalah berkaitan pemmberian bonus dan kenaikan gaji. Namun di sebaliknya berita berkenaan turut mendatangkan keresahan kerana harga barang sudah mula menjengah pintu untuk meningkat naik.
Sekadar ingatan buat diri sendiri, pemberian dan penerimaan bonus serta kenaikan gaji adalah semuanya rezeki yang dikurniakan Ilahi. Mulai sekarang sediakan akaun untuk berjimat cermat dan elakkan berbelanja pada perkara yang kurang penting.
Memang agak sukar untuk berjimat cermat, tetapi jika niat baik dan berkat kekuatan semangat kita akan berjaya.
Sekian.
"."
Bajet 2012 telahpun dibentangkan. Sama ada sedang dibahaskan atau sesetengahnya telah mula digerakkan dan ada sebahagiannya 'ditutup buku'.
Berita yang paling mendatangkan kegembiraan dikalangan penjawat awam adalah berkaitan pemmberian bonus dan kenaikan gaji. Namun di sebaliknya berita berkenaan turut mendatangkan keresahan kerana harga barang sudah mula menjengah pintu untuk meningkat naik.
Sekadar ingatan buat diri sendiri, pemberian dan penerimaan bonus serta kenaikan gaji adalah semuanya rezeki yang dikurniakan Ilahi. Mulai sekarang sediakan akaun untuk berjimat cermat dan elakkan berbelanja pada perkara yang kurang penting.
"Harta memiliki tiga tabiat. Jika seseorang selamat dari satu tabiat, maka belum tentu ia selamat dari dua tabiat lainnya. Dan jika ia selamat dari dua tabiat, maka belum tentu ia selamat dari tabiat ke tiga. Harta haruslah berasal dari sumber yang baik. Siapa diantara kalian yang pekerjaannya selamat dari dosa, sehingga ia tidak mendapatkan penghasilan selain dari yang baik? Apabila seseorang selamat dari tabiat ini, maka ia harus menunaikan hak-hak yang ada di dalam harta. Dan apabila ia juga selamat dari tabiat ini, maka ia tidak boleh membelanjakanya dengan boros ataupun terlalu kikir". (Maimun bin Mahran)
Memang agak sukar untuk berjimat cermat, tetapi jika niat baik dan berkat kekuatan semangat kita akan berjaya.
Sekian.
"."
09 Oktober 2011
Bajet 2012 | Antara bonus, kenaikan gaji dan kenaikan harga barang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bajet Malaysia 2012 telah dibentangkan di Parlimen Malaysia pada 7 Oktober 2011.
Banyak kebaikan dan faedah daripada pembentangan bajet berkenaan. Terutama kepada ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM3,000.00 dapat one-off untuk anak-anak sekolah rendah hingga sekolah menengah.
Dapat juga pelepasan cukai yang agak tinggi. Dan yang paling amat menggembirakan pastinya kakitangan awam, antaranya dapat tambahan bonus lagi setengah bulan gaji atau RM500.00 dan kenaikan gaji.
Apa yang paling membimbangkan adalah berkaitan kenaikan harga barang. Sungguh tinggilah harapan kami bukan sahaja kakitangan awam tetapi mewakili juga rakyat Malaysia yang tinggal di kampung-kampung andainya jadilah harga barang naik sudah tentu menyusahkan. Baru nak merasa naik gaji boleh hantar ke kampung lebih sikit, nak menabung untuk masa depan... tiba-tiba macam tiada kenaikan gaji pulak... manakan tidak harga barang dah melambung ... harga ayam pun dah mencecah RM9.00 sekilo belum lagi kira harga ikan mambung sekilo jer dah mencecah RM10.00.
Walau apa pun kenaikan harga barang itu pastinya ada kaitan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi negara dan juga situasi global yang rata-rata menuntut pengorbanan dari semua pihak.
Semoga kita semua dapat hidup dengan aman dan selesa di tanah air Malaysia yang tercinta ini. Cukuplah dengan segala musibah melanda selama ini... hentikanlah kekejaman sesama makhluk dan janganlah berlaku zalim kepada diri sendiri.
Bersabarlah dengan setiap ujian yang menimpa, jangan diikutkan hati dan nafsu yang melulu, semuanya tidak berbaloi.
Sekian.
*.*
07 Oktober 2011
Belanjawan 2012 | Dasar Transformasi Nasional
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
7/10/2011.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program transformasi yang sudah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata, dasar itu yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah 2020. Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi. Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan "Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" di Dewan Rakyat pada Jumaat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.
Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka Felda, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.
Malah, Ahli Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.
Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.
Katanya, pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.
Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Baca seterusnya di sini Berita Harian Online Najib umum Dasar Transformasi Nasional
~~~~~
Terkejut atau tidak perlu terkejut kerana bukan semua rakyat Malaysia berminat nak ikuti perkembangan belanjawan 2012.
Sewaktu dalam perjalanan pulang dari pejabat petang tadi lalu di hadapan kedai makan dan terdapat skrin besar di kebanyakan kedai makan, namun tidak kelihatan satu pun skrin yang memaparkan ucapan bajet 2012 yang sedang berlangsung. Sebaliknya yang ditayangkan adalah perlawanan bola sepak, ... hiduplah sukan untuk negara!
Sedangkan kita dalam kekalutan nak cepat balik dan sampai rumah untung-untung sempat juga tengok kesudahan ucapan bajet 2012. Paling tidak dapat juga tahu perkembangan terkini ekonomi negara.
Aku anak Malaysia Merdeka!
Sekian.
*.*
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA