Pageviews

28 Disember 2012

Buku Terakhir 2012

As salam,


Berbaki 3 hari lagi menjelang berakhirnya tahun 2012 Masehi.  Tahun 2013 sudah mendekat.

Banyak sudah entry terakhir untuk tahun 2012.  Antaranya Rabu terakhir, Jumaat terakhir termasuk juga Solat Jumaat Terakhir Tahun 2012.  Pendek kata semuanya terakhir.  Semoga ia juga tidaklah memberik maksud bahawa entry yang tertulis adalah yang terakhir....

Sambil jalan-jalan cari makan dan shoping terakhir (ada jugak) sempat lah juga merembat 2 buah buku.  Kiranya buku terakhir untuk tahun 2012.  Dengan baki 3 hari lagi entahlah kalau sempatpun mungkin la beli juga majalah Nur Januari 2013 ... ada lagi tu.

 

Novel terakhir tahun 2012 bukan novel cinta tetapi sebuah novel Tauhid, Sebarkan Cintamu karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.  Belum habis baca lagi malahan bab pertama juga belum habis lagi.  Insya Allah akan dihabiskan menjelang Januari 2013.  Jenuh juga nak ambil masa.  Buat masa ni, masa yang ada hanyalah waktu malam baca sambil menunggu Muhammad Abid tidur. 

 

Lagi satu buku pengubat hati, Pesona Solat Tahajud karya Muhammad Salleh Ph.D.  Buku ini dibeli sebagai ganti kepada buku bergenre sama yang telah hilang dalam simpanan. Buku terdahulu dengan tajuk yang hampir sama dibeli bersama puan bos sebelum bersalin.  Hajat hati nak baca dan khatamkan masa cuti bersalin tetapi tidak sempat maklumlah dengan macam-macam urusan dunia, tak sempat nak habiskan baru habis baca separuh... tiba-tiba tersedar buku tu dah tiada ditempatnya.  Carilah juga... belum jumpa lagi. 

Sementalahan keluar shopping cari peralatan sekolah anak, terjumpa (memang cari buku sebenarnya) buku ni dan buku di atas sana... apa lagi rembatlah... mudah-mudahan sempat dihabiskan juga menjelang Januari 2013 sama ada selepas novel di atas ataupun sebelum itu...

Terjumpa buku Doktor Umum karya Tun Dr. Mahathir... tinggal satu unit sahaja itupun dah tak berapa cantik sebab dah comot sikit dan ada kesan lipatan.  Tak jadi beli, nak tunggu keluar stok baru. 

Hei.... terlambat yer.  Memang lambat tetapi dalam bab buku tiada yang terlambat kan? 

dan... antara senarai azam dan tekad tahun 2013 adalah untuk banyakkan baca buku berbentuk ilmiah atau buku umum.

Semoga azam itu terlaksana dengan jayanya.


"Suka duka pentas dunia"

.

Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog

As salam,


Tiba-tiba, pada hari Jumaat terakhir bagi tahun 2012 YB teringat ada satu segmen yang belum disertai.  Dan inilah segmen yang dimaksudkan...

Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog
Mengapa YB mahu Eyriqazz memberi komen mengenai nama blog ini?

Segmen ini bakal menjejaskan menjelaskan nama dan prestasi blog ini kerana YB memberi peluang kepada bro Eyriqazz seorang blogger hebat juga peserta contest iPhone 5 Gadjet Impian untuk memberikan komen dan pendapatnya mengenai nama blog ini iaitu yangbaik dan kaitannya dengan SEO dan lain-lain yang bro Eyriqazz terlintas nak komen.

Mengapa nama blog ini yangbaik? Kerana itulah nama yang terlintas ketika hendak memulakan blog ini setelah mendapat firasat berkaitan beberapa kejadian dan cadangan.


'suka duka pentas dunia'


.

Cahaya Masuk ke Hati

As salam,




Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).

(Ibnu 'Uyainah)



27 Disember 2012

Tidak konsisten punca projek gagal siap dalam tempoh sebenar

As salam,



Gambar di atas bukanlah gambar bagi kerja yang tidak konsisten tetapi gambar bagi memotivasikan diri agar lebih fokus dalam menyiapkan sesuatu tugasan.  Boleh tak?  (Ah hahaha...ayat ni dah terpengaruh dengan cik puan di bilik belakang).

Ini adalah kerana alas meja sisi berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh tak sampai 2 minggu untuk 2 set seperti yang dinyatakan terdahulu.


Tidak seperti projek di atas, sehingga kini masih terbengkalai.  Ini adalah kerana sukar mendapatkan bekalan bahan mentah (benang sulam tu tak terjumpa di Seri Iskandar, perlu beli di Seri Manjung atau Batu Gajah). 


Gambar di atas adalah projek kait benang 'bulu kambing' warna putih untuk coffee table.  Projek ini belum lagi tersenarai dalam projek terbengkalai.  Projek ini gagal disiapkan segera kerana kehabisan bahan mentah iaitu benangngya dah habis 5 buku tetapi masih belum cukup.  Agak-agak lagi 3 ketul cukuplah.  Nak siapkannya sekejap saja dan benang pun boleh beli dari kedai di depan sana.  Jika sekiranya projek ini berjaya disiapkan dengan segera.  Memang awesome sangat.

Dalam apa juga yang kita lakukan memang aye sedar (sepenuhnya bukan separa sedar) bahawa sesungguhnya kita memerlukan motivasi diri yang tinggi disamping tidak suka menangguhkan kerja bukan sahaja melibat hobi tetapi juga kerja-kerja di ofis dan juga kerja-kerja rumah yang lain seperti basuh pinggan, lipat kain, gosok kain dan seangkatan dengannya.


"suka duka pentas dunia"



Kenapa Berdoa

As salam,




Janganlah kalian meninggalkan doa! Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan, menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah, karena sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis, padahal ia adalah makhluk yang paling buruk.
(Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37)
(Sufyan bin 'Uyainah)
Kesimpulan:
Sentiasa berdoa dengan doa atau perkataan yang baik-baik. 
Apa saja permintaan atau doa kita Insya Allah akan dikabulkan sama ada cepat atau lambat.
Jangan berputus asa andainya apa yang didoakan tidak nampak hasilnya sekarang.
.

26 Disember 2012

Senarai semak keperluan persekolahan anak pertama Tahun 2012

As salam,

sedang merancang untuk persekolahan 2013

Sebagai persiapan untuk persekolahan anak-anak dan untuk rujukan masa akan datang oleh anak-anak atau umi dan ayah. 

Bukan kerana sayang wang ringgit tetapi sebagai peringatan untuk pendidikan anak-anak agar menjadi insan yang berpendidikan dengan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat serta komuniti.

 1.    Set alatulis
  • Beg pensil atau Kotak pensil
  • Pensil, pemadam, pengasah pensil, Pembaris
  • Pen tidak perlu lagi kerana baru darjah satu
  • Warna Pensil, 24 batang
  • Crayon jika perlu tetapi boleh disediakan sebagai persediaan.  Warna Magic dan warna air tidak perlu lagi melainkan diminta oleh cikgu
  • Buku tulis dan buku rujukan lain mengikut senarai yang dibekalkan pihak sekolah perlu beli lebih awal mengikut tarikh yang dinyatakan atau boleh juga dibeli pada hari pendaftaran.  Semoga pihak sekolah menyediakan jumlah yang mencukupi dan tidak kehabisan stok.


2.     Beg Sekolah
  • Tidak mahu beg yang ada gambar kartun
  • Beg haruslah tahan lasak untuk paling tidak pengunaan untuk setahun jika lebih lama lagi bagus.  Beg beroda?  Tidak pasti lagi sama ada sekarang ni pelajar darjah satu dibekalkan dengan buku yang banyak dan berat.  Beg semasa belajar di PASTI dulu ada lagi dan masih elok tetapi perlu dilap sikit kerana dah berhabuk dan buang sedikit kotoran degil.

3.     Pakaian sekolah
  • 2 pasang untuk permulaan.  Baju putih lengan pendek dan seluar panjang warna biru gelap
  • 1 pasang pakaian sukan.  1 helai Baju-T (berkolar atau leher bulat terpulang) dan 1 helai seluar track untuk pendidikan jasmani.
  • 1 pasang baju melayu putih berserta songkok dan sampin hijau untuk sekolah agama rakyat (sekolah petang)
  • 2 pasang sekolah warna putih.  Sebagai permulaan beli saja jenis sarung (tanpa tali) bagi melancarkan suasana pagi agar tidak kelam kabut.
  • 3 pasang setokin atau sarung kaki putih

4.     Kenderaan/Pengangkutan pergi dan balik sekolah
  • Lebih jimat dan mudah pergi sekolah ayah hantar, balik dengan kenderaan yang telah ditempah.
  • Perlu simpan nombor telefon pemilik kenderaan berkenaan.

5.     Yuran sekolah
  • Sudahpun dimansuhkan.  Jangan nak cari pasal.

6.     Keperluan semasa pendaftaran (Darjah Satu sahaja)
  • Sijil lahir asal murid dan salinan mencukupi
  • Salinan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Gambar murid saiz passport 5 keping
  • Salinan slip gaji ibu dan bapa
  • Borang maklumat murid
  • Borang Kad rekod persekolahan
  • Rekod imunisasi (kad putih rekod rawatan dan lawatan ke KKIA) – harus simpan di tempat selamat sejak dari diwujudkan

7.     Hal-hal lain
  • Bekas air minum.  Perlu beli baru atau guna sahaja botol air mineral lebih selamat dan mudah.  Bukan kedekut tetapi untuk lebih jimat.
  • Dan... jika ada tambahan nanti tambah kemudian

Semoga anak-anak dapat belajar dengan selesa dan dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap pengajaran oleh guru.

Selamat maju jaya!

'suka duka pentas dunia'


 


Wordless Wednesday : Rabu Terakhir, 2012 Tahun Yang Cantik

As salam,



Rezeki waktu pagi

As salam,



Mengapa waktu pagi?  Kerana pada waktu pagi biasanya kita lebih cergas dan bersemangat untuk bekerja dan lebih yakin.


"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari" 
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

25 Disember 2012

CPUV terkini

As salam,



CPUV (Cost-Per-Unique-Visit) sehingga 25 Disember 2012:
  1. Tourism Australia mulai (8 November 2012) - jom melancung atau melanjutkan pengajian ke Australia, balik nanti bawa balik Correlle banyak-banyak, dengar khabar harganya murah di Australia sebab mugnya buatan China bukan dari Amerika.
  2. Standard Charted (mulai 21 November 2012) -  jom menyimpan untuk masa depan dan jaminan pendidikan anak-anak.
  3. Maxis Roaming (mulai 26 November 2012) - guna Maxis wireless broadband dengan kadar mulai RM48.00 sebulan.
  4. Pusat Pungutan Zakat (mulai 1 Disember 2012) -  sudahkan anda menunaikan tanggungjawab berzakat.
Nampaknya semua CPUV berkenaan agak lama juga bertapak di sini mudah-mudah akan lebih lama lagi dan lebih baik lagi jika dapat bertambah dan beranak-pinak.

Terima kasih Nuffnang.

'suka duka pentas dunia'


Bosan bila blog sepi

As salam,



Bosan dengan blog?  Kenapa pula nak bosan. Blog kan tempat untuk mencari ketenangan.  Tajuk kat atas memang tak berapa sesuai sebab hari ni kan hari cuti.  Cuti umum pulak tu... seperti lazimnya pada hari cuti macam ni kebanyakan orang akan berehat bersama keluarga dan jarang-jarang sangat yang online ...

Walaupun hari ini sehari saja cuti umum tetapi sejak dari semalam (Isnin) dan hari Jumaat juga dah ramai yang mula cuti, ada yang nak menghabiskan cuti dan tak kurang juga yang ambil kesempatan untuk membeli kelengkapan dan peralatan persekolahan anak-anak.  Dah macam cuti nak raya pulak... ofis pun lengang jer...

Bukan sahaja ofis yang sunyi sepi... blog pun sunyi jugak.  Tapi itu cerita untuk cuti hujung minggu lepas dan harapnya bukanlah untuk cuti akan datang....

Entahlah... sambil mengadap anak-anak melayan makan minum tengahari (ayahnye yang layan).  Umi pulak dok sebok ngan blog....

Mereka okey jer bila ada ayah semuanya okey....