Pageviews

30 Jun 2013

Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersempena dengan Ahad malam yang sungguh sunyi kerana anak-anak tidur awal sebab esok sekolah dan ditambah pula dengan aktiviti siang tadi yang tanpa henti... maka semuanya sudah keletihan.  Oleh itu, aye ambil kesempatan ini untuk menyertai Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan.




Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)


Saya juga tidak tahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Saya tidak mengetahui ada pintu kebaikan yang lebih utama daripada jihad di jalan Allah.
(Imam Ahmad)

Memang sungguh saya tidak tahu sekiranya ada lagi kebaikan yang lebih utama daripada jihad di jalan Allah.

Jika diikutkan apa yang saya faham, banyak sebenarnya kategori jihad bukan tertakluk kepada berperang menggunakan senjata menentang musuh Allah sahaja.

Sementara itu izinkan saya berehat mencari lain-lain idea berkaitan jihad.


Menu Sarapan Hari Ahad | Ketayap Emas Sambal Udang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa lagi setiap hari Ahad adalah hari untuk mereka resepi istimewa untuk sarapan sekeluarga.  Tidak seperti biasa minggu-minggu yang lepas di mana menu sarapan pagi adalah di luar rumah.  Hari ini, ala-ala ibu mithali pagi-pagi lepas solat subuh dah mereka cipta menu untuk keluarga.

Teringat dalam peti ais masih ada baki sambal udang pemberian Kak Intan dari Sungal Galah.  Sambal udang berkelapa bukan sambal tumis udang.  Sambal udang berkenaan adalah untuk dibuat pulut udang.  Nak buat apa dengan sambal tu.  Oleh kerana beras pulut dah habis maka ingat nak buat roti jala tapi macam tak sesuai je dengan sambal udang.  Nak buat lempeng tak kena juga.  Ingat punyat ingat, fikir punya fikir terus terlintas nak buat ketayap.  Tepung gandum  pun ada lagi.

Apa lagi mulalah operasi membuat ketayap emas.  Nama Ketayap Emas ni adalah bersempena dengan warnanya yang kekuningan.  Teringat juga nak buat hijau, tapi tak berapa kena juga sebab kalau kulit hijau kena inti manis, disebabkan intinya pedas maka adalah molek kulitnya dikuningkan baru sesuai... andaian sendiri lah tu... tak pernah baca kat mana-mana pun peraturannya mesti begitu.



Resepinya memang mudah sangat pakai campak-campak bahan dalam besen kecil dan pakai agak-agak jer.  Oleh kerana tidak mahu menghampakan pembaca maka aye catatkan di sini bahan dan kaedah membuat ketayap emas.

Bahan-bahan seperti tepung gandum dalam anggaran 1/2 kati, telur sebiji, satu sudu teh garam, serbuk kunyit, sedikit baking powder (tak taulah apa fungsinya, tapi menjadi juga) dan 1 jag air masak.  Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.  Panaskan kuali, sapu sedikit minyak masak agak-agak melekat pada kuali sudahlah.  Ambil kira-kira setengah senduk adunan tepung tadi tuang ke atas kuali dan leperkan.  Tak perlu kalih (terbalikkan).  Angkat letak atas pinggan leper yang besar, letakkan sambal udang dan gulung.

Ketayap emas ini sedap juga dimakan waktu petang bersama secara kopi 'Che Nah'.  Tidak sesuai dibuat berbuka puasa sebab pedas, nanti sakit perut pula.

Sekian adanya.  Selamat menjamu selera di hujung minggu.

29 Jun 2013

Kisah semalam yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan.  sumber dari sistem komputer ini

Hidup ini memang penuh dengan kejutan.  Walaupun kita dah agak situasi itu akan berlaku.  Tetapi kadang-kadang yang terjadi adalah sebaliknya dan tidak seperti yang kita sangka.  Memang menjadi kejutan!.  Sekali lagi dalam situasi yang lain pula, dia tidak begitu, corak dan cara percakapannya juga berbeza... kan manusia bisa berubah dengan kehendaknya sendiri hanya memerlukan masa.  Kita sendiri tidak sempurna bagaimana pula kita hendak orang lain bersikap sempurna dengan kita.

Sebelum ini aye dikhabarkan mengenai peribadi si pulanah yang begitu dan begini.  Bukan tidak mahu percaya tetapi perkhabaran itu aye jadikan sandaran bila mana aye berhadapan dengan si pulanah.  Memang ternyata benar perkhabaran itu terjadi dan tidak sangka bila berhadapan dengan sikap si pulanah yang tidak profesional dalam suasana formal.

Puas aye memikirkan mengapa dia bersikap demikian.  Kata orang dia dari dulu memang begitu, tak kira masa dan tempat nak tunjuk lagak dan kuasa cuma sesekali bila bersama dengan orang besar-besar sikapnya seperti tikus.  Benarkah begitu?  Cuba selidik mengapa dia bersikap begitu.

Aye berpendapat begini, sebagai seorang ketua yang memegang tampuk jawatan penting seseorang itu perlu bersikap tegas dan profesional.  Namun ada kalanya sebagai ketua sikap cepat melenting di hadapan staf bawahan adalah tidak elok kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang ketua dalam masa yang sama staf bawahan akan lebih membenci bukan taat tetapi tak kuasa nak melayan kerenah bos yang tidak profesional langsung.

Seorang ketua pula sepatutnya perlu memahami kehendak dan keperluan staf bawahannya.  Mengapa staf tidak mengikut arahan adakah kerana tidak pandai buat kerja atau tidak memahami arahan.  Untuk itu staf yang tidak pandai buat kerja dihantar kursus dan diberi pendedahan.  Bagi staf yang suka sangat buat tidak faham arahan ada baiknya diberi penjelasan dan keperluan tugasannya.  Bukan dengan cara mengherdik atau meninggi suara. 

Tidak semua orang suka berhadapan dengan orang lain (bos) yang suka meninggi suara.  Adalah baik bos cakap dengan nada suara yang terkawal.  Kerana jeritan bos yang marah pada stafnya sedikit sebanyak akan memberi kesan yang memalukan kepada staf.  Paling tidak staf berkenaan akan membenci dan mencaci bos di belakang.

Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian kita akan sentiasa berhadapan dengan berbagai kerenah manusia.  Ada yang baik dan berbudi bahasa, ada juga yang tidak ambil kisah dan tidak kurang juga manusia yang ambil kesempatan.  Dalam berhadapan dengan semua itu, kita ambil jalan tengah dan positif iaitu kita dilahirkan oleh manusia bernama ibu yang berbeza, cara didikan dan alam pembesaran juga berbeza.  Terimalah kekurangan atau kelebihan seseorang itu seadanya dan cuba memahami sikap manusia itu.


Wasiat kepada anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Wahai anakku! Jagalah ucapanmu! Sesungguhnya diantara perkataan itu ada yang lebih tajam daripada sabetan pedang, lebih berat daripada batu besar, lebih pahit daripada empedu dan lebih dalam menusuk hati daripada tusukan jarum yang sangat halus sekalipun.
(Salah seorang ahli hikmah berwasiat kepada salah seorang anaknya)

28 Jun 2013

Paling menghairankan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan


Termasuk hal yang paling mengherankan adalah apabila Anda mengenal Allah tapi Anda tidak mencintainya, Anda mendengar seruan orang yang menyeru ke jalan-Nya tapi Anda tidak mau mengikutinya, Anda mengetahui besarnya pahala yang akan Anda dapatkan jika Anda melakukan amal shalih untuk-Nya tapi Anda malah berpaling dari-Nya, Anda menyadari beratnya siksaan dan adzab-Nya yang akan Anda rasakan jika Anda bermaksiat kepada-Nya tapi Anda justru mendurhakai-Nya.
(Seorang ahli hikmah)

27 Jun 2013

Celik Hati | Episod Terakhir - Makna Hidup Ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkongsian perbincangan antara Prof. Dr. Muhaya, Datuk Siti Norhaliza dan

Pengalaman individu hebat semoga dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Hari yang paling penting adalah bila kita tahu kita semak semula detik kehidupan kita.

4 Peringkat hidup manusia
1.  Atlit - cergas
2.  Pahlawan - hendak menang
3.  Bijaksana - suka memberi
4.  Makrifatullah -

Makna kehidupan

Tahu dan sedar akan tanggungjawab dan peranan kita di muka bumi.

Pencuri dalam hidup merangkumi kebimbangan dan penyesalan masa lepas.

Pengalaman bermula dari bawah mengajar erti kehidupan.

Kegagalan adalah kejayaan yang tertunggak juga menjadi baja untuk menyuburkan kehidupan untuk terus maju dan berjaya dunia dan akhirat.

Kejayaan terhasil dengan keberanian, usaha berterusan.

Tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang yang tidak suka dengan kejayaan dan usaha yang kita lakukan.

Ubah pemikiran - ubah persepsi dari negatif ke positif

Apa yang ada dalam jiwa kita itulah yang menentukan kehidupan kita.

Tetapkan dalam diri bahawa tujuan hidup hendak masuk syurga.  Mudah-mudahan setiap tindakan kita menuju ke arah itu.

Buat kebaikan, melihat kebaikan hidup akan bahagia.

Sekian dulu catatan ringkas secara langsung dari rancangan Celik Hati di TV9, episod akhir dengan tajuk Makna Hidup Ini.


Ubah ke arah kutub positif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ubah ke arah kutub positif.

Selalu jumpa manusia lain dan mungkin juga ada dalam diri ini kutub negatif.

Tidak sukar nak ubah kedudukan dari negatif ke positif.  Tiada yang sukar andainya timbul kesedaran dalam diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.  Rasanya tak perlu ada suatu kejadian atau peristiwa khusus yang menimpa baru nak bertukar ke arah positif.

Bukan nak mengungkit tetapi nak mengingatkan diri sendiri agar sentiasa positif dengan setiap kejadian.

Berita dan peristiwa pagi ini betul-betul menjengkelkan tetapi ambil positif.

Saya harap saya sedar dan ingat sampai bila-bila... fikir positif dan tak usahlah diperbesarkan perkara negatif...

Jom kita kurangkan negatif tingkatkan positif.

Sesudah Solat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Masuk waktu solat, jom segera kita solat
Solat di mana lebih selesa
Di mana pun tak apa asalkan bersih dan yang penting tugas wajib itu dilaksanakan tepat pada masanya

Solat di Surau lebih selesa
Tempatnya luas dan kemudahannya banyak
paling penting juga dapat jumpa ramai orang yang kita tidak kenal

Solat di surau banyak kemudahan seperti sejadah, telekung dan bedak 'baby' 
Terima kasih tidak terhingga kepada sesiapa yang mewakafkan keperluan dan kemudahan untuk pengguna surau

Sesudah solat, lipatlah semula telekung dan sejadah simpan baik-baik untuk digunakan orang lain pula
Telekung dan sejadah itu jangan di'perap' begitu sahaja tidak manis wahai gadisku

Sesudah solat bersegeralah ke mana arah tujumu.

Sesudah solat jangan pula lupa tutup suis sekiranya anda orang yang terakhir keluar dari surau

Sekian, wassalam.  Terima kasih.

Jom kita solat!

Tentang kematian, hari kiamat dan akhirat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Umar bin Abdul Aziz biasa berkumpul bersama orang-orang fakir setiap malamnya. Mereka duduk bersama-sama saling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat dan kehidupan akhirat. Mereka pun menangis di majelis tersebut seolah-olah jenazah ada di hadapan mereka saat itu.
('Atha)


~