Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Hospital Seri Manjung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital Seri Manjung. Papar semua catatan

22 Jun 2013

Segalanya kerana warna anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini Sabtu 22 Jun 2013 bersamaan 13 Syaaban 1434.  Pagi-pagi lagi dah berkejar ke Hospital Seri Manjung dengan harapan dengan berjumpa dengan abang long yang datang dari Kelantan, katanya nak balik naik bas jam 8.30 pagi.  Walaupun kebetulan basnya lambat bertolak iaitu kira-kira jam 8.50 pagi, masih juga tak sempat jumpa.  Tak apalah... semoga selamat dalam perjalanan.

Dari Stesen bas Seri Manjung bergegas pula ke Hospital Seri Manjung dengan harapan hendak berjumpa dengan mak tersayang yang baru saja sampai dari HKL.  Walaupun masa melawat masih lambat lagi iaitu 12.30 tengahari... dapat juga masuk bergilir ganti dengan adik yang dengan setianya menjaga emak sepanjang kemasukannya di hospital dari Seri Manjung ke HKL dan ke SM semula.

Dapatlah berjumpa dengan mak.  Memang sedih dan terharu, air mata ini tidak dapat dibendung lagi lalu terumpah dengan derasnya lalu ditahan agar kesedihan ini tidak mengganggu emosi emak yang sedang menanggung kesakitan.  Sempat juga suapkan emak dengan bubur som-som yang dibuat khas malam tadi... semoga emak segera sembuh.

Sebenarnya mood nak berbloging sekarang dah semakin ke laut lepas...

Tetapi demi anak-anak (alasan skema) digagahkan juga semangat yang hampir lemau ini.  Sebabnya tiba-tiba dapat idea dari hasil idea kreatif anak-anak.  Anak-anak macam sudah memahami keadaan umi yang semakin kekeringan idea nak menulis maka macam-macam hasil kreatif ditinggalkan atas meja umi.

Hasil kreatif ini sudah 2 hari kalau tidak silap perhitungan terjumpa di atas meja bacaan.  Idea kreatif ini dimiliki oleh Irdina Huda.  Agaknya inilah isi hatinya yang dipamirkan dalam bentuk tulisan.  Warna anak-anak.


Anak Ungu - Inas
Anak Marah (Merah kot) - Alif
Anak Ping (Pink la tu) - Dina
Anak Oren - Abid

Mungkin itu tanggapan Dina mengenai warna-warna yang disukai atau serasi dengan abang dan adik-adiknya termasuk dirinya sendiri.

Agaknya apa pula warna untuk umi dan ayah yer?

Okeylah, nak bersiap ke rumah jiran hari ni ada gotong royong masak-masak untuk majlis Doa Selamat malam nie...

Sekian.

30 Mei 2013

Semoga Segera Sembuh

Assalamualaikum


Minggu ini sekali lagi berulang ke Hospital Seri Manjung.
Bahkan hampir empat bulan asyik berulang ke Hospital Seri Manjung.
Keadaan kesihatan kita memang tidak menentu terutama bonda yang sudah berusia emas.
Hanya takdir yang menentukan segalanya.  Kejutan ini sungguh memberi kesan yang amat mendalam.


Buat bonda tersayang... semoga segera sembuh.

Mungkin juga bermula sejak 7 bulan lepas jarak dari Seri Iskandar ke Seri Manjung yang memakan masa perjalanan biasa 1 jam sudah dirasakan dekat.
Tidak dengan niat hendak menyalahkan takdir tetapi itulah hakikat yang wajib diterima.



18 Januari 2013

Dari Seri Iskandar ke Lumut

As salam,


Dalam proses nak buat entry panjang-panjang.  Sebelum ni memang tak pernah atau jarang sangat lah aye buat entry yang panjang lebar.  Bukannya tak tau nak mengarang.... BM dalam SPM kredit ler... tetapi tak punya ide yang banyak untuk celoteh... dalam masa yang sama aye pun bukannya pandai sangat nak cakap banyak-banyak lebih suka memerhati jer sesekali mencelah itupun tengok keadaan dan mood.

Bila datang mood malas nak bercakap maka menulis pun sama jugalah malas nak tulis panjang lebar.  Panjang lebar juga intro ni yer... tetapi tak der kaitan pula dengan tajuk cerita... boleh ker macam nie?  Hentam sajalah... tajuk lain intro lain tapi jalan cerita mesti sama dengan tajuk okey!

nota temujanji dengan doktor pakar
di Hospital Seri Manjung dari Dr. Yasmin

Beberapa ketika sebelum bermulanya temujanji seperti di atas, Muhammad Abid telah diserang angin pasang sekejap kembung sekejap okey... bila kembung Abid akan merengek dan tak senang tidur maka terpaksalah umi berjaga malam untuk tuam atau sapu minyak.... bila dah lega dalam 2 hari elok jer tak nampak macam ada angin pasang.  Ada orang tanya kamu tak urut ke anak kamu tu? kenapa sampai ada angin pasang? kan baby lagi.... hmmmm nak mengeluh pun tak guna apatah lagi nak salah sesiapa... itu semua dah ditakdirkan yang penting kita berusaha untuk berubat dan meringankan sakitnya.

Dua kali cubaan berubat secara tradisional namun tidak berjaya.  Bukan tidak berjaya sepenuhnya tetapi sembuh sekejap kemudian berulang semula... bukan salah mereka yang mengubat tetapi bak kata orang juga belum jumpa yang rasi (sesuai).  Dengan itu kami ambil keputusan untuk berjumpa Dr. Yasmin bagi mendapatkan khidmat nasihat dari segi perubatan moden... dengan itu terhasillah temujanji di atas.

Dalam bakul rotan

Pemandangan bukit di Segari yang telah gondol

Pergi ke Manjung jika tidak ke Lumut memang tidak sah.  Sejurus keluar dari Klinik Yasmin oleh kerana masih awal lagi jom pusing-pusing pekan Lumut.  Baby masih dalam bakul rotan lagi... 


Baby Abid dah kepanasan ... topi dah tanggal tiba masa nak tidur pula.  Umi dan ayah dok sibuk menikmati keindahan laut Lumut dari dalam kereta sahaja... tak keluar?... hm...tak taulah kenapa pula.

cendol Lumut
Sambil menikmati keindahan pemandangan Pulau Segari dari Jalan Lumut TLDM jangan lupa menikmati keenakan cendol pulut pula.  Dah bleh makan pulut ker?  Secara kebetulan pula mamak cendol ada menanti di bawah pokok berhampiran, apa lagi oleh kerana dah agak lama tak menikmatinya... bila dah dapat rasa sesekali baru puas hati.  Selain dari cendol ada juga mee rebus dan rojak pasembor, tak sempat menikmati rojak... lagi pun tak berapa berani lagi nak makan rojak nei...pantang tak habis lagi... nanti bentan pula... tak kiralah dah berapa lama pun tapi masih perlu berjaga-jaga lagi..


Selepas menikmati cendol, terus balik ke Seri Iskandar.  Berapa km dari Lumut ke Seri Iskandar yer?  Agak lah kan kalau perjalanannya ambil masa antara 45 minit ke 60 minit tertakluk kepada fungsi lampu isyarat di sepanjang jalan.

'suka duka pentas dunia'


.

Carian