Pageviews

25 Jun 2013

SEGMEN JOM BERKENALAN BERSAMA BLOGGER

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Jom Berkenalan Bersama Blogger

Dengan semangat yang berkobar-kobar sebagai sokongan kepada darlieyana, aye dengan suka jiwa turut serta dalam segmen ini sebagai blogger yang tak berapa tegar walaupun sudah mencecah 5 tahun bergiat tak cergas di dalam dunia blogging.  Semoga dapat menambah kenalan dari kalangan blogger junior yang lebih mantap dan bergaya. 
(*-*)

Langkah seterusnya untuk menyertai segmen Jom Berkenalan Bersama Blogger adalah seperti tertera di bawah.

Nama sebenar : 
'Rahsia' boleh tak?

Tarikh lahir : 
tahun 1973

Cita-cita : 
berkhidmat kepada bangsa dan negara (ala-ala cikgu atau misi). Salah satu daripada cita-cita tersebut telahpun tercapai walaupun tidak kekal. Namun kerjaya sekarang juga merangkumi perkhidmatan yang cemerlang untuk bangsa dan negara

Hobi : 
Membaca, Menulis dan Menghasilkan kraftangan

warna kegemaran : 
biru dan ungu (campur hijau sikit)

benda yang paling disayangi : 
apa ehh... banyak tu. Buat masa ni benda yang paling disayangi adalah sebatang pen hadiah daripada suami semasa bercinta dulu (maluuuuu). kenapa sayang? Sebab pada pen tu terdapat 5 biji permata yang disusun indah... membawa maksud 'CINTA', mana nak jumpa pen macam tu sekarang? Ada ker?

tujuan berblog : 
Tujuan berblog adalah untuk berkongsi hasil karya tulisan yang tidak seberapa seperti monolog dan puisi serta pandangan peribadi semoga memberi manfaat kepada pembaca. Lebih kepada catatan peribadi untuk rujukan dan panduan di masa depan.

~~~~~~~~~~~~~

Jom kita beri sokongan kepada segmen ini.

Untuk turut serta sila klik pada banner di atas atau klik SINI.

Sekian adanya. Terima kasih kerana sudi membaca.

(^-^)

2 daripada 3 perkara sudah tercapai

Assalamualaikum




Aku berdo'a memohon kepada Allah tiga perkara. Allah telah mengabulkan dua perkara untukku; Dan kini aku menanti perkara yang ke tiga.
  1. Pertama, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) menjadikanku sebagai orang yang zuhud terhadap dunia, dan kini aku tidak peduli apa datang kepadaku maupun apa yang pergi meninggalkanku dari perkara dunia. 
  2. Ke dua, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) memberikan kekuatan kepadaku untuk bisa senantiasa menjaga shalat (fardhu dan nafilah), dan Allah telah mengabulkannya. 
  3. Adapun yang ke tiga, aku memohon kepada-Nya agar Ia (Allah) menganugerahkan kepadaku asy-Syahadah (gugur di medan jihad), dan hingga kini aku masih menanti kedatangannya.
('Amr bin 'Utbah bin Farqad)


24 Jun 2013

Orang berbudi kita berbahasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Al kesah sangat nie, apa sebenarnya tujuan tulisan ini sebenarnya masih samar kerana berkejaran dengan dateline... tunggu sekejap eh




Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.  Seringkali ungkapan begini disandarkan dalam kehidupan seharian supaya kita sentiasa mengingati orang yang berbuat baik kepada kita disamping kita juga hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain.

Mungkin juga pernah terselit di minda apabila orang berbuat baik kepada kita adalah kerana sebab-sebab tertentu atau mungkin juga diistilahkan sebagai mengambil kesempatan.

Negatif sungguh pemikiran begitu kan?  Kesempatan yang bagaimana lagi dalam kehidupan kita ini hanya adalah untuk berbuat baik demi mengumpul sedikit pahala untuk timbangan di sana.

Tak kisahlah siapa yang berkawan dengan kita, asalkan kita berniat baik dan anggaplah juga apa juga kesempatan yang diambil oleh orang lain itu tidak mendatangkan mudarat kepada kita.

Memang biasa kita akan terpengaruh dengan kata-kata orang sekitar yang tidak mahu melihat kita bahagia dengan orang lain.

Seandainya teguran itu adalah ikhlas maka anggap sajalah teguran itu sebagai ingatan dan sempadan dalam kehidupan bersahabat.

Sukarkan nak gambarkan apa sebenarnya yang terbuku di hati.

Tak pastilah pula bagaimana penerimaan dan pemahaman pembaca blog ini.

Yang pasti cerita sebegini pasti berlaku di sekitar kehidupan seharian.


23 Jun 2013

Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Aksi Model 3 beradik di Warung Lesung Batu Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa setiap hari Ahad (walaupun sebolehnya tak mahu dibiasakan) sekeluarga akan bersarapan bersama-sama satu keluarga di luar di mana-mana warung atau restoran pilihan.

Hari ini (23 Jun 2013) kami bersarapan di Warung Lesung Baru hanya berlima tidak enam atau tujuh.  Ini adalah kerana yang lagi satu sudahpun ketiduran awal kerana bangunnya lagi awal.

Tidak mahu skema sangat dengan gambar-gambar makanan yang dimakan atau senarai hidangan yang disediakan, tetapi kali ini lebih kepada aksi 3 beradik selepas makan... dang dang dut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Aksi pertama... jom tayang gigi.
Tidak mudah sebenarnya nak tangkap gambar mereka bertiga terutama dalam keadaan spontan, apalagi kalau disusun atur.  Terutama si boolat yang bertopi 'crochet' putih tu... susah sangat nak bergambar.


Dapat tangkap gambar berdua begini lagi la susah.  Inilah satu-satunya yang ada buat permulaan.  hasrat hati nak tangkap sekali lagi sebab ada gangguan di sebelah... ala-ala power rangers.  Tetapi tak upaya sebab dah lari pula si topi putih tu


Dalam pada dok sibuk nak 'shooting' tiba terhenti pulak... model asyik berbincang pula.  Kalau tak silap mereka terjumpa lebah kecil hinggap pada bunga.


Alahai! model yang sorang ni macam la dah ready tapi tak berapa steady pula... jadilah dulu


Model yang sorang ni tak habis lagi dengan milo ais nye... Dari tadi dok usung gelas tu ke sana ke mari.  Nasib baik tak tumpah... kalau tidak habis la prop. Eh!!


Nak tayang sikit topi 'crochet' yang dipakai oleh model cilik ni.  Topi itu adalah hasil kerja tangan umi ketika model ini berusia 1 bulan lagi.  Oleh kerana tersimpan agak lama, pagi tadi sempat selongkar beg simpanan baju lama... terjumpa pula. Mujur jugalah model nak pakai.


Akhir sekali, setelah selesai sesi 'shooting' model buat perbincangan semula bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik untuk sesi 'photo shoot' akan datang.


Sekian adanya kisah tidak semenggah mengenai model 3 beradik di Warung Lesung Batu Seri Iskandar.






Larangan mandi malam sejauh mana kepatuhannya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar sekadar hiasan tiada kaitan dengan jalan cerita


Larangan mandi malam.  Masih teringat ketika zaman kanak-kanak sehingga ke zaman sekarang yang jadi mak budak, selalu orang tua tegur jangan suka mandi malam... tak elok untuk badan.

Kalau zaman kanak-kanak dulu balik dari mengaji basuh kaki terus je masuk tidur.  Memang tak berani nak mandi sebabnya masa tu bilik air di luar rumah...  so memang patutlah kalau takut mandi malam.

Bila dah meningkat remaja sikit, zaman sekolah menengah masuk asrama.  Kadang-kadang basuh baju malam-malam lepas waktu 'prep' jam 10.30 malam.  Teringin juga nak mandi tapi takut sebab malam gelap, kawan-kawan sebilik pun laju jer masuk bilik... katanya tak boleh duduk bilik air lama-lama nanti kena kacau... so alasan masih sama.  Walaupun begitu sesekali ada juga kawan yang berani boleh bawa teman mandi jugak malam pun, terutamanya lepas kelas tambahan malam...panas.

Bila dah masuk zaman dewasa sikit, zaman kerja duduk rumah sewa dengan kawan-kawan, jauh dari mak (tak der orang nak tegur walaupun seringkali diperingatkan).  Balik dari kerja malam, mandi.  Kalau tak mandi tak boleh nak tidur, mana tidaknya badan dah rasa melekit berpeluh seharian bekerja, baju pun dah bau masam mengalahkan cuka.

Sesekali bila malam minggu tak balik kampung, keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan tak kiralah 'window shopping' atau sekadar menjenguk indahnya pemandangan malam diterangi lampu neon.  Bila balik ke rumah sewa... apa lagi sebelum tidur mesti mau mandi... kalau tidak memang sakit telinga kena 'kutuk' baik punya  dengan kawan-kawan.

Dan, bila dah berumahtangga, sesekali bila keluar jalan-jalan dengan keluarga, malam baru balik rumah... mandi juga kan sebelum tidur. 

So...dimanakah letaknya kepatuhan terhadap larangan mandi malam.

sama-sama kita fikirkan keburukan dan kebaikan mandi malam...

Sekian.

22 Jun 2013

Segalanya kerana warna anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini Sabtu 22 Jun 2013 bersamaan 13 Syaaban 1434.  Pagi-pagi lagi dah berkejar ke Hospital Seri Manjung dengan harapan dengan berjumpa dengan abang long yang datang dari Kelantan, katanya nak balik naik bas jam 8.30 pagi.  Walaupun kebetulan basnya lambat bertolak iaitu kira-kira jam 8.50 pagi, masih juga tak sempat jumpa.  Tak apalah... semoga selamat dalam perjalanan.

Dari Stesen bas Seri Manjung bergegas pula ke Hospital Seri Manjung dengan harapan hendak berjumpa dengan mak tersayang yang baru saja sampai dari HKL.  Walaupun masa melawat masih lambat lagi iaitu 12.30 tengahari... dapat juga masuk bergilir ganti dengan adik yang dengan setianya menjaga emak sepanjang kemasukannya di hospital dari Seri Manjung ke HKL dan ke SM semula.

Dapatlah berjumpa dengan mak.  Memang sedih dan terharu, air mata ini tidak dapat dibendung lagi lalu terumpah dengan derasnya lalu ditahan agar kesedihan ini tidak mengganggu emosi emak yang sedang menanggung kesakitan.  Sempat juga suapkan emak dengan bubur som-som yang dibuat khas malam tadi... semoga emak segera sembuh.

Sebenarnya mood nak berbloging sekarang dah semakin ke laut lepas...

Tetapi demi anak-anak (alasan skema) digagahkan juga semangat yang hampir lemau ini.  Sebabnya tiba-tiba dapat idea dari hasil idea kreatif anak-anak.  Anak-anak macam sudah memahami keadaan umi yang semakin kekeringan idea nak menulis maka macam-macam hasil kreatif ditinggalkan atas meja umi.

Hasil kreatif ini sudah 2 hari kalau tidak silap perhitungan terjumpa di atas meja bacaan.  Idea kreatif ini dimiliki oleh Irdina Huda.  Agaknya inilah isi hatinya yang dipamirkan dalam bentuk tulisan.  Warna anak-anak.


Anak Ungu - Inas
Anak Marah (Merah kot) - Alif
Anak Ping (Pink la tu) - Dina
Anak Oren - Abid

Mungkin itu tanggapan Dina mengenai warna-warna yang disukai atau serasi dengan abang dan adik-adiknya termasuk dirinya sendiri.

Agaknya apa pula warna untuk umi dan ayah yer?

Okeylah, nak bersiap ke rumah jiran hari ni ada gotong royong masak-masak untuk majlis Doa Selamat malam nie...

Sekian.

Perasaan misteri pergilah segera menjauh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Perasaan misteri ini sukar dirungkaikan bagaimana berlaku dan mengapa berlaku
(Sedar mengapa perasaan itu timbul)
Sukar percaya juga kerana ia terjadi di luar kawalan 
Keliru memikirkan bakal terjadi
Menjadikan diri terasa amat kerdil

La Tahzan
Lalu segera mengharap kepada yang Satu
Semoga perasaan misteri ini segera menjauh dan tidak akan pernah muncul lagi
Semoga kekalutan yang melanda segera menjauh juga tidak akan pernah muncul lagi
Semoga segala perasaan buruk yang menghantui diri segera menjauh dan tidak akan pernah muncul lagi

La Tahzan
Semoga perasaan yang tidak menentu ini segera menjauh tidak akan pernah mendekat
Semoga kebimbangan ini segera menjauh tidak akan pernah mendekat serta mengganggu keharmonian hidup ini...


Sekian untuk kali ini
Semoga berbahagia untuk selamatnya

  • Untuk rekod:  Hari ini 22 Jun 2013, Sabtu adalah Hari Keluarga HEA di Taman Herba Negeri Perak.  Ketidakhadiran ini bukan dirancang tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan.


Mutiara hikmah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tinggalkanlah pandangan-pandangan mata yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan kekhusyu'an ke dalam hatimu! Dan tinggalkanlah perkataan-perkataan yang tidak bermanfaat, niscaya Allah akan memberikan mutiara hikmah kepada Anda.

(Ibnul Mubarak)

21 Jun 2013

Semoga tiada penyesalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Wajib bagi setiap muslim untuk senantiasa memohon perlindungan kepada Allah dari adzab kubur dan mempersiapkan diri untuk menjalani kehidupan di alam kubur dengan cara memperbanyak amal shalih sebelum ia memasukinya, karena yang demikian itu akan mudah baginya selama ia masih hidup di dunia. Apabila seseorang telah memasuki alam kubur, ia pasti akan sangat berharap untuk dapat menambah amal shalihnya walaupun hanya sedikit. Akan tetapi, ia tidak akan mungkin dapat melakukannya. Pada saat itu, yang ada hanyalah penyesalan yang tiada bertepi.
(Al-Faqih Abu al-Laits)