Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Jalan Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan Raya. Papar semua catatan

13 Februari 2012

Sepanjang Jalan Kenangan | Seri Iskandar ke Seri Manjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Sepanjang jalan kenangan bagi setiap langkah dalam perjalanan ke suatu destinasi tersendiri
berhadapan dengan pelbagai situasi bermula dengan kehijauan alam dan akhirnya kehijauan batuan yang menggunung

suatu perjalanan itu dimulakan dengan Bismillah dan juga doa menaiki kenderaan.  Kenderaan itu juga haruslah dipastikan berada dalam keadaan siap siaga dan sedia digunakan serta selamat untuk penumpangnya

setiap perjalanan itu ada pembahagiannya bagi mengenalpasti arah tujuan ke Barat atau Timur, ke Utara atau Selatan
Jangan sesekali terbabas ke jalan yang lain laluan kenderaan lain kerana mereka juga ada arah tujuan mereka sendiri
jangan dikejar lampu yang hijau juga usah dilanggar lampu yang merah malahan kuning juga harus berhati-hati

Perhatikan di kiri dan kanan jalan laluan itu, kerana di situ juga ada kehidupan berilah mereka laluan dan lapangkan juga hidup mereka...lihatlkah durian nan sebatang itu adakah mampu ia bertahan untuk satu tahun lagi atau sepuluh tahun lagi...

Nun di sana kelihatan hijau rimba, pepohonan menjulang tinggi seolah menongkat awan, melambai lembut sang bayu senja.  Kelihatan lantainya telah dirobek rakus sang jentolak. 
Untuk pembangunan?  Ya! dalam kehidupan ini perlu kepada pembangunan dan perubahan.
Sayangnya kehijauan itu terpaksa dikorbankan.... demi sebuah pembangunan...


Kelihatan indahnya alam bersama kehijauan pepohonan muda... hasil usaha anak muda
Adakah ia mampu bertahan lama... selagi ada usaha gunakan masa serta tenaga yang ada pelihara alam hijau bumi kita.

Sekian dulu ranjau kehidupan sepanjang jalan penuh kenangan.  Hijau alam indah di mata.

Kisah hijau batu bakal menjelma...

*

01 Januari 2012

Kisah malam pertama tahun 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ini bukan kisah bajet 2012 seperti yang tertera di gambar tetapi kisah kehidupan di jalan raya pada malam pertama tahun 2012 dan mungkin juga ada sedikit kaitan dengan bajet 2012 juga.

Bagaimana kisah ini bermula dan berakhir terpulang kepada penilaian peribadi masing-masing.  Yang pasti ia bermula agak mengejutkan kerana remaja Malaysia sungguh berani tak kira remaja lelaki atau remaja perempuan.  Sayangnya keberanian mereka tidak bertempat dan tidak pada masa yang sesuai.  Simpati pada nasib dan masa depan mereka.  Semoga mereka segera sedar dan tidak menjangkitkan 'keberanian' mereka itu kepada remaja lain.

Keberanian pertama bermula sejurus melepasi lampu trafik.  Sungguh mengejutkan kerana ketika baru melepasi lampur trafik tiba-tiba muncul sebuah motorsikal memecut laju sambil  'wheeli' di hadapan kenderaan Yangbaik.  Terasa tersentap jantung.  Ya Allah, kenapa buat depan kenderaan kami.  Tak sanggup memikirkan kesan dan akibat perbuatan mereka tadi.  Lalu terfikir kalau mereka nak wheeli atau memecut laju macam kilat ker... buatlah tetapi bukan di depan kenderaan kami buat di tempat lain.  Tak sanggup...



Kisah kedua tak sempat di rakam gambarnya tetapi ada terakam sebahagiannya di dalam berita TV 9 tengahari tadi. 
Kemalangan ngeri yang berlaku sejurus sebelum kenderaan kami tiba di tempat kejadian.  Kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas. 

Dalam keadaan ini Yangbaik terfikir sebuah petikan yang boleh difahami antaranya 'lewat seminit' lebih baik daripada langsung tidak sampai.

Begitulah sudahnya kehidupan kita, bukan kita yang menentukan, kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan.

Sehingga itu ucapan takziah buat keluarga mangsa.  Semoga bersabar atas ujian besar ini.

Sekian.

.

13 Disember 2011

Kehidupan di jalan raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sebuah kisah kehidupan di jalan raya
bukan kisah orang gelandangan
mahupun kisah penunggu jalan
Kisah pengguna jalan raya
memang ramai pengguna jalan raya
namun tidak semuanya perihatin dengan pengguna yang lain
kerana...

jika pernah terdengar suatu masa dahulu orang akan mengherdik
"Hoi! jalan bapak kau yang buat ker nih?
Lalu orang yang diherdik akan terasa malu alah... mengalah la...

Bukan sekarang...
cuba kau herdik dia..
pasti jawapannya bukan yang diingini

Untuk itu, kita semua sebagai pengguna hormatilah hak pengguna lain yang sama-sama membayar cukai jalan dan juga hak sebagai rakyat Malaysia yang merdeka

Jalan raya bukan tempat untuk berdua-duaan
Jalan raya juga bukan tempat untuk bersantai dan bersiar-siar 'makan angin'
Tolong lah... kalau yer pun nak bersiar-siar... silakan ketepi, sikit jer bagi laluan kepada makcik nie... yang baru nak belajar 'merempit' di pagi hari mengejar masa untuk 'thumb-print'..

Dan... jika ya pun nak parkir kereta di tepi jalan atau bahu jalan... silakan lah...
tetapi tolonglah... sebelum buka pintu kereta tu...
lihat-lihatlah di belakang atau depan kot-kot ada motor yang lalu...
tersilap lah makcik ni tak perasan...
terlanggar pintu kereta tu....
yang terbuka luas (seumpama ambulan menurunkan penumpang...)
kan susah... sapa juga yang susah... sama-sama susah...
makcik ni ada anak lagi kat rumah...
tanggungjawab di pejabat juga belum selesai lagi...
sungguh benar sekali... apa yang berlaku sudah takdir...
tetapi salahkah kalau beringat dan berhati-hati sikit.... sikit jer...

hari ini penunggang motosikal ini selamat sampai rumah
mudah-mudahan esok-esok dan kemudian hari juga begitulah hendaknya

amin.
.

09 Oktober 2011

Blogger yang tersesat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Malu bertanya sesat jalan.  Blogger tersesat buat cerita.  Malu ker nak cerita perihal tersesat jalan?  Tidak lah, bukan semua orang kenal aye. Kalau kenal pun, memang orang yang dah tahu aye ni berat mulut (pemalu la sangat... hehehe).  Dalam otak macam-macam berlegar seribu persoalan tetapi tak terkeluar dek mulut ni nak bersuara, sebab tak tahu macam mana nak tanya dan tak tahu apa yang nak ditanya.  Dan sebab paling mungkin adalah kerana 'blurr' tak tahu jalan cerita dan sebab jadi pak turut (or dalam kes ni mak turut).

Kami telah dijemput ke satu majlis kenduri keluarga di Ipoh.  Asalnya ingat di Chemor dekat dengan kawasan perkelahan di Ulu Chepor.  Hari ni baru tahu rupanya bukan di Chemor.  Alamak! tak tahu jalan la sebab tak pernah pergi pun rumah tu.  Nasib baik jugalah bukan pergi sendiri, kalau tidak memang tak sampai.  Kami pergi berlapan (6 + 2). 

Oleh kerana jalan sekarang dah banyak berubah, terutama jalan utama di Ipoh. Tetapi itu tak kisah lagi boleh redah jer...sampai di Jelapang dah pusing 2 kali tak jumpa jalan sebabnya dulu dengar kata boleh lalu kot Tol Jelapang.

Tau kan? Tol Jelapang dah tutup dan pindah lokasi baru. Tau tapi tak tau pulak jalan nak ke tempat tu pun berubah juga.  Sebab isi minyak Ron 95 penuh jer kalau tidak mau sangkut kat tengah jalan... hishh minta simpang malaikat 44 janganlah sampai jadi macam tu.

Bukan lah nak berlagak tapi tak nak menyusahkan orang yang menjemput, so telefon jer lah jadi perantara tetapi tak sampai juga... So akhirnya kami sampai juga tetapi setelah 'mengikut dari belakang'. 

Yang sebenarnya jalan dah jumpa tapi tersilap simpang jer, sepatutnya masuk simpang kiri tapi masuk simpang kanan. Apa lagi, terbabas jauh la jawabnya... parah memang parah kena patah balik dan mula dari awal sebelum masuk simpang... huwaa...

Dah sampai rumah 'kenduri', orang dah tinggal sikit.  Kira bagus jugalah kan tak susah nak rebut-rebut tunggu tempat makan.  Sampai jer makanan dah siap terhidang, lapar punya pasal terlupa nak tangkap gambar makanan yang sedap-sedap tu... antaranya kerabu mangga, sambal tumis udang, masak lemak labu kuning, sambal tempe goreng (betul ke nama nie?), ikan dan ayam goreng.  Kerabu mangga memang feveret la... ratah macam tu jer... dapat pula door gift coklat rose handmade by Kak Hanim (TQ).

Habis cerita , kami balik le..Sekian.

*.*

.

02 September 2011

Oh! Gadis Jagalah Keselamatan di Jalan Raya | Jangan jadi mangsa fesyen!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Wanita Hari Ini 1Malaysia


Oh! Gadis Melayu yang bermotosikal, jagalah keselamatan ketika di jalan raya.  Mengapa Gadis Melayu?  Kerana dalam gambar ini adalah Gadis Melayu yang bertudung dan menunggang serta membonceng motosikal.  Andai bukan Gadis Melayu boleh jadi mereka adalah Wanita Melayu (Isteri seseorang). 


Pesanan ini memang ditujukan khas kepada semua gadis-gadis dan sesiapa sahaja yang menunggang motosikal.  Jagalah keselamatan atau Safety First Babe...

Lihatlah pada gambar ini, tiada salahnya pada mereka yang bermotosikal tetapi waspadalah dengan apa yang anda bawa.  Mungkin kita akan kata adalah mustahil mereka membawa dadah. Betul mereka mungkin tidak membawa dadah atau mereka tidak membawa duit yang banyak.  Eh! mana tahu... hanya kerana sedikit kelalaian sahaja.  Tindakan menggalas beg itu sudah sesuai dan cantik mata memandang.  Terutamanya pada beg gadis itu... cantik!

Tetapi sedarkah, anda bahawa anda sedang diperhatikan oleh seorang blogger wanita?... Hehehe aye lah tu.  Tetapi pemerhatian aye terhadap anda tidak mendatangkan sebarang bahaya.  Hanya pandangan mata yang lain yang akan mendatangkan bahaya kepada anda, iaitu pandangan di peragut durjana.  Mereka tidak mengenali mangsa. 

Andaikata hendak berfesyen, okeh biarkan masih boleh diterima tetapi fesyen itu biarlah tidak mendatangkan mudarat kepada anda.  Mengapa?  Kerana si peragut dengan sepantasnya akan mendekati anda dan menarik beg itu memandangkan warnanya yang merah dan memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.  Biarpun beg itu digalas dan tidak akan tertanggal dari bahu atau tangan anda... Cuba fikirkan dan bayangkan begini.... Apabila tiba-tiba datang sebuah motosikal atau kereta pemuda yang kononnya kacak mengiringi anda ketika bermotosikal dan tertarikh dengan beg anda tanpa anda sedari... terus menarik beg itu.... beg itu tidak tertanggal dari anda tetapi beg itu juga turut menarik anda sekali untuk jatuh... kerana kekuatan tali beg itu.  Apa akan jadi?  Sungguh aye tidak sanggup membayangkan kejadian seterusnya.  Oleh itu jangan anda menjadi mangsa fesyen bukan sahaja mangsa kepada peragut.  Mengerti?  Waspadalah.

Seronok menunggang motosikal beramai-ramai.  Teringat zaman sekolah dulu, menunggang basikal jer dengan kawan-kawang sekolah rendah .... semasa hari raya ... berkonvoi juga

Sekian, keselamatan anda adalah hak anda dan anda menentukannya.   Boleh!?

Carian