Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Sejak kebelakangan ini suka sangat tengok dan jalan2 di blog kawan blogger yang berkogsi cerita mengenai kisah perkahwinan walaupun bukan kisah perkahwinan mereka.
Antaranya kisah perkahwinan artis muda , Lisa Surihani dengan Yusri KRU dan tidak ketinggalan juga yang terkini perkahwinan Ana Raffali. Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan mereka berkekalan bahagia hingga akhir hayat. Cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan tetap ada walau kepada siapa pun, hanya mereka yang alaminya saja mampu mengatasi dan memahaminya.
Kadang-kadang mereka tulis begitu tetapi kita yang bacanya faham begini. Memang tak sama, mungkin kerana cara pemikiran dan penerimaan kita mengenai penulisan itu berbeza. Tetapi bukanlah satu masalah besar sekiranya pemahaman itu tidak lari dari niat asal penulisnya.
Dalam masa sama, entah mengapa beberapa entri yang tertera di blog yangbaik mungkin telah disalah tafsir. Tidak dinafikan mungkin juga kesilapan yangbaik kerana menulis begini lalu menimbul kefahaman begitu kepada mereka yang membacanya.
Sekadar berkongsi rasa suka duka kehidupan di pentas dunia yang kadang-kadang penuh dengan pilih kasih. Biarpun tidak semua tetapi sebagai manusia normal kita tidak lari dari bermacam-macam perasaan. Cuma mungkin juga luahan perasaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati.
Yangbaik tidak mengenali anda, begitu juga anda yang membaca tidak mengenali yangbaik sepenuhnya. Jika anda mengenali yangbaik... itulah adalah tidak adil sekiranya komen anda tidak pula menggambarkan siapa diri anda sebenarnya....
Sungguh diakui ini blog aye (yangbaik), jadi terpulang kepada yangbaik untuk menulis apa tetapi masih lagi ada batasnya. Justeru yangbaik mohon maaf andai apa yang tertulis menimbulkan kemarahan atau kebencian banyak pihak yang membacanya.
Sekian adanya.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
Memaparkan catatan dengan label ulasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulasan. Papar semua catatan
25 Februari 2012
14 Januari 2012
Kehidupan blog yang bosan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
.
Bosan dengan blog bila kehidupan di blog kelihatan membosankan. Apa sebenarnya kehidupan seorang blogger dan bagaimana boleh dipanggil sebagai blogger? Adakah kerana adanya blog maka seseorang itu layak dipanggil blogger.
Penulisan atau apa saja yang direkod di blog adalah atas minat dan kecenderungan blogger itu sendiri. Namun akan jadi membosankan bilamana ditanya "apa yang menarik dengan blog awak?". Bagi seorang blogger apa saja yang tercatit di blognya adalah menarik. Jika ditanya apa yang menarik, memang sukar untuk diceritakan atau digambarkan.
Untuk itu, jika nak tahu apa yang menarik atau tidak menarik di blog ini... berilah komen. Andainya komen itu mampu dijadikan sandaran untuk menambahbaik lagi blog picisan ini.
.
12 Oktober 2011
3 langkah mudah memberi ulasan di blog
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
3 langkah mudah memberi ulasan atau komen di blog. Bunyi macam mengada-ngada jer entry ni. Kan senang jer nak bagi komen kat blog. Zaman blog popular ni, karut lah kalau ada orang tak tau nak bagi komen. So Why? Langkah tu memang mudah tetapi kenapa? masih tiada yang memberi komen? Tu maknanya ...
Walau apapun alasan, untuk memudahkan semua pihak berikut adalah 3 langkah seperti maksud di atas:
1. Baca Entry/Catatan.
Di bawah catatan ada tulisan O Ulasan, Klik pada perkataan berkenaan.
2. Tuliskan ulasan anda pada kotak kosong seperti di atas.
Tuliskan pandangan dan idea mengenai isu yang diutarakan. Perkongsian idea selalunya bukan sahaja untuk penulis blog berkenaan tetapi boleh juga dijadikan panduan kepada pelawat lain yang melawat. Semoga ulasan yang diberikan dapat memberikan manfaat dan faedah kepada orang lain.
3. Pilih identiti.
Tidak semua blog memberi banyak pilihan identiti. Bagi contoh ini, identiti yang dipilih adalah "Nama/URL". Taipkan nama pada kotak yang disediakan dan bagi kotak URL adalah terpulang sekiranya ada blog tuliskan alamat blog, jika tiada boleh tuliskan alamat email.
Jika anda memilih "Tanpa Nama", kemungkinan ulasan itu akan masuk ke kotak 'SPAM' dan tidak akan dilayan.
Akhir sekali klik pada kotak "Terbitkan ulasan anda".
Selesai
Apa pun identiti dan ulasan anda, kebiasaannya amat dihargai oleh blogger.
Ada pandangan lain?
,
19 Oktober 2010
Ruang ulasan udah dimoderate?
Assalamualaikum,
nak tulis ringkas jer...
hehehe, hari ni opss bukan semalam le, ruang comment dah dimoderate atas sebab-sebab security. Kenapa?... sebab selalu sangat jumpa spam comment... Dan hari ni pulak udah le aye terlupa, dari awal pagi dok tertanya-tanya sendirian "mengapa le tak de orang bagi ulasan nih... dah takder pengunjung ker, hatta (sekali lagi bukan Hatta Dolmat) pengomen tegar seperti Bulan Jatuh ke Riba pun dah tak mengomen... alahai macam pungguk pulak yang merindukan bulan... huhuhu (menangis sendirian dalam hati..merintih macam tak buat salah pulak)... apala... lambat pulak pick-up (bukan lori pick-up tetapi apa yerk) hari ni...
Dah la... tu jer nak kabor kat kawan2 sekelian. Kalau aye terlambat sikit moderate komen tu maaf lah yer...
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA