Isnin, entah mengapa seringkali dikaitkan dengan kemalasan atau kelemasan.
sumber gambar dari facebook |
Hari Isnin tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu lemah semangat kerana pada hari Isninlah kita sepatutnya memulakan minggu pekerjaan kita dengan ceria dan gembira.
Kenyataan maut yang berani kan?
Aye tau ramai di luar sana yang marah atau tidak suka dengan kenyataan ini. Memang simpati sebabnya bagi aye sendiri hari Isnin... sejak dari bangku sekolah lagi merupakan hari yang paling .... sambung lah sendiri.
Teringat pesan arwah mak, semasa mula-mula masuk kerja. Setiap kali bila tiba hari Isnin arwah mak akan berpesan supaya memakai pakaian yang bersih kerana hari Isnin adalah permulaan untuk bekerja, baru bersemangat. Antaranya adalah sarung kaki mesti telah dibasuh termasuk juga semua jenis pakaian luar dan dalam (ngeeee). Menurut arwah mak lagi, pakaian baru (dibasuh dan bersih) bukan sahaja dipakai pada hari raya atau Jumaat sahaja sebaliknya hari Isnin juga. Masa tu memang tak terfikir pun cuma ikut jer pesanan tu.
Selain dari itu arwah mak juga berpesan bila pergi kerja jangan suka cari gaduh dengan orang, cakap dengan orang lemah lembut, kalau nak bantuan ke apa-apa minta dengan baik, jangan berat tulang rajin-rajin bantu orang lain, buat kerja baik-baik kalau ada yang tak faham tanya jangan sampai ketua (bos) marah.
Pesanan itu akan terus kekal sampai bila-bila, Insya Allah. Semoga anak mak ini akan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sekian adanya. Suka duka pentas dunia.