Hari ini Sabtu 22 Jun 2013 bersamaan 13 Syaaban 1434. Pagi-pagi lagi dah berkejar ke Hospital Seri Manjung dengan harapan dengan berjumpa dengan abang long yang datang dari Kelantan, katanya nak balik naik bas jam 8.30 pagi. Walaupun kebetulan basnya lambat bertolak iaitu kira-kira jam 8.50 pagi, masih juga tak sempat jumpa. Tak apalah... semoga selamat dalam perjalanan.
Dari Stesen bas Seri Manjung bergegas pula ke Hospital Seri Manjung dengan harapan hendak berjumpa dengan mak tersayang yang baru saja sampai dari HKL. Walaupun masa melawat masih lambat lagi iaitu 12.30 tengahari... dapat juga masuk bergilir ganti dengan adik yang dengan setianya menjaga emak sepanjang kemasukannya di hospital dari Seri Manjung ke HKL dan ke SM semula.
Dapatlah berjumpa dengan mak. Memang sedih dan terharu, air mata ini tidak dapat dibendung lagi lalu terumpah dengan derasnya lalu ditahan agar kesedihan ini tidak mengganggu emosi emak yang sedang menanggung kesakitan. Sempat juga suapkan emak dengan bubur som-som yang dibuat khas malam tadi... semoga emak segera sembuh.
Sebenarnya mood nak berbloging sekarang dah semakin ke laut lepas...
Tetapi demi anak-anak (alasan skema) digagahkan juga semangat yang hampir lemau ini. Sebabnya tiba-tiba dapat idea dari hasil idea kreatif anak-anak. Anak-anak macam sudah memahami keadaan umi yang semakin kekeringan idea nak menulis maka macam-macam hasil kreatif ditinggalkan atas meja umi.
Hasil kreatif ini sudah 2 hari kalau tidak silap perhitungan terjumpa di atas meja bacaan. Idea kreatif ini dimiliki oleh Irdina Huda. Agaknya inilah isi hatinya yang dipamirkan dalam bentuk tulisan. Warna anak-anak.
Anak Ungu - Inas
Anak Marah (Merah kot) - Alif
Anak Ping (Pink la tu) - Dina
Anak Oren - Abid
Mungkin itu tanggapan Dina mengenai warna-warna yang disukai atau serasi dengan abang dan adik-adiknya termasuk dirinya sendiri.
Agaknya apa pula warna untuk umi dan ayah yer?
Sekian.
hope your mom recover soon :)
BalasPadam