Hari yang baik tetapi mood tidak berapa bagus
Pada dasarnya setiap hari adalah hari yang terbaik buat kita semua. Bermula dari kita bangun pagi dimulakan dengan doa bangun tidur hinggalah apa yang kita lakukan seterusnya.
Dalam melalui setiap langkah dan detik-deik itu, kadang-kadang ada sesuatu yang mengganggu perjalanan hidup kita dan seterusnya mengganggu emosi kita. Tetapi tidak perkara semasa tetapi apa yang berlaku kelmarin atau semalam turut mempengaruhi hidup kita hari ini.
Hidup mesti diteruskan dengan cara yang terbaik. Cuba atasi rasa yang tidak enak itu dengan baik. Emosi kita hanya kita yang rasa dan kita yang tahu tak perlu dicanangkan kepada seluruh alam.
Kita ini insan bijak maka bijaklah dalam menjaga emosi.